TAHNIAH kepada Hakim Komathy kerana berani mengulangi ekberaniannya mempertahankan prosedur kehakiman dan keadilan mahkamah Malaysia..nampak gayanya puan komathy kita payahlah sikit nak naik pangkat jd hakim penuh mahkamah tinggi pas ni...silap2 kena tukar ke mahkamah sesyen gua musang!!!
Hari ni kita nak bincang ttg isu DNA yang bakal jadi topik perdebatan diantara peguambela dan pihak pendakwaan kerana DNA yang akan dijadikan senjata oleh pihak pendakwaan bagi mensabitkan anwar bersalah
Oleh kerana Projek Liwat siri 2 ini , majoriti rakyat Malaysia yakin dan percaya , ia adalah satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional , melalui Runding Terus dengan kontraktor yang dilantik , iaitu UMNO cuma pelakon, heroin dan pengarah ajer yang bertukar. Jadi tajuk di atas , rasanya sesuai jika yang kita nak perangkap dan lawan ialah UMNO bukannya pihak Polis. Jadi , kalau boleh perangkap , kita perlu perangkap UMNO , maknanya ahli – ahli politik tertentunya. Siapa dia ?
Bagi UMNO, mereka tidak perlu kepada perancangan yang teliti dalam mana – mana tindakan dan urusan yang dibuat. Mereka tidak pernah pun membuat sesuatu , dengan betul – betul merancang , betul – betul meneliti dan betul – betul yakin , baru dilaksana, buat asal jadi saja. Lain belakang kira lah kerana mereka masih rasa mereka boleh ubah skrip dan lakonan bila-bila masa kerana bagi mereka hakim, polis, pendakwa dan pihak berkenaan masih boleh diatur peranan masing-masing ikut selera. Kalu nak tengok permainan mereka tengoklah perbicaraan kes altantuya...berterabur habis...semua pening dan sakit kepala dengan percanggahan fakta dan bukti yang mereka tur dari awal...yang kesiannya pihak hakim dan pendakwalah...kena cover line agar nampak real.
Apa yang penting , perkara atau perancangan itu berjalan. Soal orang ramai dan rakyat hendak mempertikai , mengutuk , mengkritik , tidak langsung diambil kira
Kalau begitu pendekatan UMNO , perkara yang sama juga berlaku dalam pengurusan BN dalam kerajaan. Buktinya sangat jelas dan nyata , terlalu banyak projek – projek mega , rakyat kutuk dan kritik sampai hilang suara , dan adakah kerajaan dengar ? laa ni ajer diaorang dengar sebab kapal dah nak karam...dan dah ada ura-ura yang nak seberang!!!
Begitu juga bukan sedikit projek – projek yang dibuat , tidak dirancang dengan teliti, maka hasilnya projek terbengkalai di merata tempat , projek yang ditutup terlalu banyak , puluhan dan ratusan juta ringgit dibazirkan begitu saja.
Kenapa jadi begitu ?
Keterlaluan campurtangan politik , dalam hal ini oleh UMNO dalam hampir seluruh projek pembangunan di seluruh Negara, menyebabkan semua ini terjadi. Malang negaraku Malaysia.
KITA BERBALIK KEPADA PERSOLANA ISU DNA TAJUK HARI INI
Berbalik kepada soal ujian DNA , bagaimana dengan isu liwat 2 ini , DSAI , PKR , Pakatan Rakyat dan kita semua boleh boleh memerangkap UMNO dan kerajaan BN Kalau kira rancang dari awallah?
Ianya sangat mudah , senang saja , tapi syaratnya mereka yang bekerja dan rapat dengan DSAI , iaitu Bahagian Perang Saraf dan Perisikan serta Team Teknikal dan Saintis [ ada ke tidak ni ???????????????? ] , perlu meneliti , mengkaji dan brainstorm betul – betul idea ini.
Ringkas , padat , strategis dan berkesan. Lepas tu apply. Kalau belum ada Pasukan Saintis & Teknkal , yang terdiri dari Saintis – Doktor , Biochemist , Hematologist , Technician Lab , wujudkan segera. Pastikan mereka ini di’SCAN’kan betul – betul lah. Jangan ada yang terlepas pulak nanti. Kes nyanya ni !!!!!!!!!!!!
Sikap cuai dan kelemahan dalam aspek perancangan strategik kerajaan UMNO/BN sepatutnya diambil kesempatan secara maksimum , bagi memerangkap dan mengaggalkan semua pelan – pelan tindakan mereka.
Ulasan lanjut seperti berikut ;-
1. Laporan Profail DNA , Jabatan KImia Malaysia
Tahun 1998 , sample darah DSAI , telah diambil [ secara paksa ] dan dianalisa di Jabatan Kimia , Seksyen 17 , Petaling Jaya , Selangor
Rekod asal Profile DNA , masih disimpan dengan selamat dalam sistem komputernya. Kecualilah ianya dipadamkan , macam rekod kemasukan Allahyarham altantuya, (sebab ada saksi terlepas cakap kata dah kahwin dengan orang tententu warga Malaysia ], yang DIHILANGKAN dari rekod Jabatan Imigresen. tapi sebab nak cover rekod altantuya yang terpaksa dipadam dan tambahan nak create rekod baru keluar masuk saiful untuk tally dengan jadul aktiviti anwar...maka ketua pengarah imigresyen terpaksa dikambing hitamkanlah...kira macam drama hindilah ni..kes bpr tu sebab kecik jer coz dah berzaman mereka ambik duit drpd mat bangla ni...nak justify tangkapan ajer tu...
