Sunday, September 14, 2008

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

(Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsiten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

*************************************************************************************

-Semalam saya terlibat sama dalam mesyuarat bersama Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia., Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan rentetan timbulnya kebimbangan di pihak DPPNK bahawasanya akan berlakunya Ops Lalang 2 sebagaiaman kenyataan akhbar oleh YB Salahuddin Ayub bahawa terdapat 15 orang telah disenaraikan untuk tangkapan di bawah ISA. Tangkapan awal yang dibuat terhadap Raja Petra, YB Teressa Kok dan wartawan akhbar cina Sin Chew hanyalah bagi menghalalkan tangkapan yang lebih besar dan bermotifkan politik sebagai back-up plan menggagalkan penubuhan Malaysia Baru.

-Di Kelantan antara YB yang disenaraikan ialah YB Dato Husam, YB Dr Hatta Ramli dan YB Salahuddin Ayub sendiri. Surat arahan tersebut telah ditandatangani oleh YAB Pak Lah dan dengan izin Allah SWT telah dimaklumkan oleh seorang hamba Allah. kepada DPPP. Dengan pecahnya tembelang tersebut kepada umum maka perancangan tersebut tergendala dan hanya 3 orang dapat ditangkap. Dipercayai senarai 15 orang tersebut adalah untuk mengimbangi kuota MP BN yang bakal berhijrah ke Pakatan Rakyat sekiranya perancangan Anwar untuk menarik 40 MP Sabah & Sarawak terhasil. Tindakan terdesak ini amat perlu untuk menggagalkan perancangan Anwar untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Pak Lah dengan cara mengurangkan majoriti MP Pakatan Rakyat-

-di pihak peguam, tiada cara untuk memfailkan pembelaan mengikut prosedur undang-undang kerana dalam temboh 60 hari penama boleh ditahan tanpa perbicaraan tanpa tuduhan di mahkamah. Writ of Habeas Corpus hanya dapat difailkan di Mahkamah Tinggi setelah tamat tempoh 60 hari tersebut..Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan boleh disanbung setiap 2 tahun dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Kuasa yang diperolehi oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri tanpa batas melangkaui mahkamah, polis, perlembagaan dan Undang-undang Allah...

“Jika hari ini kita melihat orang seperti Raja Petra, Teresa Kok dan ramai lagi individu akan ditangkap di bawah ISA atas sebab-sebab yang samar dan tidak dijelaskan, apa jaminannnya nanti bahawa undang-undang ini tidak akan dikenakan ke atas kita, keluarga kita, anak pinak kita atau keturunan kita kelak?”

-yang pastinya di Malaysia ini...hanya 2 orang sahaja yang kerajaan UMNO tidak berani untuk ditahan di bawah ISA iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Tuk Guru Hj Hadi...kalau 2 orang ulamak ini ditahan ISA...aku pasti orang Melayu Islam akan bangkit dengan pertumpahan darah....Takbir

No comments: