Friday, August 24, 2012

Tragedi 13 Mei.. Kita diperbodohkan oleh pemimpin UMNO rupanya..

Laporan yang mendedahkan punca sebenar tercetusnya tragedi 13 Mei ini telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 11 Mei 2007..

"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai � parang, kayu, batang besi dan botol�

"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar�

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ�"

(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

'Semuanya karut'

Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu � yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini � mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu � yang disokong oleh polis dan tentera � untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

Plot menumbangkan Tunku
Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.

Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara � satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak � 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.

"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa�saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

Jumlah korban tidak diketahui

Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.
Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.

Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja". -Mkini

Tuesday, August 21, 2012

Masaalah besar bila rakyat jadi cerdik...


When the government tells you what is right or wrong...

...the PEOPLE ARE IN GREAT DANGER...

Dedahan Punca Sebenar 13 Mei: Rancang Rampasan Kuasa oleh Tun Razak terhadap Tunku Abdul Rahman...

BIARKAN MCA DAN DAP SAJA BAHAS SOAL HUDUD MEMANG UMNO PENAKUT

Oleh: WFAUZDIN NS
BN semakin pening sekarang.  Orang kata tiada kerja mahu cari kerja.  Menjelang PRU, maka pemimpin Umno/Bn mula main isu Hudud.  Nah, sekarang isu ini jerat diri sendiri dan semakin terserlah bahawa Umno tidak pernah serius dengan Hudud.
Baru-baru ini Pengerusi MCA Selangor sudah beri amaran kepada rakyat, jika tidak mahu hukum Hudud dilaksanakan maka rakyat kena tolak PR.  Sebelum itu, Presiden MCA sendiri pernah sebut hukum Hudud boleh bawa negara ke belakang.  Najib pun pernah sahkan bahawa negara ini tidak akan laksanakan hukum Hudud.  Cakap Najib ini kita lebih  yakin kerana mustahil Najib mahu hukum Hudud sedangkan hukum asas iaitu menutup aurat pun Najib gagal perintahkan ke atas isterinya untuk ditaati.  Hukum Hudud jauh sekali.
Terbaru, Pengerusi MCA Kedah pula di dalam Sinar hari ini membuat kenyataan mrnyokong Hudud.  Patut dipuji kenyataan itu walaupun apa jua nawaitunya.  Apa yang penting ini menunjukkan bahawa hukum Hudud ini semakin diminati untuk dibahaskan.  Sepatutnya hukum ini menarik minat pemimpin Umno dan semua pemimpin Islam untuk membahaskannya.  Beranikah Umno untuk berbahas atau muzakarah di dalam isu ini?  
Jawapannya mudah.  Semenjak bila Umno berani?  Oleh kerana pemimpin Umno dayus untuk berbahas atau muzakkarah di dalam isu Hudud ini maka pemimpin Non Muslim yang berani tampil membawa isu ini.  
Karpal Singh menolak Hudud berlandaskan Perlembagaan.  Chua Soi Lek menolak Hudud kerana bimbang negara mundur ke belakang, begitu juga dengan Pengerusi MCA Selangor.  Najib pula sebut Hudud tidak akan dilaksanakan.  
Samada Karpal, Soi Lek atau Pengerusi MCA Selangor tolak Hudud atau menyokong Hudud seperti Pengerusi MCA Kedah ianya tidak membawa hukum apa-apa pun.  Sebaliknya jika orang seperti Mahathir dan Najib yang berbelit-belit lidah untuk mencari jalan agar Hudud tidak akan dilaksanakan, hukumnya amat berat sekali.  Kecualilah jika mereka satu kepercayaan agama dengan Soi Lek.  Kesimpulannya, Umno tidak akan terima Hudud kerana hukum ini akan menakutkan mereka yang kaki merompak dan menyamun hak rakyat.  Bayangkan kalau Kak Ijat atau Khir Toyo juga sokong Hudud, tentu tidak masuk akal samasekali.

Aidilfitri bantu kempen PAS Kelantan?


Kedatangan Aidilfitri pastinya dinanti-nantikan seluruh umat Islam; bagaimanapun bagi PAS Kelantan, manisnya mungkin berganda.

Ini kerana, sebagai parti pemerintah, mereka lebih berpeluang menganjurkan pelbagai program sambutan menjelang dan semasa Hari Raya, termasuk mendekati anak negeri yang berperantauan.

Bagi pemerhati politik, keadaan ini amat menguntungkan, lebih-lebih lagi jika pilihan raya berlangsung tidak lama selepas hari raya Aidilfitri.
Dalam pilihan raya umum lalu, parti Islam itu berjaya bangkit daripada kemenangan tipis pada 2004 dengan meninggalkan BN hanya enam daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebuah lagi kerusi dimenangi sekutunya PKR.

Kejayaan itu dianggap pelbagai pihak ekoran kejayaan mereka mendekati golongan muda dan pengundi luar negeri Cik Siti Wan kembang itu.

"Setelah belajar daripada 2008, strategi ini mungkin digunakan kembali. Sebabnya, pengundi dalam negeri, di kampung-kampung dapat dicula dengan mudah. Siapa memang dan jumlah undinya sudah tahu.

"Tetapi ini tidak boleh dibuat terhadap pengundi yang baru pertama kali mengundi dan pengundi luar daripada Kelantan," kata penasihat eksekutif Ilham pusat tinjauan bebas Ilham Center Hisomuddin Bakar.

Hisomuddin berkata, golongan itu amat penting didekati kerana mewakili kira-kira 30 peratus daripada seluruh pengundi negeri itu.

Katanya, walaupun program sambutan perayaan hanya mampu menambahkan sokongan paling banyak sehingga 5 peratus, tetapi ia penting bagi PAS untuk mengekalkan sokongan sedia ada, sekitar 70 peratus daripada pengundi luar.

BN boleh ambil pendekatan sama


Malah, terdapat cakap-cakap bahawa Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat kini terpaksa bertungkus lumus menemui seramai mungkin pengundi luar menjelang pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi dengan mengambil peluang sempena ketibaan Hari Raya.

Bagaimanapun, menurut seorang aktivis persatuan anak negeri, tindakan yang sama juga mungkin diguna pakai musuh politiknya daripada BN.

"BN pun mungkin sudah belajar daripada kesilapan pada 2008. Dulu mereka tak kisah pun dengan persatuan anak negeri (Kelantan di perantauan)," kata Penasihat Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA), Wan Johari Wan Omar.

Ditanya tentang isu utama yang boleh mempengaruhi undi golongan itu, Wan Johari berkata, ia masih berkitar soal kemudahan akses ke negeri itu, termasuk pembinaan lebuh raya.

"Isu lapangan terbang, kena banyak penerbangan, jalan nak balik mesti mudah dan bila dah sampai sana mesti tak sesak. Itu sebab menteri besar sebelum ini umum projek Lebuh Raya Rakyat baru-baru ini," katanya lagi.

PERSADA adalah antara NGO yang aktif selain Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) yang dianggap sebagai "badan payung".
PAS Kelantan nafi sokongan merosot

PAS Kelantan ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menolak tanggapan bahawa PAS kini lemah sehingga terpaksa menggunakan sambutan hari raya untuk berkempen.

Sebaliknya, sokongan rakyat termasuk di perantauan kepada kepimpinan Nik Aziz dikatakan semakin bertambah sejak berjaya menekan kerajaan pusat dalam isu royalti minyak dan gas yang dituntutnya.

"Itu (sokongan merosot) tidak betul. PAS Kelantan dan Pakatan Rakyat mendapat sokongan daripada rakyat secara menyeluruh.

"Ini kerana isu-isu tempatan seperti royalti, bukan kerajaan negeri sahaja yang tuntut, tetapi rakyat sendiri kini juga menuntut," kata ketua penerangannya Dr Mohd Fadzli Hassan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Temangan itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia "memberi kesan" kepada PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya majoriti anak Kelantan tidak pulang untuk mengundi.

"Mereka ingin mengetahui suasana politik di Kelantan seperti mereka buat (majlis berbuka puasa) baru-baru ini di Karangkraf (di Shah Alam).

"Kita buat sekerap mungkin untuk penduduk luar Kelantan mengetahui suasana politik," katanya lagi.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan yang enggan namanya disebut berkata, kebimbangan terhadap kemerosotan sokongan anak negeri hanya tanggapan yang sentiasa ditimbulkan apabila pilihan raya semakin hampir, yang didakwanya menjadi trend sejak 1990.

"Bagi saya kebimbangan itu sentiasa wujud disebabkan konfrontasi parti politik sebagai permainan fikiran untuk menarik sokonga rakyat," katanya. -M'kini

[BERGAMBAR] Aidil Fitri Disambut Di Seluruh Dunia



Masjid Muhammadi, Kelantan

Solat Aidul-Fitri didirikan oleh umat Islam seluruh dunia pada 1 Syawal kelmarin. Saksikan:


ALBANIA

ARZEBAIJAN

BANGLADESH

KAHERAH, MESIR

CHINA

DHAKA, BANGLADESH

DUBAI

ETHIOPIA

PERANCIS

GEORGIA, USA

JERMAN

GREECE

INDONESIA

IRAN

ITALI

IVORY COAST

LONDON

MALDIVES

MOSCOW, RUSSIA

NEW DELHI, INDIA

NIGERIA

PAKISTAN

PALESTIN

POLAND

PORTUGAL

QATAR

SENEGAL

SOMALIA

SEPANYOL

SINGAPURA

TUNISIA

UGANDA

UNITED KINGDOM

USA

YAMAN

Tuesday, August 14, 2012

Jangan caci hudud, kata Nik Aziz


Nik Aziz kecam Harussani KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak mengeluarkan perkataan ‘cacian’.

Nik Aziz bagaimanapun  berkata, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung  memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam.

“Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai  mencaci,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenyataan Karpal yang berterusan mempersoalkan pemimpin Pas yang mahu melaksanakan hudud di negara ini dengan alasan ia tidak termaktub dalam perlembagaan negara.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelaksanaan hukuman hudud memberi kesan langsung kepada masyarakat berbanding pelaksanaan hukuman yang dipraktikkan sekarang.
“Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah, pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan.
“Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri,” katanya.
Ditanya, tindakan Karpal menjejaskan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz berkata, orang ramai harus memikirkan siapa yang menolak sebenarnya menolak hukuman hudud.
“ Jika kita tidak undi DAP kerana tolak hudud, macam mana dengan Umno yang juga menolak pelaksanaan hukuman itu,” katanya.

Sunday, August 12, 2012

Kafir Harbi Tidak Wujud Selagi Tidak Tertegak Negara Islam - Haron Din

SHAH ALAM : Tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din.
Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.
Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.
Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.
“Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.
“Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud,” katanya.
Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.
Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.
Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.TVS

Blogger Pro UMNO Kickdefella mohon maaf , bayar kos kepada Perbadanan Ladang Rakyat

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".
Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.
Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif.
Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan.
Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan.
Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri.
Pernyataan mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".
“Kami menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di dalam buku tersebut amatlah dikesali.
“Dengan ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri,” katanya.
Blogger terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".
Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik.

Saturday, August 4, 2012

Saham FGVH merudum: Peneroka rugi, tanah tergadai..!!!

KUALA LUMPUR 3 Ogos: Harga saham Felda Global Vantures Holdings (FGVH) Berhad terus mencatat penurunan sehingga mencecah RM 5.00 awal pagi semalam.
FGVH yang baru disenaraikan pada 28 Jun lalu diapungkan pada harga RM4.55 seunit, dan hanya pernah sekali mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum terus merudum sehingga hari ini.
Menurut Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said, penurunan harga saham itu secara berterusan akan memberi kesan jangka panjang yang buruk kepada peneroka Felda.
“Kesan jangka panjang jika saham berterusan merudum, peneroka menanggung risiko bakal kehilangan 850,000 ekar tanah yang telah digadaikan kepada FGVH.

“Seperti yang kita telah beritahu, penyenaraian ini bukan untuk kepentingan peneroka sebaliknya semata-mata untuk pemimpin Umno dan Felda mengaut keuntungan,” katanya.
Menurut Suhaimi, sewaktu harga saham melonjak pada awal penyenaraian, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah mengaut keuntungan berjuta ringgit.
“Isa ada syer sebanyak RM180,000, awal penyenaraian harga saham melonjak dari RM 4.45 mencecah RM5.39, bayangkan RM180,000 kali 80 sen berapa jumlah keuntungan dikaut Isa?
“Peneroka pula hanya ada 800 unit saham seorang, itupun dipegang oleh syarikat pemegang amanah, oleh itu mereka tak boleh jual saham jika mereka mahu sekalipun, belainan dengan Isa yang pada bila-bila masa boleh berbuat demikian, adilkah itu?” soalnya.
Suhaimi turut mempersoal 800 unit saham berharga RM3,640 kepunyaan peneroka yang dibeli melalui pinjaman bank dan dibayar balik selepas enam bulan. Katanya, sekiranya harga saham turun, maka peneroka akan rugi apabila membayar pinjaman.
“Dengan wang ‘durian runtuh’ RM5,000 yang mereka dapat ditambah keuntungan saham yang tidak seberapa, macam mana nak bayar balik kepada bank ? Akhirnya peneroka dapat apa?” sinisnya.
Jelas Suhaimi, FGVH sebenarnya hanya bergantung kepada Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Kalau bukan kerana sokongan tiga badan ini, pasti FGVH sudah runtuh seperti Amanah Saham Johor yang kini hanya bernilai 20 sen seunit.
“Sebab itu dalam Buku Jingga kita akan mansuhkan Felda Holdings sekiranya menang PRU dan bahagikan 850,000 ekar tanah itu kepada anak-anak peneroka, tapi jika tanah dah tergadai apa harapan mereka untuk dapat semula tanah itu?”  soal beliau lagi.
Mengikut maklumat di BSKL, setakat jam 12 tengahari tadi, saham FGVH direkodkan pada RM5.10 seunit.

Pusat 'whistle blowers' politik alaf baru

Penubuhan Pusat Lindungan National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) untuk rakyat yang bersuara demi keadilan satu usaha yang baik.  Pejabat yang akan dilengkapi  koordinator dan pendaftaran.


Ini  satu  cadangan yang akan  membentuk satu pemikiran politik alaf baru  yang berani demi kepentingan rakyat di negara ini.


Sesuai dengan cara politik di milinium baru yang perlu dengan maklumat dan berfakta.

Selama ini mungkin rakyat yang mempunyai maklumat takut mendedahkan untuk kepentingan awam kerana mungkin tidak ada pembelaan daripada mana-mana pihak.




Penubuhan pusat ini memberi tamparan kepada pihak kerajaan BN yang telah terhakis keyakinan. Kadang-kadang suatu isu  boleh diselesaikan dengan tindakan politik.

Isu NFC akan mati begitu sahaja kalau dilaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

TIndakan berani dengan fakta menyebabkan isu ini telah menggegarkan politik negara, Datuk Seri Shahrizat Jalil terpaksa melepaskan kerusi menteri.


Rakyat bertambah keliru apabila Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Persoalannya jika Rafizi mendakwa tanpa bukti ia akan didakwa sebagai membawa fitnah kepada NFC. Apabila membawa bukti dengan fakta beliau didakwa di bawah Akta Bafia.


Sepatutnya akta ini jangan sewenang-wenang digunakan terutama melibatkan dana awam. Rakyat perlu mengetahui isu ini kerana melibatkan wang mereka sebagai rakyat negara ini.

Tindakan yang diambil kepada Rafizi akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terutama generasi muda. Cara politik kuno yang dimainkan oleh pemimpin BN untuk memaksa rakyat mengikut telunjuk mereka sudah ketinggalan keretapi. Pemimpin BN perlu sedar  zaman perhambaan sudah berlalu.

Adakah gambar ini menyebabkan Najib jadi lembut pada negeri Kelantan ?


Adakah gambar ini menyebabkan Najib jadi lembut pada negeri Kelantan ?

" Sultan Muhammad V pernah bertitah supaya gas didaratkan di pantai Bachok. "

Royalti Petroleum Kelantan: Tok Guru Nik Aziz Sahkan Terima Surat Gembira Dari PM Najib


PM BERSETUJU!
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
“Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan,” kata Najib dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.
Beliau berkata Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
“Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan,” katanya.
Beliau turut berkata, semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut.
Najib berkata dengan penubuhan Jawatankuasa Khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.
Beliau berkata berdasarkan Perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.
“Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.
“Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum,” katanya.
Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.- BERNAMA
Walaupun Nik Aziz tidak mendedahkan isi kandungan itu, tetapi beliau ternyata amat gembira dengan usaha yang diterajui antara lainnya oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang mengepalai rundingan berterusan supaya Kerajaan Pusat menilai semula Tuntutan Kerajaan Kelantan demi kepentingan penduduk Kelantan khasnya dan penduduk di wilayah Pantai Timur amnya.Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat subuh tadi mengesahkan telah menerima surat daripada YAB Perdana Menteri berhubung tuntutan royalti minyak Kelantan.
“Surat ni diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya,” kata MB Kelantan seperti yang dilaporkan di HarakahDaily.
Nik Aziz memaklumkan bahawa beliau akan mengadap KDYMM Al Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan Tuanku sebelum menghantar wakil untuk berunding.
Nik Aziz juga menyebut istilah yang digunakan bukannya royalti tetapi istilah yang dipakai ialah ‘Bayaran Tunai’. Ini menunjukkan pendirian konsisten Kerajaan Persekutuan bahawa Kelantan tidak layak untuk menerima pembayaran royalti seperti yang terkandung dalam perjanjian suratcaranya dengan PETRONAS bertarikh 9 Mei 1975, sebaliknya seperti negeri Terengganu, pemberian Kerajaan Pusat adalah berdasarkan prinsip mahu menjana ekonomi negeri dan membasmi kemiskinan.
PAS Kelantan telah mula membuat tuntutan royalti berdasarkan suratcara 1975 Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS bagaimanapun ianya tidak berhasil kerana peruntukan perundangan yang jelas menidakkan hak Kelantan. Menyedari bahawa Kelantan tiada hak dari segi perundangan, YB Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa yang juga wakil tunggal Kelantan di dalam Kabinet Malaysia telah berusaha dengan mengambil pendekatan berunding dan berhemah. Alhamdullillah hari ini ia menampakkan hasilnya.
Walaupun intipati surat PM kepada MB Kelantan itu masih belum diketahui dengan jelas, namun begitu berdasarkan kegembiraan MB Kelantan itu, penduduk negeri Kelantan keseluruhannya boleh merasa yakin bahawa kemelut ini akhirnya menampakkan titik penyelesaian.
Pujian harus diberikan kepada anak-anak muda Kelantan, termasuklah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mesra PAS kerana terus menerus menghidupkan isu ini walaupun menerusi kaedah yang kurang sesuai.
Seperti kata Nik Aziz, ‘sedikit sebanyak ini adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar (isu ini) diselesaikan segera’
Diharap tidak ada pihak yang akan mengecilkan peranan sesiapa sekalipun di dalam soal ini. Semua penduduk Kelantan patut merasa gembira dan bersyukur. Ini adalah masa untuk penduduk Kelantan bersatu dan bersyukur. Ini adalah kejayaan semua.