KUALA LUMPUR: Calon PKR di Pandan, Rafizi Ramli telah mendedahkan kepada
media dokumen-dokumen dakwaan salah laku yang dihadapi calon BN Pandan,
Gary Lim.
"Saya mendapat maklumat mengenai dakwaan salahlaku etika yang melanggar
peraturan guaman melibatkan calon BN Pandan, Saudara Gary Lim sejak 4
hari yang lepas.
"Beberapa dokumen dihantar di dalam sampul surat tidak bernama kepada saya," kata Rafizi dalam kenyataannya.
Antarab dokumen itu adalah:
1. Surat-menyurat dari Majlis Peguam kepada Gary Lim berkenaan
surat tunjuk sebab atas dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran
peraturan guaman, apabila beliau gagal berterus terang mengenai
statusnya sebagai seorang peguam
2. Surat-menyurat dari bekas firma guaman Gary Lim iaitu Shearn
Delamore & Co mengenai dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran
peraturan guaman ini; dan
3. Laporan polis yang dibuat terhadap Gary Lim oleh bekas
majikannya sendiri iaitu Shearn Delamore & Co kerana didakwa telah
menyalahgunakan nama firma guaman itu
"Saya sertakan dokumen-dokumen berkenaan untuk diteliti oleh pihak media dan rakyat," kata Rafizi.
Bagi beliau, dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran peraturan guaman
ini adalah satu tuduhan yang serius kerana ia mempersoalkan kejujuran
Gary Lim sebagai seorang professional.
Beliau tertakluk kepada undang-undang yang ketat dan jelas mengenai
kerjayanya sebagai seorang peguam kerana kerjaya itu melibatkan
kepercayaan pelanggan kepada beliau.
Oleh yang demikian, beliau perlu sentiasa jujur dan mematuhi segala
peraturan guaman untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada bidang
guaman, katanya.
Bagi Rafizi, rakyat bakal meletakkan kepercayaan kepada setiap orang
wakil yang terpilih agar sentiasa jujur, tidak menyeleweng dan beretika
tinggi.
"Jika Gary Lim tidak boleh mematuhi etika dan peraturan guaman, ada
risiko bahawa beliau juga tidak boleh dipercayai sebagai seorang wakil
rakyat.
No comments:
Post a Comment