Monday, March 26, 2012

Jom Keluar Mengundi PRU 13

Pelancaran JOM 100 untuk 100% Keluar Mengundi oleh BERSIH 2.0 di Bahagian Utara Semenanjung Malaysia

BERSIH 2.0 akan melancarkan kempen "JOM100 untuk 100% Keluar Mengundi Pada Pilihanraya ke-13" di bahagian utara Semenanjung Malaysia, pada 6 April 2012, di Kompleks Hijau Kuning, Alor Star.  Kempen JOM100 yang bertempat di Alor Star ini akan dilancarkan oleh pengerusi bersama BERSIH 2.0, A Samad Said, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan Toh Kin Woon.  Penceramah-penceramah lain yang turut menyokong Kempen JOM100 untuk 100% Keluar Mengundi ini termasuklah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kedah Azizan Abd Razak, Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim, dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.


Pada 8 Mac 2008, seramai 8.16 juta pengundi keluar melaksanakan hak mereka. Jumlah ini menyatakan bahawa kadar mengundi pada 2008 ialah 76%, dengan jumlah pengundi yang layak ialah 10.7 juta.  Hampir lima juta rakyat Malaysia yang berkelayakan mengundi tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana mereka bukan pengundi yang berdaftar.  Hal ini bermakna sebanyak tujuh juta rakyat Malaysia tidak mengundi pada pilihanraya yang berlepas.

BERSIH 2.0 inging mengumumkan kempen terbaru kami - JOM100, sebuah kempen yang bermatlamat untuk mencapai kadar mengundi 100% pada pilihan raya ke-13 yang akan datang.

Kenapa 100% keluar mengundi?

1. 100% keluar mengundi memperkukuh demokrasi
Rakyat Malaysia harus mengambil bahagian dalam soal negara dengan menyertai proses pemilihan pemimpin negara.  Warga negara berhak untuk meminta kerajaan agar bertindak mengikut suara rakyat.  Kita juga mempunyai kewajipan untuk memastikan kerajaan yang dibentuk bertanggungjawab dalam keputusan yang dibuat.  Kita, sebagai rakyat Malaysia mesti mendapat balik hak kita untuk menentukan masa depan negara kita dan bagi generasi yang akan datang.  Oleh itu, mengundi pada Pilihanraya ke-13 adalah amat penting bagi semua pengundi yang layak.

2. 100% keluar mengundi dapat mengurangkan peluang untuk penipuan dan penggarisan kawasan mengundi yang teruk
Pendedahan kes penipuan yang banyak dalam pilihanraya pada tahun-tahun lepas oleh organisasi masyarakat sivil, parti politik dan rayat yang mengambil berat terhadap isu ini, telah memberikan tekanan kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengambil tindakan yang serentak dan tegas untuk membanteras penipuan dalam pilihanraya.  Walaupun demikian, aduan terhadap penipuan dalam pilihanraya tidak berkurang dan sebaliknya bertambah.  Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak lambat dalam membanteras penipuan dalam pilihan raya.

Sejak berpuluh-puluhan tahun yang lepas, penggarisan sempadan kawasan pilihanraya telah dimanipulasikan untuk memastikan sesetengah kawasan pilihanraya dapat menang dengan senang sekali.  Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengatakan bahawa mereka tidak akan menggaris semula sempadan kawasan pilihanraya sebelum PRU13. Segala tindakan menggaris semula sempadan kawasan pilihanraya hanya akan berlaku selepas PRU13.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk mengurangkan impak penipuan pilihanraya dan penggarisan sempadan pilihanraya yang teruk adalah dengan memastikan kadar mengundi yang tinggi.

3. 100% keluar mengundi untuk menyokong reformasi pilihanraya

BERSIH 2.0 menyeru seluruh rakyat Malaysia yang turut merasakan keperluan untuk mereformasikan pilihan raya untuk bergiat menggalakkan kawan, keluarga dan komuniti keuar mengundi ataupun berdaftar sebagai pengundi.  Kadar mengundi yang tinggi akan menghantar satu mesej kepada calon yang menang dalam PR13, bahawa para pengundi di Malaysia ingin kerajaan yang baru ini untuk melaksanakan reformasi demokrasi dengan segera, termasuk reformasi terhadap sistem pilihanraya.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, Kempen JOM100 BERSIH 2.0 bertujuan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyampaikan harapan mereka melalui undi.  Kami akan menyampaikan mesej yang terserta dalam kempen ini kepada seluruh rakyat Malaysia melalui program di seluruh negara.

BERSIH 2.0 memanggil semua rakyat yang mengambil berat terhadap isu ini untuk menyokong kempen JOM100 dengan menggalakkan kawan-kawan dan ahli keluarga untuk mengundi pada PRU13, ataupun mendaftar sebagai pengundi dengan segera.  Masa depan negara ini bergantung pada kita dan kita perlu menyahut cabaran ini apabila hak demokrasi kita dirampas.

Kami akan mengadakan roadshow untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kempen JOM 100 dan mempromosikan pelancaran JOM 100 sebelum 6 April 2012 di Bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Pelan roadshow kami adalah seperti berikut:

30 Mac - Sungai Petani dan Alor Setar
31 Mac - Kulim dan Bukit Mertajam
1 April - Seberang Selatan Pulau Pinang dan Daerah Kerian, Perak

Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk membuat roadshow di negeri Perlis dan tempat lain di bahagian zon utara Semenanjung Malaysia.  Kami menyeru semua parti politik, organisasi, serta individu untuk turut menyokong kempen BERSIH2.0 ini.

Sila hubungi ahli sekretariat SUARAM cawangan negeri Pulau Pinang Ong Jing Cheng 012-7583779 untuk menjayakan kempen JOM 100 di peringkat bahagian zon utara Semenanjung Malaysia.

Salam BERSIH 2.0!
*Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), terdiri daripada Ambiga Sreenevasan (Pengerui Bersama), A. Samad Said (Pengerui Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr.Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin.

No comments: