Dalam
UMNO istilah berkorban memang istilah biasa kita dengar. Semua orang
bercakap tentang pengorbanan termasuk Najib Tun Razak yang meminta semua
orang berkorban untuk negara dan bangsa dan cara pengorbanannya ialah
dengan memberikan sokongan kepada beliau dan UMNO. Bagi beliau definasi
pengorbanan ialah memberikan sokongan terus kepada beliau dan UMNO dalam
apa pun keadaannya.
Sesungguhnya
Najib bukanlah orang yang cocok untuk bercakap tentang pengorbanan
dalam perjuangan. Berkorban ialah satu tindakan yang dilakukan untuk
kebaikan perjuangan sehinggakan tindakan itu boleh mengurangkan
kedudukan dan kekayaan seseorang itu. Tunku A Rahman Putra telah menjual
segala harta beliau untuk UMNO dan negara. Onn Jaafar telah diceritakan
oleh keluarga beliau semasa beliau meninggal dunia beliau tidak
mempunyai harta dan wang ringgit semata-mata kerana perjuangan.
Pengorbanan
Tun Razak pula berbeza. Beliau tidak mengambil kesempatan di atas
kedudukan beliau untuk membuat harta benda kerana berkorban bagi
kesejahteraan negara. Beliau dari keluarga yang baik dan adalah Orang
Kaya Indera Shah Bandar Pahang. Ramai lagi pemimpin di zaman dahulu
berkorban untuk perjuangan parti dan negara. Tengku Razaleigh di katakan
telah mendermakan tanah beliau yang begitu tinggi nilainya untuk
meletakkan bangunan UMNO yang berdiri megah di kotaraya Kuala Lumpur
itu.
Saya
menyebut perkara ini, kerana istilah pengorbanan ini merupakan satu
istilah yang sangat besar dan tinggi nilainya dan bukan mudah untuk
mendapatkannya dari sesiapa jika dilihat dari sudut perjuangan negara.
Apabila kita mendengar pemimpin hari ini bercakap
tentang pengorbanan ramai yang tidak dapat menerimanya, malahan ia
menjadi bahan jenaka bagi sesiapa yang mendengarnya.
Tidak
usah kita bertanya kepada ramai orang. Kita hanya bertanya kepada Najib
sahaja yang sekarang terlalu acap beretorik tentang pengorbanan itu?
Seingat kita Najib mula berkecimpung dalam politik apabila beliau
mengambil tempat ayahanda beliau yang meninggalkan kita pada Januari
1976 dahulu secara percuma. Semuanya di adakan untuk beliau secara
percuma. Malahan semua jawatan dan peningkatan beliau sehingga hari ini
beliau dapati secara percuma.
Najib
tidak pernah diuji dalam sepanjang hayat politik beliau kerana beliau
anak Perdana Menteri. Kita tidak tahu samada Najib faham atau tidak apa
dia yang dikatakan pengorbanan itu. Sekarang kita bertanya siapa yang
berkorban dan siapa yang dikorbankan? Apa pengorbanan Najib kepada parti
selama ini selain dari parti yang tidak putus-putus berkorban untuk
beliau.
Dalam
keadaan UMNO menjadi persoalan rakyat bolehkah Najib melakukan satu
pengorbanan besar terhadap parti dan negara? Tidak kah boleh Najib
melakukan hanya satu pengorbanan terhadap negara dalam keadaan negara
dan politik nya sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat menggila
pada hari ini?
Rakyat
sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap kewibawaan pimpinan negara
yang diketuai Najib dengan isu-isu rasuah dan salah guna kuasa yang
tidak ada hadnya lagi pada hari ini. Malahan krisis keyakinan ini bukan
sahaja kepada Najib tetapi pada keseluruhan kabinet dan kerajaan negara.
Rakyat
telah berkorban sampai ke peringkat optimanya dengan bersabar selama
ini dengan mengharapkan supaya kepimpinan menghentikan melakukan dosa
dan noda terhadap rakyat. Sebenarnya apa yang diseru oleh Najib tentang
pengorbanan itu telah di arah kepada sasaran yang salah. Najib telah
menyeru mereka yang telah terlalu banyak berkorban hati dan jiwa di atas
segala kelakuan dan sifat sumbang kepimpinan sekarang terhadap mereka
(rakyat).
Apa
sebenarnya cara pengorbanan yang rakyat perlukan dari Najib dan barisan
kepimpinan negara dan kerajaan keseluruhannya? Rakyat pada asalnya
mahukan kerajaan pimpinan Najib. Yang diperlukan jadilah kerajaan yang
jujur dan tidak rasuah dan mengambil kesempatan di atas kerelaan rakyat
memberikan sokongan selama ini. Jagalah khazanah rakyat dengan baik dan
tidak di selewengkan. Misalnya jika harga kontrak LRT Ampang harganya
RM1.1 billion pastikan harganya tetap ditahap yang sama dan bukannya
dinaikan harganya menjadi RM1.8 billion.
Ini
tidak. Oleh kerana rasuah ini sudah menjadi ketagihan kepada pimpinan
kita ia tidak dapat lagi di hentikan. Setiap projek besar dan kecil ada
sahaja tambahan kos untuk kepentingan kewangan orang yang berkuasa.
Sampai bila keadaan ini harus berlarutan sedangkan mandat yang di
berikan rakyat selama ini adalah untuk mereka menjaga khazanah negara
bukannya untuk mereka melakukan rompakan di siang hari.
Najib
begitu bersungguh-sungguh meminta rakyat berbelanja secara wasatiyah
tetapi beliau sendiri berbelanja wang rakyat seperti wang itu boleh di
petik dari pokok sahaja. Berbelanja untuk lawatan ke England yang hanya
memakan masa empat lima hari melibatkan kos sebanyak RM1.6 juta. Di
manakah wasatiyah yang di sebut-sebut dengan fasih oleh Najib itu.
Isu
ini menjadi sebutan ramai sejak bertahun tahun dahulu dan sekarang
rakyat ramai yang sudah mengambil pendirian yang ‘conclusive’ yang UMNO
dan pimpinan tidak boleh lagi di berikan mandat. Budaya buruk ini sudah
tidak dapat di perbaiki lagi dan ia tidak akan baik sampai bila-bila.
Bersara seorang di gantikan dengan seorang yang lain tetapi yang
menggantinya akan bersikap dan bersifat yang sama juga. Mereka yang
pergi dan datang itu datangnya dari acuan yang sama.
Berhenti
Najib dan di gantikan dengan Muhyiddin pun tidak akan merubah keadaan
kerana Muhyiddin pun datang dari acuan yang serupa. Acuan yang di bentuk
oleh Dr Mahathir dahulu sangat ‘effective’. Acuan itu telah membentuk
barisan yang gunanya untuk menipu dan memerah harta benda rakyat sampai
kekeringan.
Sampai
bila rakyat hendak berkorban perasaan ini tidak dapat kita ketahui,
tetapi tanda-tanda sudah nampak jelas yang rakyat sudah mula tidak lagi
mempercayai apa-apa yang dikatakan oleh pimpinan sekarang.
Kalau
benar Najib serius tentang pengorbanan, hanya satu yang beliau patut
lakukan: berpakat di kalangan pimpinan UMNO, panggil perhimpunan agong
khas, kesemua barisan kepimpinan itu berhenti dan berikan ahli yang
ramai-ramai memilih seorang pemimpin yang tidak berada di dalam acuan
yang dibentuk oleh Dr Mahathir itu. Jika hendak dilakukan, adakan
sebelum pilihanraya ini.
Itu
sahaja caranya untuk UMNO mendapat kepercayaan rakyat ramai. Kurang
dari itu, jangan terkejut jika Najib merupakan Perdana Menteri dari UMNO
yang terakhir. Semuanya ini adalah kerana Najib hanya pandai bercakap
tentang pengorbanan tetapi beliau sendiri tidak mahu berkorban walaupun
sedikit untuk negara.
Najib
mesti memahami satu hakikat yang beliau menjadi Perdana Menteri bukan
kerana sokongan rakyat ramai. Beliau menjadi PM kerana konvensyennya
Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri. Presiden UMNO pula dipilih
oleh empat ribu perwakilan UMNO sahaja. Di mana 'legitimacy' pemilihan
seorang PM oleh rakyat?
Saya
kira kali ini elok kita pilih Perdana Menteri mengikut peruntukan
perlembagaan: iaitu seorang ahli Legislatif Melayu yang mendapat
kepercayaan Dewan Parlimen itulah yang akan menjadi Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment