Monday, March 26, 2012

Kereta siapa yang cukai jalan RM24,598.50 setahun?

tukanglawan
Patutlah najib bertanyakan kepada rakyat dalam laman sosialnya tentang berapa biji kereta anda ada, rupa-rupanya najib nak tahu siapa yang bayar cukai kereta hampir RM 25,000.00 setahun tu, maklumlah, najib mahu menerapkan nilai-nilai wasatiah dalam pentadbiranya, kata najib dia mahu mulakan dari dalam keluarganya sendiri.


Kihkihkihkih.......Betul nei, anda jangan lah gelak, nanti marah pula rosmah, kan rosmah tu suci. 


Oklah, tentu ada yang tertanya-tanya kereta apa yang dimiliki individu tersebut, dan berapa pula harga kereta berkenaan?, ini dibawah ini gambar kereta tersebut.
Bugatti Veyron itulah jenis kereta dalam gambar diatas, dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit belum termasuk cukai, jadi bila ditambah cukai tinggi yang dikenalkan bagi kenderaan import di negara ini, bolehkah anda anggarkan berapa nilai kenderaan ini?.
Mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j). saman trafik kerana melebihi had laju bukan lagi masalah bagi individu yang mampu membeli kenderaan selaju ini.
Cukai jalan bernilai RM 25,000 setahun bukan jumlah yang kecil bagi kebanyakan rakyat marhaen seperti kita, jika kita menerima gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan, kita perlu kumpul wang tersebut tanpa menbelanjakanya walau 1 sen pun untuk tempuh 1 tahun 3 bulan, itu pun semata-mata mahu bayar cukai jalan saja. adakah anda mampu membelinya?, kita rakyat marhaen hanya mampu melihat saja.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu:
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.
3. Enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000. lebih kurang RM266, 000.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit
9. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
10. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
11. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
12. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.
Mari kita lihat kehebatan kereta ini.


Jadi, milik siapakah kereta berkuasa tinggi ini, dikhabarkan ianya milik anak bekas perdana menteri, milik orang kuat umno, parti yang kononya memperjuangkan bangsa melayu.

Mokhzani Mahadhir dikatakan pemilik kereta mewah ini, entahkan betul atau tidak tidak tahulah "tukanglawan" mungkin juga betul, jika betul apa nak kisah kan..
Lagi pun orang umno di kampung-kampung tidak kisah walaupun mereka tidak memiliki kereta, kerana demi perjuangan bangsa melayu yang dilaungkan oleh orang-orang umno, mereka gembira melihat pemimpin mereka memiliki kereta mewah seperti ini, sekurang-kurangnya ini membuktikan kerajaan rejim umno berjaya menghasilkan orang melayu yang kaya raya.


Tetapi malangnya orang melayu umno yang kaya itu hanya dikalangan mereka, dikalangan kroni dan anak-anak menteri, nasihat "tukanglawan" kepada orang umno, sudahlah jangan ditipu umno lagi. ( lihat ini jika mahu bukti)

No comments: