Dakwaan bahawa
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang terkaya di
Malaysia nampaknya tidak mengejutkan rakyat Sarawak.
Bagaimanapun, apa
yang mengejut ramai daripada mereka ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
(SPRM), polis dan pihak berkuasa lain didakwa tidak bertindak
terhadapnya walaupun beberapa laporan dakwaan rasuah, salahguna kuasa
dan kronisme telah dibuat terhadapnya.
Ahli politik dan
rakyat biasa yang diwawancara di Kuching sejak dua hari lalu berkata
ramai sudah tahu bahawa Taib seorang yang kaya.
"Tetapi kami tidak
tahu kekayaan sebenarnya kecuali SPRM, polis dan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak menjalankan siasatan," kata mereka.
Ramai rakyat
Sarawak tahu siapa yang memilik syarikat gergasi Cahya Mata Sarawak
(CMS) dan anak syarikatnya diberi banyak projek besar dan menguasai
bekalan simen untuk projek pembinaan, jalan dan pembaikan jalan serta
pembinaan empangan.
Laporan
menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland
Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21
bilion (RM64 bilion).
Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia.
Usaha mendapatkan
komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum
berjaya. Tiada pemimpin BN juga mahu memberikan komen berhubung dakwaan
itu setakat ini.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment