Tuesday, April 30, 2013

PRU13: Mahathir Berjaya Memperorak Peranda Umno Pasir Mas

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ahli Umno yang waras atau yang tidak gila seperti mana disebut Inchek Ibrahim Ali yang pernah mengatakan hanya orang gila sahaja menyertai Umno, pasti tidak setuju dengan tindakan Mahathir Mohamad yang bermati-matian memberi sokongan kepada calon Bebas di Pasir Mas. Sebagai ahli Umno dimanakah logiknya Mahathir memberi sokongan kepada seorang calon Bebas yang juga menjadi pengkhianat kepada Umno.

Ahli Umno yang mahukan kepada integriti pasti marah dengan politik 'reban ayam' Mahathir itu. Dalam menyokong Inchek Ibrahim, beliau juga akan membela Che Johan Che Pa yang tidak menyerahkan borang pencalonan. Kata Mahathir dia akan menjadi peguam kepada Johan kalau timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas itu dihadap ke mahkamah keadilan parti. Apakah cara dilakukan Che Johan itu boleh diterima oleh ahli Umno seluruhnya?Mungkin iya bagi ahli Umno gila tetapi tidak bagi yang rasional dan berintegriti dan mementingkan maruah dalam berpolitik.


Mahathir boleh terima apa dilakukan Johan sebab ia satu pengorbanan kepada Inchek Ibrahim Ali. Mahathir berbudi dan terhutang nyawa politik dengan Ibrahim maka dia kena balas dengan apa cara sekali pun. Tetapi apakah maruah parti apabila seorang pengkhianat dipeluk dan dicum? Ahli yang waras dan tidak gila tetap akan melihat tindakan Che Johan itu satu pengkhiantan dan menjatuhkan maruah parti sebab ia tidak akur kepada keputusan parti. Belum pernah dalam sejarah 12 kali pilihan raya ada calon Umno yang pengecut untuk menyerah borang. Tidak pernah...
Sebenarnya apa dilakukan Johan dan Mahathir itu besar implikasi dan risikonya. Ia akan menjadi iktibar untuk masa akan datang. Di masa akan datang akan ada calon Umno tidak menyerahkan borang pencalonan yang dilakukan atas nama pengorbanan atau pun kerana dibayar. Kes yang dilakukan Johan itu akan menjadi rujukkan. Kalau ia dirujuk siapa yang perlu dipersalahkan? Pemimpin hari inilah, Najib, Muhyuddin dan lain-lain. Mereka akan dipersalahkan oleh sejarah dan dunia.
Begitu juga apa dilakukan Mahathir akan dijadikan menjadi percedent, ikutan. Di mana ahli yang buat salah tidak perlu gundah guala kerana mereka akan dibela atau diberi sedikit upah. Mahathir sudah mengajar sesutau yang songsang di dalam Umno. Inilah ajaran sesat dalam parti Melayu berkenaan. Kesesatan atau kerakusan melakukan apa saja kepada parti inilah menjadi Tengku Razaleigh Hamzah bersama rakan-rakan dahulu keluar parti dan menubuhkan Semangat 46. Alasan besarnya Umno sudah terpesong jauh dari landasan asalnya. Dari 'keMelayuan' kepada 'keMamakan".
Sebenarnya cara Mahathir tidak pelik. Di eranyalah Umno telah diharamkan di mahkamah. Dia sendiri juga dipecat dari Umno kemudian masuk kemudian keluar kerana tidak bersetuju dengan presiden, kemudian masuk balik. Dialah yang menulis surat layang memburukkan presiden parti. Cara Mahathir berminan politik sebenarnya sudah tidak waras dan sangat busuk dan jahat. Cuma ahli Umno yang mabuk dengan 'kuntau'nya saja tidak berani berbuat apa-apa, tetap memuji dan memuja Mahathir sebagai hebat walaupun kebusukan sampai ke usus.
Inchek Ibrahim Ali bukan calon Umno, dia adalah calon Bebas yang menggunakan lambang bunga raya. Ibrahim juga dipecat oleh Umno seumur hidup kerana menentang calon Umno dalam dua pilihan raya 2004 dan 2006. Macam mana orang yang telah dibuang seumur hidup dalam parti boleh disokong oleh bekas presiden? Tidakkah itu gila namanya? Mereka yang lurus dan ikhlas berpegang kepada undang-undang dan peraturan tidak dapat menerimanya walaupun cuba disogok dengan wang yang banyak. Lainlah yang gila...
Apa yang berlaku di Pasir Mas baik oleh Johan, Ibrahim dan Mahathir sesuatu yang ganjil dan pelik. Ia adalah terjemahan kepada Umno itu sendiri yang sudah berusia lebih 60 tahun dalam keadaan gayut dan nyanyuk. Ahlinya boleh melakukan apa sahaja kepada parti sehingga mencemarkan maruahnya, kerana politik atau disebabkan keadaan terlalu terdesak.
Kepelikan di Pasir Mas menunjukkan Umno sudah terdesak untuk kalah. Umno akan menghalalkan apa saja demi menyelamatkan kuasa dan kedudukan. Umno sedia mengambil atau menggunakan bukan saja mereka yang tidak waras, hatta haiwan atau binatang pun akan digunakan sekiranya ia dianggap berfaedah. Itulah cara Umno. Apakah situasi ini orang Pasir Mas khasnya ahli Umno tidak faham? Macam mana pula perasaan ahli-ahli Umno dan pimpinan Umno bahagian Pasir Mas yang lain yang ada nilai dan maruah. Dengan apa yang berlaku mereka seolah-olah 'diperlembulaki Sharizatkan' oleh Mahathir, Johan dan Inchek Ibrahim Ali.
Hanafi Mamat sebagai ketua bahagian seakan merelakan apa yang berlaku kerana dia lepas. Hanafi juga menumpang 'tui' Ibrahim di Pasir Mas untuk menang di Tendong. Dia seorang individualistik. Belum tentu Hanafi boleh menang di Tendong kerana bekas Adun Fauzi Muhammad sedang menanti dengan onak dan duri dalam senyap di sana. Hanafi tidak mempedulikan kepada ahli dan pengikut lain. Sikap terima tanpa bantah oleh Hanafi ke atas apa yang berlaku menunjukkan kelemahan dan tidak ada kredibilitinya beliau sebagai seorang ketua.
Jelas penerimaan itu Hanafi mementingkan kedudukan dan bukan menjaga maruah parti dan dirinya. Apa yang boleh diharapkan kepada seseorang yang tidak ada maruah? Kalau begitu elok saja Hanafi letakkan jawatan sebagai ketua bahagian dan serahkan terus kepada Ibrahim Ali. Tidak perlu tanya apakah ia bertentangan dengan perlembagaan atau tidak, lakukan sahaja. Umno kini yang dalam keadaan nazak sudah tidak menghormati perlembagaan dan peraturan lagi. Perlemnbagaan Umno sudah lama dijadikan penyapu punggung untuk membodek. Semuanya menjadi caca merba seperti mana Mahathir tuduh kepada pakatan pembangkang.
Pengundi di Pasir Mas yang masih ada nilai moral dan berpegang kepada disiplin hidup dan agama diharap dapat menilai kerencaman politik Umno di Pasir Mas. Pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk ahli Umno mengajar sesetengah pemimpin Umno di Pasir Mas yang diam-diam sudah terlarut dalam ajaran politik sesat Ibrahm Ali yang tidak ada air muka, tidak ada maruah dan sanggup memakai bangkai demi survive politik.
Ibrahim termasuk juga Hanafi Mamat perlu dikalahkan demi membina Umno baru yang berwibawa dan bermaruah di Pasir Mas. Ini kalilah.

PRU13: Buktikan slogan ‘PAS For All’ jadi kenyataan

Setelah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ditubuhkan secara rasmi buat pertama kalinya akan bertanding dalam PRU13. Slogan “PAS Untuk Semua” benarbenar menjadi realiti. DHPP mempunyai peranan tersendiri bagi menarik golongan bukan Islam menerima PAS dan menyemarakkan perjuangan menegakkan Islam di tanah air.

