Gempaq! Pelajar UPSR melahirkan anak luar nikah! Ibu Termuda di Malaysia.
Terengganu Pecah rekod lagi! Tahniah Datuk Mat Said kerana dapat ‘cucu baru’. Ini rekod Malaysia atau mungkin di dunia untuk tahun ini? Sejak UMNO-BN kembali berkuasa di Terengganu ini, macam-macam benda ajaib berlaku. Sejak slogan “ kemajuan yang tak pernah kelihatan” ini ditaja, pelbagailah yang tak pernah terjadi sebelum ini, terjadi di Terengganu.
Sebelum ini 4 remaja lahirkan anak dan 16 yang lain mengandung dalam 1 sekolah di Kuala Terangganu pada tahun ini.. Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.
Pelajar tingkatan 3 juga pernah memalukan daerah Dungun kerana membuang anak ke dalam tandas ketika baru dilahirkan. Bahkan sudah menular di kebanyakan sekolah-sekolah menengah. Di harapkan agar pihak JPN atau PPD menganjurkan pertandingan dan menyediakan anugerah Sekolah yang terbanyak melahirkan anak luar nikah!!
Kini bala itu menular lagi dan semakin membarah. Yang terkini dan paling mengejutkan bagaimana seorang pelajar di sebuah sekolah rendah di Daerah Dungun melahirkan anak luar nikah dengan pasangan dari kalangan keluarganya sendiri sedangkan beliau baru berusia 12 tahun! Pelajar sekolah rendah yang baru nak mengambil UPSR. Pelajar tersebut dikatakan mengambil peperiksaan UPSR baru-baru ini dihospital. Rasanya Datuk Mat Said boleh mohon Malaysia Book of Records bagi mnyenaraikan Malaysia Boleh. Terengganu Boleh. Kita memecah rekord ibu termuda di Malaysia!.
Itu belum ajar pendidikan reproduksi (seks) ke sekolah-sekolah tu!.. kalau start ajar nanti bertambah alim le... bertambah le praktikal. Makin ramai le anak 1 Malaysia!!!
Alahai! Apa nak jadi ni Datuk Mat Said??? Janganlah dok sibuk berebut jawatan pengerusi Perhubungan UMNO terlupa masalah rakyat? Rakyat dah bagi amanah tu.. janganlah para YB dok sibuk berbalah terlupa nak jaga amanah pulak!.
No comments:
Post a Comment