DIPETIK DARI BLOG REFORMATI, Sept 10
Salam Ikhwah,
Dalam dilema, PAS dan orang islam lainnya untuk menerima Perjuangan Keadilan dan Anwar Ibrahim, parti-parti kaum cina mengorak langkah sinergi untuk menghancurkan terus BN jika 16 Sept jatuh kepada PR.
Secara Umumnya nanti PR yang di wakili oleh PAS, Keadilan dan DAP akan mendapat beberapa parti komponen baru terdiri dari Non Muslim dan kebanyakkan di wakili kaum Tiong Hua.
Jika ini terjadi, lanskap politik negara akan berubah 180 darjah. Keadilan parti tonggak, yang merupakan parti berbilang bangsa dan agama, akan mengepalai pakatan ini. Apatah lagi sekiranya PR nanti di wakili kebanyakkan oleh Non Muslim nanti. Perubahan Radikal Penstrukturan semula sosial kontrak mungkin akan berlaku. Kekhuatiran kita adakah Islam masih mendapat tempat yang seadilnya nanti?
Lain halnya jika ahli UMNO juga migrasi ke PR. Titik tolak di sini, parti manakah yang akan di pilih oleh mereka, PAS atau PKR?
Jika PKR pilihan ahli UMNO yang berhijrah, keberlangsungan sekulerisme dalam negara mungkin akan terus utuh, kerana PKR sendiri tidak menyediakan Platform jelas ke arah negara Islam. Ini adalah umpama menukar baju dari merah menyala ke biru cair. Mengharapkan pada koleksi ucapan anwar sahaja tidak boleh di jadikan modal, bahawa Islam adalah perjuangan mereka. Tambahan pula, dalam siri-siri ucapan beliau, perjuangan keadilan akan berubah setiap kali target audience dia berubah. Jika dengan orang PAS dia menyebut hal-hal agama dan perjuangan islam, dengan non muslim mengenai hak sama taraf.
Jika benar pun DSAI, Parti Keadilan dalam perlembangaannya sendiri tidak meletakkan batu asas Islam sebagai perjuangan utama.
Dalam pada itu, umat islam yang rata-rata orang melayu boleh katakan majoriti masih bimbang terhadap nasib yang masih tidak menentu kini. Samada dari segi rombakan kepimpinan negara dan juga hak orang islam dalam negara sendiri.
Mengharapkan UMNO, hanyalah kebangkrapan idea. Keadilan pula tidak memberikan formula yang jelas mengenai perjuangan umat islam dan ras keturunan melayu. Malahan, memperjuangankan hak melayu sudah di anggap haram dalam parti keadilan! Anda akan di label Feudal! Fanatik Kaum! Dsbnya.
Tambahan pula, Keadilan adalah Parti Berbilang Bangsa yang tidak pernah meletakkan pra-syarat Islam sebagai Presiden Parti. Nasib Umat Islam dalam Keadilan adalah lebih samar dan tidak menunjukkan satu perjuangan yang solid pada Umat Islam.
Perjuangan Parti Keadilan lebih menekankan konsep-konsep keadilan sosial sebagaimana dalam kerangka sosialisme barat. Perjuangan mereka di mulai dengan reformasi pemecatan Anwar Ibrahim, hingga beliau di bebaskan dan 'melarikan diri' ke Amerika Syarikat selama setahun lebih.
Ketika berlaku Krisis Harga Minyak, Toll dan Barangan Naik, Anwar Ibrahim telah melakukan langkah strategik untuk menyatukan Parti-parti pembangkang. Beliau dapat meyakinkan PAS yang mewakili majoriti Melayu Berfikrah Islam, mendapat sokongan dari kaum cina melalui DAP dan mengerakkan kaum Hindu melalui Hindraf.
Kemarahan rakyat yang berluak-luak ke atas Pak Lah dan KJ, serta harga barangan yang baik, di tambah pula dgn kesatuan pembangkang melalui figur Anwar Ibrahim sebagai Hero Rakyat, akhirnya dapat melumpuhkan BN.
Yang jelas di sini, perancangan Anwar Ibrahim berjaya, beliau mendapat solid support dari Non Muslim dari DAP, Keadilan dan Hindraf sebagai agen kebangkitan Kaum Hindu. Manakala orang melayu jelas terpecah 3, PAS, PKR dan UMNO. Tapi UMNO masih pilihan utama mereka. Ini adalah kerana cengkaman sekulerisasi yang sekian lama dalam dogma pemikiran melayu.
Manakala kesatuan non muslim ini tidak henti setakat ini sahaja, malahan ianya akan mendapat gabungan ahli yang lebih besar, Gerakan, MCA, SAPP, SUPP dan mungkin PBS. Mereka akan bergabung dalam PR.
Ketika itu, semuanya bergantung pada PAS dan UMNO serta Ahli Islam Parti Keadilan untuk meneruskan satu agenda yang tidak dapat di elakkan.
Kita mengharapkan Fathul Makkah, barangsiapa masuk rumah Abu Sufian mereka akan selamat. Konteks hari ni, hanya PAS menjadi wadah untuk meneruskan perjuangan Islam.
Segala anasir tali barut dalam PAS perlu di buang untuk mendapat wahdatul fikr dalam kepimpinan dan kita akan teruskan dakwah kita kepada muslim sekuler (UMNO, Keadilan) dan juga Non Muslim.
Islam membuka kepada keterbukaan!
Akhir kata, sebagaimana yang di katakan oleh kebanyakkan kepimpinan kita, Abg Mat Sabu, Ust Nasruddin dan beberapa org lain lagi, biarlah kemenagan menjatuhkan thagut itu beradap dan bukanlah kemenagan Mee Segera, makan cepat, tapi zat tiada! Lapar kembali pun cepat!Tunggulah pada Pilihanraya akan datang.
Kita penuhilah syarat-syarat kemenangan sebelum kita benar-benar boleh mengisytiharkan diri kita sebagai pemenang. Penuhilah ianya ketika ini, dengan tarbiyah dan dakwah dan bukan maki hamun.
Ingat! Orang macam Abang Mat Sabu, dah lali dengan perjuangan, masuk keluar balai dan lock up ini dah biasa. Perjuangan kita bukan mengharapkan kemenangan segera. Orang yang nak kemenangan segera ni, selalunya panas dan tak sabar. Naik cepat, jatuh pun cepat. Renungilah Sejarah Lama Wahai Pak Sheikh Anwar!

No comments:
Post a Comment