Ikuti pandangan Ketua DHPP Pusat, Hu Phang Chaw ketika ditemubual oleh wartawan kanan AZIZ MUDA pada 14 April lalu.
HARAKAH: Bagaimana pandangan saudara setelah DHPP diterima oleh PAS dan kaitannya dengan slogan “PAS For All”?
HU PHANG CHAW: Setakat ini kita cukup berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku. DHPP telah punyai calonnya untuk mewakili PAS pada PRU13. Setelah DHPP diiktiraf PAS, dapatlah kami memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi membantu PAS dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara kita.
Penerimaan PAS terhadap DHPP sebagai sayap parti sesuai dengan keadaan politik semasa di negara kita.
Ini menggambarkan PAS sememangnya mengamalkan strategi politik yang sihat. Ini juga menyebabkan BN tidak mempunyai modal dan ruang untuk menghentam PAS lagi.
PAS sememangnya untuk semua kaum di negara ini. PAS juga turut diwakili semua kaum yang turut bertanding dalam pilihanraya termasuk bagi PRU13. Slogan “PAS For All” benar-benar direalisasikan oleh PAS, bukannya cakap kosong. Ini amat berbeza dengan BN.
Walaupun BN mengetengahkan slogan “1 Malaysia”, tetapi ia bercanggah dengan realiti yang dilakukan oleh mereka dalam negara kita.
Slogan BN hanya janji kosong....
BN juga hanya membuat janji kosong kepada rakyat kerana banyak janji mereka itu tidak pun dilaksanakan oleh BN. Ini berbeza dengan PAS. Apabila PAS berjanji, PAS akan tunaikan segala janjinya. Ini termasuklah janji PAS untuk semua yang turut dijelmakan oleh PAS dengan penubuhan DHPP dan kemudian ada wakil DHPP pula yang turut bertanding bagi pihak PAS.
Calon-calon DHPP bagi PRU13...

DHPP akan mempunyai calon untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Johor dan satu kerusi Dun di Johor. DHPP juga akan turut bertanding bagi satu kerusi Dun di Melaka.
Selain itu, DHPP akan turut bertanding bagi satu kerusi Parlimen di Sabah dan satu kerusi Parlimen di Sarawak.
Calon DHPP yang akan bertanding di kerusi Parlimen di Johor itu adalah saya sendiri, iaitu bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam. Manakala calon DHPP yang akan bertanding di salah satu kerusi Dun di Johor itu adalah Kumutha Rahman yang akan bertanding di Dun Ulu Tiram. Ini telah diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di satu majlis di Johor semalam (13 April 2013).
Pengumuman mengenai calon DHPP yang akan bertanding di salah satu kerusi Dun di Melaka dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada malam ini (14 April 2013). Calon DHPP yang akan bertanding di salah satu kerusi Dun di Melaka itu ialah Richard Wong yang akan bertanding di kerusi Dun Asahan.
Dokongan bukan Islam terhadap DHPP dan PAS sekarang?
Sambutan orang ramai khususnya yang bukan Islam terhadap DHPP memang cukup baik. Mereka memuji langkah PAS menubuhkan DHPP.
Pada mereka, ini merupakan salah satu langkah yang cukup bijak daripada PAS. Dengan penubuhan DHPP, PAS menjadi lebih mudah mendekati mereka yang bukan Islam termasuk daripada masyarakat Cina.
Sekarang dengan penubuhan DHPP, sokongan masyarakat Cina di negara kita keseluruhannya terhadap PAS telah meningkat kepada 70 hingga 80 peratus. Masalahnya sekarang hanyalah bagi masyarakat Melayu yang masih belum mahu berubah untuk menukarkan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Macam mana sokongan kepimpinan PAS terhadap DHPP?
Sokongan kepimpinan PAS terhadap DHPP memang cukup baik. Kalau kepimpinan PAS sendiri tidak menyokong DHPP, takkanlah DHPP boleh ditubuhkan? Pada kami, penubuhan DHPP ini adalah satu amanah PAS kepada kami.
Jadi, saya mesti memikul tanggungjawab ini dengan baik, bagi membantu PAS dalam segala sudut, termasuk untuk membantu PAS dari segi perjuangannya dan membantu PAS mencapai kejayaan dalam PRU13 kali ini.
Apakah sasaran DHPP dalam PRU13?
Sasaran DHPP dalam PRU13 adalah untuk memastikan PAS menang dalam setiap kerusi yang ditandingi. Jadi, setiap kita dalam PAS mesti berkerja keras untuk membantu parti mencapai kejayaan yang kita harapkan itu. Dengan perkembangan yang berlaku sekarang yang semakin memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat, kita yakin Pakatan Rakyat akan dapat menguasai Putrajaya pada PRU13.
Namun, kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang berlaku. Kita mesti terus berusaha supaya kita benarbenar dapat menawan Putrajaya.
DHPP berharap agar Pakatan Rakyat akan berhadap dengan BN secara satu lawan satu, manakala Pakatan Rakyat pula mendapat undi yang lebih. Itulah sasaran DHPP.

BN Bakal Tumbang? Majlis Profesor Negara Mesyuarat Tergempar



Kuala Lumpur: Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya, ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily.

Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini.

"Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi.

"Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi. -HD




Mengintai Putrajaya di Perak: Cerah masa depan!


Saya cuba bersikap terbuka dan berlapang dada apabila menonton TV, bukan terhad hanya kepada slot berita tetapi juga rancangan bualbicara selepasnya, diselangi iklan-iklan politik tidak berbayar. Saya juga terpaksa berusaha menenangkan diri sendiri ketika menatap akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu dan Inggeris.

Walaupun menyedari degup jantung tambah kencang berdepan siri "pembelasahan" media, saya gagahi juga. Selepas tujuh hari berkempen, saya belum sempat turun mendengar ceramah, merasai situasi sebenar di lapangan. Selain laporan internet -- melalui portal berita, blog dan juga Facebook -- saya terpaksa melanggan akhbar-akhbar utama dan memasang telinga mendengar (bukan menonton) Buletin Utama TV3, bagi mengetahui pendekatan kempen BN yang tidak beretika itu.

Untuk mempertahankan survival BN yang terancam, peneraju media menjadi tidak rasional lagi. Proses "pembodohan" umat berlangsung secara besar-besaran. Berduyun-duyun sang profesor (termasuk dari disiplin sains politik) membentangkan sudut pandangan, sedangkan yang diluahkan tidak lebih daripada pengulas bertaraf jurucakap parti.

Apabila saya singgung isu-isu yang dimainkan media di bawah kawalan mutlak Umno-BN itu dalam FB, segera reaksi rakan-rakan yang mengaku mereka sudah lama tidak membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3.



"Aku juga dah tak baca The Star, yang cuba berlagak bebas tapi semasa kempen PRU13 bertukar tukang propaganda murahan," ujar kawan lama dari Alor Setar. "Buang masa, membazir duit hang beli Utusan atau Berita Harian, juga menonton berita TV3," tambahnya meminta saya menjaga kesihatan dengan tidak memudaratkan diri menatap media talibarut Umno itu!

Sukar untuk memastikan sama ada media konvensional yang terjajah ini masih mempunyai pengaruh besar, namun saya yakin kewibawaan dan integritinya menjunam teruk.

"Lutfi, tak payah susah hatilah dengan pemberitaan songsang mereka, hanya satu jalan untuk mengubah keadaan, rehatkan saja BN. Buang masa saja kau bersama KAMI timbulkan isu akses media semasa kempen ini, tumpukan saja hari-hari terakhir ini untuk Harakah jelaskan kekeliruan yang dicetuskan media Umno dan fokuskan tawaran Pakatan," tegur seorang bekas editor kanan.

Menginsafi rangkaian Harakah masih terbatas, saya dan rakan-rakan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bertindak melancarkan promosi di beberapa lokasi, di seluruh negara, sambil mengedarkan sisipan Bangkit secara percuma.

Khamis lalu, semasa saya melakukan tinjauan singkat ke Bukit Gantang dan Kuala Kangsar -- dua kerusi Parlimen yang ditandingi PAS -- saya menitipkan sejumlah T-shirt khas buat wartawan sambilan Harakah di Perak, Muhd Faeez Azahar.

"Sambil edar Bangkit dan tabloid Inikalilah, jangan lupa berkempen untuk Harakah, terutama di kawasan strategik dekat Ipoh ini," ingatan saya kepada Faeez, anak muda yang berkampung di Pejabat Perhubungan Negeri sepanjang kempen PRU13.

Alhamdulillah, berkat sumbangan pembaca Harakah untuk dana projek penerbitan kempen PRU13 KAMI, hampir 200,000 naskhah Bangkit berjaya diedarkan ke lokasi tertentu. Mungkin ia tidak mampu menyaingi edaran percuma edisi petang Berita Harian dan Utusan Malaysia tetapi sekurang-kurangnya berjaya menawarkan sumber maklumat alternatif.

Di sebelah tengahari 25 April itu, saya ditemani wartawan senior, Johari Jaafar, bertemu Ustaz Idris Ahmad, di pejabat Pusat Khidmat (bekas) Ahli Parlimen Bukit Gantang, dekat Changkat Jering. Rakan sepejabat, Khairul Hartimi Tajudin memandu dari Kuala Lumpur, memudahkan urusan saya.

Idris yang juga penasihat editorial Harakah menyambut kami. Agak keletihan, tetapi tetap menyerlahkan keyakinannya. Saya tidak banyak bertanya peluangnya untuk mengekalkan kemenangan Nizar Jamaluddin -- dan sebelumnya Allahyarham Roslan Shahrom -- tetapi cuba merisik pandangan AJK PAS Pusat ini terhadap potensi Pakatan Rakyat untuk "membebaskan" Putrajaya.

Selama ini, termasuk ketika bermesyuarat setiap Selasa dan JUmaaat di Harakah, Idris seperti juga saya, cukup berhati-hati dengan peluang ke Putrajaya. Kami berkongsi kerisauan tentang sikap pengundi Melayu, terutama di kampung-kampung, dalam usia melebihi 40 tahun, yang dilihat masih terpengaruh dengan dakyah perkauman Umno.

"Ustaz, rata-rata ana pergi, ramai bercakap Pakatan boleh menang, malah ada sahabat menggesa ana membuat persiapan operasi Harakah selepas 5 Mei nanti, apa jadi Harakah selepas kita menang?" saya mengintai ulasan Idris.

Dia tersenyum lebar. "Ana pun rasa begitu," katanya tanpa teragak-agak. Segera saya teringat beberapa hari sebelum itu, Dr Mohamad Agus Yusoff semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama.

Seorang lelaki melewati usia 60 tahun yang bersama kami dari awal segera bangun, bersalam erat dengan Idris, tanda puas dengan reaksinya. Kami sama-sama ketawa.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya, ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," maklum saya kepada Idris. "Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama."

"Apa pun kita jangan leka, usah pandang rendah jentera kempen BN terutama melalui media dan agensi kerajaan sejak lama dulu," kata Idris, sambil merujuk sikap penyokong tegar Umno yang ditemuinya sepanjang kempen. "Ada yang langsung tak makan dengan hujah, kita hanya harapkan perubahan anak-anak mereka, yang lebih terdedah dan terbuka," tambahnya.

"Apa yang menarik minat pengundi, Ustaz?" tanya saya. "Tawaran kita, seperti hapuskan tol dan PTPN, rendahkan harga kereta, mekanisme turun kos sara hidup. Ana tak letak banyak tawaran kita, tumpu yang utama saja," katanya sambil menunjukkan booklet pengenalan dirinya. "Harakah patut jelaskan lebih terperinci dengan sokongan fakta meyakinkan," ujar Idris.

Sebelum kami beredar, Idris memperkenalkan wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli, yang menunggu di luar. Zulaikha dari Kuala Lumpur turun ke Perak membuat liputan di "kerusi panas" seperti Kuala Kangsar, Lumut, Larut, Sungai Siput dan Bukit Gantang sendiri.

Calon PAS Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim sedang sibuk berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Ulu Kenas ketika Johari Jaafar menghubungi beliau untuk menentukan tempat sesuai kami menyapanya.

Kami solat jamak di Masjid Ridzwaniah, bersebelahan Kolej Melayu Kuala Kangsar sementara menunggunya. Dua kenalan baru yang saya jumpa petang itu kelihatan yakin dengan mood pengundi Perak.

"Kami hanya mahukan kerajaan yang pernah kami pilih pada 2008," kata seorang darinya. "Saya jangka peluang PAS cerah di Kuala Kangsar ini, bukan kerana faktor calon Bebas, Kamilia Ibrahim tetapi masanya sudah sampai untuk rakyat berubah. Larut juga berpotensi tetapi saya lebih yakin Dato' Seri Nizar akan jadi MB selepas 5 Mei nanti," katanya sambil membilang jumlah kerusi Dun yang bakal dimenangi Pakatan. "Insya-Allah, boleh sampai 35 kerusi Dun," katanya.

Hujan mulai turun ketika kami melewati bulatan untuk keluar dari bandar Kuala Kangsar, menuju tempat Idham Lim. "Biar kita ke sana, jangan ganggu calon bertemu penduduk," kata saya kepada Munizam Zamri, jurufoto sambilan yang berkejar dari Seberang Perai.

Saya perhatikan Idham berkulit cerah tambah bercahaya wajahnya semasa menceritakan cabarannya bertanding di Kuala Kangsar. "Saya lebih suka berbicara soal cabaran dan bukannya peluang," katanya.

Dia nampak komited dan yakin dengan keupayaan diri untuk bersama-sama melakukan perubahan, dan lebih penting "membantu penduduk setempat" yang dihimpit pelbagai masalah.

Dia menggariskan lima tawarannya, termasuk berkaitan pembinaan Jambatan Manong, yang sudah melalui tiga kali majlis pecah tanah tetapi belum siap juga. Kedua, pengangkutan awam dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang daif dan uzur. Juga mengenai penempatan kampung baru dan kampung tersusun yang tidak mendapat hak milik kekal, selain masalah perparitan.

Walaupun "orang baru" tetapi Idham kelihatan amat arif dan masak dengan masalah masyarakat yang bakal diwakilinya nanti. Saya yakin Idham dan juga calon PAS Dun Manong. Haji Jamil Dzulkarnain, bekas Ketua Zon Bank Simpanan Nasional Kawasan Kuala Kangsar yang turut bersama kami petang itu mempunyai peluang cerah.

Lebih 36,000 pengundi ragu bakal banjiri Selangor


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu ini.
Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus ‘charter flights’ Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.

Pengundi-pengundi tersebut termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi Selangor dan pengundi yang bukan warganegara Malaysia.

“Kita juga percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita.

“Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.

“Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti,” jelas Jaafar.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.

Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Selain itu, PR turut melahirkan kebimbangan dengan operasi membawa pulang anggota tentera Semenanjung daripada operasi keselamatan di Lahad Datu yang kini sudah memasuki hari ke-empat di KLIA.

“Ini jarang berlaku lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar dan kita bimbang jika operasi ini turut digunakan untuk mengangkut pengundi bukan warganegara untuk dijadikan pengundi kerana ini merupakan cara yang paling lancar dan mudah,” tambah Jaafar.

Sehubungan itu, PR meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan tiada masa tambahan mengundi dibenarkan pada 5 Mei nanti.

SPR juga digesa untuk menggunakan daftar pemilih yang sudah diwartakan dan diberikan kepada parti-parti politik, bukan daftar yang lain.

“Kita sudah berbincang dengan SPR dan mereka telah berjanji untuk mengekalkan apa yang telah dipersetujui ini dan kita harapkan agar SPR tidak mungkiri perkara-perkara ini,” tegas Jaafar. -Hrkh

Wajib Baca!! Bingkisan Penjawat Awam Di Putrajaya


Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.
Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.

Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.

Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.

2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):

i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.

3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.

4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.

6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini. ~detikdaily

Luar Biasa !!! Lebih 70,000 hadiri Ceramah DSAI dan Pakatan rakyat.di Pulau Pinang .Tanpa K POP

 
 
Kelihatan lebih 40,000 membanjiri padang Sek men Han Chiang, Penang di Ceramah Pakatan Rakyat

The Han Chiang field is said to be able to fill 60,000 people . However, people spilled to the main road along Jalan Air Itam and also the roads surrounding Han Chiang.

The organiser estimated approximately 70,000 people were there.





Lebih 20,000 hadiri ceramah DSAI di Permatang Pauh Semalam 





Pulau Pinang Sekali lagi akan kekal kepa PR..Bravo..BRO.

Thursday, April 25, 2013

Wanita Umno hilang dari belakang tabir dalam PRU13...UMNO sedang menuju kehancuran dan Wanita jadi mangsa politik pemimpin..!!!

Kamilia (kanan) berhadapan kesukaran untuk menerangkan punca beliau mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang partinya sendiri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 25 April — Dalam setiap pilihan raya sejak sebelum Merdeka, Wanita Umno adalah tulang belakang jentera parti, merupakan wira belakang tabir yang memasak, ziarah pintu ke pintu dengan jaket merah Skuad Sayang dan melawat orang sakit dan miskin.
Mereka ini adalah pekerja parti yang bekerja diam-diam tanpa sebarang kontroversi, ini sebelum ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpalit dengan dakwaan salah guna dana awam bersama keluarganya dan terbaru timbalan Datuk Kamilia Ibrahim dipecat parti selepas bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 5 Mei depan.
“Walau apa pun peluang Kamilia (peluangnya tidak kelihatan baik buat saya), pergelutan yang berlaku menunjukkan berlaku kurang perundingan antara Wanita Umno dan orang dalam Umno yang membuat keputusan,” kata pengkaji Flinders University, Dahlia Martin kepada The Malaysian Insider.
“Terdapat janji kosong dengan cadangan lebih banyak wanita dalam politik, tetapi tiada langkah yang berani diambil. Ia menggambarkan seperti apa yang saya tulis dahulu (sebelum ini), wanita boleh didekati sebagai pengundi tetapi tidak boleh membuat kata putus.  Kuota perlu dibesarkan, Wanita PBB memberikan sokongan,” tambahnya.

Umno berkata mereka telah menawarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Bukit Chandan di Perak kepada Kamilia pada malam penamaan calon Sabtu lalu, tetapi beliau sebaliknya membuat kejuta kepada Umno dan bertanding  sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
“Bergantung kepada siapa anda percaya, sama ada ia dilihat baik atau tidak hubungan antara Wanita Umno dan Majlis Tertinggi,” kata Dahlia.
Wanita Umno suatu ketika dahulu terkenal dengan pelapis dan banyak menghasilkan pemimpin wanita hebat seperti arwah Tan Sri Aishah Ghani yang berkarisma dan sangat tajam pemikirannya, Tan Sri Rafidah Aziz yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Napsiah Omar serta ramai lagi.
Sudah semestinya, pemimpin-pemimpin pernah berlawan antara satu sama lain dan membuat pakatan antara mereka tetapi sayap parti tersebut masih tetap bersatu untuk bekerja bagi memastikan kemenangan parti pada setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
Tetapi tidak pernah dalam sejarah parti ada pemimpin meninggalkan parti untuk bertanding sebagai calon bebas, kata pemerhati.
“Persoalannya, adakah Kamilia itu benar-benar calon ‘bebas’ ataupun sekadar membalas dendam kepada partinya. Jika ya, kepentingan pengundi telah diabaikan. Jika dia benar-benar calon ‘bebas’, kita pasti sudah mendengar tentangnya sebelum penamaan calon lagi,” kata  pemerhati politik dan penulis Juana Jaafar.
Bahkan, Kamilia sendiri berhadapan kesukaran untuk menerangkan punca beliau mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang partinya sendiri.
“Langkah yang diambil oleh BN untuk meminggirkan saya dan wanita lain dalam mengejutkan saya. Saya kecewa kerana tiada pengiktirafan yang betul dalam Wanita Umno,” kata beliau dipetik dari akhbar bahasa Melayu Sinar Harian.
Untuk rekod, BN berkata bahawa 11 peratus daripada calon-calon pada Pilihan Raya 2013 adalah wanita walaupun kebanyakan pemimpin tertinggi wanita tidak bertanding. Terdapat 168 calon wanita bertanding pada pilihan raya 5 Mei ini, peningkatan 40 peratus berbanding dengan 120 yang bertanding pada tahun 2008 lalu.
“Sayap wanita, Jentera Jalinan Rakyat (JR) bekerja di semua peringkat dengan komitmen sepenuhnya. Walaupun cabaran dihadapi, dan tidak semua orang menjadi calon, mereka setia kepada parti, bersabar dan tidak mementingkan diri sendiri,”kata Shahrizat ketika mengulas keputusan Kamilia itu pada hujung minggu lalu.
Walau bagaimanapun, Shahrizat tidak memandang ringan insiden berlaku melibatkan Kamilia tersebut, Shahrizat telah berusaha mengerah ahli-ahlinya berkempen untuk BN di Kuala Kangsar bagi mengalahkan timbalannya dan juga turut membantu Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk merayu undi pada esok.

PRU13: Najib tidak faham maksud ‘Ubah’

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
LOGIK pemimpin BN mudah. Disebabkan kerajaan BN membina sesuatu infrastruktur, justeru, ia prihatin dan peka terhadap aspirasi rakyat. Maka tak hairanlah ayat bertema sedemikian sudah menjadi umpan klasik Umno-BN menjelang pilihan raya umum atau pada bila-bila masa.


Dan kepada minda pemimpin BN, disebabkan kerajaan parti mereka telah berlaku baik kepada rakyat, maka rakyat tak perlu memilih parti lain untuk menggantikan BN sebagai kerajaan. ‘Dulu, kini dan selamanya’ (meminjam tagline Umno yang disadur dari sebuah iklan air berkarbonat suatu ketika dulu), BN semacam sudah tidak ada modal lain. Benar terdapat ayat lain lebih baru. Antaranya; 1Malaysia, Janji Ditepati, Rakyat Didahulukan. Namun semua ini hanyalah susunan kata-kata sedap didengar tetapi tidak membawa sebarang makna sama sekali kepada rakyat Malaysia.
Mungkin ketiadaan makna jitu inilah menyebabkan pemimpin BN dalam pra-kempen mereka telah mengulangi semula umpan klasik yang dikatakan itu.
Tanggal 14 April lalu, Najib Tun Razak mengulanginya semula. Mengambil peluang menerusi majlis rasmi kerajaan dan atas kapasiti sebagai PM (bukannya Pengerusi BN) tatkala merasmikan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur, beliau berkata kerajaan sedia ada telah terbukti dapat menunaikan segala aspirasi rakyat dan untuk itu rakyat perlu berfikir secara rasional dan bertanya kepada diri sendiri bagi menentukan nasib mereka dan negara pada PRU13 pada 5 Mei ini.
Tidaklah perlu kita mengulas darjah kerasionalan Najib yang secara tidak langsung menghukum rakyat yang tidak menyokong BN tetapi sebaliknya bakal memberikan undi kepada PAS, DAP dan KeADILan sebagai tidak berfikiran rasional kerana hal ini terkeluar daripada skop perbincangan tulisan ini.
Untuk itu, Najib berkata: “Ada pihak tertarik dengan perkataan ‘ubah’, seolah-olah apa yang penting adalah untuk mengubah daripada apa yang mereka ada pada hari ini, tetapi sebaliknya yang penting bukanlah yang mengubah sedia ada pada hari ini tetapi keberhasilannya.”

Nampaknya, seperti kebanyakan pemimpin BN, Najib juga tidak faham apakah perubahan sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat.
Memanglah betul BN buat pelbagai infrastruktur untuk kemudahan rakyat. Tak perlulah Najib membuat lawak bodoh dengan mengatakan bayangkan Malaysia tanpa KLIA, tanpa Putrajaya dan sebagainya. Negara paling miskin pun ada lapangan terbang antarabangsa, ada pusat pentadbiran kerajaan, ada terminal pengangkutan awam. Bezanya cuma canggih tidak canggih, cantik tak cantik dan mahal tidak mahal.
Hakikat kerajaan BN dari sejak Merdeka telah membina sekecil longkang tepi jalan dan semega pusat pentadbiran Putrajaya semua orang tahu. Tak payahlah nak diulang-ulang untuk kempen pilihan raya umum. Di mana negara sekalipun, kerajaan pemerintah bertanggungjawab membina prasarana dan kemudahan untuk rakyat.
Bezanya di negara berdemokrasi yang lebih maju, segala aspek pembinaan infrastruktur dilakukan dengan cara berkhemah, mematuhi pelbagai undang-undang bersabit kewangan dan tender serta tidak ada mana-mana ahli politik kerajaan terbabit menerima sebarang bentuk komisyen, hadiah atau apa sahaja habuan daripada kontraktor yang diberikan sesuatu projek (berdasarkan kemampuan dan prestasi kerja kontraktor berkenaan di masa lalu dan bukan disebabkan pertalian peribadinya dengan mana-mana ahli politik kerajaan).
Namun, amalan di Malaysia yang ditadbir oleh BN adalah berbeza. Kontrak bagi projek mega tidak ditenderkan secara terbuka.
Sejak pentadbiran Dr Mahathir Mohamad selaku PM, kontrak kelas ini diberikan secara langsung melalui apa yang disebutkan sebagai negotiated contract.
Tidak jelas apakah bentuk tawar menawar dalam pemberian tender yang sebenarnya bercanggah dengan undang-undang kewangan sebelum era Dr Mahathir. Kalau sekadar mahukan harga termurah serta berpatutan dan memastikan kontraktor terpilih berkemampuan menyiapkan kerja dalam masa ditentukan, sistem tender terbuka yang diguna pakai sejak dulu sudah terbukti sempurna untuk tujuan berkenaan.
Mungkin apa yang mahu ditentu dan dimuktamadkan dalam negotiated contract ini ialah tawar menawar mengenai banyak manakah wang yang sepatutnya dibayar semula kepada ahli politik sekiranya kerajaan memberikan sesuatu projek kepada sesuatu pihak dengan gandaan kos yang telah ditentukan oleh kerajaan.
Oleh kerana negotiated contract ini telah menjadi amalan kerajaan BN sejak diperkenalkan oleh Dr Mahathir dan mengakibatkan pembaziran serta lesapnya dana awam, menjadikan Malaysia sebagai hab rasuah yang hampir mustahil untuk dibendung, dan menafikan dana yang sepatutnya dipergunakan untuk kepentingan rakyat, maka itulah antara sebab mengapa rakyat Malaysia mahukan perubahan.
Justeru, maksud ‘ubah’ bukanlah mengubah dari apa yang mereka ada hari ini supaya ia menjadi tiada. Ini bukannya iklan biskut sekejap ada sekejap tak ada. Tentulah tak logik di bawah BN rakyat Malaysia mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tetapi sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa maka rakyat mahukan kerajaan baru merobohkan bangunan terminal dan menjadikan landasannya sebagai tempat bersolat hajat meminta hujan.
Oleh itu, kalau maksud ‘ubah’ yang semudah ini dan sebagaimana dimaksudkan oleh rakyat sukar untuk difahami oleh Najib, maka apakah beliau sebenarnya layak menjadi pemimpin utama negara.
Lain yang dimaksudkan oleh rakyat, lain pula yang difahami Najib.
Begitupun Najib tidak keseorangan. Hampir kesemua pemimpin BN mengalami sindrom tidak memahami apa yang rakyat mahu. Ini satu sindrom amat bahaya untuk negara. Buktinya, awal-awal lagi Najib menganggap rakyat yang tidak menyokong BN sebagai tidak berfikiran rasional.
Oleh itu, sebelum sindrom ini menjadi parah dan menular ke seluruh negara dan merentas sempadan masa, lebih baik sahaja kita membuat perubahan.
Andai kata Najib membaca tulisan ini dan tidak faham, maksud perubahan di sini ialah mengubah parti yang memerintah kerajaan kepada parti lain.

Tuesday, April 23, 2013

PRU13: Perubahan macam mana yang perlu kita lakukan?

Oleh Aspan Alias
Dalam kempen pilihanraya kali ini setiap parti bercakap tentang perubahan dan masing-masing parti
memberikan interpretasi perubahan itu berbeza-beza. Najib hari ini memberikan interpretasi perubahan itu sebagai perubahan dari dalam. Beliau memberikan contoh Felda telah melalui perubahan dari dalam dan tidak perlu perubahan kerajaan.


Di pihak pembangkang, perubahan itu ialah dengan mengubah kerajaan kerana kerajaan sekarang bertanggungjawab menjadikan keadaan negara kita tidak menentu politiknya, tiada arah tujuan yang betul dalam mentadbir kerajaan dan untuk membersihkan kerajaan daripada kegiatan rasuah yang tidak terkawal.
Yang lebih penting lagi perubahan kepada kerajaan terpaksa dilakukan kerana sememangnya sudah sampai masa BN itu berada dipihak pembangkang pula setelah BN membina budaya politik perkauman yang terlalu menebal dalam negara hari ini. Tujuan ‘ultimate’ kita ialah untuk mencapai tahap perpaduan nasional dan itu adalah idaman semua rakyat yang mempunyai tahap pemikiran yang bersih dan jernih.
Isu inilah yang saya ingin melakukan sedikit kupasan kerana ini adalah matlamat terakhir kita sebagai rakyat dalam negara majmuk seperti Malaysia ini.
Bagi saya definasi perubahan itu ialah perubahan sikap dan mentaliti dan persepsi kepada sesuatu perkara yang berlaku dan akan kita lakukan serta cara kita mengambilnya. Pertamanya rakyat ramai berfikir yang perubahan perlu dilakukan kerana kelemahan yang di tunjukkan oleh UMNO keterlaluan.
Kelemahan UMNO itu di antaranya ialah penggunaan kuasa dengan sewenang-wenangnya sehinggakan tidak lagi dapat membezakan yang mana penggunaan kuasa yang betul dan yang tidak betul. Tidak tahu tindakan apa yang bertentangan dengan etika demokrasi dan yang mana satu yang tidak patut dilakukan.
Semuanya ini berlaku kerana UMNO sudah terlalu tersasar dari yang sepatutnya dilakukan sebagai parti siasah dan politik dan parti itu tidak membawa bersama roh perjuangannya sejak hampir tiga puluh tahun lalu. Ramai diantara pemimpin-pemimpin UMNO tidak tahu kenapa dan mengapa mereka berada dibarisan kepimpinan parti di setiap peringkat.
Ramai terkeliru apa sebenarnya yang menjadikan mereka itu pemimpin. Adakah wang ringgit dengan permainan politik wang dan sebagainya? Adakah mereka menjadi pemimpin secara ‘tut’ dengan hanya menjadi pengampu dan ‘court jester’ kepada pimpinan tertinggi atau oleh kerana hubungan perniagaan dengan pucuk pimpinan yang berniaga bersama dengan rakyat yang mereka pimpin.
Kekeliruan ini telah berlaku sejak tiga puluh tahun dahulu dan tidak dapat diselesaikan dan diperbaiki sehingga hari ini. Hasilnya dari seorang pimpinan ke pimpinan seterusnya kelemahan ini diwarisi sampailah kepada pimpinan Najib sekarang. Hatta rakyat mula bangkit dan mengambil segala kesempatan serta berpakat-pakat untuk menyertai program perubahan yang dirancang oleh rakyat sendiri.
Rakyat biasa yang tidak berpuas hati bersatu dengan mereka yang tidak mempunyai matlamat yang betul untuk melakukan perubahan itu.  Dalam hal ini semua yang jujur dan setia untuk melakukan perubahan ini bersatu dengan pihak yang mahu mengambil kuasa kerana semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Berarak lah semua yang telah bersatu ini ke utara dan ke selatan, ke timur dan ke barat bagi memberikan semangat kepada rakyat yang ramai untuk bersama.
UMNO begitu panik dan tidak tentu arah sehinggakan pemimpin yang sudah pencen seperti Dr Mahathir kembali bercakap dan mundar mandir berusaha mempertahankan UMNO dan BN itu, parti yang beliau sabotaj sendiri dalam PRU yang lepas. Kalau pihak BN menuduh pihak Pakatan tergila-gila mendapatkan kuasa, pihak BN juga tergila-gila mempertahankan kuasa dengan cara yang tidak beretika dan bersalahan dengan semangat demokrasi sebenarnya.
Isu perkauman menjadi isu hangat dan topik yang lancar di mulut kedua-dua belah pihak. Mahathir telah membelasah DAP dan PKR yang dikatakannya kedua-dua parti ini adalah parti rasis tetapi pihak DAP juga menuduh BN itu ‘coalition’ yang rasis juga yang diketuai oleh MCA dan lain-lain. Pihak Pakatan juga memainkan isu yang UMNO memainkan isu rasis dan chauvinis Melayu. DAP telah memaparkan imej yang parti itu adalah parti 'multiracial' tanpa mengira kaum dan agama. Laungan DAP ini mendapat tempat di hati orang Melayu dan parti ini telah mendapat sokongan Melayu yang agak menular.
Sekarang tarikh pilihanraya telah pun di tetapkan oleh SPR dan pengundian akan dilakukan oleh 13.5 juta rakyat yang layak mengundi pada 5hb Mei yang akan datang ini. Rakyat terutamanya yang masih diatas pagar akan menentukan siapa yang menang dan kalah. Akhir-akhir ini saya selalu mengingatkan, siapa yang melakukan kesilapan akan menerima padah yang besar, kerana kekuatan kedua-dua belah pihak adalah seimbang.
Saya mendapat reaksi yang besar melalui email yang saya terima setiap hari. Kebanyakan mereka menanyakan soalan yang saya amat sulit untuk menjawabnya. Soalan-soalan itu datang dari serata tempat dalam negara ini yang terdiri dari mereka yang berbilang kaum.
Persoalan yang popular ada dua. Pertamanya adakah wajar kita memberikan UMNO dan BN sekali lagi untuk mentadbir negara. Soalan itu mudah saya jawab kerana saya selalu menulis tentang perlunya BN di tundukkan kali ini.
Persoalan yang kedua yang selalu saya terima ialah betulkah Pakatan Rakyat melaksanakan janji-janji politiknya. Tidak ada siapa yang mempersoalkan PAS kerana rata-rata nampaknya menerima PAS sebagai parti ‘alternative’ yang terbaik bagi rakyat kecuali penyokong tegar UMNO yang menyokong parti tanpa soal itu.
 Yang terbanyak soalan yang saya terima ialah kenapa DAP masih memaparkan imej sebagai parti Cina kerana penampilan calon Melayu yang ‘negligible’ dalam senarai calon-calon mereka dalam pilihanraya ini. Adakah DAP sudah merasakan ia sudah kuat dan tidak memerlukan sokongan Melayu lagi? Satu lagi persoalan besar ialah soalan yang berkait dengan PKR.
PKR di persoalkan kredibilitinya sebagai sebuah parti yang baik kerana terlalu banyak percakaran diantara pimpinan mereka di setiap peringkat itu.
Soalan-soalan inilah yang perlu mendapat jawapan dari DAP dan PKR dalam menghadapi pilihanraya ini. Jika DAP dan PKR merasakan soalan ini tidak perlu di jawab tidak mengapa. Biarkan sahaja soalan itu tidak berjawab.
Kadangkala jika satu-satu soalan itu payah untuk dijawab, elok diabaikan sahaja soalan-soalan itu dan biarkan mereka yang diatas pagar itu membuat penilaian mereka sendiri. Kalau hendak dijawab nanti, terpaksa pula menambah janji-janji baru pula.