Kuasa Allah SWT Yang Maha Agung struktur DNA ini tidak diubah , tidak akan berubah dan tidak boleh diubah oleh manusia...takat ni lah....cuma rekodnya aja yang manusia boleh ubah...
Tetapi , sekiranya diubah , ia akan menyebabkan satu lagi bencana kepada kerajaan UMNO/BN , kerana memperalatakan satu lagi agensi kerajaan bagi kepentingan politik kerajaan UMNO/BN. Takat ni semua Kementerian dah diperalat UMNO...kementerian kesihatan ajer yang tinggal...tapi surat akuan bersumpah Dr. Muhamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, masih dapat menyelamatkan integriti dan maruah doktor-doktor perubatan malaysia.
Percayalah ia tidak diubah di peringkat ini. TINDAKAN 1 :
Peguam – peguam DSAI , mesti membuat permohonan rasmi bagi mendapatkan salinan PROFILE DNA , tahun 1998 ini , dengan segera. sekarang kes sedang diperingkat permohonan pihak pendakwa untuk membawa kes liwat 2 ini ke mahkamah tinggi kerana hakim komathy dah nampak sangat tak mau ikut skrip umno...kalau pihak pendakwa berjaya bawa kes ini ke mahkamah tinggi...prosedur yang sama seperti tahun 1998 akan berjalan..so, jangan bagi pisang berbuah dua kali,,..kita kena bertindak awal-awal lagi
Sebagai pesakit atau pelanggan , kita berhak untuk mendapatkan data – data peribadi PROFILE DNA tersebut.
Sekiranya ditolak [ dengan arahan pihak – pihak tertentu ] ini sudah tentu akan memberikan ‘POLITICAL MILLEAGE’ yang lebih hebat kepada DSAI. Lagi sedap kita goreng dia orang lah. Kali ni kita goreng betul – betul , kasi hangus lah betul - betul.
2. Laporan Profail DNA , Hospital Kuala Lumpur
Doktor yang membuat pemeriksaan perubatan bagi tahun 1998 , juga bertanggungjawab bagi ‘VALIDATE’ , atau membuat tafsiran ‘INTERPRATE’ atau ‘INTERPRETATION’ atau membaca data - data PROFILE DNA , iaitu menentukan susunan protein asas, asid – asid amino dalam slaid makmal.
Skrip asal PROFILE DNA , iaitu jujukan asal asid – asid amino tidak boleh diubah, ia kekal seperti yang asal. Jangan bimbang , sistem yang digunakan dalam analisa ini sangat canggih , fully automatic. macam yang kita tengok dalam cerita CSI dan Bone tuuulah..
Apa yang diubah dan boleh diubah atau dimanipulate ialah LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN, di sini pihak ‘Pegawai Perubatan’ yang telah dipaksa dan ditekan dan diperalatkan , akan membuat dan menyediakan penulisan , pelaporan dan pengdiagnosan yang PALSU. Yang ini boleh dibuat dan yang ini mungkin telah berlaku.
Contoh , katakan bacaan yang asal nya ialah A, maka dalam laporan tersebut ditulis B.
Maka ,dengan jelas hasilnya sudah berubah. Faham ? Tak Taham ? Kalau tak faham tak apa , yang penting Team DSAI kena faham . Tuan – tuan dan puan – puan sebagai orang awam mungkin boleh jadi tak faham , bukan bidangnya , tak mengapa lah.
3. Laporan Profail DNA , Polis , 1998
Pada tahun 1998 juga , pihak polis iaitu Pegawai Penyiasat juga menerima satu salinan laporan pemeriksaan perubatan.
Di dalamnya juga terkandung satu salinan Laporan PROFILE DNA , sekiranya berkaitan. Siapa Pegawai Penyiasat Polis tahun 1998 ? Tan Sri Musa Hassan kan !!!!!!!!!. Tapi , masa tu dia dah dapat gelaran Tan Sri atau belum ?
Salinan laporan PROFILE DNA ini , juga adalah tulin , kecuali ada arahan supaya diubah Slaid makmal yang asal , dalam simpanan Jabatan Kimia , adalah tulin dan tidak boleh diubah .
Apa yang diubah , boleh diubah [ seperti laporan akaun bersumpah oleh DSAI ke atas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ] ialah LAPORAN nya, iaitu penulisan dan pelaporan nya.
