Sunday, April 17, 2011

Perjuangan PAS Kini Membunga di Sarawak


1. Keputusan pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak bagi edisi ke 10 telah selesai dengan menyaksikan penyertaan PAS di 5 kerusi Dewan Undangan Negeri belum membuahkan hasil namun ianya sedang mekar membunga. Realitinya amat sukar bagi PAS untuk menembusi negeri Sarawak yang dianggap sebagai kubu kuat BN sejak lama dulu. Sungguhpun begitu, penerokaan PAS sejak tahun 2000 yang lalu ke bumi Kenyalang, kini cukup membanggakan.

2. Tahun 2000, PAS menabur benih perjuangannya di tanah subur bumi Sarawak, pucuknya mula bercambah pada tahun 2006 dan pada tahun 2011 ini, pohonnya telah mekar berbunga. Insyaallah, saya optimis bahawa masa depan perjuangan PAS tetap akan membuahkan hasilnya. Saya mensasarkan 5 tahun dari sekarang, pohon yang sedang membunga kini akan berbuah dan tentunya buah yang dihasilkan kelak adalah buah yang manis dan berkualiti insyaallah.

3. Dewan Undangan Negeri Beting Maro hampir membuahkan hasil apabila menyaksikan BN hanya mampu menang tipis dengan majoriti 391 undi setelah PAS yang diwakili oleh Abang Ahmad Kardee berjaya meraih sebanyak 2678 undi. Sementara Abang Addy Alyani Ketua DPP Negeri Sarawak yang mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya meraih sebanyak 1074 undi setelah tewas dengan majoriti 2934 undi. Demikian juga Tuan Hj Adam Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak meraih sebanyak 1769 undi di Dewan Undangan Negeri Sebuyau setelah tewas dengan 2276 majoriti undi.

4. Lebih menarik ialah dua Dewan Undangan Negeri yang julung kali disertai oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum negeri Sarawak edisi ini [ pula diwakili oleh calon muslimat ], turut memaparkan keputusan yang sungguh memberangsangkan sekaligus menunjukkan bahawa masa depan PAS di bumi Sarawak semakin cerah. DUN Muara Tuang, PAS meraih sebanyak 3196 undi meskipun tewas dengan majoriti undi yang besar iaitu 7843 undi. DUN Tanjung Datu pula PAS meraih sebanyak 1002 undi setelah tewas dengan majoriti 3216 undi.

5. Apa yang ingin saya tegaskan ialah PAS mula meraih undi popular di bumi Sarawak berbanding lebih 10 tahun yang lalu, usahkan mahu meraih sokongan seramai itu, malah kehadhiran kami tidak diterima, dipandang sinis penuh curiga bahkan ada dikalangan pimpinan PAS dihalau dan diherdik oleh penduduk setempat sementara parang ditangan mereka.

6. Hari ini, penubuhan cawangan PAS kian rancak berlaku di negeri Sarawak dan ia adalah signal yang sangat jelas bahawa PAS bukan sahaja bertapak kukuh malah semakin marak berkembang. Rakyat Sarawak juga tidak lagi takut dan bimbang untuk menyokong PAS. Berasaskan pengalaman saya menemui pengundi, tiada lagi muka masam yang ditunjukkan kepada PAS dan tiada lagi rasa curiga terhadap perjuangan PAS.

7. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama rakan - rakan exco yang lain bertekad untuk terus melangsungkan perjuangan PAS ke bumi Sarawak [ begitu juga Sabah ] dengan memanfaatkan semaksima mungkin modal sokongan yang telah diperolehi melalui pilihanraya umum negeri Sarawak ini. Bermula dengan penubuhan DPP kawasan - kawasan, aneka aktiviti dan pelbagai program akan digerakkan insyaallah.

8. Saya sekali lagi mewakili DPP Malaysia merakamkan tahniah buat semua petugas PAS khasnya pemuda yang turun melalui kontijen negeri masing - masing untuk menyemarakkan lagi gerakkerja perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Sesungguhnya perjuangan kita tidak sekadar untuk meraih undi dan menawan kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi jauh lebih murni dari itu ialah membawa sinar hidayah Allah swt buat rakyat Sarawak yang telah diabaikan perkembangan agama mereka sejak sekian lama.

9. Al Faatihah, buat al marhum Muhamad Izan Yaakob, petugas PAS yang gigih bertugas dan berjuang di Beting Maro telah kembali kerahmatillah jam 1.30 tengahari kelmarin. Takziah buat seluruh anggota keluarga al marhum, semoga ruh al marhum dicucuri rahmat oleh Allah swt dan digolongkan dari kalangan hambaNya yang soleh.

10. Insyaallah, DPP Malaysia akan memberi sumbangan tenaga dan buah fikir untuk memastikan pohon yang sedang mengeluarkan bunga mekarnya tidak rosak dan dimusnahkan oleh anasir - anasir yang tidak mahu melihat buahnya masak ranum di musim depan. Selamat berjuang buat semua.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Penganalisis Politik : Najib Mungkin Tunda PRU-13

SHAH ALAM 16 APRIL :Kehilangan 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mungkin menyebabkan hasrat Perdana Menteri Najib Razak membubarkan parlimen tahun ini, terbantut.

Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga, ia belum cukup gah untuk memberi jaminan kepada BN bahawa tampuk kekuasaan akan kekal menjadi milik gagasan itu, kata Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor menambah, walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkata, PRN Sarawak akan dijadikan inspirasi bagi menentukan pilihan raya umum, namun pada masa kini, Najib perlu memikirkan hal itu sedalam-dalamnya.



"Ramai yang melihat bahawa keputusan PRN Sarawak kali ini, BN tidak akan berani untuk membuat pilihanraya umum dalam masa terdekat. Oleh kerana mereka melihat penentangan segolongan besar pengundi itu masih kekal.

"Dari segi kemenangannya pula saya fikir ia adalah kemenangan yang agak mahal kerana mereka terpaksa membelanjakan banyak dengan membeli secara terbuka di sesetengah tempat," kata Aziz.

"Jadi dalam konteks Sarawak, simpanan tetap itu mungkin lebih sukar lagi kerana ketua menteri yang dilantik itu akan kekal untuk jangka masa tiga hingga empat tahun lagi dan tidak mudah untuk Najib menyingkitkan Taib dengan mudah," tambahnya lagi.