Mungkin ada yang tidak berkenan dengan tulisan saya ini kerana tidak menulis apa yang mereka hendak dengar. tetapi saya memohn maaf, kerana kebenaran dari sudut pandangan saya itu lebih penting untuk saya muatkan dalam posting ini.

PRU13: Undi orang muda bakal jadi penentu?


Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei, 2013 nanti dijangka menyaksikan saingan paling sengit sejak merdeka antara Barisan Nasional yang memerintah dengan gabungan pembangkang. Satu kumpulan penting yang akan mempunyai pengaruh signifikan terhadap keputusan pilihan raya nanti ialah pengundi muda yang merupakan 30 peratus daripada keseluruhan pengundi.


Gabungan yang dapat menarik sokongan pengundi muda bakal menawan beberapa buah negeri dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya. Pengundi muda dalam hal ini mungkin akan menjadi penentu masa depan politik Malaysia. Persaingan untuk undi orang muda boleh difahami dengan lebih jelas lagi melalui analisis pecahan pengundi berdasarkan umur. Angka Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan 70 peratus daripada 4.2 juta pengundi tidak berdaftar ialah mereka yang berumur antara 21 hingga 40. Sekitar 450,000 orang mencapai umur 21 tahun setiap tahun, usia layak mengundi. Pada 2008, pengundi muda berperanan penting dalam mengalihkan undi kepada parti-parti pembangkang. SPR telah mendaftarkan 2.4 juta pengundi baharu sejak setahun lalu, atau 30 peratus daripada jumlah yang layak mengundi.
Satu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 48 peratus pengundi kali pertama belum memutuskan untuk mengundi mana-mana parti. Tinjauan ini juga menunjukkan perbezaan tipis sokongan kepada kedua-dua gabungan (BN pada 42 peratus dan Pakatan Rakyat pada 37 peratus), corak pengundian pengundi atas pagar ini bakal menjadi penentu keputusan pilihan raya. Ini menjadikan undi orang muda semakin penting. Perkembangan ini dilatari peningkatan usaha kedua-dua gabungan BN dan PR untuk memenangi pengundi muda.
Kerajaan BN telah melaksanakan beberapa siri langkah populis bermatlamat menarik sokongan pengundi belia. Contohnya pada Disember 2012, kerajaan menyediakan rebat RM200 untuk telefon pintar. Kemudian, kerajaan telah mendapatkan artis popular Korea Selatan, Psy untuk membuat persembahan di majlis Tahun Baharu Cina BN di Pulau Pinang yang ditadbir DAP. Pemimpin BN berharap kegilaan terhadap penyanyi pop Korea itu boleh menarik undi untuk BN.
PR juga secara aktif mensasarkan pengundi muda melalui beberapa dasar populis. Antaranya ialah tawaran pendidikan percuma, mengurangkan harga kereta, pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi dan mengurangkan harga rumah. Hakikat bahawa kedua-dua BN dan PR mula meletakkan lebih ramai calon muda juga menunjukkan peningkatan kepentingan undi orang muda.
Satu tinjauan oleh Yayasan Asia bertajuk Tinjauan Belia Nasional 2012 menyediakan beberapa gambaran menarik pemikiran politik belia Malaysia. Ramai orang muda cenderung untuk tidak melihat politik melalui kaca mata agama dan kaum. Lebih daripada 71 peratus pengundi muda menunjukkan kecenderungan kepada parti politik yang berbilang kaum dan oleh itu mewakili kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik dan agama.
Orang muda juga mungkin lebih prihatin terhadap keadaan ekonomi secara umum seperti pekerjaan, inflasi dan keselamatan. Kebanyakan belia (sekitar 60 peratus) berpendapat kerajaan sekarang agak berjaya menangani soal ini. Walau bagaimanapun, semakin ramai yang bimbang dengan isu korupsi dan kronisme.
Berdasarkan sikap politik dan pemikiran ramai belia Malaysia, beberapa kesimpulan boleh berhubung corak pengundian mereka. Pertama, pendekatan PR yang lebih berbentuk pelbagai kaum boleh menarik orang muda. Strategi Umno berkempen dengan mengutarakan amaran tentang “ancaman” daripada etnik minoriti negara sekiranya PR membentuk kerajaan akan datang mungkin akan mencetus tindak balas negatif kepada parti pemerintah itu. Ini mungkin akan menyebabkan pengundi muda menjauhkan diri daripada pemerintah dan menyebabkan kehilangan undi mereka di kerusi negeri dan parlimen yang penting.
Kedua, kelemahan kerajaan Malaysia menunjukkan keberhasilan dalam menghapuskan korupsi dan kronisme dalam sistem politik bakal menyebabkan pakatan pemerintah kehilangan undi orang muda. Ketiga, sejumlah pengundi muda mungkin akan terus menyokong BN walaupun mereka tidak berpuas hati dengan beberapa aspek urus tadbirnya, kerana percaya yang kerajaan sedia ada masih pilihan terbaik dalam memastikan kemakmuran ekonomi dan keharmonian masyarakat yang telah dinikmati selama ini.
Undi orang muda mungkin menjadi lebih penting di beberapa kawasan yang sengit. Di negeri barisan hadapan seperti Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perak yang menyaksikan persaingan sengit, undi orang muda penting dalam menentukan pemenang. Di Selangor, negeri yang BN berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PR, lebih 600,000 pengundi baharu telah didaftarkan. Corak pengundian pengundi-pengundi ini (yang sebahagian besarnya kemungkinan masih muda) boleh menjadi penentu pemenang. Hal yang sama juga disaksikan di Negeri Sembilan, negeri yang PR memerlukan pertambahan hanya empat lagi kerusi negeri untuk memperolehi majoriti mudah.
Hujah bahawa undi orang muda sahaja mampu menentukan keputusan pilihan raya umum mungkin sesuatu yang berlebihan, tetapi BN berpotensi kehilangan kuasa buat kali pertama sekiranya majority besar pengundi muda dan pengundi Cina sama-sama mengundi pembangkang. Maka, pengundi muda Malaysia menjadi semakin penting dan mampu untuk menjadi factor penentu keputusan pilihan raya. Berdasarkan perkembangan ini, dijangka kedua-dua gabungan parti akan bekerja keras mendapatkan undi penting daripada orang muda dalam peringkat terakhir kempen pilihan raya kali ini.
Mohamed Nawab Mohamed Osman ialah felo penyelidik di Program Malaysia dan Program Islam Kontemporari, di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Artikel ini ialah terjemahan komentar bertajuk The Youth Vote in GE 2013: Kingmakers in the Making? terbitan RSIS Commentaries.  

