Monday, December 3, 2012
Saturday, December 1, 2012
Pantun seloka PAU 2012
Anak muda disaji pelbagai tawaran,
Turunkan harga kereta, lesen motor nak dikurang,
Kalau tak kerana PR mula langkah kanan,
Agak-agaknya Khairy sibuk nak bagi peluang?
Kalau tak kerana PR mula langkah kanan,
Agak-agaknya Khairy sibuk nak bagi peluang?
Ke Timur Tengah Pemuda UMNO bakal berjalan,
Mencari Ulama' muda tambah keahlian,
Sekarang zaman Islam, assabiyyah ditinggalkan,
Gunalah ilmu bezakan kaca dari intan.
Mencari Ulama' muda tambah keahlian,
Sekarang zaman Islam, assabiyyah ditinggalkan,
Gunalah ilmu bezakan kaca dari intan.
Ulama muda UMNO dah keluar pandangan,
Perang Palestin bukan Jihad perjuangan,
Hah! Tu wakil Hamas kan ada dalam dewan,
Kalau berani pergilah cakap depan-depan!
Tiada lembu tiada juga kandang,
Duit NFC lesap hasil negara berkurang,
Perang Palestin bukan Jihad perjuangan,
Hah! Tu wakil Hamas kan ada dalam dewan,
Kalau berani pergilah cakap depan-depan!
Tiada lembu tiada juga kandang,
Duit NFC lesap hasil negara berkurang,
Bicara Ketua Wanita menakutkan orang,
BN kalah, 13 Mei berulang?
Tak payahlah Kak Ijat takutkan orang,
Rakyat nak tukar cara aman,
Tak nak gaduh, tak nak perang,
Cuma lembu tumbang tanda kesyukuran.
Rakyat nak tukar cara aman,
Tak nak gaduh, tak nak perang,
Cuma lembu tumbang tanda kesyukuran.
RM40 juta ke kantung Musa Aman,
Kononnya untuk UMNO dibuat sumbangan,
Jangan hanya ampu wahai perwakilan,
Bangkitlah soal tuntut penjelasan!
Kononnya untuk UMNO dibuat sumbangan,
Jangan hanya ampu wahai perwakilan,
Bangkitlah soal tuntut penjelasan!
RM40 juta bukannya sikit wahai cik abang,
Duit marhaen tu bukannya hak korang,
Rakyat dah bising, dah mula bosan, "Ini kalilah!" Sabah kita tukar kerajaan.
Duit marhaen tu bukannya hak korang,
Rakyat dah bising, dah mula bosan, "Ini kalilah!" Sabah kita tukar kerajaan.
GTP, ETP transformasi ekonomi,
Dulu sedikit kini hutang dah tinggi,
"Menteri Kewangan terbaik!" PM bangga diri,
Ibarat masuk bakul, angkat sendiri.
Dulu sedikit kini hutang dah tinggi,
"Menteri Kewangan terbaik!" PM bangga diri,
Ibarat masuk bakul, angkat sendiri.
Deepak mengeluh Rosmah lupakan kawan,
Tugas polis dikacau orang kementerian,
Najib,Hishammudin jadilah "gentleman",
Letak jawatan jawablah tuduhan.
Tugas polis dikacau orang kementerian,
Najib,Hishammudin jadilah "gentleman",
Letak jawatan jawablah tuduhan.
Najib, Hishammudin tak duduk senang,
Deepak, Musa Hassan, loyar Perancis semua dah bagi amaran,
Khairy, Muhyiddin nampak girang, Baling batu, sorok tangan
Khairy, Muhyiddin nampak girang, Baling batu, sorok tangan
Kapal selam timbul tenggelam,
Kah Mah pula joget Hindustan,
Masa depan UMNO nampak kelam,
Kah Mah pula joget Hindustan,
Masa depan UMNO nampak kelam,
PAS ganti UMNO,kita corak masa depan.
Nukilan Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
SD dakwa Najib amal agama Hindu?
Setelah kita menerbitkan semula Akuan Bersumpah (SD) PI Balasubramaniam (asal/pertama) yang mengaitkan Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan beberapa anggota keselamatan pengiring Najib, terdapat satu lagi SD yang diikrarkan oleh Thagarajah a/l Thangavelu yang dibuat pada 22 Ogos 2008.
Di dalam Akuan Bersumpah berkenaan,
Thagarajah mendakwa Najib mengamalkan ajaran agama Hindu. Perkara ini
pernah ditulis oleh blogger Raja Petra Kamarudin "Najib: Muslim by birth, Hindu by practice".
Berikut disiarkan semula Akuan Bersumpah berkenaan untuk makluman kita bersama.
Terjemahan surat Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thangavelu (Kredit terjemahan: Mat Saman Kati)
Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-
Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-
- Saya bekerja sebagai pemandu.
- Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.
-
Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini. - Melalui Datuk Kenneth Eswaran (gambar), Mr. Ji telah diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya telah beberapa kali membawa Mr. Ji ke rumah Datuk Seri Najib.
- Datuk Kenneth Eswaran mengiringi Mr. Ji. Mr. Ji selalunya membawa bersama beberapa peralatan sembahyang mengikut ugama Hindu untuk melakukan upacara di rumah Datuk Seri Najib. Upacara ini dilakukan setiap bulan semasa ‘Ammavasi’, yang mana merupakan masa di mana bulan tidak kelihatan. Upacara ini merupakan upacara Hindu di mana melibatkan jampi mentera menggunakan peralatan sembahyang menurut agama Hindu seperti kunyit, vibuthi, kum kum, limau, kapor barus, susu lembu yang diletakkan di atas daun pisang. Api sembahyang akan dinyalakan didalam rumah dan kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk di tengah-tengah dan Mr Ji menjalankan upacara pemujaan. Kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kemudiannya dimandikan dengan susu. Selepas upacara pemujaan, sebahagian daripada bahan-bahan pemujaan dibawa keluar rumah dan ditanam untuk menghindarkan mereka dari kerja-kerja kejahatan.
- Seperti yang saya katakan, semua bahan-bahan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji, dibantu oleh saya ke rumah Datuk Seri Najib, baik diJalan Duta atau pun dikediaman rasmi di Putrajaya. Saya juga pernah membawa susu lembu dan bahan-bahan pemujaan lain didalam kawasan kediaman Datuk Seri Najib. Saya hadir disetiap upacara bilamana Mr. Ji melakukan pemujaan. Semua ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja denga Datuk Kenneth Eswaran.
- Saya percaya bahawa upacara pemujaan ini masih berterusan.
- Semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu, saya membawa Mr. Ji ke pekarangan tempat mengundi diIjok dimana Mr. Ji meletakkan bahan-bahan pemujaan ini untuk memastikan kemenangan calon MIC, K. Parthiban.
- Saya percaya perbuatan yang sama akan dilakukan untuk meletakkan bahan-bahan pemujaan adat Hindu ini dan tangkal didalam ataupun pekarangan tempat mengundi di Permatang Pauh.
- Saya juga mempunyai maklumat bahawa doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk Razak Baginda, tertuduh didalam perbicaraan Altantuya, wanita Mongolia, yang sedang berlangsung, adalah palsu kerana Datuk Kenneth Eswaran telah mengarahkan doktor untuk memalsukannya. Arahan tersebut dibuat semasa saya sedang memandu untuk Datuk Kenneth Eswaran.
- Dalam beberapa peristiwa, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Datuk Kenneth Eswaran, meminta pertolongan Mr. Ji untuk menjauhkan mereka dari perkara-perkara jahat. Didalam satu ketika, Datin Seri Rosmah memanggil Datuk Kenneth Eswaran, menyatakan kebimbangannya kerana Datuk Seri Abdullah Badawi akan mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran berjanji kepada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji untuk melakukan pemujaan untuk menghalang perkahwinan tersebut.
- Saya membuat Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa perkembangan melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali semasa saya bekerja sebagai pemandu. Peristiwa yang melibatkan kehilangan Penyiasat Bebas, P. Balasubramaniam merisaukan saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kebenaran seperti yang termaktub didalam peruntukan Akta Akuan Bersumpah, 1960.
Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033)



Terbitan semula (SD) Akuan Berkanun Balasubramaniam

Pengakuan peniaga karpet Deepak menarik balik sokongan terhadap Akuan Bersumpah kedua PI Balasubramaniam (Deepak: Bala kerana terlibat kes Bala) telah menjadikan isu pembunuhan warga Mongolia 'hidup semula'.
Oleh itu, elok rasanya kita terbitkan
semula Akuan Bersumpah (SD) pertama yang telah diikrarkan oleh PI
Balasubramaniam ini untuk mengembalikan semula ingatan kita terhadap isu
yang kembali menjadi panas ini.
Terjemahan daripada SD asal yang dibuat dalam bahasa Inggeris.
Kes Altantuya : Terjemahan Akuan Bersumpah PI Bala
Saya, Balasubramaniam a/l Perumal …. dengan sesungguhnya mengaku seperti berikut ;
1. Saya pernah berkhidmat sebagai anggota Polis dengan Polis Di Raja Malaysia, menyertai pasukan ini sebagai seorang Konstabel dalam tahun 1981. Kemudian saya dinaikkan pangkat ke Lans Koperal dan akhirnya meletakkan jawatan daripada pasukan Polis dalam tahun 1988 sewaktu bersama Special Branch.
2. Saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian sebaik saja meninggalkan pasukan Polis.
3. Antara bulan Jun atau Julai 2006, saya telah diambil bekerja selama 10 hari oleh Abdul Razak Baginda untuk mengawasi beliau di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja ekoran gangguan yang dialaminya dari pihak ketiga.
4. Saya berhenti daripada tugas tersebut selepas 2 ½ hari ekoran saya tidak menerima sebarang arahan yang sepatutnya.
5. Walaubagaimanapun saya telah diambil semula oleh Abdul Razak Baginda pada 5 Oktober 2006 ekoran gangguan panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina yang mengenalkan diri sebagai ASP Tan yang mengugutnya supaya menjelaskan hutang. Kemudian saya mengenalpasti lelaki tersebut dikenali sebagai Ang, seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shaaribu.
6. Abdul Razak Baginda risau berhubung individu bernama Altantuya Shaaribuu, wanita Mongolia di sebalik ugutan ini dan bimbang wanita ini akan sampai ke Malaysia untuk menghubunginya.
7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia bimbang bahawa Altantuya ada ‘kuasa’ yang diberikan oleh bomoh Mongolia dan menyebabkan dia akan ‘tunduk’ kepada Altantuya.
8. Bila saya bertanya berkenaan wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda beritahu saya bahawa wanita itu adalah kawannya yang telah diperkenalkan kepadanya oleh VIP dan meminta beliau membantu dari segi kewangan.
9. Saya menasihatkannya agar membuat laporan Polis berhubung ugutan yang diterima melalui panggilan telefon daripada lelaki Cina bergelar ASP Tan tetapi dia menolak untuk berbuat demikian dan memberitahu saya ianya melibatkan individu berprofil tinggi.
10.
Abdul Razak Baginda seterusnya beritahu saya bahawa Altantuya seorang
penipu besar dan bijak mempengaruhi orang. Wanita ini juga didakwanya
sebagai ‘mata duitan’ dan dia ada membiayai harta milik Altantuya di
Mongolia.11. Kemudian Abdul Razak Baginda memberi saya dengar beberapa mesej suara di dalam telefon bimbit yang meminta dia membayar apa yang sepatutnya, jika tidak dia akan dipukul dan anak perempuannya dimalukan.
12. Oleh kerana itu, saya dicadangkan untuk melindungi anak perempuannya Rowena dengan sebaik mungkin.
13. Pada 9 Oktober 2006, saya menerima panggilan telefon dari Abdul Razak Baginda kira-kira jam 9.30 pagi dan saya diberitahu bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan meminta saya ke sana segera. Oleh kerana pada waktu itu saya sedang dalam tugas pengawasan, saya menghantar Suras ke pejabat Abdul Razak Baginda dan saya akan turut serta kemudian. Suras bertindak mengawal situasi dan dia meminta secara sopan agar Altantuya dan dua orang rakannya meninggalkan premis tersebut. Bagaimanapun Altantuya meninggalkan nota yang ditulis dalam Bahasa Inggeris di atas kertas berlabel Hotel Malaya, meminta Abdul Razak Baginda menghubunginya melalui nombor telefon bimbit (nombor diberi) dan menulis sekali nombor bilik hotelnya dengan jelas.
14. Altantuya telah memperkenalkan dirinya kepada Suras sebagai ‘Aminah’ dan memaklumkan kepada Suras tujuan dia ke sana adalah untuk menemui teman lelakinya.
15. Tiga orang wanita Mongolia ini bagaimanapun telah datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya kira-kira jam 12.00 tengahari. Mereka tidak memasuki ke dalam bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras yang mereka mahu menemui teman lelaki Aminah, Abdul Razak Baginda.
16. Pada 11 Oktober 2006, Aminah sendiri datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda dan memberi kepada saya sekeping nota untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda, saya serahkan. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota tersebut kepada saya yang pada asasnya memintanya menghubungi wanita Mongolia itu dengan segera.
17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa adalah lebih baik diatur agar Altantuya ditahan jika masih terus bertindak mengganggunya, tetapi dia menolak kerana merasakan wanita itu akan pulang segera ke Mongolia sebaik saja menerima wang yang diminta.
18. Dalam masa yang sama, saya mengaturkan tugas untuk Suras di Hotel Malaya bagi mengawasi setiap pergerakan ketiga-tiga wanita Mongolia itu, tetapi mereka mengenalinya. Rupanya mereka menjadi kawan Suras selepas itu dan Suras mengakhirinya selepas meluangkan masa beberapa malam di bilik hotel mereka.
19. Bila Abdul Razak Baginda mendapat tahu yang Suras semakin rapat dengan Aminah dia meminta saya keluarkan Suras daripada Hotel Malaya.
20. Pada 14 Oktober 2006, Aminah pergi ke rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights bila saya tiada di sana. Abdul Razak Baginda menelefon telefon bimbit saya dan memaklumkan kepada saya tentang kehadiran Altantuya, saya terus bergegas kembali ke rumahnya. Bila tiba, saya dengar Aminah menjerit “Razak, haram jadah, keluar dari rumah”. Saya cuba menenangkannya tetapi gagal, jadi saya telefon Polis dan mereka sampai dengan dua buah kereta peronda. Saya menjelaskan situasi sebenar kepada anggota Polis, kemudian membawanya pergi dari situ menuju ke Balai Polis Brickfields.
21. Saya mengikut kereta peronda tersebut menuju Balai Polis Brickfields dengan sebuah teksi. Saya telefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya Dirren meminta mereka buat repot Polis tetapi mereka enggan berbuat demikian.
22. Semasa berada di Balai Polis Brickfields, penyiasat persendirian Aminah, Mr Ang tiba dan kami berbincang bersama. Saya diberitahu untuk menyampaikan permintaan kepada Abdul Razak Baginda berupa wang sebanyak USD 500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia, yaitu komisen yang belum dibayar kepada Altantuya hasil daripada perjanjian di Paris.
23. Sebaik Aminah ditenangkan pada ketika ini, seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menasihatkan saya agar pulang dan selesaikan masalah ini secara berhemah.
24. Saya memberitahu Abdul Razak Baginda tentang permintaan yang dibuat Aminah dan saya beritahunya yang saya kecewa kerana tiada yang mahu mendengar pandangan saya supaya membuat laporan Polis. Kami berbincang panjang tentang situasi itu bila saya menyuarakan hasrat untuk keluar dari tugasan ini.
25. Sepanjang perbincangan tersebut dan percubaan untuk memujuk saya agar terus bekerja untuknya, Abdul Razak Baginda menjelaskan kepada saya tentang perkara berikut ;
i) Dia telah diperkenalkan dengan Altantuya oleh Najib Razak dalam satu pameran berlian di Singapura.
ii) Najib Razak beritahu Abdul Razak Baginda yang dia ada hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya tiada masalah melakukan seks melalui dubur.
iii) Najib Razak mahukan Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu wanita itu memalukannya semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang.
iv) Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah makan malam bersama di Paris.
v) Aminah mahukan duit daripadanya justeru merasakan dia berhak ke atas komisen USD 500,000 kerana turut membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.
26. Pada 19 Oktober 2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights untuk bertugas waktu malam. Seperti biasa saya letakkan kereta di luar. Saya nampak sebuah teksi Proton Perdana kuning lalu dengan tiga penumpang wanita, seorang daripadanya ialah Aminah. Teksi itu membuat ‘pusingan U’ dan berhenti di hadapan rumah lalu penumpang wanita menurunkan cermin tingkap dan mengucapkan ‘Happy Deepavali’ kepada saya. Kemudian teksi itu terus beredar.
27. Lebih kurang 20 minit kemudian teksi tadi datang semula bersama dengan Aminah sahaja di dalam. Aminah keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya dan bercakap dengan saya. Saya hantar SMS pada Abdul Razak Baginda dan memaklumkan “Aminah ada di sini”. Saya terima SMS daripada Razak mengarahkan saya “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”.
28. Dalam perbualan saya dengan Aminah, dia beritahu saya seperti berikut ;
i) bahawa dia bertemu Razak di Singapura bersama Najib Razak.
ii) bahawa dia juga bertemu Abdul Razak Baginda dan Najib Razak sewaktu makan malam di Paris.
iii)bahawa dia dijanjikan sejumlah USD 500,000 sebagai komisen kerana membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.
iv) bahawa Abdul Razak Baginda ada membelikannya sebuah rumah di Mongolia tetapi abangnya terpaksa membiayai semula rumah tersebut dan dia sangat memerlukan wang untuk menebus balik.
v) bahawa ibunya sedang sakit dan dia perlukan wang untuk membiayai kos rawatan.
vi) bahawa Abdul Razak Baginda pernah mengahwininya di Korea sebagaimana ibunya berbangsa Korea manakala ayahnya berbangsa campuran Mongolia/Cina.
vii)bahawa jika saya tidak membenarkannya untuk bertemu Abdul Razak Baginda, adakah saya boleh aturkan untuknya berjumpa dengan Najib Razak.
29. Selepas berbual dengan Aminah lebih kurang 15 minit, sebuah Proton Aeroback merah sampai dengan seorang wanita dan dua lelaki. Saya kenal wanita itu sebagai Lans Koperal Rohaniza dan dua lelaki itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya manakala dua lagi menunggu di kereta.
30. Azilah bertanya kepada saya samada wanita itu Aminah dan saya kata “Ya”. Kemudian dia berjalan sambil membuat beberapa panggilan telefon melalui telefon bimbitnya. Selepas 10 minit sebuah kenderaan, Proton Saga berwarna biru, dipandu seorang lelaki Melayu lalu secara perlahan. Cermin pemandunya sedia terbuka dan pemandu tersebut hanya memerhatikan kami.
31. Kemudian Azilah beritahu saya bahawa dia akan membawa Aminah pergi. Saya beritahu Aminah yang mereka akan menahannya. Kemudian dua orang lagi keluar dari kereta dan bertukar tempat duduk, oleh itu Lans Koperal Rohaniza dan Aminah di belakang manakala dua lelaki di hadapan. Mereka beredar dari situ dan itulah kali terakhir saya menemui Aminah.
32. Abdul Razak Baginda tiada di rumahnya sewaktu semuanya ini berlaku.
33. Selepas 19 Oktober 2006, saya menyambung tugas untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Damansara Heights dari jam 7.00 petang hingga jam 8.00 keesokan paginya, berikutan mesej ugutan yang diterimanya dari seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Amy’ yang juga merupakan sepupu ‘Aminah’ di Mongolia.
34. Pada malam 20 Oktober 2006, kedua-dua orang rakan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda dan bertanya di mana Aminah berada. Saya beritahu mereka bahawa Aminah telah ditangkap malam semalam.
35. Beberapa malam berikutnya, dua wanita Mongolia itu, Mr. Ang dan seorang lagi wanita Mongolia yang dikenali sebagai Amy datang semula ke rumah Abdul Razak Baginda untuk mencari Altantuya yang dipercayai sedang dikurung di dalam rumah.
36. Bila kekecohan mula berlaku, lalu saya menghubungi Polis yang tiba seketika kemudian dengan kereta peronda. Sebuah lagi kereta peronda sampai kemudian bersama dengan pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi yang bertanggungjawab terhadap laporan kehilangan orang yang dibuat oleh salah seorang wanita Mongolia, saya percaya ianya Amy.
37. Saya menghubungi Abdul Razak Baginda yang sedang berada di rumah dan beritahunya tentang apa yang sedang berlaku di hadapan pintu gate rumahnya. Kemudian dia menghubungi DSP Musa Safri dan menghubungi saya semula memberitahu bahawa DSP Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya dan saya akan menyerahkan telefon bimbit itu kepada Inspektor daripada Balai Polis Dang Wangi.
38. Kemudian saya menerima panggilan telefon dari DSP Musa Safri dan terus saya serahkan telefon bimbit saya kepada Inspektor Dang Wangi itu. Selepas perbualan mereka sepanjang 3 – 4 minit dia beritahu wanita Mongolia itu supaya beredar dan datang untuk berjumpa dengannya pada hari berikutnya.
39. Pada atau kira-kira 24 Oktober 2006, Abdul Razak Baginda mengarahkan saya untuk menemaninya pergi ke Balai Polis Brickfields sebagaimana beliau dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung dengan gangguan yang diterimanya daripada wanita Mongolia ini.
40. Sebelum ini, Amy ada menghantar SMS kepada saya memaklumkan dia pergi ke Thailand untuk membuat repot ke Konsulat Mongolia berhubung kehilangan Aminah. Rupanya dia juga menghantar SMS yang sama pada Abdul Razak Baginda. Inilah sebabnya mengapa Razak beritahu saya bahawa dia dinasihatkan agar membuat laporan Polis.
41. Abdul Razak Baginda beritahu saya yang DSP Musa Safri telah memperkenalkannya dengan seorang bernama DSP Idris, ketua jabatan jenayah, Balai Polis Brickfields, dan DSP Idris merujukkan dia kepada ASP Tonny.
42. Bila Abdul Razak Baginda membuat laporan Polis di Balai Polis Brickfields, di hadapan ASP Tonny, dia diminta membuat kenyataan tetapi dia menolak seperti yang dia kata bahawa dia berada di luar negara. Dia bersetuju bagaimanapun berjanji akan menyediakan kenyataan itu dan menyerahkan ‘thumbdrive’ kepada ASP Tonny. Saya tahu ini tidak dilakukan sebagaimana ASP Tonny beritahu saya.
43. Bagaimanapun hari berikutnya ASP Tonny meminta saya pula menyediakan kenyataan dan saya lakukan.
44. Saya berhenti kerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26 Oktober 2006 yaitu pada hari yang sama dia meninggalkan negara pergi ke Hong Kong.
45. Pada pertengahan November 2006, saya menerima panggilan telefon daripada ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah meminta saya berjumpa dengannya berhubung kes Aminah. Bila saya sampai di sana serta-merta saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Acara Jenayah kerana mengugut.
46. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan atas jaminan Polis.
47. Pada penghujung November 2006, jabatan D9 IPK menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Bila sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Acara Jenayah kerana membunuh. Saya dilokap dan direman selama 7 hari.
48. Saya dibawa ke Bukit Aman dan di sana saya disoal-siasat berhubung SMS yang saya terima daripada Razak Baginda pada 19 Oktober 2006 yang bertulis “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”. Mereka rupanya mendapat mesej ini daripada telefon bimbit Abdul Razak Baginda.
49. Kemudian mereka merekodkan semua kenyataan saya dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Saya beritahu mereka semua yang saya tahu termasuklah segala apa yang Razak Baginda dan Aminah beritahu saya tentang hubungan mereka dengan Najib Razak tetapi bila saya datang untuk tandatangan kenyataan saya, semua butiran terperinci dibuang.
50. Saya memberi bukti dalam perbicaraan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwa tidak bertanya sebarang soalan kepada saya tentang hubungan Aminah dengan Najib Razak atau tentang panggilan telefon yang saya terima dari DSP Musa Safri, yang dipercayai sebagai ADC kepada Najib Razak dan/atau isterinya.
51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditahan, saya bersama dia di pejabat peguamnya pada jam 6.30 pagi. Abdul Razak Baginda memaklumkan kepada kami bahawa dia telah menghantar mesej kepada Najib pada petang sebelumnya untuk menyatakan bahawa dia tidak percaya bahawa dia akan ditahan, tetapi tidak menerima sebarang respons.
52. Ringkasnya selepas itu, kira-kira jam 7.30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Najib Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. Mesej ini dibaca seperti berikut : “Saya akan berjumpa KPN pada jam 11.00 pagi ini… segala masalah akan selesai… tenanglah”.
53. Saya difahamkan bahawa Abdul Razak Baginda telah ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.
54. Tujuan Pengakuan Bersumpah ini adalah untuk ;
i) Menyatakan kekecewaan saya terhadap mutu siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam kes yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
ii) Mendedahkan maklumat dari sumber yang kukuh menunjukkan memang wujud individu lain selain tiga tertuduh yang mesti memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
iii)Merayu kepada pihak berkuasa agar membuka semula penyiasatan mereka dalam kes ini segera dan dengan itu boleh jadi sebarang bukti baru diajukan ke mahkamah terlebih dahulu di penghujung pendakwaan kes.
iv) Berdasarkan fakta dan pengalaman saya pernah bertugas dalam Polis Di Raja Malaysia selama 17 tahun, sesungguhnya saya yakin tiada pegawai Polis yang akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan badan mereka tanpa menerima arahan khusus daripada pihak atasan mereka terlebih dahulu.
v) Menyatakan kebimbangan saya mengapa pihak pembela tidak dipanggil dalam perbicaraan pembunuhan yang dimaksudkan, tertuduh Azilah dan Sirul tidak perlu bersumpah dan bersaksi sebagaimana arahan yang diterima dan daripada siapa mereka berdua menerima arahan.
55. Dan saya membuat pengakuan ini dengan tenang dan teliti serta percaya ianya adalah benar dan dengan niat baik sebagaimana peruntukan dalam Akta 1960 Akuan Bersumpah.
Balasubramaniam a/l Perumal
1 Julai 2008
Cara Ustaz Nii..Menambah Sakit Hati Puak2 Umno..
Bravo ustaz Azhar...satu pendekatan terhadap Orang Muda Geng Kita...Biar umno dengan program maksiat mereka untuk menarik hati orang muda...Namun kita tetap dengan cara islamik,kerana hati manusia kepunyaan Allah..Hanya Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati hambanya ke arah kebenaran..Takbirr...
Pisah kuasa dari Umno seperti pisah kulit dengan daging
Berbagai isu yang dilemparkan kepada pembangkang dengan kuat tetapi isu-isu itu jugalah isu yang pembangkang lemparkan kepada BN khususnya UMNO selama ini. UMNO nampaknya tidak tenang menghadapi cabaran demokrasi. UMNO membidas pembangkang seolah-olah penawaran pimpinan gantian di Putrajaya itu seperti melakukan jenayah, sedangkan negara ini memberikan peluang kepada mana-mana parti untuk menjadi kerajaan.Itu sebab diadakan pilihanraya setiap lima tahun sekali.
Seperti biasa UMNO menekankan yang UMNO adalah parti yang berpengalaman. Kerajaan tidak perlu ditukar kerana UMNO telah membangunkan negara ini dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara yang berpendapatan sederhana dan bakal menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti. Bagi UMNO apabila negara itu maju maka rakyat tidak payah menukar kerajaan lagi kerana kononnya rakyat akan menghadapi risiko yang tinggi jika kerajaan gantian itu tidak mampu melakukan apa yang BN telah lakukan.
Tetapi dalam pada itu Najib menjadikan Amerika Syarikat sebagai contoh tetapi hanya mengambil kemenangan Obama yang kekal menjadi Presiden buat penggal kedua itu sahaja. Najib patut mengambil iktibar dan rakyat mesti memahami yang politik ini adalah berdasarkan kepada keadaan sekarang dan masa depan rakyat dan negara. Rakyat AS telah menukar kerajaan puluhan kali walaupun negara itu adalah negara maju. Jika inilah alasan Najib untuk rakyat negara ini tidak boleh menukar kerajaan dan elok di batalkan sahaja pendaftaran parti-parti yang lain dari BN di negara ini.
Dalam pada itu kita telah nampak sikap ahli-ahli Parlimen BN pada hari ini kerana tidak hadir dalam persidangan hari ini kerana menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO. Mereka (ahli-ahli Parlimen BN) tidak bertanggungjawab kerana perhimpunan agung UMNO itu sepatutnya dihadiri oleh mereka yang menjadi perwakilan sahaja sedangkan ramai dari MP-MP BN itu bukan pun ahli-ahli UMNO atau perwakilan ke perhimpunan itu.
Berbalik kepada Perhimpunan Agung UMNO yang kita jelas terlihat ialah perasaan gusar dan takut jika rakyat mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang. Apa yang Najib gagal memahami ialah orang Melayu sekarang mahukan perpaduan Melayu dan kali ini berpadu di luar UMNO. Tetapi apa yang Najib mahukan orang Melayu ini tunduk dan menjadi bangsa yang ‘subservient’ kepada parti. Sepatutnya parti-parti politiklah yang patut ‘subservient’ kepada rakyat dan ahli-ahlinya.
Najib masih memaparkan politik memenjara pemikiran orang Melayu seolah-olah orang Melayu tidak boleh memandang parti lain dan apa yang orang Melayu patut lakukan ialah untuk sentiasa mengangguk dan mengikut sahaja apa yang UMNO mahukan walaupun rasuah yang terlampau yang pimpinan UMNO itu sudah tidak terkawal lagi. Negara kita adalah sebuah negara yang terlalu deras menuju kehancuran kerana rasuah yang sudah tidak terkawal kerana hampir kesemua pimpinan, terutamanya dalam kerajaan itu terlibat dalam kegiatan hina itu.
Pengakhir kata Najib dalam ucapan beliau tadi, beliau telah memohon maaf di atas segala kesalahan yang UMNO dan pimpinannya telah lakukan. Tidak pula beliau mengulas apa kesalahan-kesalahan yang UMNO dan beliau lakukan. Beliau meminta rakyat memaafkan UMNO dan kepimpinan parti di atas segala kesalahan.
Najib tidak pula meminta maaf di atas semua salah laku rasuah yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan. Jika rasuah adalah salah satu dari kesalahannya dan meminta rakyat memaafkannya ia sepatutnya pimpinan UMNO melakukan tindakan yang berani dan berjanji memulangkan kembali wang rakyat yang telah dibawa lari dari perbendahaaraan negara secara sistematik selama ini. Sementara memulangkan kembali harta rakyat yang dilarikan itu UMNO sepatutnya berehat dan melakukan ‘soul searching’ yang intensif terhadap diri mereka.
Kalaulah ini dilakukan ia boleh menyejukkan hati rakyat yang sayangkan negara. Misalnya jika keluarga Dr Mahathir boleh memulangkan kembali wang rakyat yang hampir RM2 billion yang digunakan oleh anaknya untuk menyelesaikan masalah perniagaannya dahulu ada juga lah nampak keinginan untuk bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat. Semasa Lemahn Bros di AS menggunakan wang kerajaan semasa kejatuhan ekonomi dunia dahulu, sekarang syarikat gergasi itu sedang beransur-ansur memulangkan kembali semua wang rakyat yang di gunakan untuk ‘bailout’ syarikat itu dahulu. Sudah sampai masanya Mirzan Mahathir mengembalikan kembali wang rakyat yang digunakan itu seperti apa yang dilakukan oleh Lemahn Bros itu.
Apa lagi kesalahan yang dimaksudkan oleh Najib yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO itu. Adakah isu komisyen Scorpene yang melibatkan ratusan juta itu salah satu dari kesalahan yang Najib memohon maaf? Bolehlah rakyat maafkan, tetapi pulangkanlah balik wang sejumlah itu kepada rakyat.
Bolehkah Najib menggunakan pengaruh beliau untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan untuk melayakkan beliau mendapat kemaafan? Ada lebih dari RM7 billion wang royalti yang sepatutnya di bayar kepada rakyat Kelantan. Itu merupakan kesalahan yang sangat besar terhadap rakyat negeri Kelantan yang mana 98% rakyat terdiri dari orang Melayu.
Inilah di antara ratusan isu yang sengaja dilakukan oleh pimpinan kita dan jika mereka mahukan kemaafan adalah elok UMNO duduk di kerusi pembangkang dan memperbaiki diri dan kembali mendapatkan mandat dalam pilihanraya yang akan datang jika rakyat bersetuju.
Kalaulah BN mendapat kemaafan dengan segala kejahatan rasuah yang mereka lakukan, maka BN akan terus melakukannya setelah mendapat kuasa nanti. UMNO akan kembali meminta maaf dalam pilihan raya yang selepas PRU ini dan rakyat memberikan kemaafan lagi. Jika ini keadaannya maka BN akan lebih bebas melakukan kerja hina yang sudah menjadi kerja biasa dan ‘normal’ bagi parti yang sudah lusuh ini.
Belum kita lihat sikap UMNO yang percaya kuasa hanya untuk mereka sedangkan itu adalah kuasa rakyat yang akan memberikan ketentuan siapa yang patut mentadbir kali ini. Tetapi pimpinan UMNO ini tidak mahu menerima yang partinya sudah lemah. Usaha UMNO untuk bertahan sudah terlalu kotor perlakuannya. Untuk memisahkan kuasa dari mereka (UMNO) tidak ubah seperti memisahkan daging dengan kulit.
Apabila mereka (UMNO) terfikir sahaja tentang kehilangan kuasa mereka menjadi separuh gila, sedangkan peralihan dan giliran kuasa itu adalah perkara lazim dalam demokrasi. Sesungguhnya UMNOlah yang gila kuasa sehinggakan mereka dan pimpinannya berkata mereka akan bertahan walau dengan cara apa sekali pun. Padahal kita bukan hendak memisahkan nyawa dari tubuh mereka. Kita hanya hendak melaksanakan demokrasi mengikut sistemnya yang ada dengan cara terbuka.
Kepada Najib beliau tidak payah bercakap seperti halilintar memecah bumi kerana berucap secara itu sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang rakyat mahu melihat ‘content’ bukannya gaya berucap. Ia akan hanya menampakkan kelemahannya lebih jelas dari yang sudah jelas kita lihat selama ini.
Kata perpatah, ‘patah tumbuh hilang berganti’ Rakyat bukan saja-saja hendak mematahkan, tetapi rakyat mahu mematah atau mencantas pokok itu untuk ia bercambah dan rimbun daunnya serta lebat buahnya.
