SHAH ALAM
: Tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana
tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas
Datuk Dr Haron Din.
Dr
Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi
TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti
boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.
Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.
Beliau
juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan
dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan
hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.
“Kafir
harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang
Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan
sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.
“Dalam
konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah
negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya
tidak wujud,” katanya.
Sementara
itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,
Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram
kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan
perbezaan pandangan dalam politik.
Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.
Sebelum
ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah
Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram
menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir
harbi.TVS
No comments:
Post a Comment