Menurut Aziz, selain perlu memikirkan merosotnya sokongan pengundi di Sarawak kepada BN terutama sekali terhadap Ketua Menterinya, Taib Mahmud, Najib sekali lagi "tersentak" apabila Taib mengumumkan hanya akan bersara "sekitar pertengahan penggal ini".

Taib yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak malam tadi, sekali lagi menzahirkan hasratnya untuk berundur buat kesekian kalinya.

Kenyataan Taib itu bercanggah dengan Najib yang mengumumkan bahawa Taib akan berundur selepas PRN negeri ketika siri kempennya. 

"Dengan kata lain, Taib Mahmud akan terus menjadi liabiliti di Sarawak dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Dan pilihanraya  (pula) terpaksa diadakan dalam tempoh  lebih awal dari itu," jelas Aziz, sekaligus mendatangkan masalah kepada Najib.

Oleh itu katanya, kejayaan BN mengekalkan kuasanya di Bumi Kenyalang bukanlah suatu perkembangan positif yang mampu mengekalkan keyakinan rakyat untuk terus setia bersama parti itu.

Dengan kata lain, kemenangan di Sarawak  dengan mengekalkan dua pertiga majoriti bukan semestinya baik kepada BN. Khususnya dari segi menjamin kemenangan dalam PRU 13.

"BN tidak boleh lagi menganggap Sarawak sesuatu yang selamat lagi. Pakatan Rakyat semakin kuat dan diterima kerana ia bukanlah satu andaian kerana ia adalah fakta bahawa mereka sudah semakin diterima sebagai satu entiti yang mantap," jelasnya lagi.

Malah kata Aziz, dapat dilihat ketidaksefahaman antara Najib dan Taib apabila Pengerusi BN itu lebih memikirkan kemenangan kepada BN namun Taib sebaliknya mahu kekal di tampuk pemerintahan tanpa mempedulikan keputusan pilihan raya.

Namun ujar beliau,  apa yang lebih penting ialah perjuangan dan keinginan memuncak rakyat yang mahukan perubahan.

Rakyat Sarawak dilihat mula membuka ruang kepada pembangkang dan ia merupakan petanda positif bahawa masyarakat di negeri Bumi Kenyalang semakin menerima sistem dua parti di negara ini.

Tambah Aziz, menerusi jumlah kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihanraya negeri itu semalam, jelas menunjukkan bahawa ia adalah pencapaian yang mampu menggugat kedudukan BN di Sarawak. 

Ini kerana, Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya menangkis permasalahan yang ditimbulkan parti lawan, malah sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri yang berperanan untuk memenangkan BN gagal melemahkan pembangkang untuk membawa perubahan besar kepada rakyat di negeri itu.

"Saya fikir begitu, walaupun PR tidak dapat mencapai matlamat menafikan dua pertiga majoriti BN. Tetapi saya fikir dengan keadaan pilihan raya dan sikap SPR sendiri dengan apa yang dicapai sekarang adalah sesuatu yang sesuai dan munasabah. Kali ini juga PR bertanding sebagai Pakatan yang agak formal, dengan kata lainnya ia sebagai satu permulaan untuk kewujudan sistem dua parti di Sarawak terutamanya," kata Aziz.

Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 semalam menyaksikan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.

Manakala Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.

Sementara Bebas memenangi satu kerusi.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan SPR malam tadi, Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pada pilihan raya negeri 2006 yang mana ketika itu BN memperoleh 63 kerusi.

Aziz turut menyifatkan kemenangan majoriti dua pertiga BN dengan terpaksa membelanjakan sehingga lebih RM500 juta adalah tidak memadai dengan apa yang telah diperoleh parti itu.

"Untuk pilihanraya kali ini BN membelanjakan RM500 juta dengan di sesetengah tempat Mykad dikeluarkan dengan mudah. Jadi dengan kata lain masalah SPR, undi pos dan sebagainya dan kita lihat bahawa pilihanraya itu tidak ditandingi dengan cara yang saksama dan adil. Jadi saya fikir memang ia perlu dihadapi  dan ini antara perkara yang kita perlu lihat," kata Aziz.

Kuasai 15 kerusi beri Pakatan harapan baru, kata penganalisis

April 17, 2011
KUALA LUMPUR, 17 April — Walaupun hanya menang 15 kerusi, namun penganalisis politik berpendapat ia adalah satu keputusan yang tidak dijangkakan dan menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya mengukuhkan kedudukan di Sarawak.
Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, penganalisis berkata hanya DAP yang menunjukkan peningkatan sokongan yang memberangsangkan berbanding PKR dan PAS.
Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.
Bebas memenangi satu kerusi.
Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihan raya negeri 2006 — yang mana ketika itu BN memperoleh 62 kerusi.

