Sunday, September 14, 2008

Kenapa ISA Zalim???

Agak lama masyarakat tidak berbicara tentang ISA...last sekali aku ingat masa anak Tuan Guru Nik Aziz dilepaskan dari ISA masyarakat berbual balik ttg ISA...dan yang terbaru pemimpin HINDRAF ditahan dibawah ISA. Walaupun secara teorinya rakyat Malaysia diberi "hak kebebasan yang mutlak" di bawah perkara 3 hingga 15 Perlembagaan Malaysia..tapi kalau kita kaji balik secara teknikalnya...hak tersebut tidak diiktiraf disisi penguatkuasaannya..contohnya kebebasan untuk berhimpun ada diberi...tapi perlu mohon permit dulu...kalau dapat permit pun mungkin perhimpunan akan diganggu samada semasa berhimpun atau selepas berhimpun.

Contoh kedua...hak untuk mendapat pembelaan dan "no one is innocent until proven guilty"...yang ni kalau ikut ISA boleh buang dalam tong sampah terus... Walaupun dalam Perlembagaan Malaysia kata semua undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan malaysia akan terbatal dengan sendirinya...tapi ISA tak pakai peruntukan ini...kerana di Malaysia walaupun Perlembagaan lebih agung dari Al-Quran tapi Perlembagaan masih tak boleh batalkan ISA...

Ni antara kehebatan ISA yang diagungkan dan pihak Kerajaan Malaysia bernaung di bawah arash nya:-

  1. Kuasa mutlak bagi menahan seseorang itu dibawah ISA adalah terletak pada Menteri Dalam Negeri dan beliau boleh mengarahkan sesuatu tangkapan itu dibuat terhadap sesiapa yang disyaki, tanpa merujuk kepada mahkamah.
  2. Mereka yang ditahan dibawah ISA tidak akan berpeluang untuk mendapatkan perbicaraan di mahkamah atau mendapat pembelaan melalui peguam.
  3. Lazimnya tempoh minimum penahanan bagi seseorang yang didakwa bawah ISA adalah 60 hari.
  4. Dalam tempoh ini mereka yang ditahan dibawah ISA, tidak akan dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Peguam dan ahli keluarga juga tidak dibenarkan berjumpa dalam tempoh ini. Dan ada sesetengah kes mereka yang ditahan dibawah ISA dalam tempoh ini tidak mengetahui dimana mereka ditahan (tempoh ini selalunya belum dibawa ke Kemunting) dan ada juga yang tidak mengetahui apa salah mereka.
  5. Jika perintah penahanan 2 tahun dipersetujui dan ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, individu yang ditahan itu akan dibawa ke Pusat Tahanan Kemunting di Taiping Perak. Dalam tempoh ini baru ahli keluarga dibenarkan melawat.
  6. Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

Melaksanakan keadilan dan menghapuskan kezaliman adalah di antara falsafah sistem kehakiman Islam. Inilah garis panduan yang ditetapkan oleh Allah dan disebut dalam al-Quran.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang khianat…” (Surah an-Nisa, ayat 105).

Islam menghendaki supaya keadilan mutlak ditegakkan dan kezaliman dihapuskan. Keadilan hanya akan dapat ditegakkan jika berdasarkan undang-undang adil seperti ditegaskan dalam al-Quran.

Bagaimanapun, jika undang-undang yang adil itu tidak ditadbir dengan cekap, amanah dan adil, maka keadilan undang-undang tidak akan dapat dinikmati. Malah, bertukar menjadi kezaliman.

Penegasan Allah supaya manusia berlaku adil dalam menghakimi sesuatu pertikaian turut merangkumi tuntutan supaya mengetepikan perasaan benci, marah, dendam dan sebagainya. Firman-Nya bermaksud: “Wahai orang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa” (Surah al-Maidah, ayat 8).

Jika benar sekalipun Teresa dan Raja Petra “menghina Islam”, maka mereka perlu didakwa di hadapan mahkamah terbuka kerana ianya dituntut oleh syara’. Tidak timbul masalah kes lambat diselesaikan atau tertangguh jika mahkamah benar-benar efisien. Apakah kita tidak punya keyakinan terhadap institusi kehakiman dan memerlukan jalan pintas seperti ISA ini? Perbuatan Menteri dalam Negeri menghumban seseorang ke dalam ISA dengan beralasankan “agama” bukan saja akan menimbulkan kekeliruan, malah akan memburukkan lagi nama Islam sedangkan Islam adalah agama yang adil dan sentiasa mengutamakan keadilan di dalam prinsipnya.

ISA adalah akronim bagi Internal Security Art atau dalam bahasa Melayu nya bermaksud Akta Keselamatan Dalam Negeri. Akta ini dirangka oleh lelaki berbangsa Inggeris yang bernama R.H Hickling pada tahun 1960. Idea dari penjajah ini diperkenalkan bagi tujuan membasmi penganas komunis pada ketika itu. Sejak dari tarikh itu Akta ini telah dipinda lebih 20 kali dan Malaysia yang merdeka 51 tahun ini terus mengekalkan idea penjajah ini. Jelas undang-undang ini bukanlah dari Islam dan sesungguhnya bercanggah dengan Islam. Di mana kita nak letak prinsip syariah yang berbunyi, Innocent until proven guilty jika kita sewenang-wenangnya menyepak seseorang masuk ke dalam ISA tanpa peluang membela diri?

Barangsiapa yang menjunjung undang-undang penjajah yang zalim ini maka dengan sesungguhnya mereka telah memijak agama. Dan mereka akan berhadapan dan menjawab di hadapan Allah di padang Mahsyar kelak.

Walau apapun alasannya, penggunaan akta drakonian ke atas individu yang merupakan civilian and the member of society langsung tak boleh diterima dek akal yang waras.

3 comments:

Cikli said...

Salam Mie...

kawe sokong demo.

kawe pon ada tulis pasal "siapa kato I.S.A. zalim?"

http://garamsicho.blogspot.com/2008/09/siapa-kata-isa-zalim.html

selamat Nuzul Quran.

mr justice said...

assalamualaikum wrt wbt.

salam aidilfitri...ada masa datanglah ke rumah kawe raya ni...

pokmudo said...

Semasa berkhidmat di Mahkamah Tinggi K.L 1992, seorang Tim. Pendaf ada memberitahu, konsep dalam menegakkan keadilan baginya, "lebih baik membebas 10 orang yang bersalah daripada menghukum 1 orang yang tidak bersalah"