KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI “R”.
TARIKH: 24 SEPTEMBER 2012GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI “R”.
LOKASI: LOBI BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA, KUALA LUMPUR.
1. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai “R”merupakan gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengabungkan lebih 58 buah ngo di Negeri Kelantan dengan berberapa tujuan iaitu:
Menuntut Royalti Minyak Diberikan Kepada Kerajaan Negeri Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975.2. Belanjawan – Memohon Perdana Menteri menyatakan dengan tegas dalam pembentangan bajetnya pada 28 September 2012 agar membayar tuntutan royalti minyak dan gas Negeri Kelantan yang tertunggak sejak 2004 hingga sekarang (2012) dianggarkan minimum RM7 Billion kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Menuntut Hak Pendaratan Minyak & Gas yang Dikeluarkan Dalam dan Luar Perairan Negeri Kelantan ke Negeri Kelantan sepertimana Titah DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V pada Disember 2012 dan pada PLAK ROYALTI yang Ditandatangani oleh Baginda sendiri pada 5 Jun 2012 yang lalu.
Membina Hubungan Nasional dan Antarabangsa Dengan Negeri-Negeri serta Negara-Negara Pengeluar Minyak & Gas Bagi Mengajak Mereka Bersama-Sama Berjuang Menuntut Hak Hasil Bumi Di Kembalikan.
3. Sekiranya Perdana Menteri tidak menyatakan dalam pembentangan Belanjawannya, seluruh rakyat Kelantan akan mengadakan program Konvoi R Tuntut Royalti Ke Putrajaya Putrajaya pada 2, 3 dan 4 Oktober 2012 sempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan Royalti Petroleum jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan, Aras 2, Istana Kehakiman Putrajaya.
4. Konvoi R Tuntut Royalti Ke Putrajaya ini bertujuan untuk:
Mengajak seramai mungkin Rakyat Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta Malaysia untuk bersama-sama bangkit memperjuangkan Hak Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Hasil Bumi mereka ke Negeri mereka sendiri dengan turut serta dengan program-program kempen tuntutan ini.
Konvoi Mega Seluruh Negara Ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia, terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka dikembalikan. Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri.
Tazkirah, Solat Hajat diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa semua hasil bumi yang kita perolehi sekarang adalah dari Allah SWT, justeru itu kita sebagai Khalifah yang dilahirkan dibumi perlu mentadbir dan menguruskan dengan baik hasil kurniaan-Nya demi kemakmuran Negeri dan Negara.
Ceramah Mega Tuntut ROYALTI Ke Putrajaya diadakan bagi menarik semua sokongan padu Pemimpin Parti Politik di Malaysia bagi bersama-sama menyokong perjuangan rakyat dan menyatakan halatuju, pandangan dan idea mereka tentang pemberian royalti, hak pendaratan minyak dan gas di Malaysia
Himpunan Aman di depan Istana Kehakiman diadakan bagi menyatakan sokongan padu Rakyat Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan terhadap tindakan menyaman Petronas kerana tidak membayar Wang Royalti @ Bayaran Tunai hasil pengeluaran minyak dan gas Negeri.
Penyerahan 150 Ribu Tandatangan @ Referandum Kepada Perdana Menteri, yang nisbahnya 10% daripada Rakyat Negeri Kelantan dibuat bagi memberikan referandum kepada Perdana Menteri yang seluruh Rakyat Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan SEGERA.
Penyerahan Memorandum Tuntutan Rakyat Kelantan Kepada Perdana Menteri agar Bayaran Tunai hasil pengeluaran Minyak dan Gas diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Konvoi Royalti ke Menara Petronas dan Piket Aman ke KLCC diadakan bagi menunjukkan kepada seluruh Rakyat Kelantan bahawa kekayaan hasil bumi mereka dirompak untuk memajukan Negeri lain dengan mengabaikan kemajuan dan kemakmuran Negeri dimana minyak dan gas di keluarkan.
5. R telah menyedia Pentas Pidato Tuntut Royalti Ke Putrajaya ada 2 Oktober 2012, Dataran Kemerdekaan Shah Alam kepada semua pemimpin parti politik termasuk dari Pakatan Rakyat (PR) dan UMNO/Barisan Nasional. Justeru itu pihak kami ingin menjemput secara terbuka Perdana Menteri Malaysia atau wakilnya untuk hadir menyatakan pendirian berkenaan isu tuntutan Royalti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Setakat ini yang sudah memaklumkan kesudian untuk hadir ialah:
YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan6. Pihak NGO R mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 4 Ogos 2012 yang lepas melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dibatalkan dan bayaran segeran WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI 5% dibayar segera kepada akaun Kerajaan Negeri Kelantan.
YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP
YB Dato Husam Musa, Pengerusi Jk Tuntutan Royalti & Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan
YB Tan Sri Ibrahim Menudin, Wakil Pimpinan Sabah
YBrs Sdra Nazri Deraman, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ROYALTI. (Kelantan)
YBrs Sdra Hj Fauzi Abu Samah, Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Negeri Terengganu – MAMPAT (Terengganu)
YBrs Sdra Zainnal Ajamain, Gerakan Nasionalis Sabah – GANAS (Sabah)
7. Untuk itu pihak NGO R ingin memohon respon daripada Perdana Menteri berkenaan Mmemerandum Menolak Jawantankuasa Bayaran Tunai yang telah dihantar pada 7 Ogos 2012 lalu yang diserahkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi rasmi dibawah Jabatan Perdana Menteri di Negeri Kelantan. Pihak Ngo R menolak Jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah dimeterai antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975. Malah penyelesaian isu pembayaran Wang Royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai.
8. Pihak NGO R juga akan memohon Perintah Deklarasi Pembatalan Perjanjian pada 9 Mei 1975 antara Kerajaan Negeri dengan Petronas yang dimeterai selama ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 26 September 2012 jam 8 pagi. Pihak kami juga telah berbincang dengan wakil-wakil NGO Negeri Pengeluaran Minyak dan Gas iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk mengambil tindakan yang sama.
Pihak kami menuntut Wang Royalti/ Bayaran Tunai dibayar SEGERA kepada Kerajaan Negeri.
“R TUNTUT ROYALTI”
Nazri Deraman
Presiden R
No comments:
Post a Comment