Thursday, March 22, 2012

Harga Hartanah di Malaysia Terlalu Tinggi! Antara Sebab Rakyat Nak Tukar Kerajaan?


Harga Hartanah Malaysia Harga Hartanah di Malaysia Terlalu Tinggi! Antara Sebab Rakyat Nak Tukar Kerajaan?
Ramai yang menggelarkan Tun Daim Zainuddin ini “Daim Diam”. Kalau sebelum ini terkenal dengan karakter yang jarang-jarang sekali mengeluarkan kenyataan di media arus perdana walaupun ketika beliau bergelar Menteri Kewangan dahulu.
Tetapi, sejak akhir-akhir ini beliau acapkali tampil berkongsi pandangan & pendapat tentang senario yang berlaku di Malaysia ketika ini, seperti mana yang beliau lakukan sebelum pilihanraya umum 2008. Terbaru….

Tun Daim Zainuddin Harga Hartanah di Malaysia Terlalu Tinggi! Antara Sebab Rakyat Nak Tukar Kerajaan?Terbaru Tun Daim Zainuddin mengatakan harga rumah kediaman di Malaysia terlalu tinggi, jauh diluar kemampuan rakyat untuk memilikinya.
Apa pendapat anda pula? Dan apa lagi yang beliau katakan? Beliau mengesa kerajaan mengambil tindakan cepat dengan cara mengawal kalangan pemaju yang “telah merosakkan” pasaran hartanah di Malaysia.

Lagi Butir-butir Kenyataan Tun Daim Zainuddin Mengenai Pasaran Harga Hartanah di Malaysia

  1. Pemain industri hartanah di Malaysia seringkali mengatakan harga hartanah di Malaysia masih lagi murah, masih lagi rendah berbanding beberapa negera jiran kita. Hakikatnya kenyataan seperti itu adalah mengelirukan pengguna seperti anda, anda semua. Anda bersetuju?
  2. Yang kedua. Kenaikan mendadak harga hartanah semenjak tempoh dua tahun yang lalu sangat tidak masuk akal.
  3. Seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan akan mendapati sukar untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur hari ini, dan sepatutnya gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia hari ini adalah RM1, 200 sebulan
  4. Gaji minimum perlu dinaikkan seiring dengan kadar produktiviti. Dalam pada masa yang sama kadar inflasi harus dibendung oleh pihak kerajaan
  5. Kelonggaran kerajaan berkenaan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) & kelonggaran bank pusat ke atas dasar pinjaman dan garis panduan mengenai pinjaman perumahan sebelum ini telah menimbulkan terlalu banyak aktiviti spekulatif dalam industri hartanah

Jadi, Apa yang Rakyat Malaysia Mahukan Sebenarnya? (Tun Daim Zainuddin)

  1. Sifat mewah adalah di luar jangkauan rakyat Malaysia ketika ini. Itu hakikatnya.
  2. Oleh itu, kerajaan perlu prihatin dan jelas bahawa setiap daripada mereka (iaitu anda, anda semua) mahu memiliki rumah sendiri pada kadar yang munasabah. Setuju?
  3. Rakyat Rakyat juga mahu disediakan peluang pekerjaan, dengan gaji yang mampu untuk memenuhi keperluan harian mereka
  4. Seterusnya rakyat mampu menerima pendidikan yang sempurna
  5. Harga barang dikawal dengan baik. Bukannya harga bercakap kosong sahaja. Ini kerana rakyat akan terus memerhatikan polisi kerajaan sekarang ini
  6. Akhir sekali, jika kerajaan mengambil berat keperluan rakyat hari ini, mereka tidak akan mempertimbangkan untuk menukar kerajaan
Sebenarnya kerajaan boleh mengawal pasaran harga hartanah di Malaysia. Memang boleh. Sebab memang berkuasa ketika ini. Tetapi jikalau ramai kalangan pemimpin terus menagih komisen dan mempunyai kepentingan besar dalam industri hartanah, impian besar rakyat Malaysia hanyalah tinggal angan-anga semata. Harap tidak begitulah.
“Disebabkan kelompok REDHA yang tamak haloba, ramai rakyat Malaysia yang melopong”
Jangan biarkan REHDA lagi berkuasa daripada pihak kerajaan. Harga pasaran hartanah hanya boleh dikawal oleh kerajaan persekutuan. Dasar yang dilakukan itu kena benar-benar jelas & menjaga kepentingan rakyat kebanyakan bukan yang “berkepentingan”. Dan kami merasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib cuba buat yang terbaik kepada rakyat Malaysia sepanjang di bawah kerajaannya. Tetapi harapan kami janganlah ulangi lagi dengan dasar …………………
Skim Rumah Pertamaku” – Apabila pasaran harga hartanah terus meningkat, naikkan jumlah maksimum tetapi GAJI TETAP SAMA?
Diharap kerajaan Datuk Najib terus memikirkan lagi dasar yang mampu membendung masalah ini dengan secepat mungkin. Kadang-kadang rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan kenaikan berkali-kali ganda harga rumah sedangkan kenaikan gaji dilihat sukar untuk dinaikkan. Bertambah parah, ada yang sudah tidak merasai kenaikan gaji untuk sekian lamanya.
Memang mudah pemaju letak harga. Mereka akan menggunakan pelbagai alasan untuk membolehkan harga rumah dijual beratus-ratus ribu. Kemudian, bank pun mengambil peluang untuk mengaut keuntungan sama. Semua mahukan keuntungan. Jadi akhirnya beban diletakkan di bahu pembeli  yang berkeinginan memiliki rumah sendiri. Itu belum ditambah lagi dengan kehadiran spekulasi pelabur-pelabur hartanah.
Ada sesetengah hartanah yang kami perhatikan, harga boleh melonjak tinggi untuk tempoh 3-5 tahun sahaja. Daripada nilai rumah sekitar RM300,000-RM400,000 terus meningkat naik ke paras RM1.2 juta contohnya. Sub-sale sudah 2, 3 kali pun masih ada lagi yang nak beli. Siapa boleh halang bukan? Selagi mana ada permintaan….
Walaubagaimanapun, jika ada yang mengharapkan harga rumah akan turun ke paras 2-3 tahun lepas, tak mungkin akan berlaku sebegitu rupa. Walaupun ada inisiatif kerajaan untuk hentikan kegiatan spekulator, harganya hanya boleh diturunkan sekitar 10% sahaja, paling banyak pun 15%. Maksudnya di sini, jikalau rumah sekarang berada pada harga sekitar RM400,000, paling banyak harga rumah boleh turun pun sekitar RM40,000 sahaja. Walhal….walhal 2-3 tahun lepas rumah 22 x 70 hanya sekitar RM280,000.
Itu sebablah kami harap selepas dasar-dasar yang dikemukakan jangan sampai membiarkan spekulator bermaharajalela. Spekulator-spekulator ini, kerajaan mesti tahu siapa dibelakangnya kerana dilihat mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan “mempunyai kuasa & pengaruh”.
Sekarang insiden-insiden rumah-rumah yang sudah habis dibeli tetapi apabila sudah siap sepenuhnya tidak ramai penduduk, sudah menjadi perkara biasa. Apabila disemak semula banyak lagi rupanya rumah yang berada di tangan pemaju. Bijak-bijak. Bijak menipu….
Temasya Glenmarie Harga Hartanah di Malaysia Terlalu Tinggi! Antara Sebab Rakyat Nak Tukar Kerajaan?Apabila ramai pemaju yang buat begitu, ia akan cipta suasana terdesak membeli rumah dan makin lama makin ramai yang terpaksa “terjun”. Akhirnya ianya akan jadi keadaan “panic buying” dan dengan mudahnya mereka terus menaikkan harga rumah.  Contoh? Ada….
Contohnya Temasya Glenmarie. Orang beratur nak beli. Sehingga ada yang sanggup membayar kepada sesiapa yang mengambil giliran untuk mereka. Sampai begitu sekali keadaan yang dicipta oleh kalangan pemaju ini.  Akhirnya apa jadi?
“Semua unit habis terjual dalam sekelip mata”
Apabila sudah siap sepenuhnya, semakan berdasarkan kadar yang menghuninya sangatlah rendah. Akhirnya, kebanyakkan dapat dilihat masing-masing mula menaikkan banner untuk dijual. Adakah mereka yang membeli ini, benar-benar pembeli yang “asli” atau sebenarnya mereka adalah kalangan pelabur hartanah/spekulator? Yang mana satu?
Mungkin sudah tiba masanya :
  1. Kerajaan melarang warga asing membeli harga rumah freehold. Berani?
  2. Kerajaan hanya membenarkan warga asing membeli hartanah pada nilai RM1 juta dan ke atas sahaja. Berani?
  3. Dan…yang ini, mungkin kalangan “jutawan hartanah atau pakar hartanah” tidak menggemari cadangan ini. Warganegara dihadkan memiliki tidak lebih daripada 3 rumah pada satu masa yang sama. Berani?

No comments: