
1. Tahukah anda bahawa selain bangsa Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. 
Tahukah anda bahawa setiap bangsa  yahudi yang ada di setiap negara di 
seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik. Sementara 
warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad 
yang lalu terus diusir ke luar Palestin.
3. 
Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel 
harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan
 antara bangsa Yahudi dan bukan Yahudi.
4. 
Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan 
dataran tinggi Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa 
khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan 
bukan merupakan bahagian dari Israel
5. 
Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 
bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk 
Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel 
memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron,
 sementara 15% sisanya diagihkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di 
daerah itu
6. Tahukah anda bahawa Amerika memperuntukkan 5 juta US dari penghasilan cukainya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel
7. 
Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada 
Israel berjumlah 1.8 juta US $ setiap tahun dan tahukah anda bahawa 
jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara 
di benua Afrika.
8. 
Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan 
berjumlah 4 juta US $ dari Amerika iaitu pesawat pejuang F 16, Apache 
dan Blackhawk dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi 
Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel 
untuk menjamin kewujudannya.
9. 
Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang 
pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. 
Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon 
dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. 
Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah 
yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear dan 
menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian 
nuklearnya.
11. Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Yahudi sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear.
12. 
Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Pertahanan mengakui
 secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan 
perang Palestin tanpa proses pengadilan.
13. 
Tahukah anda bahawa Israel mengebom tempat kediaman Diplomat Amerika dan
 menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada 
tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan 
mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan 
tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera 
Israel salah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara
 Islam.
14. 
Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak 
mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel 
mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 
resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika.
15. 
Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik wujud 
terhadap identiti bangsa Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu.
16. 
Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana 
Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan Shabra dan 
Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 
1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua.
17. 
Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel 
menyuruh buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk 
duduk berbaris di atas tanah, setelah itu dia menembak mereka dari jarak
 setengah meter. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan 
tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari 
pemerintah Israel.
18. 
Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di 
Israel hanya boleh menampalkan keterangan tawaran kerja dengan 
perkataan: "tawaran kerja hanya untuk bangsa Yahudi", "dicari seorang 
pekerja dengan syarat bangsa Yahudi"
19. 
Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media
 Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika
 dan Eropah.
20. 
Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi
 gabungan utama dalam kabinetnya. Padahal parti itu berideaologi radikal
 dengan pandangan utama membesihkan Israel dari bkan bangsa Yahudi dan 
pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel.
21. 
Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion 
sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari 
Israel.
22. 
Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga 
pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tindakan
 tentera Israel untuk menghapuskan semua warga Palestin? bahkan dia 
mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya dalam wawancaranya di sebuah 
rangkaian radio terbesar di Israel:
"Tuhan 
akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan 
keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan 
membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu dilarang semua 
bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab dan 
wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya 
ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghapusnya, kerana 
mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk "......
23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi.
25. 
Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan 
keputusan larangan penyeksaan dalam proses penyiasatan, tetapi Shinbet 
(Badan Intelejen Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin 
dalam proses siasatan mereka.
26. 
Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pendidikan 
dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi 
penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang 
penduduknya bergelar doktor. Hal ini apabila dilihat dari jumlah 
peratusan penduduknya.
27. 
Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin 
oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang diterbitkan pada 
tarikh 10 Disember 1948. Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu 
sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana dihalang dengan 
 perjanjian OSLO.
28. 
Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan 
negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang 
tahun 1967. Padahal faktanya yang sebenar ialah pengganas Israel yang 
menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut 
kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa 
serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.
29. 
Tahukah anda bahawa Yahudi sebagai sebuah bangsa penjajah sama sekali 
tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan 
keselamatan warga awam Palestin.
30. 
Tahukah anda bahawa arahan dari Perdana Menteri Israel Ariel Sharon 
sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel. Salah satu contohnya 
adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan 
senjata dan dilarang menembak tetapi tentera Israel terus menyerang, 
menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. 
Insiden paling kejam andalah pembunuhan tiga wanita Palestin padahal 
mereka sedang berada di dalam khemah pelarian.
31. 
Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk 
menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang 
lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan 
sendirinya.
32. 
Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan 
bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika
 Selatan sebelum dia memimpin.
No comments:
Post a Comment