Sunday, May 23, 2010

Khairy dan Senatak Sesumpah jadi Menteri?

Mstar hari ini melaporkan mungkinkah akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.

Itu cakap-cakap yang kian hangat diperkatakan di kalangan Jemaah Menteri dan pemerhati politik sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan mengumumkan barisan baru anggota Kabinet pada bila-bila masa.

"Akan ada rombakan tapi belum tahu masa untuk diumumkan," kata sumber kepada mStar Online di sini hari ini.

* Jawabnya Ya...Sumber Sharpshooter memberitahu kemungkinan besar Khairy akan dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan manakala Senatak Sesumpah pula akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertahanan.

Namun menurut laman web pro UMNO....Ezam Timbalan Menteri, MIC Dapat Dua Menteri, Samy Jadi Duta?

Sementara itu, Datuk Seri Samy Vellu dijangka bercuti panjang daripada jawatan Presiden MIC dan akan dilantik sebagai Duta bertaraf Menteri ke India.

Bekas Ketua Angkatan Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor yang dilantik sebagai Senator pada minggu lalu dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet akan datang.

Selain Ezam, antara yang akan turut berada dalam senarai kabinet baru ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanievel yang akan dilantik sebagai Menteri penuh. Bagaimanapun perlantikan Palanievel dijangka tidak mengambil alih kedudukan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. S. Subramaniam.

MIC dijangka akan mendapat dua Menteri Penuh, manakala MCA hanya akan mendapat tiga jawatan menteri berbanding empat sekarang ini.

Sementara itu, beberapa ahli politik UMNO yang dihubungi mykmu kurang senang dengan khabar angin perlantikan Ezam sebagai Timbalan Menteri. Mereka berpendapat belum masanya beliau diberi jawatan sedemikian biarpun percaya Ezam mempunyai pengalaman, kebolehan dan kemampuan melaksanakan tugasnya.

Menurut mereka jika perlantikan Ezam sebagai senator sahaja sudah menimbulkan riak kurang senang di kalangan sebahagian penggerak UMNO, apakah bentuk tindak balas jika beliau dilantik pula sebagai Timbalan Menteri.

Menurut sumber, perlantikan Ezam bertujuan membantu kerajaan menarik golongan muda bersama kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan. Jika ini benar ia bermakna satu tamparan hebat kepada Pemuda UMNO terutamanya Naib Ketua Pemuda, YB Datuk Razali Ibrahim yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Biarkan...Biarkan...mereka bergaduh...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

"You help me, I help you", SPRM siasat Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed (
kiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.

-malaysiakini-

Tidak dibenar lawat, isteri kedua Sultan Kelantan hampa lagi..siapa dia yang tak benarkan..???

Posted by RAKYAT MARHAEN

Elia Suhana di pekarangan Istana Mahkota bersama peguamnya Fakhrul Azman (tengah) ketika beliau cuba melawat Sultan Kelantan.
KOTA BARU, 23 Mei — Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan sekali lagi hampa apabila hasratnya untuk melawat terhalang, kali ini lebih malang apabila baginda sendiri dikatakan bertitah tidak membenarkan dia menghadap.
Elia Suhana dan peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan bersama beberapa rombongannya tiba di Istana Mahkota, Kubang Kerian kira-kira pukul 1 tengah hari tadi dan meninggalkan premis itu 30 minit kemudian apabila tidak dibenarkan masuk.
“Maaf encik, saya dititahkan oleh Tuanku sendiri (Sultan Kelantan) tidak benarkan menghadap.
“Saya hanya menjalankan perintah,” kata seorang pegawai Istana Mahkota ketika menyampaikan titah itu kepada rombongan Elia Suhana di pintu pagar Istana Mahkota.
Cubaan kali pertama Elia Suhana untuk melawat Sultan Kelantan sekembalinya dari Singapura 4 Mac lalu yang juga berakhir dengan kegagalan setelah dikatakan dihalang oleh Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada 12 Mac lalu.
Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.
Pada 21 Feb lalu, Elia Suhana memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Tengku Anis kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang telah membenarkan beliau menziarahi baginda antara Sabtu dan Isnin setiap minggu.
Perintah mahkamah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan sepertimana hari dan masa yang ditetapkan tersebut telah dikeluarkan pada 4 Feb lalu melalui Hakiam Syarie Abdullah Man yang ketika itu baginda sedang menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Elia Suhana kelihatan kecewa apabila kehadirannya atas kapasiti sebagai seorang isteri terus mendapat halangan.
“Sebagai isteri saya juga mempunyai hak untuk menziarah Tuanku.
“Kehadiran saya atas kapasiti seorang isteri, lagipun dengan perintah mahkamah.
“Perintah mahkamah berhubung hak lawatan saya ke atas Tuanku setiap Sabtu hingga pagi Isnin masih sah,” kata beliau kepada pemberita.
Rabu lepas Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kota Baru membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah 4 Feb lalu.
Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan.
Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lalu adalah tidak sepatutnya kerana perintah itu telah dikeluarkan ke atas isteri yang sah.
Pada 4 April lalu, mahkamah yang sama telah menangguh kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal ke atas suaminya dengan alasan mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana.
Pada 21 Mac lalu, Elia Suhana memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap dirinya yang difailkan seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, sebelum ini yang mendakwa Sultan Kelantan telah menjatuhkan talak ke atas Elia Suhana pada 12 Feb lalu.
Dalam pada itu, Fakhrul Azman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes ini di mahkamah.
“Kita dimaklumkan oleh seorang pegawai istana tadi mengatakan Sultan (Kelantan) bertitah tidak mahu jumpa dengan Che Puan Elia dengan alasan mengatakan Sultan telah melafazkan cerai.
“Jadi kita akan fikir macam mana tindakan selanjutnya sebab kes ini berada di mahkamah,” katanya.

Cabaran RPK kepada kerajaan: Buktikan saya bersalah di UK!