Kalau hendak sangat berucap bergegar-gegar itu, eloklah berbahas secara terbuka dengan Ketua Pembangkang. Ini tidak…bercakap bergegar-gegar seorang diri. Kalau bercakap bergegar-gegar tetapi tidak memberi mana-mana pihak menjawabnya orang itu adalah pemimpin yang lemah dan tidak berketerampilan sebagai pemimpin sebenar.
Perhimpunan terakhir Umno sebelum menjadi pembangkang
| Mohd Rashidi Hassan, |
Meneliti ucapan-ucapan pemimpin Umno dan laporan besar-besaran media
arus perdana yang menjadi alat propaganda mereka, dapatlah kita fahami
bahawa Umno-Barisan Nasional, kini sedang berada di dalam kegelisahan
dan ketakutan yang amat sangat.
Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dihebahkan secara besar-besaran, ternyata gagal melindungi kebimbangan mereka, bahawa kekuasaan yang mereka nikmati selama lebih 55 tahun di Malaysia, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.
Oleh sebab itu PAU 2012 yang diadakan minggu ini, dipergunakan sepenuhnya untuk mengecam Pakatan Rakyat dengan tujuan melabel imej buruk kepada parti yang bakal menggantikan mereka pada PRU-13 akan datang.
Usaha memburuk-burukkan Pakatan Rakyat terpaksa di buat kerana, di sebalik pelbagai janji perubahan, janji ditepati, janji BRIM yang ditabur Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, gagal memikat rakyat untuk kembali menyokong Umno-BN.
Kegagalan tersebut dibuktikan dengan dapatan kajian yang dijalankan secara profesional oleh sekumpulan pengkaji politik daripada universiti yang rapat dengan Umno bahawa mereka hanya mampu meraih 120 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Walaupun dapatan universiti itu dicanangkan bertujuan untuk memberitahu kononnya Umno-BN mampu terus berkuasa pada PRU-13, tetapi sebaliknya dapatan itu memberitahu bahawa semua janji yang ditabur Najib, hanyalah sia-sia.
Malah Najib diunjurkan, untuk mendapat tamparan yang lebih buruk daripada mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkuasa pada PRU 2008 dengan 140 kerusi Parlimen.
Pada PRU tersebut, BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang kuasa di lima buah negeri, termasuk hanya tinggal satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menyebabkan Abdullah dan seluruh kroninya, dihambat keluar dari Umno, sehingga terpaksa meletakkan jawatan PM dan Presiden Umno.
Maka apakah nasib PM Najib, jika BN dikatakan boleh kekal berkuasa hanya dengan 120 kerusi Parlimen sahaja? Berapa buah negeri lagi Umno-BN akan hilang? Apakah Umno akan membiarkan Najib terus berkuasa selepas segala perbelanjaan besar ditabur untuk 'membeli' sokongan rakyat terus menemui kegagalan?
Lebih serius lagi, apakah apabila Umno sudah tahu, mereka menjangkakan prestasi Najib jauh lebih buruk daripada Abdullah, mereka akan membiarkan Najib terus menerajui Umno-BN untuk menghadapi Pakatan Rakyat pada dalam PRU depan?
Difahamkan, ada tekanan yang hebat dikenakan bekas PM, Tun Mahathir Mohamad yang mendokong kuat TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Najib, yang mahukan perubahan dalaman Umno dibuat sebelum PRU.
Malah ada pandangan yang lebih keras dalam Umno yang mahukan Najib berundur dan memberikan kuasa kepada Muhyiddin untuk menerajui Umno-BN bagi berhadapan dengan Pakatan Rakyat.
Jelas kepada kita bahawa PAU 2012 sebenarnya, gagal menyatupadukan Umno untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menjadi medan pertelingkahan dalaman, medan serangan ahli-ahli Umno terhadap Najib yang dilihat gagal dan lembik , kerana dikatakan 'dikuasai' isteri beliau.
Sehingga hari ini ahli-ahli Umno tidak dapat menerima 'penguasaan Rosmah' dan menganggap beliau di antara penyumbang besar kepada kekalahan Umno-BN pada PRU depan.
Walaupun Umno bernasib baik kerana pertelingkahan mereka berjaya dikambus oleh media arus perdana, namun rakyat sudah menghidu 'bau busuk' daripada jasad Umno yang bakal menjadi bangkai dalam PRU nanti.
Inilah Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebagai parti pemerintah, kerana pada PRU nanti, Pakatan Rakyat akan memperolehi lebih 120 kerusi Parlimen untuk menerajui Putrajaya.
Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dihebahkan secara besar-besaran, ternyata gagal melindungi kebimbangan mereka, bahawa kekuasaan yang mereka nikmati selama lebih 55 tahun di Malaysia, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.
Oleh sebab itu PAU 2012 yang diadakan minggu ini, dipergunakan sepenuhnya untuk mengecam Pakatan Rakyat dengan tujuan melabel imej buruk kepada parti yang bakal menggantikan mereka pada PRU-13 akan datang.
Usaha memburuk-burukkan Pakatan Rakyat terpaksa di buat kerana, di sebalik pelbagai janji perubahan, janji ditepati, janji BRIM yang ditabur Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, gagal memikat rakyat untuk kembali menyokong Umno-BN.
Kegagalan tersebut dibuktikan dengan dapatan kajian yang dijalankan secara profesional oleh sekumpulan pengkaji politik daripada universiti yang rapat dengan Umno bahawa mereka hanya mampu meraih 120 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Walaupun dapatan universiti itu dicanangkan bertujuan untuk memberitahu kononnya Umno-BN mampu terus berkuasa pada PRU-13, tetapi sebaliknya dapatan itu memberitahu bahawa semua janji yang ditabur Najib, hanyalah sia-sia.
Malah Najib diunjurkan, untuk mendapat tamparan yang lebih buruk daripada mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkuasa pada PRU 2008 dengan 140 kerusi Parlimen.
Pada PRU tersebut, BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang kuasa di lima buah negeri, termasuk hanya tinggal satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menyebabkan Abdullah dan seluruh kroninya, dihambat keluar dari Umno, sehingga terpaksa meletakkan jawatan PM dan Presiden Umno.
Maka apakah nasib PM Najib, jika BN dikatakan boleh kekal berkuasa hanya dengan 120 kerusi Parlimen sahaja? Berapa buah negeri lagi Umno-BN akan hilang? Apakah Umno akan membiarkan Najib terus berkuasa selepas segala perbelanjaan besar ditabur untuk 'membeli' sokongan rakyat terus menemui kegagalan?
Lebih serius lagi, apakah apabila Umno sudah tahu, mereka menjangkakan prestasi Najib jauh lebih buruk daripada Abdullah, mereka akan membiarkan Najib terus menerajui Umno-BN untuk menghadapi Pakatan Rakyat pada dalam PRU depan?
Difahamkan, ada tekanan yang hebat dikenakan bekas PM, Tun Mahathir Mohamad yang mendokong kuat TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Najib, yang mahukan perubahan dalaman Umno dibuat sebelum PRU.
Malah ada pandangan yang lebih keras dalam Umno yang mahukan Najib berundur dan memberikan kuasa kepada Muhyiddin untuk menerajui Umno-BN bagi berhadapan dengan Pakatan Rakyat.
Jelas kepada kita bahawa PAU 2012 sebenarnya, gagal menyatupadukan Umno untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menjadi medan pertelingkahan dalaman, medan serangan ahli-ahli Umno terhadap Najib yang dilihat gagal dan lembik , kerana dikatakan 'dikuasai' isteri beliau.
Sehingga hari ini ahli-ahli Umno tidak dapat menerima 'penguasaan Rosmah' dan menganggap beliau di antara penyumbang besar kepada kekalahan Umno-BN pada PRU depan.
Walaupun Umno bernasib baik kerana pertelingkahan mereka berjaya dikambus oleh media arus perdana, namun rakyat sudah menghidu 'bau busuk' daripada jasad Umno yang bakal menjadi bangkai dalam PRU nanti.
Inilah Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebagai parti pemerintah, kerana pada PRU nanti, Pakatan Rakyat akan memperolehi lebih 120 kerusi Parlimen untuk menerajui Putrajaya.
Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak
"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.
Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.
Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.
Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.
Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut, Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang melibatkan Rosmah.
"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya malam tadi.
Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.
Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala.
Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung.
Monday, November 26, 2012
Fuyoo!! Bangsa Ameno mesti berbangga giler ngan mamat neh...
Maybank sahkan Bekir belanja RM780,000
Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank mengesahkan bahawa anak lelaki ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir membelanjakan lebih tiga suku juta ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan menggunakan kad caj.
Pegawai berkenaan, Musinah Manap, 47, dari Menara Maybank Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur memberi keterangan bahawa Mahmud Abu Bekir merupakan pemegang kad caj American Express Platinum dengan nombor 3762-490572-25004 yang tidak ditetapkan had perbelanjaan.
"Alamat bil adalah pejabat beliau di Menara Titanium, Brighton Square, Kuching. Ini adalah bil daripada janaan komputer untuk bulan Januari sehingga Jun 2012," katanya.

"Sepanjang pengetahuan saya, bil yang dikeluarkan oleh bank adalah betul dan rekod saya menunjukkan tiada pertikaian oleh pemegang kepada urusniaga," kata Musinah kepada mahkamah.Selain itu, Musinah (kanan) juga berkata, bukan keganjilan bagi sesebuah bank untuk mengeluarkan kad caj tanpa had penggunaan.
Musinah seterusnya membacakan jumlah yang ditanggung Mahmud Abu Bekir sepanjang tempoh berkenaan, yang digariskan bekas isteri lelaki berkenaan, Shahnaz Abdul Majid semasa pendengaran sebelum ini.
Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank itu menunjukkan perbelanjaan berjumlah RM782,520.55.
Ia termasuk di kedai mewah seperti Harrods, kedai Ferrari di London serta perjalanan ke Dusseldorf di Jerman dan Perancis. -M'kini
MURSHID Juga Kata Tak Salah Doa Hancurkan Organisasi
Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan.
Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.
“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.
“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya dipetik Sinar Harian.
Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka.
Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini.
Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut 'Hancur BN' dan 'KO BN' pada pilihan raya akan datang.
Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.
Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.
“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya dipetik akhbar itu lagi.
Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).
Takut tembelang sepupunya pecah, Hishamuddin halang Peguam Perancis masuk ke Malaysia
“Mereka tidak ke Malaysia. Taklimat akan dibuat di Singapura,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
“Kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” tambah Ahli Parlimen Batu itu.
Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.
“Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ditanya mengapa tidak dibuat di Malaysia, Cynthia berkata, kemasukan peguam terbabit dihalang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia.
Khamis lalu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok.
William dan Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.
Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November lalu.
Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.
Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.
Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.
Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.
Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.
Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin. -KD
Ini sebabnya Israel perlu sangat gencatan senjata
Kenapa Israel Mahu Gencatan Senjata?
Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.
Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.
- Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
- Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam.
- Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu. Israel F16, igauan Israel menjadi realiti... Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam.
- Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.
- Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.
- Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.
- Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.
- Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.
- Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.
Ingatilah firman Allah swt :
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -
Surah al-Imran ayat 54
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….
Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin
20,000 sertai Anti Lynas di Dataran Merdeka



KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.
Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.
"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita."Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.
Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.
Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.
Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.
Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar.Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.
Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.
Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. -Hrkh
PAS sentiasa relevan dalam realiti baru

PAS juga bersedia untuk menerima teguran daripada luar. Bahkan PAS menjemput mereka untuk berdialog dan menegur secara direct dalam majlis yang dianjurkan oleh PAS sendiri walaupun ada orang yang sehingga sekarang tidak memberikan tarikh setelah bersetuju untuk datang.
Doktrin yang perlu ditolak
Menjawab teguran bukan bermakna tidak menerima teguran tersebut. Kadang-kadang jawapan perlu diberikan sebagai satu penjelasan. Doktrin bahawa teguran yang dijawab dianggap tidak diterima harus ditolak. Di samping itu, ada yang menuduh bahawa jawapan yang diberikan adalah reaksi melenting dan melatah. Perlu diingat bahawa senyap, tidak menjawab tidak semestinya bermakna menerima teguran kerana kadang-kadang ia ditolak kerana malas menjawab.
Keras atau lembut dalam menjawab pula adalah berdasarkan teguran yang diberikan. Ini kerana kadang-kadang teguran yang dibuat bukan untuk membaiki tetapi lebih untuk membina persepsi yang buruk terhadap orang yang ditegur.
Justeru itu, tidak pelik jawapan yang diberikan kadang-kadang agak keras. Lihat sahaja kata-kata Saidina Abu Bakar yang keras terhadap Urwah bin Mas'ud, wakil musyrikin Mekah dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah: "Kamu ini manusia yang menghisap kelentik kemaluan berhala al-Latta." Jawapan keras ini dihamburkan oleh Abu Bakar r.a. apabila Urwah menegur Rasulullah s.a.w. yang dilihat ingin menghapuskan dan memusuhi bangsa sendiri (Lihat Sofiy ar-Rahman, 1991).
Undang-undang Islam adalah prinsip dan perjuangan PAS
PAS sebagai sebuah gerakan Islam sentiasa menjaga prinsip dan anjal dalam perkara cabang. Inilah yang diajar oleh Islam dan ditegaskan oleh Muhammad Iqbal, seorang pujangga India bahawa tajdid dan perubahan adalah mesti bertolak daripada keteguhan prinsip dan turathnya. Perkara-perkara yang baik daripada pemikiran baru boleh diambil setelah ditapis dan tidak berlawanan dengan prinsip Islam (Muhammad Iqbal wa manhajuhu fi tajdid al-fikri al-Islami, 2000).
Prinsip dan perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam termasuk undang-undang-undangnya. Ia adalah syariat Allah yang tidak ada kompromi dalam perlaksanaan. Ia adalah prinsip dan perjuangan PAS yang tidak pernah berubah daripada dahulu sehinggalah sekarang.
