Saturday, April 18, 2009

UMNO BN Sudah Siapkan Bendera Putih Untuk Penanti



Laporan terkini menunjukkan UMNO BN sudah punbersedia untuk mengangkat bendera putih apabila dilaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah berkata, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.

Pengerusi BN itu berkata, BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.

Menurutnya lagi, banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan.

Ini termasuklah bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Sejak pilihan raya umum Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil termasuk penggunaan wang lebih RM30 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk mengendali dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil.

Walauapa pun alasan yang dikemukakan ia merupakan satu perkembangan positif kerana ini menunjukkan UMNO BN menyedari mengenai keberangkalian untuk mereka memenangi pilihanraya kecil berkenaan adalah tipis dan justeru sememangnya lngkah untuk UMNO BN menyertainya adalah satu pembaziran wang dan masa.

UMNO BN sekalipun mengelak dengan mengemukakan alasan yang lain namun yang nyata itulah faktor yang sebenarnya bahawa tidak mungkin untuk UMNO BN memenangi pilihanraya kecil Penanti dan jika masih terus ingin menyertainya maka UMNO BN perlu bersedia menghadapi risiko untuk diaibkan lagi dan lagi.

Tahniah Najib jika anda memilih untuk bersikap anak jantan yang bersedia untuk mengakui kelemahan diri dan parti anda.

No comments: