Jika dihitung, masa sudah tidak banyak berada di pihak presiden Umno,
Najib Altantuya untuk memulihkan kembali semangat ahli parti itu
menjelang pilihanraya umum akan datang.Kempen dan roadshow yang biasanya
disalahgunakan perdana menteri beberapa bulan sebelum pilihanraya umum
bagi menunjukkan keprihatinannya kini umpama 'senjata makan tuan'
apabila kakitangan kerajaan dan agensi di bawahnya dikerah hadir
semata-mata mahu menunjukkan ramai yang masih memberi sokongan walau ia
dusta belaka.
Tidak lama selepas pulang dari Pulau Pinang dengan nota memalukan, satu demi satu imejnya dan suaminya, Rosmah Mansor dicalarkan dengan siri pendedahan Deepak Jaikishan, Musa Hassan dan skandal yang membabitkan ketua menteri Sabah, Musa Aman.
Musuh Najib Altantuya semakin lama semakin ramai menyebabkan timbul persoalan bagaimana Umno mahu mengepalai Barisan Nasional (BN) menghadapi Pakatan Rakyat yang terus mendapat sokongan rakyat walau sedikit terjejas dek kerana mainan politik jahat MCA di Kelantan.
Dijangka, Najib Altantuya akan keseorangan menghadapi semua ini tanpa bantuan ketiga-tiga orang Naib Presiden Umno yang digelarnya 'ekor' (merujuk kepada bilangan haiwan) dalam perhimpunan agung parti reput itu akhir bulan lalu.
Kini, masa sudah semakin suntuk buat Najib Altantuya membaiki kerosakan yang dilakukannya sendiri berikutan pengakuan Deepak bahawa mereka berdua pening kepala bagaimana mahu menyelesaikan tuntutan bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada malam akuan bersumpah pertama terbongkar di Sri Satria, kediaman rasmi timbalan perdana menteri ketika itu.
Rosmah yang bertindak selaku 'pengarah' meminta isterinya Najib Altantuya menghubungi adiknya, Nazim Razak bagi menyelesaikan tuntutan Bala sebanyak RM5 juta dan menghilangkan diri bersama keluarga ke India tidak lama selepas itu.
Tambah memeritkan lagi, tindakan Muhyiddin Yassin yang terus 'buat bodoh' biarpun sudah diminta membantu Najib Altantuya sudah cukup memberi isyarat bahawa kepimpinannya sudah tidak lagi diperlukan Umno yang sudah dianggap 'bernafas dalam lumpur' menghitung hari dihukum rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat.
Kini, yang menjadi pertentangan bukan lagi Mahathir dan Najib Altantuya tetapi Mahathir dan Rosmah yang dianggapnya 'lebih sudu dari kuah' menguasai segenap pelusuk hal ehwal pentadbiran negara, pun akibat kelemahan Najib Altantuya sendiri yang cukup takut dengan suaminya hingga boleh merosakkan negara dalam jangka masa panjang.
Harapnya ahli Umno boleh menerima hakikat bahawa perjuangan mereka sudah tidak lagi relevan dengan kehendak semasa yang mahukan kerajaan yang bebas rasuah, boleh memberi peluang pekerjaaan yang lebih baik selain mampu mengurangkan beban hidup mereka terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu yang indeks harga barangan meningkat hingga lebih 7.5 peratus sekarang.
Umno mesti bertanggungjawab di atas kerosakan yang dialami negara dan cara penyelesaiannya bukan setakat menurunkan Najib Altantuya dan Rosmah tetapi menumbangkan Umno dan BN dalam pilihanraya umum yang cuma tinggal empat bulan dari sekarang. ~jalanpulang

No comments:
Post a Comment