Laporan
menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland
Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri
Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).
Kekayaan Taib
sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus
menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok
dengan AS$12.5 bilion.
Laporan berjudul
“The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons
from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri
Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat
Suruhanjaya Eropah.
Ia laporan pertama
mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20
anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United
Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara. - Mkini
No comments:
Post a Comment