Semua negara memerlukan undang-undang. Tidak ada negara yang tidak ada undang-undang. Cumanya undang-undang apakah yang hendak dipakai. PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam ingin melihat undang-undang Islam dilaksanakan dalam negara ini kerana yakin terhadap keberkesanannya untuk menghapuskan jenayah. Ia adalah undang-undang yang datang daripada Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk manusia dan Dia tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah manusia.
Orang Islam perlu meyakini bahawa undang-undang Islam adalah terbaik untuk mencegah manusia melakukan kesalahan dan jenayah. Ia akan memberikan keadilan kepada semua. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman yang menghiasi politik Dunia Muslim akan dapat diatasi dengan undang-undang tersebut. Rakyat yang membenci pemerintahan zalim sekian lama akan merasa aman dengan terlaksananya undang-undang tersebut dan merasai keadilannya.
Keberkesanan undang-undang Islam akan memberikan hak kepada orang yang dizalimi kerana Islam tidak membenarkan berlakunya kezaliman. Orang yang miskin dan melarat akan terjaga kebajikannya dengan diberikan makanan dan keperluan asasi. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah di bawah undang-undang Islam. Bahkan bandar yang kotor akan menjadi menjadi bersih dan pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Ini semua kerana Islam telah dilaksanakan secara menyeluruh termasuk undang-undangnya.
Jangan bina persepsi yang buruk terhadap undang-undang Islam
Rakyat tidak seharusnya dibina dengan persepsi yang buruk terhadap undang-undang Islam. Jangan ditanam persepsi bahawa perlaksanaan undang-undang Islam akan menjadikan negara tersebut negara Mullah. Adalah silap jika berpandangan demikian kerana Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan undang-undang Islam di Madinah dan Madinah bukan negara Mullah.
Kesilapan Taliban ketika memerintah Afghanistan dengan undang-undang Islam tidak boleh menafikan keindahan undang-undang tersebut. Ini kerana mereka terlalu jumud dengan mazhab Hanafi, tanpa melihat mazhab yang lain sehingga dilihat terlalu keras melaksanakan undang-undang Islam. Wanita dipaksa memakai purdah dan dilarang bekerja.
PAS berbeza dengan Taliban kerana PAS mengemukakan undang-undang Islam yang meraikan kepelbagaian pandangan mazhab dalam Islam dengan melihat realiti semasa. Contohnya, PAS mengambil ketetapan bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan ke atas orang bukan Islam. Wanita akan terus dibenarkan bekerja dan dibela. Justeru, jangan jadikan kesilapan Taliban untuk menafikan keindahan undang-undang Islam.
Persoalannya, kenapa perlu dipilih untuk menanam persepsi buruk terhadap undang-undang Islam sedangkan kita ada pilihan untuk membina persepsi yang baik terhadap undang-undang ini. Kenapa perlu dibina persepsi bahawa undang-undang Islam hanyalah membawa mimpi buruk kepada rakyat. Tangan rakyat akan dipotong, ataupun wanita akan direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya.
Jangan ditiru cara UMNO yang membina persepsi buruk terhadap undang-undang Islam. Undang-undang ini jika dilaksanakan akan menghalang pembangunan kerana batu-batu telah digunakan untuk merejam, berlakunya kekacauan dan pengangguran, rakyat boleh makan sup tangan dan lain-lain lagi yang memburukkan undang-undang Islam.
Kita ada pilihan untuk menanam persepsi yang baik kerana undang-undang Islam membawa rahmat dan kebaikan. Tidak akan ada rakyat yang akan dipotong tangannya, disebat dan direjam dengan batu kerana tidak ada lagi orang yang akan sanggup mencuri dan berzina disebabkan gerun terhadap hukuman Allah. Ia adalah pencegahan daripadaNya. Orang-orang yang dizalimi pasti gembira terhadap hukuman Allah ini. Hanya orang yang zalim sahaja tidak senang dengan hukuman Allah.
PAS sentiasa segar dengan ijtihad baru
Walaupun PAS sebagai gerakan Islam sentiasa tegas dengan prinsipnya memperjuangkan undang-undang Islam, PAS sentiasa menilai pendekatannya. PAS memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik termasuklah ijtihad tahalluf siasi. PAS telah lama berijtihad bahawa pilihanraya adalah syari'e walaupun sebahagian gerakan Islam yang lain baru terlibat dengannya. Begitu juga PAS membenarkan wanita bertanding dalam pilihanraya. PAS sentiasa memahami teks dalam kerangka konteks kerana sedar politik terdedah kepada perubahan.
Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru politik Malaysia, PAS menggunakan pelbagai pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan tidak pernah digunakan.
Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan telah lama dilaungkan. PAS melaungkan slogan kebajikan dan khidmat masyarakat sejak sekian lama dan dipertegaskan lagi dalam muktamar yang berakhir baru-baru ini dengan konsep negara berkebajikan. PAS memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat.
Di negeri Kelantan sebagai contoh, kerajaan Pas telah memberikan pelbagai servis kepada rakyat seperti projek Al-It'am (kupon beras percuma), Az-Ziwaj (bantuan perkahwinan), Ladang Rakyat, bantuan armalah (ibu tunggal) dan sebagainya. Kebajikan rakyat sentiasa dijaga di samping penerangan kepada masyarakat tentang Islam dan undang-undangnya sentiasa berjalan dan mendapat sambutan yang baik. Semua yang dilakukan ini adalah untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi perlaksanaan undang-undang Islam di negeri tersebut.
'Arab Spring' tidak merubah prinsip gerakan Islam
Perlu dijelaskan bahawa walaupun 'Arab Spring' berlaku kerana tidak puas hati dengan pemerintah yang zalim tetapi rakyat memilih gerakan Islam untuk menggantikan pemerintahan tersebut. Ini kerana mereka yakin terhadap Islam dan undang-undangnya sebagai alternatif walaupun pilihanraya yang diadakan turut disertai oleh parti-parti yang berbentuk sekular, nasionalis dan sosialis.
Gerakan Islam yang memerintah di negara Arab sekarang ini tidak pernah
mengubah prinsip perjuangan mereka. Dr. Moursi selaku Presiden Parti al-Hurriyyah wal 'Adalah selepas 'Arab Spring' sebelum menjadi Presiden Mesir menegaskan hasrat menegakkan undang-undang Islam ketika muktamar pertama partinya. Setelah menjadi Presiden Mesir, dia juga menyatakan keinginannya untuk melaksanakan undang-undang Islam apabila ditanya dalam satu majlis bersama rakyatnya.
Akhirnya, nasihat dan teguran saya kepada penulis artikel 'Relevankah PAS dalam realiti baru?" supaya jangan menggunakan agama supaya orang ramai makin jauh daripada agamanya. Jangan tanam persepsi buruk di kalangan rakyat terhadap undang-undang Islam atas nama agama sehingga orang takut kepadanya. Penulis artikel tersebut perlu terbuka untuk menerima nasihat dan teguran ini sebagaimana beliau inginkan orang lain menerima tegurannya. Pun begitu, saya tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas nasihat dan teguran yang beliau berikan.
Penulis adalah pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).
Subscribe to:
Posts (Atom)