Posted by RAKYAT MARHAEN
Raja Petra Kamaruddin (RPK) akhirnya muncul di BPP Law School, London untuk mencabar kerajaan Malaysia agar membuktikan beliau bersalah di United Kingdom, tetapi bukan mengurungnya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Kalau mereka nak main, main ikut peraturan saya! Bak pepatah, kalau nak tumbangkan musuh, ajak dia main di gelanggang kita. Gelanggang saya di sini, United Kingdom!" Demikianlah kata-kata RPK sambil berseloroh ketika dijemput oleh Solicitor’s International Human Rights Group untuk berucap di BPP Law School, semalam.
Semasa menjawab soalan dari bawah pentas, RPK mendakwa sebaik sahaja beliau dibebaskan pada Februari tahun lalu, pendakwa raya telah memohon agar mahkamah menggugurkan penghakiman tersebut. Namun, permohonan itu tidak terjawab sehingga kini. RPK menjangka dirinya mungkin ditahan semula.
RPK berkata dirinya sanggup berdepan dengan pendakwaan pada bila-bila masa, tetapi enggan melayan seandainya beliau perlu dikurungkan di bawah ISA.
Biarpun RPK pernah dicabar untuk pulang ke mahkamah Malaysia dan membuktikan dirinya tidak bersalah, beliau tetap berkeras, "Penuntut fakulti perundangan tahun pertama juga tahu bahawa tanggungjawab pendakwa raya adalah untuk membuktikan tertuduh bersalah, bukannya tertuduh membuktikan dirinya tidak bersalah. Kalau mereka ingin membuktikan saya bersalah, datanglah ke mahkamah UK!"
Salah seorang hadirin membandingkan situasai antara RPK dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, "Kamu dan Anwar Ibrahim berdepan dengan keadaan yang sama. Seorang memilih untuk terus berada dalam negara, seorang lagi memilih untuk terbang ke London. Siapakah pula antaranya yang lebih mungkin untuk mengelakkan diri dari malapetaka?"
Secara terus terang RPK mendakwa Anwar Ibrahim telah bertekad untuk menetap di Malaysia dan menentang sehabis-habisnya, kerana Anwar Ibrahim ingin menjadi Perdana Menteri seterusnya. Namun, RPK menyatakan bahawa dirinya tidak berniat untuk menjadi ahli politik.
London telah menjadi medan perang antara kerajaan dan pembangkang di Malaysia, lantaran populasi warga Malaysianya yang agak tinggi. Ahli politik Malaysia seperti Menteri Besar Negeri Perak Zambry Abd Kadir, Anwar Ibrahim, Mohd Nizar Jamaluddin dan lain-lain lagi pernah mendarat di kota antarabangsa ini untuk memberi ucapan politik. Kini, blogger terkenal di Malaysia, RPK turut tampil berkongsi pengalaman dirinya ketika ditahan di bawah ISA.
ISA bukan warisan penjajah British
RPK menafikan bahawa ISA adalah akta yang diwarisi daripada penjajah British, ketika beliau memulakan ucapannya. ISA diluluskan selepas tiga tahun negara kita mencapai kemerdekaan. RPK menambah, ISA dibentangkan oleh bekas PM Abdul Razak pada tahun 1960 (TPM ketika itu), dibantah oleh pemimpin Parti Progresif Rakyat, D. R.Seenivasagam.
Abdul Razak ketika itu memujuk D. R.Seenivasagam dengan alasan bahawa ISA diperlukan untuk menangkis serangan komunis, namun ISA kini telah menjadi alat kerajaan untuk menekan mereka yang berbeza pandangan dan menakut-nakutkan pegawai kerajaan, kata RPK.
Menurut RPK (gambar kanan), OKT (orang kena tahan) akan diasak dengan pelbagai tuduhan dalam tempoh penahanan 30 hari pertama, malah berdepan dengan ancaman agar OKT mengaku salah. RPK berkata surat pengakuan salahnya setebal 200 muka surat, antaranya termasuklah "membunuh Presiden Kennedy". Beliau akan dibebaskan seandainya mengaku bersalah, dan meletakkan tandatangan pada setiap muka surat, untuk 30 salinan surat pengakuan yang setebal 200 muka surat.
30 hari kemudiannya, OKT akan diseksa, supaya berpaling tadah untuk menyokong kerajaan. Malah, OKT akan digoda dengan pangkat, wang, rumah banglo dan sebagainya. RPK membahagikan OKT kepada dua kategori, iaitu sebahagiannya akan menerima ganjaran setelah kompromi. Selebihnya pula akan diarah untuk terus kekal dalam pembangkang sebagai "trojan horse" BN. Kuda Trojan ini akan mencetuskan perselisihan dalam pembangkang untuk mencungkil rasa benci pengundi, malah RPK terus menyindir bahawa Zulkifli Nordin adalah antara yang terjatuh dalam kategori ini.
Disambut dengan penghormatan
Selain itu, RPK juga mendedahkan penyeksaan yang berlaku ketika penahanan di bawah ISA. Ketika mengulas pilihan raya kecil yang berlangsung di Malaysia setelah dibangkitkan oleh hadirin, RPK berkata pertubuhan antarabangsa harus menghantar pemerhati untuk memantau perjalanan PRK di Malaysia, yang mana penyelewengannya semakin berleluasa.
Ceramah ini diadakan pada jam 2 petang di London, semalam, menarik kehadiran antara 300 hingga 400 orang. Hadirin berdiri dan menyambut ketibaan RPK dengan tepukan gemuruh. Malah, ada yang meminta tandatangan RPK selepas ceramah tersebut.
*Sim Tze Wei

Saturday, May 22, 2010

Mugilan lancar GAS desak Samy berundur segera

Posted by RAKYAT MARHAEN

V. Mugilan menunjukkan surat pemecatan dengan ditemani anggota CWC MIC, G. Kumar Aman (tengah) dan peguamnya pada sidang media pagi tadi.

PETALING JAYA, 22 Mei — Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang dipecat daripada parti itu kelmarin akan melancarkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) 30 Mei ini bagi mendesak Presiden MIC berundur segera.
Majlis pelancaran akan diadakan di ibu negara dengan dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang.
Mugilan mengumumkan langkah pertama ini tiga hari selepas menerima surat pemecatan daripada Datuk Seri S. Samy Vellu.

Mugilan menolak pelan peralihan kepimpinan Samy Vellu Rabu lalu dengan mendesak presiden itu berundur serta-merta dan jika tidak sebelum 31 Disember ini.
Mugilan, 35, yang merupakan Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor sehingga beliau dipecat kelmarin berkata, usahanya ini mendapatkan sokongan pemimpin-pemimpin parti itu sama ada yang telah dibuang ataupun masih menganggotainya.
“Malah, usaha ini juga mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum,” kata Mugilan yang enggan mendedahkan nama ‘orang besar’ yang menyokongnya.
‘GAS adalah kuasa rakyat, hari keramat untuk MIC menghadapi masa depan yang lebih baik, kekal relevan,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider selepas sidang media di sini.
“Kami hendak menunjukkan kepada kerajaan pimpinan BN bahawa masyarakat India adalah serius untuk melihat perubahan kepimpinan dalam MIC iaitu Samy Vellu berundur,” katanya.
Samy Vellu, 73, menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk memecat Mugilan kelmarin walaupun sehari sebelum itu mengumumkan akan merujuk kepada jawatankuasa disiplin kerana telah bertindak bertentangan dengan kepentingan MIC dan BN semasa pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April lalu.
Mengumumkan perkara ini pada sidang media di sini pagi ini — yang diadakan untuk membuat pendedahan mengenai kepimpinan Samy Vellu yang menerajui MIC sejak 1979, Mugilan berkata:
“Saya akan mengumumkan nama mereka ketika pelancaran Ahad ini.”
Selepas pelancaran di ibu negara Ahad, kata beliau, GAS akan bergerak ke seluruh negara bagi mencari sokongan menggesa Samy Vellu berundur segera.
Sempena pelancaran itu kata Mugilan, beliau akan mengeluarkan CD khas mengisahkan kepimpinan Samy Vellu sepanjang 31 tahun ini.
“Ia akan menggambarkan siapakah sebenarnya Samy Vellu,” katanya.
Rangkaian sosial Facebook bertajuk “Support GAS” juga akan dimulakan, kemungkinan hari ini.
“Dulu kita menggunakan kayu untuk mengadakan api, sekarang zaman sudah berubah, kita gunakan gas... usaha perlu digerakkan untuk mendesak Samy Vellu berundur, saya tidak bertindak menentang kepentingan MIC, tetapi mahu Samy Vellu berundur,” kata beliau dengan merujuk usaha baru dengan penubuhan GAS ini.
Sambil menyifatkan sejarah berulang, Mugilan sekali lagi mempertahankan tindakannya meminta Samy Vellu berundur segara atas alasan pemimpin veteran itu pernah menggesa Tun V.T. Sambanthan, presiden ketika itu, agar meletakkan jawatan dengan segera.
“Masa itu Samy Vellu berusia sekitar 30-an dan saya sekarang berusia 35 tahun. Jadi, jika Samy Vellu boleh buat dulu (desak Sambanthan berundur), mengapa kami, saya sebagai pemimpin Pemuda sekarang tidak boleh mendesak berhenti sekarang?
“Dan, apabila saya meminta beliau berundur mengapa mahu ambil tindakan?” kata Mugilan yang hubungan dengan Samy Vellu dingin sejak namanya mendapat perhatian Umno dan pucuk kepimpinan BN untuk diturunkan sebagai calon Hulu Selangor.
Ketika ditanya sama ada yakin akan berjaya dalam usahanya ini, Mugilan berkata, beliau mempunyai sokongan moral yang baik buat masa sekarang.
“Kita kena buat sekarang, jika tidak buat sekarang ia akan memberi kesan buruk kepada MIC dan BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Pemuda UMNO Bahagian Serdang - bantah lesen judi

