PM dijangka mampu dapat 40 pencalonan sahaja
Abdul Aziz Mustafa
Tue | Sep 23, 08 | 12:32:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Hrkh) - Pelbagai jangkaan dibuat tentang jumlah pencalonan yang akan diperolehi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.
Ada penyokongnya yang menjangka beliau boleh mendapat antara 70 hingga 80 pencalonan jika mereka berusaha.
Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno pula berkata, Abdullah hanya mampu mendapat kira-kira 40 pencalonan sahaja.
Telah muktamad Abdullah akan mempertahankan jawatannya dan beliau telahpun membatalkan keputusannya untuk berundur selepas dibelasah teruk dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) 18 September lalu.
Laporan-laporan menyatakan anaknya, Datuk Kamaluddin serta menantunya, Khairy Jamaluddin menentang keras keputusan Abdullah untuk berundur.
Begitu juga segerombolan penyokongnya yang bergantung hidup dan harapan kepada jawatan Perdana Menteri yang masih berada dalam cengkaman Abdullah.
"OK, kami memang tidak akan mendapat pencalonan yang banyak," seorang penyokong Abdullah memberitahu Business Times Singapura (BT). "Tetapi saya rasa kami mampu mendapat 70 hingga 80 dengan sedikit usaha".
Menurut Malaysian Insider (MI), sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari Abdullah, para penyokongnya akan turun ke bahagian-bahagian dan akan berleluasa dengan kempen tak mengenal batasan dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
Apa sahaja akan dilakukan asalkan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.
Malah, para penyokongnya dilaporkan telah pun menghunus keris (MI menyebut unsheathed their knives) untuk bertindak demi meneruskan kekuasaan Abdullah yang menjadi harapan hidup mereka.
Anak, menantu, para penyokong dan pengampu Abdullah tahu, jika beliau berundur, mereka dan kepentingan mereka pasti terancam dan tenggelam.
Namun, apa pun keputusan Abdullah dan setajam mana pun keris yang dihunus oleh pengampu-pengampunya, tidak semua pemimpin Umno yakin Abdullah akan dapat mempertahankan jawatannya.
Sekurang-kurangnya dua Menteri Besar menyatakan bahawa mereka tidak lagi mampu mengawal Umno bahagian-bahagian dalam negeri mereka - yang dijangka tidak akan mencalonkan Abdullah.
Mereka ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Johor mempunyai 26 bahagian manakala Pahang mempunyai 14 bahagian.
Malah, dalam mesyuarat MT Khamis lalu yang menyaksikan Abdullah menangis atau hampir menangis, empat pemimpin kanan Umno dilaporkan telah mengingatkan Abdullah dengan keras supaya berundur atau akan dimalukan dengan pencalonan yang tidak mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.
Nasib baiklah mesyuarat itu ditamatkan secara tiba-tiba lebih awal apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meyakinkan mesyuarat bahawa beliau akan menyelesaikan pelan peralihan kuasa yang dibantah itu dalam perbincangan empat mata dengan Abdullah.
Beberapa pemimpin Umno membayangkan, risiko Abdullah akan dihambat dengan penuh kehinaan dari jawatannya bukanlah jangkaan semata-mata.
Umno bahagian-bahagian akan memulakan mesyuarat untuk menghadapi pemilihan parti Disember ini pada 9 Oktober akan datang. Dijangkakan, sekurang-kurangnya 20 bahagian mungkin akan memutuskan calon pilihan mereka dalam masa beberapa hari.
Minggu seterusnya, mungkin 50 bahagian lagi akan bermesyuarat dan pada masa itu arah aliran pencalonan akan semakin jelas.
"Jangkaannya, Perdana Menteri akan mendapat kira-kira 40 pencalonan sahaja," BT memetik seorang pemimpin Umno. "Sebab itulah kami tidak mahu beliau bertanding untuk dipilih semula".
Pada masa yang sama, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang sebelum ini dilihat penyokong kuat Abdullah dilaporkan oleh BT sebagai berkempen di belakang tabir untuk memastikan gandingan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih kepimpinan Umno tanpa dicabar._

No comments:
Post a Comment