Letak ancak: Mufti Perak kata Zambry tak syirik
Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu tidak melakukan syirik dan khurafat, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata Harussani sebenarnya belum menjawab apa yang dipersoalkan oleh pemuda PAS Perak, mengenai upucara itu sama ada bercanggah dengan Islam atau tidak.
"Jawapannya juga saya lihat untuk menyelamatkan Zambry. Namun bagaimana mereka yang hadir pada hari itu," katanya kepada HarakahDaily.
Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.
Khalil yang juga ADUN Titi Serong berkata, apa yang aneh apabila Zambry beria-ia mempertahankan tindakannya dengan mengungkit perbuatan beliau dan Datuk Seri Muhammad Nizar yang memegang lilin pada sidang akhbar berkaitan kematian Teoh Beng Hock.
"Saya menafikan dengan keras bahawa kami melakukan upucara sembahyang. Seingat saya ia sebagai tanda protes kepada kezaliman sehingga menyebabkan kematian seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya tidak berlaku.
Harussani sebelum ini berkata tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.
Perbuatan itu juga ujarnya menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.
"Sebenarnya memegang lilin dalam masyarakat Cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung.
"Sebaliknya, dalam masyarakat Cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan di kala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu simbol dalam melakukan sesuatu protes," katanya.
Sehubungan itu, disebabkan perbuatan Zambry yang dakwanya serius dan menyangkut akidah umat Islam, beliau turut mencadangkan agar Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa. -M'kini
No comments:
Post a Comment