Posted by RAKYAT MARHAEN


Image
Pemuda UMNO Bahagian Serdang turut serta membantah isu lesen judi yang mahu dilaksanakan bagi pertaruhan untuk kejohanan sukan bola sepak piala dunia. Tindakan UMNO Bahagian Sedang ini amat dialu-alukan. Tindakan Pemuda UMNO Bahagian Serdang ini di lihat oleh www.umno-reform2.com sebagai satu perubahan yang perlu ada pada semua ahli UMNO. Perubahan yang dimaksudkan adalah keberanian membantah – dan ini juga dapat menunjukkan pandangan serta bantahan UMNO terhadap judi. Jangan takut – bertindak sebegini akan mampu memperlihatkan bahawa UMNO itu bebas – dalam mengkritik kerajaan dan tidak meletakkan apa sahaja yang kerajaan buat perlu di angguk oleh semua yang lain!
Sabtu, 2010 Mei 22

ROSMAH MANSOR AKTIF DALAM POLITIK UMNO ?



Rosmah Mansor begitu aktif dalam arena politik. Semua peranan Kementerian Wanita yang ditarajui oleh Sharizat Jalil diambil peranan oleh Rosman seolah olah Sharizat seorang Menteri Tanpa Portfolio ?

Hampir tiap malam TV3 membuat liputan penting kepada Rosman dan semua kegiatan Rosmah di expose oleh TV3. Tidak pernah semua isteri mantan Perdana Menteri yang sudah sudah pernah lakukan peranan yang dilakukan oleh Rosman Mansor.

Ada khabar angin yang tidak rasmi mengatakan bahawa PRU13 Rosmah Mansor akan bertanding sebagai Ahli Parlimen Rembau Negeri Sembilan. Kalau berita ini benar maka KJ akan tersingkir kerana beliau bukan favourite kabinet DS Najib.

Kebetulan Rosmah juga adalah berasal dari Rembau Negeri Sembilan, kalau berita angin ini betul maka Rosmah jika menang akan menjawat jawatan Menteri Penuh dalam kabinet DS Najib. Kesian KJ tanpa Pak Lah.

Friday, May 21, 2010

Gambar panass!! .. Alamak ni haram atau harus ?

Cuba lihat gambar dibawah. MAKANAN Tentera Malaysia... Gua no komen siapa nak komen silakan....

Aiks...kena sembelih jugak ke..?

alahai kesian enkau monyet...


Buang Bulu baru enak.....


Monyet Panggang masak hitam....?


kami dalam latihan abang..


Hmmmm sedap...

Licin ......sampai ketulang


ishhh....kepala b**I pun ada


firman Allah bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Surah al-Baqarah, ayat 168-169).

Ranking Casino Dunia...kita ranking nombor 1



Ranking Casino DuniaTop-10
largest casinos by number of employees
1.) Casino de Genting (PAHANG) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000 T-
6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000 T-
7.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar's Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

Pergh. Nak bangga ke tak ni? kita nombor 1 dolll!!! Semoga Allah menyayangi kita dan berdoalah kita jauh dari bala bencana malapetaka!!

Sime Darby: Kenyataan Najib tidak bertanggungjawab

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 21 Mei
: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kerugian besar Sime Darby Berhad tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab.

Ketika ditanya mengenai perkara itu semalam, Perdana Menteri berkata: "'Kita perlu tengok dulu apa punca kerugian. Ini kita kena kaji sebelum kita boleh buat apa-apa tentang kebertanggungjawaban dalam soal ini".

“Sime Darby mengalami kerugian besar akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion. Saya telah menyatakan sebelum ini bahawa Najib sebagai Menteri Kewangan adalah orang yang paling bertanggungjawab terhadap kerugian itu," kata Salahuddin.

Menurut beliau, berdasarkan laporan tahunan Sime Darby 2009, Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) mempunyai 39 pegangan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 14 peratus dan PNB sendiri 13 peratus. ASB berada di bawah PNB.

"Ia bermakna pegangan PNB dan KWSP dalam Sime Darby berjumlah 66 peratus dan kedua-duanya bertanggungjawab terus kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri," kata beliau.

Rakyat, katanya, tidak boleh menerima penjelasan bahawa lembaga pengarah Sime Darby yang turut dianggotai oleh wakil-wakil dari PNB dan KWSP tidak menyedari awal-awal lagi kemungkinan kerugian yang akan dialami.

"Peniaga kecil pun membuat kajian kemungkinan (feasibility study) dan penilaian prestasi (performance appraisal), sebab itulah rakyat tidak boleh menerima jika lembaga pengarah Sime Darby didakwa tidak menyedari kerugian itu sejak dari awal lagi," kata Salahuddin.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sejak dari awal lagi beliau mempersoalkan di manakah jawatankuasa audit dan akaun Sime Darby.

"Adakah jawatankuasa audit dan akaun itu tidak mengesan kerugian tersebut lebih awal?

"Jika mereka telah mengesan kerugian itu lebih awal dan melaporkannya kepada Lembaga Pengarah Sime Darby, apa yang dilakukan oleh lembaga pengarah GLC itu termasuk wakil-wakil dari PNB dan KWSP?" tanya Salahuddin.

Lebih dari itu, katanya, jika kerugian itu dikesan sejak dari awal lagi, adakah PNB dan KWSP tidak melaporkannya kepada Menteri Kewangan.

"Sebab itulah saya menyatakan sebelum ini, jika Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan tidak sedar kerugian yang sebegitu besar, sistem kebertanggungjawaban apa yang digunakan oleh kementeriannya?

"Tidak sedar bermakna kelalaian atau negligence dan negligence boleh dianggap breach of duty.

"Sebab itulah jika Perdana Menteri tidak sedar, beliau tidak layak menjadi Menteri Kewangan dan rakyat mesti menuntut beliau berundur.

"Jika beliau telah dilaporkan awal-awal tentang kerugian itu dan tidak berbuat apa-apa, adalah jelas beliau adalah sebahagian dari pihak yang bersalah atas kerugian itu dan beliau mesti berundur jika beliau seorang yang bertanggungjawab dan bersifat patrotik kepada negara ini," katanya.

Salahuddin juga meminta rakyat menyedari bahawa kerugian Sime Darby bukanlah yang pertama yang dialami oleh GLC dan tidak semesti yang terakhir.

"Sebelum ini kita mendengar kerugian Mas, Maybank dan sebagainya. Semua itu hakikatnya adalah simptom kepada penyakit sebenarnya iaitu pentadbiran Umno dan Barisan Nasional yang sarat dengan kelalaian, kepentingan sendiri, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa," katanya.

'Pornthip penipu': Nazri terlepas hina mahkamah

Mahkamah Koroner hari ini menolak permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut koroner, Azmil Muntapha Abas kenyataan yang dibuat oleh Nazri itu adalah “pandangan peribadinya”.

Keputusan itu berikutan komen Nazri yang dilaporkan oleh
Malaysiakini pada bulan lalu, di mana beliau melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor itu sebagai “penipu”.

Ia berhubung penjelasan Pornthip mengenai keenggannya untuk ke Kuala Lumpur menyambung memberi keterangan kerana bimbangkan keselamatannya.

Pada 11 April lalu, Pornthip memberitahu
Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Berikutan itu, peguam Karpal Singh memfailkan permohonan itu bagi pihak abang Teoh, Meng Kee – bagi memenjarakan Nazri kerana kenyataannya yang mendakwa pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai "penipu".