“Bagi Pakatan Rakyat mereka mengukuhkan lagi kedudukan terutamanya DAP yang mana mereka telah dapat 12 kerusi berbanding sebelum ini enam dan ini menunjukkan pengundi masih bersama Pakatan di kawasan bandar.
“Peningkatan sokongan ini menunjukkan BN perlu melakukan sesuatu untuk menyekat sokongan kepada Pakatan Rakyat,” kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.
Kata beliau, walaupun Pakatan Rakyat merupakan parti dari Semenanjung, namun jumlah kerusi yang dimenangi perikatan tiga parti itu menunjukkan perubahan sudah berlaku.
“Bagi Pakatan Rakyat walaupun berasal dari Semenanjung Malaysia, namun mereka nampaknya sudah mula diterima, malah kita boleh lihat bagaimana DAP yang sebelum ini menang enam kerusi kini sudah bertambah.
“Peningkatan ini juga mungkin menunjukkan pengundi mahukan keseimbangan ke atas DUN Sarawak, namun begitu nampaknya bukan semua pengundi masih boleh terima parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia,” katanya.
Jelas Sivamurugan, faktor utama kemenangan besar BN adalah sumbangan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membantu jentera parti itu.
Beliau juga berkata, BN perlu melaksanakan setiap janji yang dibuat agar momentum kemenangan akan dapat diteruskan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Bagi saya faktor kemenangan BN adalah Najib dan Muhyiddin yang telah lakukan kempen yang hebat untuk pastikan Sarawak kekal menjadi simpanan hayat BN.
“Tapi cabarannya adalah untuk pastikan apa yang dijanjikan semasa kempen dilaksanakan supaya momentum itu dapat dikekalkan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Mungkin pengundi di Sarawak mahu memberikan satu lagi peluang kepada BN supaya jurang antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan terutamanya jurang antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri selain mahu melihat Najib melakukan lebih banyak perubahan,” katanya.
Malam tadi Najib memberi isyarat jelas bahawa kemenangan selesa BN dalam pilihan raya negeri Sarawak akan dijadikan kayu ukur dan jambatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Kata Najib, kemenangan besar BN itu akan diterjemahkan pada pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Bagi Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat, DAP menunjukkan parti itu berjaya mendapatkan sokongan pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar.
Jelas beliau, keputusan yang diperoleh Pakatan Rakyat itu masih belum dapat untuk bersaing dengan BN yang mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak.
“Saya melihat keputusan itu secara keseluruhannya kita lihat memang BN dapat majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan kemenangan besar BN.
“Namun kalau kita lihat kawasan yang dimenangi DAP menunjukkan peningkatan DAP, begitu juga PKR yang meningkat kepada DAP.
“Ini menunjukkan peningkatan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya Sarawak tapi secara keseluruhan BN masih berada dalam keadaan cukup selesa,” katanya.
Menurut Samsul Adabi lagi, banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di 15 kerusi itu termasuk kegagalan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang “tewas” besar kepada DAP.
“Terlalu awal untuk ulas kerana kawasan BN yang merosot angka tidak besar... begitu juga kerana penerimaan Pakatan Rakyat yang mana kalau kita lihat banyak faktor lain terutamanya faktu undi masyarakat Cina yang kita lihat banyak beri kemenangan kepada DAP.
“Kalau nak kata keseluruhan rakyat Sarawak sudah menerima Pakatan Rakyat, masih tidak boleh katakan, tapi kalau undi masyarakat Cina kepada DAP boleh kita lihat.
“Ini kerana SUPP yang mewakili masyarakat Cina di Sarawak gagal menyelesaikan masalah kepimpinan dalam parti itu dan telah mengalami kekalahan besar menyebabkan pengundi Cina telah pergi kepada DAP dan bukan BN,” katanya.
Sementara itu, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata kemenangan dua pertiga BN memang sudah dijangkakan, namun Pakatan Rakyat berjaya menang lebih kerusi.
“Saya ingat ia (kemenangan BN) sudah dijangkakan dan kerusi yang diperoleh sudah dijangka, awal cuma rasa risau dan bimbang.
“Dan yang saya lihat DAP berjaya menang 12 kerusi... saya juga tidak jangka PKR boleh dapat tiga kerusi, saya ingat ia adalah kerana faktor protes kerana tidak berpuas hati dengan BN bukan kerana minat kepada PKR,” katanya.
Selain itu, beliau percaya BN akan memperoleh kemenangan lebih besar sekiranya SUPP tidak tewas banyak kerusi.
“Sepatutnya BN boleh menang dengan lebih besar, kemenangan DAP sudah dijangka sebab trend pengundi Cina memang nampak begitu tegas kepada DAP, ia bukan undi protes bagi DAP, PKR mungkin.
“Kemenangan Pakatan Rakyat bergantung kepada DAP, yang saya rasa PAS dan PKR gagal terangkan manifesto Pakatan Rakyat, isu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
Datuk Dr Zainal Kling pula menjelaskan kemenangan 15 kerusi itu masih belum menggambarkan majoriti besar pengundi Sarawak menerima Pakatan Rakyat.
“Saya fikir pilihan raya kali ini beri harapan kepada Pakatan Rakyat terutamanya sekali DAP dan PKR, yang mana DAP berjaya jatuhkan SUPP.
“Namun Pakatan Rakyat secara seluruh belum (diterima) tapi DAP dan PKR sudah mula bertapak di sana sudah ada tapak untuk bergerak lebih menyakinkan mereka,” katanya.

Peratusan undi Pakatan Rakyat meningkat banyak – penganalisis

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan raya Negeri Sarawak ke-10 menyaksikan jurang sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) berbanding Pakatan Rakyat, semakin mengecil, kata penganalisis politik terkenal, Dr Abu Hassan Hasbullah.
Pengerusi Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum) itu berkata, ia juga bermakna  perubahan besar mula merebak ke Bumi Kenyalang berikutan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) semakin besar.
“Peratusan  yang menyokong BN adalah 372,379 pengundi manakala Pakatan Rakyat mendapat 261,666 undi. Ini bermakna peratusan yang mengundi PR semakin meningkat. Jika diukur, beza peratusan hanya 32peratus,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Beliau berpendapat, kemenangan Pakatan Rakyat di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini bakal membentuk masa depan baru bagi proses perubahan jangka panjang negeri itu.
“Jelas, Sarawak akan membentuk masa depan baru dalam tempoh panjang dengan kejayaan PR yang mengungguli kepercayaan politik di bandar dan masyarakat urban,” katanya.

Abu Hassan berkata, Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan berasa selesa sekalipun mencatatkan kemenangan dengan dua pertiga majoriti pada pilihan raya itu.
“Walaupun BN menang 55 kerusi, kemenangan itu masih tidak selesa memandangkan kawasan majoriti Cina dan lokasi bandar, mahukan perubahan politik di Sarawak.
“Ini petunjuk jelas berlakunya revolusi masyarakat media baru secara keseluruhannya yang mahukan pembentukan strategi dan perubahan,” katanya.
Beliau menganggap Pakatan Rakyat lebih berjaya dalam pilihan raya itu berikutan kemampuannya menumbang dua pemimpin utama BN, sekali gus menandakan kebangkitan kaum majoriti di negeri itu.
“Kecuali Melayu Melanau, lihat saja kebangkitan Orang Ulu, Dayak dan Iban. Mereka mula sedar proses pembentukan dan perkembangan arus politik di Sarawak,” kata Pensyarah Kanan Jabatan Media Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya itu.
Beliau percaya kemenangan BN tidak memberi refleksi kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kerana situasi politik di Sarawak yang berbeza dengan senario di Semenanjung.
“Perubahan ini untuk masa depan Sarawak, tidak memberikan gambaran kepada PRU ke-13 kerana keadaan politik yang berbeza dengan Semenanjung,” katanya.

