

Fail-fail yang diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) yang berpangkalan di Washington dan diteliti Malaysiakini menunjukkan, seramai 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir - yang digelar Switzerland baru - serta BVI, syura percukaian rendah.
Senarai ICIJ terdiri daripada gabungan taikun yang disenaraikan Forbes, ahli parlimen, pesara politik, penjawat awam dan pasangannya, kerabat diraja, ahli perniagaan terkenal dan tidak terkenal, kongsi gelap dan bekas ratu cantik.
Walaupun beberapa syarikat luar pesisir menjalankan urus niaga sah, yang lain mungkin antara RM871.4 bilion aliran keluar wang haram dalam tempoh 10 tahun, seperti dianggarkan oleh pemantau kewangan yang berpengkalan di Washington Global Financial Integrity (GFI).

Melalui e-mel, Nong Chik berkata, RZA tidak digunakan untuk aktiviti yang kabur dan bertujuan mengelakkan cukai atau meyembunyikan urus niaga luar negara.
Sementara itu, Malaysiakini juga cuba mendapatkan komen Mirzan di pejabatnya tetapi pembantunya memberitahu mereka tidak dapat memberikan maklum balas kerana beliau sedang berada di luar kawasan.
Manakala usaha menghubung Chia melalui maklumat daripada dokumen pendaftaran syarikat juga gagal mendapat reaksi.
No comments:
Post a Comment