Usul itu difailkan melalui firma guaman Karpal Singh & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam dan dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948.

Kerugian Sime Darby: Musa sedia letak jawatan

Tun Musa Hitam membayangkan hanya akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd sekiranya siasatan penuh dalaman mendapati beliau dan anggota lembaga pengarah yang lain bertanggungjawab terhadap kerugian besar yang dialami oleh syarikat konglomerat itu.

Beliau menegaskan bahawa sebarang permintaan untuk melepaskan jawatan membabitkan anggota lembaga pengarah perlu dibuat oleh pemegang saham dan ia boleh dilakukan melalui mesyuarat agung luar biasa.

"Apabila saya ditanya sama ada saya bersedia berhenti, saya kata saya tidak ada masalah tetapi mesti ada asas...kerana saya seorang yang berpegang kepada prinsip," katanya ketika ditemui selepas menutup Forum Ekonomi Islam Dunia di Kuala Lumpur.

"Saya memberitahu lembaga pengarah bahawa jika kami didapati bersalah barulah bertanggungjawab," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan berterusan oleh pelbagai pihak supaya Musa bersama Lembaga Pengarah Sime Darby meletakkan jawatan di atas kerugian syarikat tersebut.

Sime Darby mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM1.63 bilion daripada Bahagian Tenaga dan Utiliti akibat lebihan kos daripada projek Qatar dan Empangan Bakun.

M
usa menjelaskan Sime Darby ketika ini dalam proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca masalah itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai bila tempoh siasatan itu selesai kerana ia mungkin menjejaskan harga saham syarikat tersebut.

"Ya, memang ada tempoh tetapi saya tidak akan memberitahu. Ia secepat mungkin...saya tidak main-main. Ia mempengaruhi saham dan segalanya, Sime Darby syarikat yang besar, kami tidakan tergesa-gesa mengenainya. Kami perlu serius,"
katanya.

Musa memberi jaminan Lembaga Pengarah tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat kerana Sime Darby adalah sebuah syarikat yang berpegang teguh kepada amalan urus tadbir yang tinggi.

"Rugi tetap rugi, tetapi kita telus dan mengamalkan akauntabiliti. Jika sesiapapun didapati bersalah, sudah pasti tindakan diambil. Lembaga Pengarah Sime Darby bukan di kalangan yang jenis buang yang keruh, ambil yang jernih, kita juga tidak akan tunding jari kepada mana-mana pihak sehingga kita mengenal pasti hasil siasatan yang masih dilakukan oleh pihak profesional," katanya.

Ditanya bagaimana Sime Darby akan mengatasi masalah kerugian yang dialami itu, Musa berkata pihaknya akan berhati-hati dan berhemah dalam membuat sebarang keputusan dalam perbelanjaan.

-Bernama-

Wain: 'Penyelewengan RM100b Dr M disokong bukti'

Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan
Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.

"Sehingga hari ini, ia telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan (ahli ekonomi) di rantau ini termasuk Thailand.

"Ada satu ulasan di Malaysia, dalam talian, yang menulis satu fakta salah yang saya terpaksa ulas, untuk jelaskan bahawa orang yang menulis ulasan tersebut telah membuat kesalahan fakta berhubung kesan pilihan raya 1969, antara lainnya," katanya lagi.

Wain berada di negara ini sehingga minggu depan untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.
-malaysiakini-

Bentuk negara yang bagaimana menjadi aspirasi rakyat



Malaysia yang diidamkan ada;ah sebuah negara yang selamat, makmur, adil dan memberi harapan kepada kehidupan lebih baik pada masa depan. Tidakkah ini yang menjadi cita-cita dan aspirasi semua rakyat?

Sememangnya rakyat negara ini mahu bebas mengamalkan cara hidup yang dipilihnya. Bagi orang Islam, tentaunya mereka mahu bebas mengamalkan ajaran agama tanmpa sebarang sekatran atau perdebatan. Pada waktu sama, tentulah terdapat banyak pandangan dan tafsiran mengenai agama itu sendiri. Dalam hal ini,tentunya semua orang mahu mengamalkan apa yang dipercayai, tidaklah mahu mereka dipaksa untuk mengamalkan sesuatu yang tidak dipercayainya


Maka ciri pertama ialah selamat. Malaysia yang dikehendaki adalah selamat bukan saja dari ancaman luar tetapi juga bebas jenayah. Ini memang cabaran besar bagi Malaysia. Bagaimanakah mahu mewujudkan Malaysia yang bebas jenayah? Isu keselamatan ini wajar sering diperdebatkan dalam Parlimen hingga benar-ebnar masalah jenayah dapat diatasi.

Kalau tidak, isu ini akan tenggelam dan seolah-olah kegiatan jenayah adalah suatu yang lumrah dan dapat diterima. Bagi mengelak ia sudah dianggap biasa, maka sebaiknya ia perlu ditimbulkan dan dibahaskan selalu. Maka inilah tanggungjawab wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Memang sukar untuk membanteras jenayah, tetapi apalah gunanya negara yang makmur jika rakyatnya sentiasa ketakutan kerana sering diancam oleh kegiatan jenayah. Sememangnya perkara asas yang perlu diatasi ialah meningkatkan kemampuan pasukan polis. Selain daripada menambah anggota, maka perlu ditingkatkan kualiti mereka.

Bagaimanapun, membanteras jenayah bukan saja melalui usaha meningkatkan keupayaan polis tetapi melibatkan banyak perkara, yang berkaitan dengan keadaan masyarakat. Pertamanya ialah keadaan ekonomi masyarakat. Bukanlah bermakna jika ekonomi masyarakat menjadi baik, maka jenayah akan berkurangan.

Apa yang perlu diambil kira dalam hal ini ialah jurang pendapatan. Jika jurang iotu luas, sduah tentu golongan yang terpinggir akan tertekan. Tekanan untuk memperoleh pendapatan yang baik seperti warga lain boleh mendorong kepada perbuatan jenayah. Ia juga berkaitan dengan budaya dan psikologi warga masyarakat. Jika kesombiongan dan keangkuhan golongan berada terserlah hingga emmbawa kepada iri hati dan marah, tentu ia boleh membawa kepada jenayah. Mula-mula di peringkat kecil tetapi kemudian merebak menjadi besar.

Dalam hal ini, lihat semangat zakat dalam tradisi Islam. Golongan kaya yang memberi bantuan kepada g.olongan miskin boleh menautkan hati antara kedua-dua pihak. Tetapi pemberian pula mesti dibuat secara ikhlas dan bukannya hendak bermegah-megah yang kemudian membawa kepada ungkitan yang menamabh keangkuhan dan kesombongan golongan atas.

Masyarakat akan berfungsi baik jika golongan yang berkuasa melindungi orang yang tidak berkuasa. Sementara orang yang tidak berkuasa menghormati kekuasaan dan harta benda orang yang berkuasa. Tetapi jurang antara glongan kaya dan miskin tidak bioleh dihaopuskan sepenuhnya. Dalam sistem ekonomi bebas, tentulah ada orang yang lebih kaya dan banyak pula yang miskin. Usaha seseorang bersama warisan harta tentunya akan melahirkan pelbagai golongan dalam masyarakat. Tetapi jurang antara golongan ini dapat diterima jika masyarakat itu memberi keadilan kepada warganya.

Keadilan di sini maksudanya jika seseorang itu berusaha, maka ia wajar memperoleh hasil usahanya secara adil. Tetapi jika berlaku rasuah, korupsi, nepotisme dan kronisme, ia menimbulkan ketidak adilan yang akan melahirkan rasa tuidak puas hated alam masyarakat. Tentu akan timbul perasaan mengapakah seseorang itu bekerja bertungkus lumus tetapi hasil usahanya tidak seimbang, sebaliknya hanya menguntungkan golongan yang berkuasa.

Imej inilah yang ada pada Barisan Nasional dan Umno. Mereka mengatur usaha untuk membela orang susah. Memang ada program yang digubalkan untuk itu. Ada pula orang susah yang memperoleh manfaat daripada program-program itu. Tetapi pada waktu yang sama, berlaku banyak perkara yang tidak menepati semangat keadilan dalam pembahagian peruntukan.

Keadaan tidak adil ini men ulkan rasa tidak senang hati dan berlakulah ketirisan yang berterusan. Melaihat keadaan ini, pihak Pakatan Rakyat tentunya berasa tidak seanang hati. Ada kalangan dalam Pakatan Rakyat berasa bahawa mereka perlu melakukan perkara yang sama apabila memagang kuasa.

Tentu sikap sebegini tidak wajar. Jika apa yang dilakukan oleh pihak Barisan nasional adalah tidak wjar, pihak pakatan rakyat pun tidak patut menuruti walaupun tertekan atau terdesak sekali mana pun. Namun begitu tentunya ada individu dalam Pakatan Rakyat yang mempunyai pandangan berebza dalam hal ini, serta ingin mengikuti jejak apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Selama lebih 50 tahun, sistem yang diwujudkan oleh pemerintahan pimpinan Umno telah malahirkan masyarakat yang tidak adil. Walaupun mandate yang mereka peroleh adalah untuk mewujdukan masyarakat adil. Malah dasar Ekonomi Baru juga berdiri di atas keadilan ini.

Sepanjang sejarah, banyak pemimpin politik mendapat sokongan rakyat atas nama perjuangan untuk menegakkan keadilan. Tetapi dari segi amalan apabila mereka memperoleh kuasa, idealisme keadilan ini dilupakan atau diguanakn bagi melaknasakan polisi-polisi yang tidak adil.

Memeahami keadaan manusia sebegini rupa maka, sistem politik wajar dalam bentuk berimbang. Sistem dua parti antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan melahirkan masyarakat yang saling semak menyemak dan tidak ada pihak yang berani menyeleweng kerana ia akan dikalahkan dalam pilihan raya. Tetapi untuk sampai ke peringkat itu, Pakatan rakyat mesti memperkuatkan diri untuk menggantikan Barisan Nasional.

Rayuan liwat DSAI : Hakim Md Apandi lucut diri



Hakim Mahkamah Rayuan, Md Apandi Ali melucutkan dirinya sendiri daripada mendengar rayuan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan permohonan daripada peguam Karpal Singh.

Mahkamah rayuan sebelum ini dianggotai oleh tiga panel membabitkan hakim - Sulong Matjeraie, Ramly Ali dan Md Apandi.

Karpal membantah kehadiran Md Apandi sebagai seorang daripada anggota panel itu kerana beliau adalah bekas ahli Umno dan terbabit dalam beberapa kes petisyen pilihan raya.

Md Apandi juga adalah bekas bendahari dan juga penasihat undang-undang Umno Kelantan.

Menurut Karpal, permohonan berkenaan dibuat bagi mengelakkan persepsi bahawa keputusan akan berat sebelah terhadap ketua pembangkang itu.

Permohonan itu dikemukakan kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff di kamarnya.

Selepas berehat, hakim Sulong memberitahu mahkamah bahawa Md Apandi secara suka-rela mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh hakim Zaharah Ibrahim.

Panel berkenaan adalah bagi mendengar permohonan Anwar supaya pihak pembelaan dibekalkan dengan kenyataan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes liwat berkenaan. mkini

Thursday, May 20, 2010

Rayuan liwat DSAI : Hakim Md Apandi lucut diri

21 May 2010 2:20 PM


Mei 21, 10 11:53am

Hakim Mahkamah Rayuan, Md Apandi Ali melucutkan dirinya sendiri daripada mendengar rayuan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan permohonan daripada peguam Karpal Singh.

Mahkamah rayuan sebelum ini dianggotai oleh tiga panel membabitkan hakim - Sulong Matjeraie, Ramly Ali dan Md Apandi.

Karpal membantah kehadiran Md Apandi sebagai seorang daripada anggota panel itu kerana beliau adalah bekas ahli Umno dan terbabit dalam beberapa kes petisyen pilihan raya.

Md Apandi juga adalah bekas bendahari dan juga penasihat undang-undang Umno Kelantan.

Menurut Karpal, permohonan berkenaan dibuat bagi mengelakkan persepsi bahawa keputusan akan berat sebelah terhadap ketua pembangkang itu.

Permohonan itu dikemukakan kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff di kamarnya.

Selepas berehat, hakim Sulong memberitahu mahkamah bahawa Md Apandi secara suka-rela mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh hakim Zaharah Ibrahim.

Panel berkenaan adalah bagi mendengar permohonan Anwar supaya pihak pembelaan dibekalkan dengan kenyataan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes liwat berkenaan. mkini

Berita baik untuk kaki judi...Hubungi segera Ahli Nujum Pak Zul Belalang...



Zulkifli Noordin meramalkan PKR bakal runtuh 10 bulan lagi.

Ini berita baik untuk kaki judi. Anda nak berjudi dan nak tahu pasukan mana yang menang?

Sila hubungi Ahli Nujum Pak Zul Belalang yang amat tersohor ini....

Judi bola halal - fatwa mat monggolia




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Anwar : Kami Akan Tawan Lebih Banyak Kubu BN

Posted by RAKYAT MARHAEN
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mampu meraih lebih banyak kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang, dengan melihat kepada sokongan bertali-arus masyarakat kepada gagasan politik baru tanahair ini.
Bercakap kepada ribuan yang hadir di ceramah perdana Permatang Pauh malam semalam, Anwar berkata orang-ramai semakin peka bahawa tindak-tanduk BN bukan sahaja menjejaskan keharmonian rakyat, bahkan mengugat keselamatan negara.
Dari skandal pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu, hinggalah kepada penyeludupan enjin pejuang TUDM dan persekongkolan dengan unsur-unsur Zionis, Anwar berkata kebejatan BN kini tidak mengenal sempadan.
Tidak cukup dengan mengikat kontrak bersama unsur-unsur Zionis dalam syarikat APCO, Umno-BN kini menghalalkan skim judi gergasi bagi Piala Dunia 2010.
" Saya yakin dalam tempoh dua bulan atau paling lambat setahun, kita dapat (yakinkan hati rakyat), Insya-Allah tawan hati masyarakat Melayu, Muslim, Melanau dan Iban di Sarawak. Dan kalau ini berlaku, saudara tahu landskap politik Malaysia akan berubah dengan drastiknya".
"Jangan kata ini modal UMNO, UMNO dia gah bunyi sahaja, sokongan di Semenanjung parah. Kita patut fikir bahawa masalah Melayu, miskin susah, bukan kerana cina kaya tetapi kerana pemimpin Melayu yang rasuah dan zalim. Ini kita kena faham betul-betul, dasar ditentukan, buat satu yang betul-betul, beri pelaburan kepada rakyat, majoriti Melayu, India, Iban Kadazan bagi semua.. apa salahnya" ujar Anwar.
Mengulas isu judi dengan lebih lanjut, Anwar berkata pendirian Pakatan Rakyat berhubung gejala judi amat jelas. Semua agamawan dan tokoh masyarakat bersetuju bahawa judi meruntuhkan institusi kekeluargaan.
Bagi Pakatan Rakyat, asas kepada pembentukan negara yang stabil bermula dari ikatan keluarga yang kuat, sihat dan berfungsi.
Anwar berkata nilai-nilai negatif seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran telah membutakan hati nurani pemimpin BN, hingga mereka sanggup meruntuhkan asas pembentukan negara.
" Isu runtuhnya sistem pemerintahan negara, saudara hendak berikan pada siapa? Bagi polis siasat, dia tidak tahu masalah. Pendakwaraya, pergi kepada hakim,..... kerana ini Malaysia, orang gunakan kuasa begitu rupa. Kita merdeka setengah abad, negara ini tidak menghormati sistem perundangan kerana pimpinnya mengamalkan korup"

Anwar : Kami Akan Tawan Lebih Banyak Kubu BN

Posted by RAKYAT MARHAEN
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mampu meraih lebih banyak kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang, dengan melihat kepada sokongan bertali-arus masyarakat kepada gagasan politik baru tanahair ini.
Bercakap kepada ribuan yang hadir di ceramah perdana Permatang Pauh malam semalam, Anwar berkata orang-ramai semakin peka bahawa tindak-tanduk BN bukan sahaja menjejaskan keharmonian rakyat, bahkan mengugat keselamatan negara.
Dari skandal pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu, hinggalah kepada penyeludupan enjin pejuang TUDM dan persekongkolan dengan unsur-unsur Zionis, Anwar berkata kebejatan BN kini tidak mengenal sempadan.
Tidak cukup dengan mengikat kontrak bersama unsur-unsur Zionis dalam syarikat APCO, Umno-BN kini menghalalkan skim judi gergasi bagi Piala Dunia 2010.
" Saya yakin dalam tempoh dua bulan atau paling lambat setahun, kita dapat (yakinkan hati rakyat), Insya-Allah tawan hati masyarakat Melayu, Muslim, Melanau dan Iban di Sarawak. Dan kalau ini berlaku, saudara tahu landskap politik Malaysia akan berubah dengan drastiknya".
"Jangan kata ini modal UMNO, UMNO dia gah bunyi sahaja, sokongan di Semenanjung parah. Kita patut fikir bahawa masalah Melayu, miskin susah, bukan kerana cina kaya tetapi kerana pemimpin Melayu yang rasuah dan zalim. Ini kita kena faham betul-betul, dasar ditentukan, buat satu yang betul-betul, beri pelaburan kepada rakyat, majoriti Melayu, India, Iban Kadazan bagi semua.. apa salahnya" ujar Anwar.
Mengulas isu judi dengan lebih lanjut, Anwar berkata pendirian Pakatan Rakyat berhubung gejala judi amat jelas. Semua agamawan dan tokoh masyarakat bersetuju bahawa judi meruntuhkan institusi kekeluargaan.
Bagi Pakatan Rakyat, asas kepada pembentukan negara yang stabil bermula dari ikatan keluarga yang kuat, sihat dan berfungsi.
Anwar berkata nilai-nilai negatif seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran telah membutakan hati nurani pemimpin BN, hingga mereka sanggup meruntuhkan asas pembentukan negara.
" Isu runtuhnya sistem pemerintahan negara, saudara hendak berikan pada siapa? Bagi polis siasat, dia tidak tahu masalah. Pendakwaraya, pergi kepada hakim,..... kerana ini Malaysia, orang gunakan kuasa begitu rupa. Kita merdeka setengah abad, negara ini tidak menghormati sistem perundangan kerana pimpinnya mengamalkan korup"

SPR kata boleh sogok masa pilihan raya?

Posted by RAKYAT MARHAEN

SPR nampaknya makan bercelaru dan haru biru di era 1Malaysia. Mereka bermati-matian mempertahankan tindakan pemimpin Umno-BN memberi rasuah dan sogokan sewaktu pilihanraya.

Paling ketara apabila PM secara terbuka merasuah pengundi seperti yang berlaku dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar , di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.

Bagi saya satu kenyataan yang sangat merbahaya yang akan menjadikan pilihanraya di Malaysia akan menjadi pesta rasuah kerana ternyata kini SPR sendiri telah menafsir undang-undang mengikut nafsu dan telunjuk pemimpin Umno-BN bagi memastikan mereka akan membuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan amat memalukan. Malah SPR cuba tutup sebelah mata dengan mengatakan “Kami tidak boleh melakukan siasatan sebagaimana perkara-perkara lain diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya... kami tiada kuasa (menyiasat).

Kenyataan ini ternyata sebagai satu penghinaan kepada amalan demokrasi di negara ini kerana suruhanjaya ini dilantik untuk mengendali, mengurus dan memastikan perjalanan pilihanraya berlangsung dengan adil dan telus.

Maka amat wajar semua ahli SPR meletak jawatan kerana ternyata mereka sendiri selama ini terang-terang mencabuli dan mengkhianati amanah dan tanggungjawab sebagai sebuah badan bebas seperti yang termaktub apabila dilantik oleh DYMM Agong.

Di samping itu amat wajar BERSIH kembali aktif dan proaktif untuk memastikan drama dan wayang SPR memihak kepada calon Umno-BN tidak lagi berlaku dalam pilihanraya akan datang.

Bagi saya dalam pilihanraya akan datang dalam suasana sokongan rakyat yang sekarang ini semakin melonjak kepada Pakatan Rakyat faktor penghalang utama kemaraan ke Putrajaya ialah SPR.

Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Umno-BN kekal berkuasa. Mereka sama sekali telah menghakis kepercayaan rakyat kepada amalan demokrasi di negara ini.

JUDI : JAMIL KHIR! ADA BERANI KA TEGUR NAJIB

Posted by RAKYAT MARHAEN

·


Bantahan demi bantahan di buat oleh PR ke atas BN yang menentang hukum Islam yang mengharamkan judi tetapi BN HALALkan judi. Sehingga ke hari ini Najib Razak selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab kepada kelulusan judi senyap sepi tanpa memberi jawapan atau komen kepada bantahan PR dan rakyat.

Yang peliknya pemimpin DAP dan PKR yang bukan beragama Islam sepakat menentang tindakan BN meluluskan lesen judi tetapi pemimpin Umno/BN yang beragama Islam dengan bangga meluluskan lesen tersebut dan pengikut setia mereka pula menyokongnya. Para mufti dan ulama' Umno/BN pula diam seribu bahasa kecuali seorang dua sahaja yang memberi komen.

Persoalannya ialah ke mana perginya menteri Agama, Jamil Khair Baharom. Mengapa beliau tidak berani bersuara dan menyatakan pandangan beliau terhadap isu ini.

Wahai Jamil Khair, ADA BERANI KA TEGUR LU PUNYA BOSS!!!!

Rosmah Cuba Ketepikan Shahrizat

Posted by RAKYAT MARHAEN
Oleh Rusnizam Mahat
SHAH ALAM 20 Mei - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur didakwa cuba mengambil alih peranan Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Menteri Wanita, Pembangunan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai tokoh wanita di negara ini.
Ini berdasarkan kepada usaha Rosmah yang kini semakin mendominasi dan membayangi pengaruh Shahrizat dengan menggunakan kedudukannya sebagai 'Wanita Pertama' Malaysia.
Terbaru, Rosmah menjadi jemputan utama untuk berucap dalam forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) bertajuk "Memodalkan Potensi Wanita Dalam Perniagaan" yang ke enam Selasa lalu.
Hadir sama pada majlis itu termasuk Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi Rangkaian Perniagaan Wanita WIEF, Datuk Dr Norraesah Mohamad dan bekas Menteri Perdagangan antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.
Bagaimanapun, ketidakhadiran Shahrizat berucap dalam forum penting tersebut atas kapasiti menteri yang menjaga hal ehwal wanita menimbulkan spekulasi beliau tidak sehaluan dengan isteri Perdana Menteri itu.
Ketika diminta mengulas perkara ini, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata Rosmah kini bukan sahaja dilihat mahu mengambil alih tugas Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno tetapi juga peranan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat.
"Apa yang Shahrizat lakukan? Adakah ini merupakan bayaran sebagai lantikan beliau sebagai menteri melalui pintu belakang?," kata beliau kepada Suara Keadilan.
Menurut Ahli Parlimen Ampang itu keghairahan Rosmah menonjolkan dirinya telah menenggelamkan pengaruh Shahrizat yang kini seolah-olah tidak lagi memainkan peranan sebagai anggota Kabinet.
Manakala Rosmah yang bercita-cita tinggi pula semakin ligat berucap di forum samada di dalam atau di luar negara untuk mempamerkan dirinya dengan menggunakan pengaruh media milik Umno-Barisan Nasional dan 'mencuri' gelaran 'Wanita Pertama' yang telah menyinggung Raja Permaisuri Agong.
"Ini jelas apabila beliau bersikap biadap dengan menggunakan gelaran sebagai Wanita Pertama, melampaui kuasa Raja Permaisuri Agong. Sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah seharusnya tahu tanggungjawab dan tugasnya serta tidak melebih-lebih. Sekiranya apa yang dilakukan mendatangkan keburukan ia akan memberi kesan kepada imej dan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri," ujar Zuraida.
Beliau menambah keadaan ini berbeza ketika Tun Siti Hasmah Mohamad Ali menjadi isteri Perdana Penteri di mana sedar kedudukannya dan tidak terlalu menonjolkan dirinya seperti mana yang dilakukan Rosmah.
"Tun Siti Hasmah lebih diplomatik, menampakkan sifat keibuan dan ketrampilannya sebagai isteri PM. Dia tidak berlebih-lebihan dan tahu tentang bidang tugasnya sebagai isteri PM," katanya lagi.

Pakatan Rakyat Masuk Fasa Baru Tawan Putrajaya

Posted by RAKYAT MARHAEN

Oleh Nazar Hashim

PERMATANG PAUH 20 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar berkata kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu Ahad lalu telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat kini telah masuk fasa baru dalam perjuangan untuk membuat perubahan menyeluruh senario politik negara dan seterusnya menawan Putrajaya.
Anwar berkata kemenangan merampas kubu kuat Barisan Nasional itu harus menjadi titik tolak untuk meneruskan agenda kebangkitan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai kerusi yang selamat bagi BN.
"Pakatan Rakyat mampu untuk mengubah senario politik negara berdasarkan kepada 'track record' yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang sedia ada.
"Dengan kejelekan yang ada pada dasar dan kepimpinan Umno dan BN, kita yakin rakyat sudah mulai sedar bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk melangkah ke agenda seterusnya bagi menjadi pemerintah yang akan membawa perubahan kepada lanskap dan senario politik negara dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya ketika berucap di Kampung Pertama, Permatang Pauh semalam.
Beliau juga menyelar Umno-Barisan Nasonal yang telah mencemarkan nama negara sebagi sebuah negara Islam apabila pimpinan Umno-BN menyokong pemberian lesen judi yang diharamkan agama.
Menurut Anwar Malaysia telah tercalar apabila pemimpin yang beragama Islam sendiri meluluskan lesen pertaruhan judi yang sudah terbukti akan membawa kesan buruk kepada kehidupan dan kesejahteraan hidup rakyat negara ini.
"Dalam parlimen, Anthony Loke daripada DAP telah membantah pemberian lesen judi Piala Dunia kepada Berjaya Corporation kerana ia membawa kesan buruk kepada rakyat dengan amalan perjudian. Mana ahli parlimen Umno yang membantah supaya ianya tidak dilaksanakan.
"Masalah rakyat yang miskin tidak akan terbela sekiranya pemerintah tidak prihatin dan hanya mementingkan kepentingan segelintir kroni mereka sehingga menjadikan rakyat mangsa kepada kerakusan mereka.
"Judi, Apco, kerakusan kuasa dan penyelewengan, korupsi serta ketidakadilan yang menjadi hambatan dan pegangan kepimpinan Umno-BN akan membawa mereka kepada kekalahan yang lebih teruk lagi dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Turut hadir pada ceramah tersebut termasuk Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Hassan Razak.

Judi, PERKASA: Najib membisu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib kepada wartawan selepas upcara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia hari ini.

Perdana Menteri juga sekali lagi mengelak menjawap soalan berhubung dakwaan MCA bahawa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) punca Barisan Nasional tumbang di kerusi pilihan raya kecil parlimen Sibu, Ahad lalu.

"
It's a whole (bunch) of reasons, cannot just ... ok, never mind lah(Banyak sebabnya, tak boleh hanya ...tak apalah)," katanya dengan ringkas.

Isnin lalu, MCA mempersalahkan PERKASA atas kekalahan SUPP di Sibu dengan berkata 'hubungan kabur' BN, khususnya Umno dengan kumpulan pelampau itu punca masyarakat Cina kurang selesa.

PERKASA juga pernah berkata Umno harus meninggalkan masyarakat Cina yang 'tidak berterima kasih' dan menghentikan peruntukkan kepada golongan minoriti berkenaan yang mengundi pembangkang.

Keluarga saksi buat laporan 'cubaan bunuh'

Keluarga saksi utama kes pelajar 14 tahun yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah – Azamuddin Omar membuat laporan polis mengenai apa yang didakwa mereka sebagai percubaan membunuh ke atasnya.

Laporan it
u dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 2.12 petang hari ini oleh abangnya, Mohd Hafizzuddin Omar.

Azammuddin (pertama dari kanan) adalah penumang di bahagian depan ketika kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ditembak.

Remaja itu juga mendakwa tembakan berulang kali dilepaskan ke arah mereka oleh polis dan dia dibelasah selepas kereta mereka terhenti.

Hafizzudin juga meminta Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera.

'Tutup kebenaran'

Serentak dengan laporan polis itu, keluarga Aminulrasyid juga membuat laporan mendakwa pihak polis cuba menutup kebenaran di sebalik kematian remaja itu.

Laporan itu dibuat oleh kakak Aminulrasyid – Norazura Amzah, 39(kiri).

Peguam keluarganya, N Surendran yang hadir pada sidang media berkata laporan polis itu adalah permulaan pusingan pertama tindakan undang-undang oleh keluarga itu bagi membersihkan nama anak mereka.

Menurut Surendran, mereka berharap polis akan memandang berat laporan itu dan menyiasat dakwaan berkenaan.

Katanya, laporan polis itu juga meminta KDN menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.

-malaysiakini-

Wan Ahmad, Senator Boy Kalau Nak Bercakap Jangan Bubuh Guli Dalam Mulut!

Mohd Sayuti Omar

TIMBALAN Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar merasai apa yang dilakukan SPR pada pilihan raya kecil Sibu Ahad lalu sesuatu yang memalukan suruhanjaya berkenaan sehingga beliau merasakan perlu memberi penjelasan kepada umum dengan menjadikan DAP sebagai punching bag.

Kelewatan menjumlah undi pos pada pilihan raya itu menyebabkan keputusannya lewat diumumkan. Apa yang berlaku di Sibu tempoh hari menggambarkan SPR terlewat dua abad ke belakang. Mungkin sijil ISO yang diberikan kepada institusi itu perlu dikaji semula kalau pun tidak ditarik balik.

Gara-gara itu menimbulkan kemarahan orang ramai. Kelewatan itu atas apa sebab sekalipun ia menyebabkan orang membuat andaian yang buruk kepada SPR. Ia akan dikaitkan dengan ketidakcekapan SPR atau kerana SPR ada motif jahat.

Hari ini Wan Ahmad tampil membela SPR dengan menyalahkan DAP. Katanya kelambatan itu kerana sikap biadap DAP yang menghalang para pegawainya untuk membawa undi pos ke dewan Suarah. Betulkah berlaku dan kalau betul SPR perlu mengkaji kenapa terjadi demikian. Mengkaji kelemahan diri sendiri lebih baik daripada menuduh orang jahat.

Menurutnya itulah pengalaman pertama buat SPR menghadapi 'tentangan' DAP di tempat mengira undi. Beliau juga membandingkan (memuji) pemimpin BN yang tidak biadab dan membuat kacau, bila mereka menang. Beliau memberi contoh apa yang berlaku di Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Ceritanya, pemimpin BN tertib dan duduk diam dalam dewan pengiraan undi. Cara Wan Ahmad bercerita seolah-olah dia adalah salah seorang pemimpin tertinggi BN.

Sebenarnya Wan Ahmad tidak payah sebut perkara itu. Membandingkan dengan keadaan DAP di Sibu dengan pemimpin BN di Hulu Selangor samalah membandingkan dua jenis binatang yang satu bersisik dan yang satu lagi bertaring dan berkaki empat. Apa yang patut beliau sedari sebelum menyalahkan DAP ialah suasana yang wujud ketika itu.

Beliau sepatutnya mengkaji apakah kelemahan dan kesilapan sehingga penyokong DAP menyerbu mereka? Lalat atau semut tidak akan menyerbu ke sesuatu tempat itu kalau tidak ada apa-apa tarikan. Begitu juga penyokong DAP tidak gila untuk menyekat pegawai SPR kalau mereka tidak mengira SPR ada nawaitu nak buat kerja gila.

Orang terus persoalkan kenapa undi pos lewat di bawa sedangkan undi pos ini diproses sehari sebelum hari mengundi. Kelewatan ini tentu ada motifnya. Jauh sebelum ini undi pos banyak menjahanamkan harapan orang. Apa yang berlaku kepada calon PKR, di kerusi Lembah Pantai tahun 1999 (nama calonnya sudah lupa sebab dia sudah keluar PKR) semua orang ingat. Kenapa calon itu kalah setelah undi pos di bawa masuk menjelang tengah malam.

Undi pos bukan saja diragui akan kaedah pengundiannya tetapi cara ia dibawa masuk. Jadi kerana pengalaman itulah menyebabkan pemimpin DAP mengawalnya bagi menjamin tidak ada penyelewengan kering-kering terhadap undi pos. Malam itu BN sangat mengharapkan undi pos untuk menimbus undi biasa yang sudah memihak banyak kepada DAP.

Takkan Wan Ahmad tidak tahu tektik dan strategi ini. Saya yakin sebanyak dua juta peratus beliau tahu apa yang berlaku di sebalik undi pos ini. Kalau nak sokong BN pun biarlah tersaul dek akal dan jangan orang menampak terang-terang kebodohan dan kejahatan kita. Pencuri kalau tidak bijak akan mendapat dua dosa, pertama dihukum Tuhan kedua akan ditangkap polis.

Ingat dan sedarlah rakyat boleh ditipu sebanyak dua kali, tetapi mungkin tidak untuk tiga kalinya. Dalam mengulas soal DAP ini, pada saya yang biadap ialah Wan Ahmad bukannya para penyokong DAP. Sebagai pegawai kepada suruhanjaya bebas sepatutnya beliau adil. Kalau tidak tukarkan sahaja suruhajaya pilihan raya itu kepada "Suruhan Menjayakan UBN" (SMU).

Dan cadangan saya bagi mengelakkan timbul kekeliruan dan keraguan kepada undi pos, harap SMU boleh ubah peraturan mengira undi ini, ia perlu dibuat awal sebelum penjumlahan dari peti-peti undi. Cara ini saja menjadikan ia telus. Kalau di buat diakhir (lewat) ia akan tetap diragui walaupun SMU akan telus dan adil terhadapnya. Kenapa kaedah atau sistem ini tidak diubah? Nah, makanya di sinilah peranan SMU untuk memberi undi memenangkan calon UBN.

Tinggal Wan Ahmad, kita pergi kepada Ezam Mohamad Noor yang sudah menjadi senator itu. Nampaknya jawatan senator itu khusus membelasah Anwar. UBN nampaknya terpaksa menggunakan anggota senat untuk membelasah Anwar. Fungsi anggota senat yang sebelum ini menjadi rubber stamp kita bertukar menjadi senator boy Najib untuk menghentam Anwar.

Dalam surat khabar yang sama ada menyiarkan ulasan dan pandangan senator boy itu terhadap Anwar. Katanya Anwar akan tetap jadi ketua pembangkang di Parlimen walaupun DAP mempunyai kerusi lebih. Alasan senator boy kerana Anwar satu-satu pemimpin Melayu yang menidak ketuanan Melayu di negara ini dan selari dengan perjuangan DAP.

Hujah senator boy lagi, Kit Siang dan Karpal Singh yang dulunya musuh Anwar kini dilihat sudah membela Anwar di parlimen dan mahkamah.

Senator boy sama juga dengan Wan Ahmad, dia cuba menimbulkan sesuatu yang orang sudah faham, dan beliau yang buat-buat tidak faham. Kalau nak bercakap juga carilah modal lain. Apa salahnya kalau Anwar terus menjadi ketua pembangkang. Yang senator boy sibuk-sibuk kenapa? Apakah kerana bimbang takut Anwar mendedah banyak lagi masalah bos barunya itu?

Yang nyatanya sikap dan setiakawan DAP lebih terhormat daripada cara senator boy berkawan. Dalam konteks ini DAP lebih menghayati budaya dan adat Melayu berbanding dengan senator boy yang mengaku Melayu tapi sanggup menikam kawan dari belakang. Kalaupun Karpal Singh dah Lim Kit Siang menyerang Anwar dulu mereka buat secara berdada. Mereka tidak main belakang seperti senator boy. Jiwa mereka ternyata lebih besar dari hati senator boy.

Karpal Singh dan Lim Kit Siang tidak berkawan dan menumpang hidup dari Anwar dulu baru menghentam Anwar. Dia bergaduh mencari penyesuaian dan bukannya bergaduh mencari alasan untuk lari meninggalkan pengkalan. Karpal Singh dan Lim Kit Siang lebih terhormat dan gentleman dari senator boy. Hanya dengan jawatan senator, senator boy sanggup melakukan apa saja termasuk meludah ke langit. Kalau senator boy cerdik dan ikhlas kenapa dia harus menjadi bodoh selama 12 tahun sebelum jadi cerdik dengan meninggalkan Anwar?

Cara senator boy menghentam Anwar juga lebih kurang SPR menghentam DAP sahaja. Dia kata Anwar menolak ketuanan Melayu tetapi dalam masa yang sama dia juga bersekongkol dengan parti yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah senator boy sudah berbangga dengan Umno hanya dapat mengkekalkan lambang keris pada parti itu.

Apakah konsep 1 Malaysia yang dislogankan oleh bos baru itu adalah ciri-ciri ketuanan Melayu. Sayang senator boy ketika Najib ingin membuat transformasi untuk meleburkan ketuanan Melayu beliau pula mampir untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu. Kita tengok sejauh mana kehebatan senator boy mempertahankan Melayunya itu. Diharapkan janganlah senator boy menjadi lebai malang nanti.

Kepada senator boy dan juga Wan Ahmad jangan cuba hendak bercakap kalau anda telah memasukkan guli dalam mulut. Kalau cuba bercakap juga tentunya nada dan butirannya tidak berapa jelas dan menjadi telor. Bagi telinga yang kurang deria rasanya tentu tidak akan dapat mendengar elok apa yang ada hendak perkatakan dan ini menyebabkan akan berlaku salah faham.