PRU13: Rafizi dedah dokumen salahlaku profesional calon BN

KUALA LUMPUR: Calon PKR di Pandan, Rafizi Ramli telah mendedahkan kepada media dokumen-dokumen dakwaan salah laku yang dihadapi calon BN Pandan, Gary Lim.

"Saya mendapat maklumat mengenai dakwaan salahlaku etika yang melanggar peraturan guaman melibatkan calon BN Pandan, Saudara Gary Lim sejak 4 hari yang lepas.
"Beberapa dokumen dihantar di dalam sampul surat tidak bernama kepada saya," kata Rafizi dalam kenyataannya.
Antarab dokumen itu adalah:
1. Surat-menyurat dari Majlis Peguam kepada Gary Lim berkenaan surat tunjuk sebab atas dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran peraturan guaman, apabila beliau gagal berterus terang mengenai statusnya sebagai seorang peguam
2. Surat-menyurat dari bekas firma guaman Gary Lim iaitu Shearn Delamore & Co mengenai dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran peraturan guaman ini; dan
3. Laporan polis yang dibuat terhadap Gary Lim oleh bekas majikannya sendiri iaitu Shearn Delamore & Co kerana didakwa telah menyalahgunakan nama firma guaman itu
"Saya sertakan dokumen-dokumen berkenaan untuk diteliti oleh pihak media dan rakyat," kata Rafizi.
Bagi beliau, dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran peraturan guaman ini adalah satu tuduhan yang serius kerana ia mempersoalkan kejujuran Gary Lim sebagai seorang professional.
Beliau tertakluk kepada undang-undang yang ketat dan jelas mengenai kerjayanya sebagai seorang peguam kerana kerjaya itu melibatkan kepercayaan pelanggan kepada beliau.
Oleh yang demikian, beliau perlu sentiasa jujur dan mematuhi segala peraturan guaman untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada bidang guaman, katanya.
Bagi Rafizi, rakyat bakal meletakkan kepercayaan kepada setiap orang wakil yang terpilih agar sentiasa jujur, tidak menyeleweng dan beretika tinggi.
"Jika Gary Lim tidak boleh mematuhi etika dan peraturan guaman, ada risiko bahawa beliau juga tidak boleh dipercayai sebagai seorang wakil rakyat.
"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mendedahkan perkara ini kepada pengundi Pandan, agar mereka dapat memilih seorang wakil rakyat yang bersih, amanah, beretika dan boleh dipercayai," kata Rafizi.

Ibrahim Ali dan calon bebas Umno: Antara dua darjat



(Dr Mahathir menyertai satu majlis anjuran Ibrahim Ali sebelum ini)


KUALA LUMPUR: Barisan pimpinan tertinggi Umno  semuanya hendak calon Bebas dari Umno dipecat tapi membisu tatkala dalam kes orang kesayangan Mahathir, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Bermula dari Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden BN Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, semua tidak memberikan sebarang ulasan pencalonan Ibrahim di Pasir Mas.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, yang tidak menyerahkan borang penamaan calonnya bagi pilihan raya umum ke-13 dan memberikan laluan percuma kepada Ibrahim juga diumumkan bakal dipecat oleh Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.



(Naib Ketua Wanita Umno sudah dianggap 'kupang tembaga' oleh Umno, tetapi Ibrahim Ali...)

Pada masa yang sama calon Bebas dari Umno menghadapi pemecatan, Ibrahim pula bakal mendapat bantuan daripada jentera BN.

Menurut Setiausaha BN Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad yang dipetik The Malaysian Insider, BN terbuka untuk membantu Ibrahim.

“Ini terpulang pada beliau jika beliau mahu menumpang. Pandai-pandai dia la,” kata Md Alwi.

“Apa yang penting, PAS ada lawannya,” tambah Md Alwi lagi yang membayangkan BN akan membantu Ibrahim.

Sebelum ini, Mahathir telah merayu supaya Ibrahim diberikan tempat untuk bertanding oleh BN di Pasir Mas.

Namun begitu, nama Ibrahim tidak muncul ketika Najib mengumumkan calon tapi naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin diberikan laluan di Shah Alam.

Petang itu, SMS tersebar bahawa ada komplot untuk membatalkan pencalonan Che Johan untuk memberi laluan kepada Ibrahim untuk berlawan satu lawan satu dengan calon PAS Nik Abdul Nik Mat.

Ibrahim juga mengadakan sidang media mengenai ketidakpuasan hatinya dan berjanji akan bertanding bebas.

Calon-calon BN kali ini dilabel sebagai calon Kak Ros – apabila orang yang dibenci dan disukai Mahathir menerima nasib berbeza.
Contohnya Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dicalonkan, anak Mahathir, Mukhriz diletakkan di DUN Ayer Hitam, kubu PAS dan bukannya Kota Seputih yang disandang Umno.

Akhirnya, apa yang diceritakan SMS itu terbukti benar, di mana Che Johan yang hadir di bilik penamaan calon enggan menyerahkan borangnya.

Beliau berkata beliau menganggap Ibrahim sebagai ayahnya, kerana itu tidak sanggup bertanding melawannya.

“Ibrahim didokong macam raja tapi ahli sendiri bertanding, Umno dianggap najis. Wanita Umno sudahpun bergolak. Layanan dua darjat ini bakal menimbulkan rasa tidak puas hati besar-besaran penyokong Umno yang sudahpun terguris hati apabila calon mereka tidak masuk senarai calon Kak Ros,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily malam tadi.

Jabatan Pelajaran disalahguna: Pemantau buat laporan polis



(Laporan polis dibuat pasukan pemantau jam 1.00 pagi di Balai Polis Kota Bharu)

KOTA BHARU: Berikutan suatu maklumat yang telah diterima daripada orang awam, pihak Pemantau Rakyat bagi negeri Kelantan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Bharu.

Ia berkaitan salahgunakuasa yang melibatkan  pihak tertinggi dalam Jabatan Pelajaran Kelantan, Pegawai Pelajaran daerah Pasir Puteh, SPR Kelantan dan SMK Kamil, Pasir Putih, kata Mohammad Faizal Che Yusof, Ketua Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan dalam kenyataannya.

Haji Abu Samah Bin Hassan yang selesai membuat laporan polis pada jam 1:00 pagi, 19 April 2013 lalu turut diiringi 30 orang aktivis-aktivis Pemantau Rakyat yang telah menyertai bengkel pemantauan pilihan raya bertemakan “Pemantau gempur pencabul demokrasi”

Tindakan salahguna kuasa tersebut telah berlaku pada 2 April 2013 (selasa) pada jam 230-500 petang bertempat di Dewan Besar SMK Kamil, Pasir Puteh, Kelantan, yang melibatkan seramai 271 kakitangan SPR.

Program yang dinamakan Wacana Strategik Pembangunan Minda Personel telah disalahguna dengan pengisian kempen Umno dan Barisan Nasional, seterusnya memburukkan Pakatan Rakyat.

Dalam program tersebut, para kakitangan SPR telah dihasut jika mengundi Pakatan Rakyat, kuasa Melayu akan terhakis.

Pelbagai kempen yang dibuat ini amat tidak wajar dan berpatutan, tegas Faizal.

"Suatu yang amat menjijikkan dalam sistem demokrasi bilamana mereka yang terlibat mengendalikan pilihan raya umum terlibat langsung dengan kempen politik dan dipaksa mengundi parti tersebut," tegasnya.

Sehingga hebahan media ini dikeluarkan,  pihak Pemantau Rakyat terus menerima bukti bertulis dan rakaman program-program salahguna dan hasutan yang melibatkan pegawai tinggi dan kakitangan awam.

"Kami tegas untuk sedaya mungkin memastikan PRU 13 dilangsungkan dengan sehabis bebas dan adil. Kami juga memberi amaran keras kepada seluruh agensi awam untuk tidak dipergunakan oleh parti-parti politik khususnya UMNO dan Barisan Nasional bagi mengekalkan sikap profesyenal dan tidak berpihak agensi-agensi awam," kata Mohamad Faizal.

Dengan bukti bertulis dan rakaman yang diterima, pihak Pemantau Rakyat akan memanfaatkan setiap saluran undang-undang yang ada bagi mengekang aktiviti-aktiviti pencabulan demokrasi ini dari terus berlaku pada masa hadapan, katanya.

Bagi beliau, setiap rakyat termasuklah kakitangan awam hendaklah dihormati hak-hak mereka selaku warga Negara dalam membuat pilihan tanpa dipengaruhi dengan unsur-unsur tidak berpatutan serta pelbagai ugutan.

