TAZKIRAH DU'AT |
PENDAHULUAN:
Penyelesaian secara Islam seperti yang dikehendaki dengan wujudnya masyarakat dan pemerintahan islam,mengembalikan semula cara hidup islam mestilah didahului oleh wujudnya gerakan islam yang sedar dan insaf,yang menyediakan suasana perjuangan dan menyeru orang ramai agar menerima konsep perjuangan disamping mengeluarkan para penyokong dan pendokong harakah.
A. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIATASI DALAM AMAL JAMAI’E.
i : Mengutamakan masalah peribadi melebihi jamaah .
ii : Hanya melakukan kerja-kerja yang boleh memberi keuntungan peribadi.
iii : Hilangnya sifat At-Ta’awun .
iv : Tidak sanggup berkorban.
2.0 Masalah pergaulan.
Fenomena ini begitu ketara sekali berlaku di kalangan anggota jamaah dan seharusnya di beri perhatian yang sungguh-sungguh untuk mengatasinya.Termasuk di dalam perkara ini ialah :
i : Kurangnya ukhuwwah di kalangan anggota jamaah.
ii : Mu’amalat yang tidak baik.
3.0 Ananiah.
Yang dikehendaki dengan ananiah di sini ialah keinginan seseorang anggota jamaah untuk menunjuk-nunjuk diri rajin bekerja apabila berada di hadapan masyarakat bertujuan untuk mengejar gelaran semata-mata dan apabila mendapat status yang baik,maka berusahalah terus untuk mengekalkan kedudukan tersebut dengan menolak setiap individu yang cuba menandingi dan menghancurkan setiap peribadi yang boleh mengancam dan merebut tempatnya.Ianya berpunca dari sifat kasihkan dunia dan akan melahirkan sifat hasad dan dengki.
4.0 Mengikut hawa nafsu, mementingkan dunia dan tertarik hanya dengan pendapat
sendiri
5.0 Syakhsiah yang lemah.
Anggota jamaah seharusnya menyedari bahawa mereka adalah da’ie Ilallah yang menyeru masyarakat kembali kepada islam.Jadi,sebelum menerjunkan diri ke arena perjuangan,maka mereka perlulah memperbaiki diri sendiri sebelum memperbaiki diri orang lain.Akibat dari kelemahan syakhsiah ini,maka timbulnya anggota-anggota yang mempunyai sifat-sifat berikut:
i : Tidak beramal dengan apa yang diperkatakan.
ii : Tidak mempraktikkan ajaran islam dalam kehidupan seharian.
iii : Kurangnya kesedaran dan malas serta cuai dalam melaksanakan
kewajipan yang dituntut.
6.0 Tidak dapat menjadi qudwah hasanah.
Pendokong harakah perlu menjadi qudwah dan uswah kepada mad’u kerana ianya amat mempengaruhi mereka.Tanpanya akan menyebabkan mad’u menjauhi dakwah yang dibawanya dan adakalanya boleh memberi fitnah kepada harakah yang didokonginya.
7.0 Kurangnya kepatuhan kepada qiadah.
Perkara ini berlaku kerana beberapa faktor.Kadangkala ianya berpunca dari jundiyyah(ahli) ataupun mungkin juga qiadah itu sendiri.
B. CARA PENYELESAIAN
1.0 Bagi mengatasi penyakit ini,para anggota perlulah diingatkan betapa buruknya
3.0
2.0 Untuk mengatasi masalah ini,maka perlulah dilakukan beberapa perkara.
Diantaranya ialah:
i : Mengadakan program ziarah yang berterusan.
ii : Menggalakkan anggota untuk membiasakan diri bagi menghadiri program-
program dan tempat-tempat umum.
iii : Perlunya tazkirah,nasihat yang berterusan dan tunjuk ajar dengan cara yang
sewajarnya.
3.0 Oleh kerana penyakit ini berhubung kait dengan permasalahan hati,maka cara untuk mengatasinya adalah sebagaimana yang disebut oleh Hujjatul Islam Al-Imam Ghazali r.a.m dalam kitabnya Ihya Ulumiddin di dalam bab merawat penyakit hati.Ianya boleh diatasi dengan tiga perkara:
i : Guru yang mursyid.
ii : Sahabat yang sholeh.
iii : Serangan dan kritikan dari musuh.
4.0 Untuk mengatasi penyakit mengikut hawa nafsu,anggota jamaah haruslah di bekalkan dan di ingatkan dengan firman Allah s.w.t :
"وأما من خاف مقام ربه ونهى النفس عن الهوى وإن الجنة هى المأوى"
(سورة النازعات أية40-41)
Sementara bagi mengatasi perasaan sayang dan cintakan dunia yang fana’ ini,maka para anggota jamaah perlulah diingatkan dengan hari kemudian(qiamat).
Allah s.w.t berfirman :
"وللآخرة خير لك من الأولى"
(سورة الضحى أية 4
Manakala bagi mereka yang tertarik dengan pendapat sendiri,mereka patutlah diingatkan kepada betapa pentingnya pendapat jamaah kerana Allah s.w.t. telah berfirman :
"وأمرهم شورى بينهم"
(سورة الشورى أية 38)
Tambahan pula nabi Muhammad pernah bersabda:
"لا تجتمع أمتى على ضلالة"
5.0 Ianya dapat diatasi denga cara memperbanyakkan program-program pentarbiyyahan kepada anggota jamaah.Mengenai tarbiyyah ini,Syeikh Said Hawwa r.a.m telah menulis dalam bukunya Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah,bahawa tarbiyyah yang sebenarnya mestilah bermula dengan penanaman iman yang berasaskan aqidah yang soheh.Seterusnya beliau mencadangkan bahawa tarbiyyah itu mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:
i : Murabbi.
ii : Manhaj.
iii : Biah.
6.0 Sirah nabawiyyah telah menggesa proses pembentukan mestilah dilakukan melalui qudwah kerana kesannya lebih kuat dari kata-kata.Oleh kerana itulah para anggota jamaah hendaklah sentiasa bermuhasabah mengenai perkara ini kerana kitalah golongan Azhari yang diharapkan untuk menjadi qiadah dimasa hadapan.Sesungguhnya Al-Qiadah As-Sholehah tidak mungkin wujud tanpa qudwah hasanah.Saidina Ali k.r.m menyatakan “Siapa yang melantik dirinya sebagai imam kepada orang ramai ,beliau hendaklah memulakan dengan membetulkan dirinya sebelum membetulkan orang lain.Orang yang mengajar dan membetulkan dirinya lebih utama untuk dimuliakan dari orang yang mengajar dan membetulkan orang lain”.
7.0 Jika sekiranya perkara ini melibatkan anggota jamaah,maka cara mengatasinya ialah
mengingatkannya bahawa ketaatan kepada pimpinan jamaah islam itu sendiri menggambarkan keimanan mereka kepada Allah s.w.t :
"يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم"
(سورة النساء أية 59)
Sejarah Rasulullah menunjukkan kepada kita bagaimana contoh ketaatan para sahabat kepada baginda dalam peperangan Hunain.Begitu juga dengan kisah peperangan Tabuk.
Dalam masa yang sama pimpinan juga hendaklah sentiasa muhasabah dan memperbaiki kecacatan yang ada supaya dapat menimbulkan thiqah yang tinggi di kalangan ahli.Apabila ini berlaku,maka mereka akan memberikan kepatuhan dan ketaatan yang sepenuhnya terhadap apa jua arahan yang diberikan.Ini adalah kerana kepatuhan dan ketaatan itu tidak akan wujud tanpa thiqah.
PENUTUP
Demikianlah secara ringkas yang dapat disediakan dalam waktu yang cukup terbatas ini.Di harap dapat membuat teguran jika sekiranya disana terdapat kesilapan dan kesalahan.
3 comments:
Salam Ramadhan Mie,
Tahniah atas perjuangan demo. Semoga diberkati Allah.
Guchil memang indah!
assalamualaikum wrt wbt
kalau tak keberatan boley tau sapa ni???orang guchil gak ker???
HILMI ABDULLAH
Guchil 7
Tahniah!! Demo pun dah jadi blogger skrg ni. Mcm ni la baru moden. Kawe buat doh link blog demo dlm blog Luham tu.
Post a Comment