Saturday, December 15, 2012

LAWAK KATAK!!:-Presiden Perkasa Kata Umno Dan PAS Khianat Padanya?


Hahaha...

Biar betul apa yang ahli parlimen Pasir Mas ni kata?

Aku yang silap atau dia yang tak betul?

Sungguh, Ibrahim Ali kata dia kena main dengan Umno dan dengan PAS.

Pasal apa pulak dia kata PAS main dia pulak?

Bukan ke PAS dah bagi nyawa politik dengan letakkan dia bertanding atas tiket parti Islam sampai menang dan lepas tu keluar jadi katak?

Kat Umno pulak, dia kata dia jadi mangsa kena pecat dari jawatan ketua bahagian.

Ye laa, dah bertanding atas tiket parti lawan, mesti laa Umno buang dia ye tak?

Takkan simpan dia lagi buat hape, ngabihkan boreh je!

Lepas tu dia kata PAS yang jumpa dia suruh dia bertanding pakai lambang PAS, bukan dia yang menyembah PAS merayu mintak bertanding.

Setakat pemahaman saya, Ibrahim yang datang jumpa Tuan Guru Nik Aziz mintak bertanding dan Tuan Guru kata tak apa, kita bagi peluang.

Tup-tup, dia boleh spin kunun PAS yang terdesak nak letakkan dia kat Pasir Mas pada pilihanraya umum 2008.

Jadi, bila masa pulak PAS khianat Ibrahim Ali?

Ibrahim yang tipu penduduk Pasir Mas hinggakan pengaruh PAS sedikit tercalar bila Ibrahim keluar dan buat Perkasa bila dapat jadi ahli parlimen.

Masihkah anda mahu percaya kat katak lompat tersohor ni?

Kah kah kah...

JALAN PULANG

Ibrahim Ali menuduh kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu Umno dan PAS telah mengkhianati beliau  kerana cemburu dengan kehebatannya.
Berikutan itu, Presiden Perkasa itu akan tetap  mempertahankan kerusi parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Beliau menang atas tiket PAS tetapi kemudian meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas.
Ibrahim mengatakan Umno mengkhianatinya  kerana memecat beliau dari jawatan ketua bahagian
Dakwanya, Umno memecat beliau ekoran berlaku persempadanan semula kawasan parlimen.
“Umno telah melukakan hati saya…dia pecat saya tanpa sebab.
“MT (majlis tertinggi) dalam mesyuarat mengatakan tidak ada ketua bahagian yang dipecat tetapi saya seorang dipecat,“ kata Ibrahim selepas perhimnpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa hari ini.
Mengenai PAS, Ibrahim berkata, menjelang pilihanraya umum 2008 pemimpin parti itu datang berjumpanya kerana mahu bekerjasama.
PAS, kata Ibrahim mahu bekerjasama dengannya kerana beliau ramai penyokong terutama di Kelantan.

Katanya, jasa beliau kepada PAS lebih banyak dari yang diberikan parti itu.

“PAS hanya memenangkan saya seorang tetapi penyokong saya memberi kemenangan yang banyak kepada PAS.

“Orang PAS tidak senang hati dengan saya kerana saya bersikap terbuka dan berani menegur.

“Saya jadi mangsa cemburu…apa yang saya buat hebat,” kata beliau lagi.

No comments: