Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.
Beliau
menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk
Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah
petang semalam.
"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional.
"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.
Jelasnya lagi, beliau
meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan
Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.
Ahli
Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari
Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya
nanti.
"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.
"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya
Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa
yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya
berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus
membolot kekayaan.
"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.
"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.
Lajim memberitahu, Pakatan
Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya
sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.
"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.
"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.
Sambil
berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum
dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'.
No comments:
Post a Comment