KOTA BHARU:
Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada
Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam
bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".
Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.
Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.
Ladang
Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala
Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini
Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif.
Ladang
Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana
memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan.
Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri.
Pernyataan
mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz
dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf
kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku
"ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".
“Kami
menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta
tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman
di dalam buku tersebut amatlah dikesali.
“Dengan
ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan
sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku
tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah
perbadanan milik kerajaan negeri,” katanya.
Blogger
terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang
Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan
penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".
Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik.
No comments:
Post a Comment