Budaya Sistem Dua Parti Mula Menular Di Sarawak


SHAH ALAM 17 APRIL : Pilihanraya negeri Sarawak yang berakhir semalam memberi petanda paling jelas bahawa sistem politik dua parti di Semenanjung sudah sampai ke Sarawak secara dinamis,  sekali gus mengubah lanskap negeri itu, mungkin buat selama-lamanya. 
Walaupun mengekalkan majoriti dua pertiga, Barisan Nasional (BN) pimpinan Taib Mahmud bukan sahaja hilang 16 kerusi,  tetapi juga sokongan pengundi Cina di kawasan bandar manakala semakin ramai pengundi  Iban dan Dayak  condong kepada Parti Keadilan Rakyat.
Dalam erti kata lain, kemenangan paling nyata untuk PR dalam PRN Sarawak adalah gagasan itu kini  bertapak kukuh di Bumi Kenyalang ketika negeri itu melalui proses peralihan kepimpinan.

Persoalan yang tinggal adalah bukan sama ada tetapi bila  Abdul Taib Mahmud akan berundur setelah 30 tahun menerajui negeri ini dan siapa yang akan menggantinya.
Kekalahan 40 daripada 41 calon bebas dan fakta semua 26 calon SNAP tewas  teruk  manakala gandingan DAP, PKR dan PAS membuahkan 15 kerusi menunjukkan  rakyat Sarawak bersedia menerima parti politik kebangsaan untuk membela mereka.
Modal lama kononnya parti Semenanjung hanya datang untuk menjajah orang Sarawak  ditolak, bukan sahaja di bandar, tetapi juga di kawasan-kawasan terpencil seperti Krian dan Ba'kelalan.
Justeru itu kali ini, DAP dan PKR Berjaya menambah dua kali ganda jumlah kerusi yang diperolehi.
Enam kerusi DAP pada tahun 2006 bertambah kepada 12 manakala PKR dari satu menokok kepada tiga. 
Sebenarnya jika diperinci, PKR telah memulakan PRN Sarawak kali ini tanpa sebarang kerusi, kerana telah menyerahkan kerusi Padungan yang dimenangi pada tahun 2006 kepada DAP. 
Justeru itu, kesemua tiga kerusi di Batu Lintang, Krian dan Bakelalan adalah kerusi baru yang dimenangi oleh PKR. 
Taktik SNAP untuk memaksa pertandingan tiga penjuru, seperti yang dijangka memberi  kelebihan kepada BN di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR di kawasan pedalaman.
Begitu juga kehadiran calon-calon persendirian yang menjadi kebiasaan dalam PRN Sarawak, bertujuan untuk memastikan BN tidak berdepan dengan PKR dalam satu lawan satu. 
Keputusan PRN menunjukkkan bahawa di  banyak kerusi, jika pertandingan satu lawan satu di antara PKR dan BN menjadi kenyataan,  pemerintah, meskipun dengan kelebihan wang dan kemudahan pengangkutan, belum tentu menang selesa di kawalan pedalaman. 
Hakikat bahawa calon-calon Snap dan bebas hanya memperolehi ratusan undi menunjukkan sebilangan besar daripada mereka dibiayai oleh dalang-dalang tertentu.
Tujuannya bukan untuk menumbangkan BN tetapi untuk  memastikan kemenangan pemerintah dalam apa cara sekali pun.
Hanya seorang calon bebas,  George Ak Lagong menang kerusi Pelagus, manakala 36 calon bebas dan 23 calon Snap hilang deposit mereka menunjukkan rakyat Sarawak semakin menerima PKR dan gandingan Pakatan Rakyat dalam mencorakkan masa depan mereka. 
Secara keseluruhan trend pengundi menunjukkan mereka tidak lagi percaya kepada Snap dan semakin menerima perjuangan Pakatan Rakyat. 
Sudah tentu, DAP, PKR dan PAS akan menggunakan kemenangan Pakatan Rakyat semalam untuk membina asas yang lebih kukuh bagi meningkatkan kepercayaan rakyat Sarawak. 
Undi popular BN keseluruhannya dalam PRN kali ini adalah 372,379 undi atau 55.36 peratus, menyusut daripada 62.91 peratus lima tahun lalu dan 71.16 peratus pada tahun 2001. 
Pakatan Rakyat mendapat undi popular 300,288 undi atau 44.64 peratus, isyarat jelas bahawa simpanan tetap BN sudah tidak lagi pertaruhan mutlak untuk terus memerintah Bumi Kenyalang dan menyumbangkan bilangan kerusi yang lumayan di Dewan Rakyat.

Janji Manis : Taib janji berundur pertengahan penggal

Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini".

Katanya, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan
baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak.

"Saya disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal kesinambungan dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya) momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan kepimpinan.

"Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," katanya.


Persaraan Taib menjadi topik hangat dalam pilihan raya negeri yang berakhir semalam dengan BN memenangi 55 daripada 71 kerusi,
dengan sentimen anti-Taib pula membantu DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ia ditandinginya.

Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi BN kehilangan lapan kerusi. Dalam sesi lalu, BN mempunyai 63 kerusi, DAP (6) dan PKR (1).

PKR juga berjaya menambah dua lagi kerusi menjadi tiga. Kedua-dua parti itu juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Kejayaan terbesar DAP ialah menumbangkan presiden SUPP, yang juga timbalan ketua menteri, Tan Sri George Chan di kerusi Piasau.

PAS bagaimanapun gagal di lima kerusi yang ditandinginya semalam. Bagaimanapun, kepimpinan parti itu menyifatkan jumlah undi yang
diterima calonnya di kawasan majoriti Melayu-Melanau adalah menggalakkan, dan menunjukkan parti Islam diterima rakyat negeri itu.

Sementara itu Bernama melaporkan, Taib berterima kasih kepada rakyat Sarawak kerana terus menyokong BN dan memberi mandat kepada parti itu membentuk kerajaan.

Menurutnya, kemenangan BN pada pilihan raya negeri hari ini membuktikan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan budaya politik negatif yang cuba dibawa pakatan parti pembangkang dari luar.

Katanya rakyat Sarawak tidak dapat menerima cara politik yang mengapi-apikan mereka, menimbulkan syak wasangka, perkauman dan cuba menimbulkan rasa takut.

"Saya akan buat Kertas Putih supaya budaya ini tidak berlaku di Sarawak dan kalau yang dah masuk, kita pastikan tidak berterusan. Ini tidak menguntungkan rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya.

Taib berkata pembangkang menyatakan bermacam-macam perkara untuk menang pilihan raya tetapi rakyat Sarawak masih percayakan BN dan perasaan bersangka baik terhadap BN masih ada di kalangan kebanyakan rakyat.

"Ini semua propaganda... propaganda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dulu dia dakwa tsunami pilihan raya 2008... tetapi dia tak menang pun. Di Sarawak dia cakap menang dan dah lantik ketua menteri," katanya.

Taib berkata langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke seluruh pelosok Sarawak untuk berjumpa rakyat dan mendengar masalah mereka membawa kesan positif.

"Rakyat nampak kerajaan pusat beri perhatian lebih kepada Sarawak. PM pun tahu Sarawak perlu mempunyai dasar mengejar kemajuan untuk melaksanakan program NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) luar bandar yang meliputi kemudahan air, elektrik dan jalan,"
katanya.

Ketua Menteri itu juga meyakinkan rakyat Sarawak bahawa kerajaan pusat berdiri di belakang Sarawak khususnya menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk sama-sama membangunkan negeri dan membina lebih banyak infrastrukur.

Taib berkata keputusan pilihan raya hari ini adalah sesuatu yang diduga berdasarkan keadaan semasa tetapi apa yang penting BN tetap terus membentuk kerajaan untuk terus memajukan Sarawak.

Mengenai masyarakat Cina yang jelas lebih berpihak kepada DAP, beliau berkata mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk kekal dengan DAP atau akan terpinggir.

Bila Pilihan Raya Umum Ke 13?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pilihan raya Sarawak sudah selesai. Taib Mahmud dah selamat untuk terus berkuasa, tidak siapa boleh ganggu dan persoal lagi. Kemenangan beliau adalah mutlak, walaupun hilang lapan kerusi tetapi wibawa kerajaannya tidak terganggu. Ketua Menteri 30 tahun itu tidak perlu gundah dan gerun kepada sesiapa lagi. Beliau boleh mengunjurkan kekayaan dan melakukan kemewahan seberapaa banyak  yang diingininya, tiada siapa lagi boleh menghalang.


Mandat yang diberikan rakyat akan diguna sepenuhnya. Mungkin Cina dan sedikit Iban akan menanagis dan sedih atas kemenangan Taib tetapi Melayau dan Melanau masih bergembira kekayaan Taib adalah kebangaan mereka juga. Bagi Melayu kerakusan Taib tidak memberi kesan kepadanya asalkan Sarawak diperintah oleh orang Melayu.


Dengan kemenangan semalam juga Najib Razak tidak boleh berkata apa kepada Taib. Ternyata Taib kini lebih hebat daripada Najib. Najib tidak boleh cakap banyak kerana Taib sudah mendapat mandat baru yang besar. Persoalan kini bagai mana dengan Najib? Najib belum boleh duduk selesa kerana mandat yang ada ada adalah pesaka dari Abdullah Badawi.

Apakah Najib akan segera memanggil pilihan raya umum ke-13 Najib mengambil peluang atas kemenangan di Sarawak untuk mendapat mandat baru? Ada kemungkinan. Najib dan BN kini sudah benar-benar selesa. Najib boleh mengira kalaulah orang Sarawak masih sayang kepada PBB maka begitu juga dengan orang Melayu Semenanjung masih sayang dan merasakan Umno kena terus disokong untuk meneruskan pemerintahan.

Bilakah Najib akan mengadakan pilihan raya? Ada mengatakan tempoh sesuai ialah antara Jun sampai September. Setengah logistik dan persiapan sudah pun dilengkapkan. Dengan kemenangan BN Sarawak semalam saya yakin Najib kini sedang mencari tarikh dan cerlak sesuai untuk diadakan pilihan raya.

Kepada pembangkang jangan berlengah dan mendakap diri lagi jentera pilihan raya disemua peringkat hendaklaha digerakkan mula sekarang. Jangan tunggu saat saat akhir. Kalaulah pembangkang masih tunggu dan lihat tak mustahil pilihan raya ke 13 ini boleh menyebabkan pembangkang akan menyesal dan menangis tidak berlaku. Jangan perkecilkan kekuatan dan senantiasa sedar akan kehebatan strategi BN.

Saturday, April 16, 2011

PRN SARAWAK: FINAL RESULT

  Contested Won
PBB  35  35
SUPP  19  6
PRS  9  8
SPDP  8  6
.
DAP  15  12
PKR  49  3
PAS  5  0
.
PCM  6  0
SNAP  26  0
IND  41  1



































Alhadulillah: Keputusan PRN Sarawak 2011 lebih baik

BN Sarawak 2/3 DUN, TAIB Mahmod KM Sarawak


"Tahniah kepada Pakatan Rakyat terutama DAP, PKR dapat menambah kerusi DUN. BN Sarawak dibawah teraju Taib Mahmud berkuasa semula dengan mendapat 2/3 DUN dalam pilihanraya umum Negeri Sarawak.Taib Mahmod tetap menjadi KM Sarawak, Rakyat Sarawak masih sayang pada Taib Mahmod dan setia pada BN Sarawak.

