KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI “R”.
TARIKH: 24 SEPTEMBER 2012
LOKASI: LOBI BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA, KUALA LUMPUR.
1. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas
Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai “R”merupakan gabungan
pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengabungkan lebih 58 buah
ngo di Negeri Kelantan dengan berberapa tujuan iaitu:
Menuntut Royalti Minyak Diberikan Kepada Kerajaan Negeri
Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Antara Kerajaan
Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975.
Menuntut Hak Pendaratan Minyak & Gas yang Dikeluarkan Dalam dan
Luar Perairan Negeri Kelantan ke Negeri Kelantan sepertimana Titah DYMM
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V pada Disember 2012 dan pada PLAK
ROYALTI yang Ditandatangani oleh Baginda sendiri pada 5 Jun 2012 yang
lalu.
Membina Hubungan Nasional dan Antarabangsa Dengan Negeri-Negeri serta
Negara-Negara Pengeluar Minyak & Gas Bagi Mengajak Mereka
Bersama-Sama Berjuang Menuntut Hak Hasil Bumi Di Kembalikan.
2. Belanjawan – Memohon Perdana Menteri menyatakan dengan tegas dalam
pembentangan bajetnya pada 28 September 2012 agar membayar tuntutan
royalti minyak dan gas Negeri Kelantan yang tertunggak sejak 2004 hingga
sekarang (2012) dianggarkan minimum RM7 Billion kepada Kerajaan Negeri
Kelantan.
3. Sekiranya Perdana Menteri tidak menyatakan dalam pembentangan
Belanjawannya, seluruh rakyat Kelantan akan mengadakan program Konvoi R
Tuntut Royalti Ke Putrajaya Putrajaya pada 2, 3 dan 4 Oktober 2012
sempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan
terhadap Petronas berkenaan Royalti Petroleum jam 9 pagi di Mahkamah
Persekutuan, Aras 2, Istana Kehakiman Putrajaya.
4. Konvoi R Tuntut Royalti Ke Putrajaya ini bertujuan untuk:
Mengajak seramai mungkin Rakyat Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah
dan Sarawak serta Malaysia untuk bersama-sama bangkit memperjuangkan Hak
Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Hasil Bumi mereka ke Negeri mereka
sendiri dengan turut serta dengan program-program kempen tuntutan ini.
Konvoi Mega Seluruh Negara Ke Putrajaya diadakan bagi memberikan
isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia,
terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi
mereka dikembalikan. Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh
rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup
isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri.
Tazkirah, Solat Hajat diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran
kepada rakyat Malaysia bahawa semua hasil bumi yang kita perolehi
sekarang adalah dari Allah SWT, justeru itu kita sebagai Khalifah yang
dilahirkan dibumi perlu mentadbir dan menguruskan dengan baik hasil
kurniaan-Nya demi kemakmuran Negeri dan Negara.
Ceramah Mega Tuntut ROYALTI Ke Putrajaya diadakan bagi menarik semua
sokongan padu Pemimpin Parti Politik di Malaysia bagi bersama-sama
menyokong perjuangan rakyat dan menyatakan halatuju, pandangan dan idea
mereka tentang pemberian royalti, hak pendaratan minyak dan gas di
Malaysia
Himpunan Aman di depan Istana Kehakiman diadakan bagi menyatakan
sokongan padu Rakyat Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan terhadap
tindakan menyaman Petronas kerana tidak membayar Wang Royalti @ Bayaran
Tunai hasil pengeluaran minyak dan gas Negeri.
Penyerahan 150 Ribu Tandatangan @ Referandum Kepada Perdana Menteri,
yang nisbahnya 10% daripada Rakyat Negeri Kelantan dibuat bagi
memberikan referandum kepada Perdana Menteri yang seluruh Rakyat
Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan
Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan SEGERA.
Penyerahan Memorandum Tuntutan Rakyat Kelantan Kepada Perdana Menteri
agar Bayaran Tunai hasil pengeluaran Minyak dan Gas diberikan kepada
Kerajaan Negeri Kelantan.
Konvoi Royalti ke Menara Petronas dan Piket Aman ke KLCC diadakan
bagi menunjukkan kepada seluruh Rakyat Kelantan bahawa kekayaan hasil
bumi mereka dirompak untuk memajukan Negeri lain dengan mengabaikan
kemajuan dan kemakmuran Negeri dimana minyak dan gas di keluarkan.
5. R telah menyedia Pentas Pidato Tuntut Royalti Ke Putrajaya ada 2
Oktober 2012, Dataran Kemerdekaan Shah Alam kepada semua pemimpin parti
politik termasuk dari Pakatan Rakyat (PR) dan UMNO/Barisan Nasional.
Justeru itu pihak kami ingin menjemput secara terbuka Perdana Menteri
Malaysia atau wakilnya untuk hadir menyatakan pendirian berkenaan isu
tuntutan Royalti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Setakat ini
yang sudah memaklumkan kesudian untuk hadir ialah:
YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP
YB Dato Husam Musa, Pengerusi Jk Tuntutan Royalti & Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan
YB Tan Sri Ibrahim Menudin, Wakil Pimpinan Sabah
YBrs Sdra Nazri Deraman, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti,
Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ROYALTI. (Kelantan)
YBrs Sdra Hj Fauzi Abu Samah, Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Negeri Terengganu – MAMPAT (Terengganu)
YBrs Sdra Zainnal Ajamain, Gerakan Nasionalis Sabah – GANAS (Sabah)
6. Pihak NGO R mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang
diumumkan oleh Perdana Menteri pada 4 Ogos 2012 yang lepas melibatkan
Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dibatalkan dan bayaran
segeran WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI 5% dibayar segera kepada akaun
Kerajaan Negeri Kelantan.
7. Untuk itu pihak NGO R ingin memohon respon daripada Perdana
Menteri berkenaan Mmemerandum Menolak Jawantankuasa Bayaran Tunai yang
telah dihantar pada 7 Ogos 2012 lalu yang diserahkan melalui Jabatan
Pembangunan Persekutuan, agensi rasmi dibawah Jabatan Perdana Menteri di
Negeri Kelantan. Pihak Ngo R menolak Jawatankuasa ini memandangkan ia
tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian
yang telah dimeterai antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei
1975. Malah penyelesaian isu pembayaran Wang Royalti kepada Kerajaan
Negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai.
8. Pihak NGO R juga akan memohon Perintah Deklarasi Pembatalan
Perjanjian pada 9 Mei 1975 antara Kerajaan Negeri dengan Petronas yang
dimeterai selama ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 26 September
2012 jam 8 pagi. Pihak kami juga telah berbincang dengan wakil-wakil NGO
Negeri Pengeluaran Minyak dan Gas iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak
untuk mengambil tindakan yang sama.
Pihak kami menuntut Wang Royalti/ Bayaran Tunai dibayar SEGERA kepada Kerajaan Negeri.
“R TUNTUT ROYALTI”
Nazri Deraman
Presiden R