Ini boleh dibuat dengan kerjasama pihak – pihak tertentu di Jabatan Kimia dan juga pegawai Perubatan, sekiranya dikehendakilah ATAU sekiranya diarahkan [ oleh ahli – ahli politik yang berkepentingan , atau atas kehendak sendiri atau mana – mana pihak ]
4. Laporan Profail DNA , Makmal Patologi Forensik
Tempatan
DSAI, sekiranya belum lagi diambil sample darah dan dilakukan ujian DNA dan belum ada Laporan PROFILE DNA , elok dan sangat – sangat dicadangkan supaya dilakukan SEGERA, URGENT , ASAP.
Pilihlah mana – mana Makmal Patologi tempatan , di Lembah Kelang pun banyak.
Apa yang perlu dibuat , mengikut keadaan dan keperluan [ banyak bergantung kepada UGUTAN , TEKANAN dan PAKSAAN , yang akan dikenakan oleh Pengarah JSJ , atas arahan ahli – ahli politik tertentu , nanti ] , membuat AKUAN BERSUMPAH ke atas LAPORAN PERUBATAN – PROFILE DNA ini.
Ini boleh dikemukakan di Mahkamah , sekiranya kes liwat 2 ini dibawa sehingga ke peringkat sabitan pertuduhan, nanti. Jangan tunggu , lakukan segera . Ini adalah Pelan Kecemasan. Jangan tunggu lama – lama !!!!!!!!!! .
Terkilan sikit , kita dari Pakatan Rakyat ni , dalam banyak hal kurang persediaan dalam banyak hal , ada orang kata DAH TERANTUK BARU TERGADAH.
Tak perlu tunggu dah berlaku , baru lah kita terheggeh - heggeh nak buat itu , nak buat ini, masa tu sudah lewat dan sangat lewat serta terlewat.
Kerajaan UMNO/BN , walau dalam keadaan macam mana sekali pun mesti dan tidak ada pilihan lain , kes ini mesti diteruskan. Ini adalah antara hidup dan mati. DSAI , dalam keadaan macam mana MESTI didapati bersalah.
5. Laporan Profail DNA , Makmal Patologi Forensik Luar Negeri
Perkara yang sama seperti NOMBOR 4 di atas. Lakukan perkara yang sama. Cuma hantar dan dapatkan khidmat ujian DNA di Makmal Patologi dari luar Negara.
Pilih mana – mana Negara sekali pun.
Team DSAI , dan Team Saintis DSAI , boleh membuat searching mana – mana laboratory yang ternama di luar negara , seperti Gribbles Lab di Australia dan lain – lain.
Ini cuma untuk menguatkan lagi hujah di Mahkamah.
6. Laporan Profail DNA , Polis, 2008
Ini yang akan menjadi masalah yang agak rumit.
Tetapi , syarat – syarat ketat seperti yang diberikan oleh DSAI , harus dan mesti dilaksanakan dan dipertahankan.
Ini termasuklah , pengambilan sampel darah diawasi oleh Pakar – pakar Patologi Forensik [ .........MAAF , DSAI TIDAK SEBUT PERKATAAN PATOLOGI DALAM KENYATAAN – KENYATAAN AKHBAR SEBELUM INI. Sebenarnya , kalau ditinggalkan perkataan PATOLOGI , ianya tidak lengkap dan tidak tepat TERMINOLOGYnya , boleh tanya Datuk Seri Datin Seri Dr. Wan Azizah , dia tu kan seorang Pegawai Perubatan] dari dalam dan luar negeri , yang dipilih oleh Team DSAI.
[ Maaf, Forensik ni banyak , ada Chemical , ada Plant Forensik , di JKR pun dia ada Makmal Forensik untuk study pasal batu – batu lah, yang berkaitan ialah PATOLOGI ]
Begitu juga analisa makmal nanti dibuat di lab yang terpilih dan dipilih. Sudah semestinya juga Laporan PROFILE DNA disediakan oleh Pakar Patologi Forensik yang terpilih dan dipilih
AMARAN
Jangan benarkan sama sekali kerajaan UMNO/BN campurtangan dan menentukannya dalam urusan ini.
RUMUSAN
- Apa yang perlu dibuat ialah , kesemua kelima – lima LAPORAN PROFILE DNA di atas tadi , hendaklah dikemukakan ke mahkamah untuk tujuan perbandingan
- Maka , dengan itu kita akan dapat melihat dengan jelas , Laporan PROFILE DNA yang mana diubah , dimanipulasi dan dipalsukan ?
Ikut mana – mana pun , ahli – ahli politik tertentu daripada kerajaan UMNO/BN akan terperangkap juga akhirnya. InsyaAllah.
Kata – kata orang tua kita , sepandai – pandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah juga.
Tapi , ingat , harus kita berjaga – jaga , sebelum tupai tu jatuh ke tanah , kena make sure beruk KJ tidak terkam dulu.
Bukan apa , walaupun beruk tak makan tupai , takut – takut kerana dia tengah lapar ni , semua dia bedal.
Dari Allah kita datang , kepadanya kita berserah dan kepadanya juga kita dikembalikan. Ya Allah !!!! Permudahkan semua urusan kami.Amin !!!!!!!!!
Wallah’hualam , w’salam wbt.