Seperti artikal yang lalu kekuatan BN Sarawak terletak pada DUN-DUN pengundi yang miskin dan daif kehidupan dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerjaan dan pemikirannya tidak terbuka dengan maklumat.Untuk rekod Negeri sarawak seluas tanah melayu atau semenanjung Malaysia, Bagi pembangkang menjelajah seluruh pelusuk Sarawak dengan situasi bentuk muka bumi Sarawak atau geografi bumi Sarawak cukup terbatas dan kesukaran.
Dun Dun kurang lebih 20 hinng 25 dun di Sarawak kawasan yang penduduknya bergantung seratus peratus kepada kerajaan BN Sarawak dan sukar untuk mendapat maklumat sebenar. Cukup setia kepada Taib Mahmod.
Bagi parti PAS atau parti Islam cukup sukar rakyat Sarawak dan Sabah  memberi undi. Kerana kefahaman dan penjelasan cukup terhad. PAS perlu mengambil masa sekurangnya 5 hingga 10 tahun untuk rakyat Sarawak dan rakyat Sabah faham dan menyokong PAS.
Tahniah kepada semua petugas parti PAS, PKR, DAP dan pemimpinnyayang bertugas siang dan malam bagi melaksanakan proses demokrasi yang berat sebelah di Sarawak dan di bumi Malaysia.
Kita jumpa semula  dan berperang di semenanjung Malaysia dalam pilihanraya umum dijangka bulan Jun atau Julai 2011. Ingat pilihanraya di Malaysia sebenar tidak adil dan tidak terbuka secara bebas seperti dinegara maju seperti Jepun dan Amerika.

Terkini Sarawak 4.05 p.m: PR 13 vs BN 6



13
Kidurong
Maradong
Layar
Meluan
Kakus
Tamim
Jepak
Tasik Biru
Ba'Kelalan
Krian
Tebedu
Tarat


6
Saribas
Semop
Bukit Saban
Sadong Jaya
Tanjung Datu
Sebuyau
Beting Maro

Keputusan awal: Pakatan -8, BN - 4

Antara kerusi yang sedang didahului oleh BN adalah di :-

1) Tanjung Datu;
2) Sebuyau;
3) Sadong Jaya; dan 
4) Beting Maro 

manakala PKR pula di:-

1) Krian;
2) Ba'kelalan;
3) Kakus;
4) Tamin;
5) Jepak;
6) Tebedu;
7) Tarat; dan 
8) Meluan

TERKINI PAS: PRN SARAWAK

Terkini Kerusi PAS 3.40 p.m


PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan.

Berikut antara kerusi tersebut:

N 22 Sebuyau
PAS - 698 undi
BN - 1,860 undi
Bebas - 44 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 184 undi
BN - 763 undi
Bebas - 32 undi

N22 Sadong Jaya
PAS - 163 undi
BN - 448undi
Bebas - 29 undi

Bagi kerusi N 24 Beting Maro setakat ini masih belum menerima apa-apa keputusan. PAS belum pernah memenangi sebarang kerusi di DUN Sarawak sebelum ini.

Friday, April 15, 2011

Pakatan Mula Kerja Akhir PRN Dengan Ceria

KUCHING, 16 April: Pakatan Rakyat memulakan kerja akhir pilihan raya negeri (PRN) Sarawak hari ini dengan sasaran untuk menafikan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dun Sarawak.

Semua calon-calonnya bergerak ke tempat mengundi masing-masing dengan penuh ceria ekoran laporan awal Pakatan mempunyai harapan besar mencapai sasaran itu.

Ketika ada anggaran kerajaan BN akan jatuh dalam PRN ini, pemimpin Pakatan merendahkan sedikit anggaran mereka kepada menafikan kuasa dua pertiga BN.

"Saya meletakkan sasaran menafikan dua pertiga itu sebagai boleh diterima tetapi tidak menolak untuk menjatuhkan kerajaan BN," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Beliau tidak menolak ramalan yang dibuat oleh Zentrum Future Studies yang meletakkan Pakatan akan mendapat sehingga 49 peratus sokongan berbanding dengan BN hanya 27 peratus, Snap 20 peratus dan Bebas empat peratus tetapi ramalan itu bagi beliau terlalu tinggi.

(Gambar: Pola pengundian berdasarkan anggaran akhir yang dibuat oleh Zentrum dalam SARAWAK ELECTION (SELECT 2011) - Prediction and Tomorrow?)

Zentrum dalam laporan akhir mereka meramalkan, Pakatan akan mendapat  34 kerusi, BN 19, Snap 14 dan Bebas 4.

"Bagi saya, yang lebih boleh dipercayai buat masa sekarang adalah 28 kerusi untuk Pakatan," kata beliau.

Beting Maro

Sementara itu, wakil Harakahdaily di Beting Maro, Nazri Abdullah melaporkan, calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus memulakan lawatan ke pusat pengundian pagi ini di Sekolah  Menengah Beladin.

Beliau yang dilihat ceria dan bersemangat, tiba di sini kira-kira jam 7.45 pagi selepas mengharungi sungai dengan menaiki bot dari pengkalan jeti Beladin.

Turut mengiringi beliau ketika ini, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rakman. Beting Maro adalah harapan utama PAS untuk menang.

(Gambar: Keluar awal untuk mengundi di Beting Maro. Pengundi berbaris jam 7.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Muton)

Abang Ahmad atau lebih dikenali sebagai 'Abang Handsome' di kalangan penduduk di sini sejak hari penamaan calon 5 April lalu, kemudiannya akan ke Sek. Keb. Semarang sebelum meneruskan lawatan ke Sek. Keb. Sepinang.

Beliau yang juga anak tempatan di sini, turut akan membuang undi di Sek. Keb. Spaoh iaitu selepas pulang dari Sek. Keb. Sepinang.

Selepas itu, Abang Ahmad akan ke SRJK Cina Pusa, SK Kalok, SK Tambak dan SK Muton.
Dun Beting Maro mempunyai sejumlah 7,868 orang pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Pada pilihan raya negeri 2006 lalu, PAS melalui calonnya Alem Din tewas hanya dengan majoriti 895 undi kepada calon BN Bolhassan Haji Di.

Alem mendapat 1,901 undi manakala Bolhassan mendapat 2796 undi.

Beting Maro juga mempunyai pecahan penduduk Melayu Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%.

Pada pilihan raya kali ini PAS bagaimanapun dijangka mampu merampas kerusi Dun ini.

(Gambar: Calon PAS Beting Maro, Abang Mat [tengah] di atas feri menunju kawasan pengundian)

Sejak hari penamaan calon lagi, banyak pihak menjangkakan PAS boleh menang di kerusi ini.

Selain faktor kemarahan rakyat kepada kepimpinan negeri, ianya juga dibantu faktor calon muda PAS yang juga seorang peguam.

Faktor lain yang dijangka turut memberi kelebihan adalah perbalahan dalaman BN di sini yang memprotes calon bukan pilihan mereka, Razaili Gapur.

Perlawanan Bermula

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.
Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.


Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.

Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib. Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.

Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi. Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.

Dalam pilihan raya negeri kali ini, secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas. Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasti berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga. Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi. Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam. Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

M/insider

Sesi cuci mata pagi2 dgn anak saudara Taib Mahmud

Gambar dan aksi melampau anak saudara Taib Mahmud

Syabas! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!

Elia (kanan) begitu yakin berpakaian semahunya, selain dipercayai meneguk arak secara terbuka

Sarawak Report .... meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar? Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.


Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud.
Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia.
Mungkin Taib sekeluarga selalu memikirkan bahawa mereka berada di atas undang-undang, di mana mereka menggubal undang-undang hanya untuk dikenakan ke atas orang lain.



Kami ingin mencadangkan kepada Taib untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagaimana beliau harus mendidik ahli-ahli keluarganya, meneladani kes Kartika Sari Dewi Shukarno. Elia, seperti mana yang kita ketahui pada entri terdahulu merupakan pewaris kepada harta yang bernilai berjuta-juta ringgit yang diterimanya daripada bapa saudaranya Taib, dalam bentuk tanah-tanah yang dirampas dari orang-orang asal. Justeru itu, Elia sudah pastinya telah melanggar undang-undang.
Pakcik Taib, kami ada menyimpan banyak lagi gambar yang menunjukkan ahli-ahli keluarga pakcik yang menunjukkan mereka berpakaian menjolok mata, gelas-gelas alkohol, barangan-barangan kemas mereka, walaupun pakcik sering berkhutbah sebagai seorang Muslim (mengalahkan seorang imam), tetapi akan menyebabkan mereka merasa marah terhadap pakcik. Detikdaily

Sarawak: Pengundian Bermula. BN, Taib Diramal Tumbang


 
8am: Semua pusat pengundian dibuka.

Pengundi mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundian di seluruh negeri. Proses pengundian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti digunakan sebagai pusat pengundian.

SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus.

Barisan Nasional diramal tumbang di Sarawak dengan hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.

Malah, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan kalah dikerusi yang dipertahankannya di DUN Balingian. Demikian hasil satu kaji selidik yang dilakukan Zentrum Future Studies, satu pusat penyelidikan bebas yang meramalkan isu sosial, politik dan ekonomi di masa depan.
Menurut hasil kajian tersebut, Pakatan Rakyat diramal berjaya memperoleh 31 kerusi, bebas 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak, yang juga menentang BN sebanyak 15 kerusi dalam pilihan raya kali ini.
Kajian tersebut juga mendapati, Taib Mahmud hanya memperoleh 34 peratus sokongan di DUN Balingian, berbanding lawannya, Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga sepupunya sendiri iaitu sebanyak 38 peratus.
Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon KEADILAN, Suriati Abdullah dijangka menerima sekurangnya 28 peratus sokongan.
Dari segi Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, Pakatan berjaya meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 40 peratus sokongan, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas hanya satu peratus.
Data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh Pakatan yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan BN dengan 34 peratus.
SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus manakala Pakatan di tempat kedua dengan 32 peratus.
BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.
Pakatan sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.
Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, Pakatan pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.

Foto-Foto Proses Pengundian Sarawak

Kota Sentosa (Kuching) - Di salah sebuah pusat pengundian di Kota Sentosa, pengundi mula datang dan menyemak butiran pendaftaran mereka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sesetengah pengundi memakai T - 1Malaysia dengan logo besar tertera di belakangnya.

Pembangkang sejak pilihan raya kecil di Galas Kelantan, mendakwa pengundi dibayar untuk memakai baju berkenaan. Aduan itu bagaimanapun tidak dilayan SPR.

Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP di Kuching. Bagaimanpun penyandangnya, Chong Chieng Jen mendakwa secara tiba-tiba terdapat tambahan 1,000 pengundi pos di kerusinya itu. Beliau dicabar calon BN Alfred Yap dari SUPP.









Pilihanraya negeri Sarawak sudah bermula Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10. Sejumlah 213 orang calon bertanding bagi merebut 10 kerusi yang dipertandingkan kali ini.

Taib Mahmud, yang menjawat jawatan itu sejak tiga dekad lalu, memang menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya. Jadi terima kasih la kat Taib Mahmud pasai tak letak jawatan ari tu, sebab... kalau la dia letak jawatan... habis punah harapan Pakatan nak jadikan Taib tu punching bag dia orang... kahkahkah...

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib. Jadi pada semua rakyat Sarawak, inilah hari terbaiknya untuk menjatuhkan Taib Mahmud... gunalah sebaik baiknya peluang ini untuk menjatuhkan Taib dan jadikan dia sebagai tukun tiruan dalam laut... kahkahkah...

Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN untuk bertanding di kesemua 71 kerusi.

Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing 9 untuk PRS dan 8 kerusi bagi SPDP.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.

Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

Hari Mengundi - Tumbang BN.... Tumbang Taib....

Pilih cara bijak/Make a wise decision



Sarawak 4 Change



Undi/Vote PAKATAN RAKYAT









Tumbangkan BN





Tumbangkan Taib Mahmud



Boleh percayakah mereka ini?



Selamat Mengundi......

P'raya negeri S'wak: Pengundian bermula

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.
Sejumlah 213 orang calon bertanding bagi merebut 10 kerusi yang dipertandingkan kali ini.
Pertandingan kali ini tetap berlangsung di antara BN dan Pakatan rakyat walau terdapat pelbagai parti pembangkang dan calon bebas yang mengambil bahagian.
Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinyna Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang menjawat jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.
Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.
Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN untuk bertanding di kesemua 71 kerusi.
azlanParti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing 9 untuk PRS dan 8 kerusi bagi SPDP.
Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).
Secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.
Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.
Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.
Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.
Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.
Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal. -M'kini

PRU Ke-10 Sarawak…Gambar Taib & Najib akan ‘malu’ besar?

Salam For All Rakyat Sarawak:
Kurang 12 jam dari sekarang, rakyat di Sarawak akan keluar meramai-ramai bagi membuang undi untuk memilih kepimpinan kerajaan baru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10, Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak.
16 April mungkin menjadi hari yang paling bersejarah dan gilang-gemilang jika rakyat dan pengundinya terus mengekalkan momentum untuk membuat perubahan.
Inilah, saat dan ketikanya, rakyat perlu membuktikan bahawa ‘rakyat’ adalah ‘hakim’ yang akan menggunakan ‘mahkamah’ (pilihan raya) secara adil setelah mendapat keterangan dan maklumat yang benar daripada ‘saksi’ (media) yang adil.
Banyak pihak termasuk pakar-pakar politik bebas meramalkan sama ada hasil kajian atau ‘lihat-lihat’ pandang dengan senario yang berlaku di Sarawak sepanjang berkempen 10 hari.
Sayangnya, kali ini Awang tidak berkesempatan untuk turut serta meninjau keadaan di Sarawak secara ‘life’ bukan kerana masalah jauh. Sebab, jika kira jauh itu tidaklah jauh sangat hanya kurang dua jam perjalanan udara sahaja.
Apa yang menjadi ‘halangan’ kerana tidak dapat hendak ‘adjust’ masa dengan keadaan sekeliling anak-beranak sahaja. Kes tidak ‘berat’ tetapi keadaan itu yang ‘berat’nya. Apa pun Awang tetap doakan kemenangan kepada rakyat yang ‘merdeka’.
Jika rakyat keluar mengundi esok (16 April-Sabtu) dengan kepala otak sendiri….Awang yakin Pakatan Rakyat boleh menang tetapi jika masih guna ‘otak orang lain’ bukan lagi pasti tetapi ‘wajib’ BN akan menang dengan kelebihan 2/3 majoritinya.
Cuma di sini, kali ini…Awang hendak paparkan bagaimana laporan kaji selidik yang pernah dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani yang juga kenalan Awang.
Katanya, Barisan Nasional (BN) diramal kalah apabila hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak pada hari Ahad ini.
Menurutnya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di Dun N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.
Manakala, dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Dato’ Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.
Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.
Menurut kajian tersebut, Pakatan Rakyat yang membariskan calon PKR, DAP dan PAS mendapat 31 kerusi.
Selain itu, keputusan daripada persepsi sokongan pengundi Sarawak itu juga menunjukkan sebuah lagi parti yang menentang BN, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menerima sokongan tertinggi di 15 kerusi dan empat Dun pula didominasi oleh calon bebas.
Bagaimana pun keputusan kaji selidik yang dinamakan ‘PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.
Bagi persepsi untuk perbandingan persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, BN mendahului parti-parti lain dalam meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 48 peratus sokongan.
Manakala, Pakatan Rakyat pula mengekori BN di tempat kedua apabila meraih sokongan sebanyak 40 peratus, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas satu peratus.
Bagaimana pun data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh PR yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat Cina dan BN dengan 34 peratus sahaja.
Turut meraih sokongan dari masyarakat Cina yang umumnya mendiami di kawasan bandar ialah parti SNAP dengan 18 peratus, diikuti PCM dan bebas dengan masing-masing juga satu peratus.
SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus berbanding Pakatan Rakyat di tempat kedua dengan 32 peratus.
BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.
Pakatan Rakyat sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus. Manakala SNAP mengekori rapat di tempat kedua dengan 38 peratus.
Ketika hanya mampu meraih 20 peratus sokongan masyarakat Bidayuh, BN meninggalkan jauh pesaingnya apabila dijangka meraih 51 peratus sokongan di kalangan masyarakat Orang Ulu.
Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, Pakatan Rakyat pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.
Bagi lain-lain kaum pula, BN memperolehi 53 peratus, Pakatan Rakyat dengan 21 peratus dan SNAP pula dengan 17 peratus.
Berdasarkan laporan dan kajian tersebut sebenarnya cukup ‘merimaskan’ BN, menambahkan ‘kepanikan’ BN, ‘menakutkan’ BN. Sebab jika BENAR takdir BN ‘kalah’ sudah pastinya Taib Mahmud ‘MALU BESAR’ dan Najib lagi ‘MALU-MALU BESAR’.
Jika kita lihat dengan sambutan rakyat terhadap kempen Pakatan Rakyat sangat luar biasa dengan jumlah bukan lagi ratusan hadirin tetapi ribuan hadirin yang hadir.
Maka, untuk menyekatnya berlakulah kekecohan demi kekecohan seperti yang berlaku terhadap ceramah DAP di Kuching, malam ini (15 April) sebagaimana laporan media baru laman web Malaysiakini.
Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat letak kereta seawal jam 6.30 petang untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat tersebut.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua menganggarkan jumlahnya melebihi 10,000 orang dan keadaan menjadi riuh-rendah apabila, seorang pemimpin DAP bertanya kepada ribuan hadirin "Polis mahu kita berhenti, ada mahu?"
Orang ramai menjerit “Tidak, polis balik kampung!” Sejurus kemudiannya, Tony mengumumkan yang mereka akan meneruskan ceramah tersebut, walau pun dilarang oleh pihak polis.
Bagaimana pun, beliau (Tony) meminta para penyokong DAP-Pakatan Rakyat supaya bertenang dan ‘tidak menghina’ pihak Polis.
Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota Polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan tersebut.

Polis menafikan permit dikeluarkan kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan ‘terbuka’ di Sri Aman. Tapi, jika BN boleh belaka seluas-luasnya termasuk guna semua saluran tv, radio, internet dan media arus perdana.
Bagaimana pun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.

Secara ringkasnya, orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapang di situ dan sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang dan akhirnya mencecah hampir 10,000 orang.
“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.
Sementara itu, di Sadong Jaya pula seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS.
Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.
Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh Ketua Penaja Cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi.
Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.
Beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa.
Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat.
PAS meletakkan Ketua Pemuda Sarawak, Abang Eddy Abang Fauzi, 34, di Dun ini. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy bertanding di Parlimen Batang Lupar, tetapi tidak menang.
NOTA: “INGAT BN…INGAT BARANG NAIK…”-kam