Analisa: Najib belanja RM4,364 setiap pengundi


Seorang penganalisa politik terkemuka rantau Asia Tenggara hari ini membuat penganggaran bahawa Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 setiap pengundi untuk PRU 13.
Dr Bridget Welsh
Bridget Welsh
Dr Bridget Welsh, seorang Profesor Madya Sains Politik menulis dalam artikelnya di Malaysia berkata, perangkaan tersebut datang daripada analisa beliau dalam 4,000 sumber berita sejak 2009 dan kajian terhadap tiga bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013.
“Saya secara konservatif menganggar bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah membelanjakan RM57.7 bilion bermula dari hari beliau menjadi Perdana Menteri sehingga sebelum Parlimen dibubarkan dalam insentif pilihan raya,” tulis Bridget.

Bridget berkata, Najib telah membelanjakan RM46.7 bilion dalam pembangunan sasaran berjanji dan RM11.0 bilion dalam program 1Malaysia.
“Dua komponen terbesar ini adalah bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia. Langkah-langkah ini berunsur politik, kerana bukan sahaja mereka dicanang dalam bentuk politik, ia juga disebarkan sebagai sebab-sebab untuk mengundi BN di peti undi nanti,” kata beliau.
Bridget berkata, perbelanjaan terbesar bukannya datang daripada RM5.6 bilion yang digunakan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tapi di atas langkah-langkah populis yang lain seperti kenaikan gaji dan pembinaan sekolah menggunakan duit daripada pejabat Perdana Menteri.
“Dalam erti kata lain, anggaran itu mencadangkan bahawa pentadbiran Najib telah membelanjakan kira-kira RM4,363 setiap pengundi setakat ini.
“Setakat ini, ini adalah pilihan raya termahal di Malaysia. Memandangkan bahawa wang juga diperuntukkan kepada calon-calon untuk kempen, lebih banyak wang akan digunakan,” beliau memberikan amaran.
Najib, kata beliau, sekarang boleh dikatakan terlibat dalam pilihan raya termahal di Asia Tenggara.
Sebelum ini, ada satu laporan Maybank bertarikh 19 Mac menyatakan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta untuk menaikkan imej pentadbirannya di mata rakyat menerusi pengiklanan.

Replika kapal terbang PRU13 terus dikunjungi


SIK: Replika kapal terbang PRU13 kini menjadi mercu tanda Kampung Batu Besar, 16 kilometer dari pekan Sik.

Orang ramai tidak putus-putus mengunjungi kampung berkenaan, semata-mata mahu melihat atau mengambil gambar replika kapal terbang.

Idea membina replika kapal terbang itu dicetuskan oleh ulama tersohor yang juga Penaung Madrasah Al-Rahmaniah, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Menurut Ramli Abdul Rahman (gambar), beliau tidak mengambil masa lama untuk membina rangka replika kapal terbang itu setelah ia dicetuskan oleh Tuan Guru Haji Salleh.

Katanya, replika yang dibina sebelum pembubaran parlimen itu turut dibantu oleh anak-anak muda PAS setempat yang berjaya disiapkan dengan kos kira-kira RM7,000 untuk membeli kayu, besi, buluh, batang paip, lampu dan lain-lain.

Beliau menjelaskan, replika yang berukuran 58 kaki panjang, 56 kaki lebar dan perimeter 40 kaki itu berjaya disiapkan dalam masa sekitar dua bulan.

“Para pengunjung sekarang sekitar 1,000 ke 2,000 orang sehari, dari kanak-kanak hingga warga emas dan lebih ramai lagi pada hari cuti,” jelasnya kepada Harakahdaily ketika ditemui petang semalam.

Menariknya, kata beliau ada pelawat yang terpaksa datang semula kerana tidak dapat masuk ke dalam replika itu disebabkan pengunjung ramai.

Beliau memberitahu, kira-kira 5,000 orang hadir semasa perasmian replika itu yang dilakukan bersama oleh Tuan Guru Haji Salleh, calon-calon PRU13 iaitu Che Uda Che Nik (Parlimen Sik), Abu Bakar Bakilani (Dun Belantek) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Dun Jeneri).

Katanya, anak-anak muda tempatan dan anggota Unit Amal Sik bertugas 24 jam bagi mengawal lalu lintas ekoran pengunjung yang semakin bertambah termasuk pelancong luar negara.

“Pihak kami juga menjual baju-T, jam dinding dan payung sebagai cenderahati kepada pelawat,” ujarnya.

Pelawat semua peringkat usia mahu menaiki 'kapal terbang'.

Keadaan bahagian dalam.
Ruang 'pilot'. -Hrkh

Puluhan Ribu Terpukau Dengan Ceramah " INI KALILAH " Oleh Kit Siang Di Gelang Patah

 Lim Kit Siang Memberi Pidatonya
 Lim Di kerumuni peminatnya
 Lihat Puluhan Ribu Yang Hadir 
 Adakah ini 500 je yang hadir 
YB salehuddin Ayob bersama LImKit siang 
YB Salehuddin ayob bersama Lim di hari penamaan calun.. Dikhabarkan kutipan pada malam tersebut mencecah hampr RM 100 k ..mak ooi banyaknya tu..

Ramai Sokong Anwar Untuk Humban Bos TV3 Ke Penjara



Anwar ancam humban bos TV3 ke penjara

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk memenjarakan pengurusan tertinggi Sistem Televisyen (M) Bhd seandainya stesen TV3 itu terus memfitnah kerajaan Pakatan apabila gabungan parti berkenaan membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut satu laporan Berita Harian hari ini, Anwar mengancam untuk bertindak demikian memandangkan "fitnah tidak dibenarkan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang berasaskan akhlak tinggi".

"Selepas kita menjadi kerajaan, kalau TV3 terus memfitnah, kita tendah mereka masuk penjara," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.

Menurut laporan itu, lagi, Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Batu 9, di Changkat Jering, Perak.

TV3 merupakan stesen televisyen swasta yang dikendalikan syarikat kumpulan Media Prima Bhd, yang turut memiliki Berita Harian dan New Straits Times.

Laporan Berita Harian juga menyebut, Anwar mendakwa BN akan turut menimbulkan satu lagi fitnah, berhubung dakwaan rakaman perbualan beliau dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram.




Ramai tanding bebas bukti BN bermasalah


IPOH:
Tindakan lebih 60 orang ahli Umno melawan calon mereka sendiri sebagai calon bebas dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini membuktikan kemelut dalaman parti itu dalam keadaan sangat kritikal.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, ini merupakan suasana paling teruk berlaku dalam sejarah pilihan raya Umno BN dan ianya menunjukkan Umno BN kini hanya 'retak menanti belah'.

“Tindakan mereka (bertanding bebas) ini menggambarkan betapa Umno sedang berdepan dengan kemelut dalaman yang sangat kritikal dan dasyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, semalam.

Hadir sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Mohd Fitri Asmuni dan Safarizal Saleh.

Menurut Dr Nuri, di Perak sahaja, tujuh daripada 15 calon yang bertanding bebas adalah dari kalangan ahli dan pemimpin Umno.

Beliau menjelaskan, tindakan tersebut disebabkan ramai ahli akar umbi yang tidak bersetuju dengan calon-calon yang dipilih oleh Presiden Umno, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Tindakan bertanding calon bebas itu katanya adalah satu cara untuk ahli menunjukkan protes mereka terhadap pucuk pimpinan parti yang dilihat tidak menghormati suara ahli parti.

“Ramai pimpinan yang sudah lama menjalankan gerak kerja dan sudah dikenali masyarakat namun pada saat-saat akhir nama mereka tidak dicalonkan.

“Tindakan ini ternyata menggambarkan BN tidak menghormati usaha pimpinan kawasan dan memilih calon yang dipilih atas dasar kroni,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, dalam konteks Perak terbukti Umno mempunyai masalah besar untuk memberi keyakinan serta kesetian ahli kepada setiap keputusan yang dibuat.

Ini kerana katanya mungkin disebabkan golongan yang berkuasa di dalam parti telah menggunakan kesempatan untuk menaikkan kroni mereka untuk kepentingan tertentu.

“Kami yakin, rakyat dapat menilai apa yang sedang berlaku di dalam BN khusunya Umno yang bergolak ketika ini.

“PAS Perak mengucapkan tahniah kepada calon-calon bebas dari kalangan ahli Umno kerana berani membuat tindakan drastik demi memperjuangkan suara akar umbi,” jelasnya. -Hrkh