Wednesday, September 3, 2008

BERITA TERKINI..MALAYSIA BARU

BERITA TERKINI..MALAYSIA BARU

Maklumat dari sahabat saya aktivis reformasi dari Sabah bahawasanya YAM Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sejak jam 10 mlm smlm sehingga sekarang berada di Sabah untuk perbincangan bersama-sama ahli parlimen berkenaan hasrat MP Sabah & Sarawak keluar daripada Barisan Nasional. Berikut aturcara yang telah didedahkan oleh Datuk Pairin Kitingan kepada beliau sama-samalah kita saksikan realitinya betul-betul berlaku atau tidak:-

5 September: Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.
6 September: Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.
7 September: 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.
8 September: 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.
9 September: Sidang tergempar Parlimen.
10 September: Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.
12 september: Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.
15 September: DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.
15 September: 9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang
Di Pertuan Agong.

16 September: DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

16 SEPTEMBER 2008 di ishtiharkan sebagai cuti umum sempena pembentukan Malaysia Baru!!!

Kalau 5 September takde apa-apa yang berlaku jugak maknanya kita semua kena kencing hidup-hiduplah....


1 comment:

pokmudo said...

Apa-apapun, nawaitu kita mesti mendaulatkan kalimah Allah & memartabatkan Hukum Allah. Kalau sekadar ingin rampas kerajaan & pemerintahan sama macam BN sahaja. Rasanya tak ada pahala...???


Nostalgia bersama Allahyarham Pak Muda & Tok Bilal tak pernah dilupai.