Kaduk naik junjung..itulah ayat paling sesuai untuk rosmah mansor.
Mungkin tiada sebuah negara pun di dunia, isteri pm berlagak macam pm.
Rakyat dah naik muak dengan gelagatnya.
Terbaru rosmah lancar kapal TLDM dan hanya di perhatikan oleh menteri pertahanan, zahid hamidi, mahathir dan siti hasmah. Negara ni sudah jadi cacamarba angkara suami isteri ni.
Terbaru rosmah lancar kapal TLDM dan hanya di perhatikan oleh menteri pertahanan, zahid hamidi, mahathir dan siti hasmah. Negara ni sudah jadi cacamarba angkara suami isteri ni.
BANTING 14 Dis - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini telah menamakan seterusnya melancarkan Kapal Latihan Gagah Samudera di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang.Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera dimana 'samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.
Kapal Latihan Gagah Samudera ini mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang dengan berat metrik 1366 tan metrik serta mampu menempatkan seramai 47 orang krew dan 60 pelatih pada setiap kali pelayaran. Turut hadir pada majlis penamaan & pelancaran kapal latihan tersebut ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Pengerusi Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd, Datuk Zulkifli Shariff.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar dalam ucapannya berkata, Gagah Samudera merupakan kapal pertama daripada dua buah kapal yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia melalui kontrak perolehan dengan NGV Tech. "Selain itu, kapal latihan ini juga telah menggunakan kepakaran & kemahiran anak-anak tempatan dengan kerjasama daripada syarikat Daewoo Shippbuilding dan Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan.
"Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan kebolehan tinggi syarikat NGV Tech di Sijangkang ini, sekaligus mencerminkan perkembangan industri pembuatan kapal negara semakin kukuh bertapak," katanya lagi.Selain itu, kapal latihan yang kedua akan dinamakan dan dilancarkan pada hujung bulan Januari tahun hadapan. ~klpos
No comments:
Post a Comment