Tuesday, May 12, 2009

Gambar Sekitar Mahkamah Tinggi Jalan Duta semalam

dsc000353

dsc00076

dsc00081

dsc00085

dsc00094

dsc00099




Gambar celok dari Perak Express & Perisik Rakyat.

MB Haram berjaya tangguh keputusan mahkamah

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Monday, May 11, 2009

KENYATAAN DATO' SERI HJ NIZAR

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.

Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.
Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.
HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR

YAB DATO' SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

Nizar gantung tugas tiga pegawai kanan termasuk SUK

Align Center

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad berkuat kuasa serta merta.


Tugas mereka itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing.


Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.




Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.


Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.


"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.


Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.


Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.


Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.


Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.


Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.


"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.


Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.


Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.




NIZAR GANTUNG PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERAK



11 Mei 2009

Nizar menteri besar sah Perak

kemaskini 4.30pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.Malaysiakini.

Hari Pertama Di Madinah : Pemerintahan Rasulullah S.A,W

http://emasperak.com
Pembuka kata:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Kuat dan Maha Adil, hamba Mu yang hina dan jahil ini memohon hidayat dan restu supaya dipermudahkan hamba menulis artikel ini. Bebaskanlah artikel ini dari gangguan syaitan dan nafsu buruk ku. Ampunkan daku sekiranya terlalu banyak kesalahan dilakukan sebelum, semasa dan selepas artikel ini ditulis. Hanya ini yang mampu hamba Mu ini lakukan untuk Islam dan Umat Islam.

Selawat dan salam untuk Rasulullah S.A.W. Kekasih Allah, Penghulu untuk semua manusia, Junjungan kami. Kami amat merindui Mu wahai Nabi Akhir Zaman. Ya Allah Izinkanlah kami meminum air Telaga Nabi dan pilihlah untuk mendapat syafaat Kekasih Mu di akhirat nanti.Ya Allah, kurniakanlah Baginda makam yang tertinggi dan termulia seperti mana yang telah dijanjikan.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Ya Allah, kurniakanlah juga keampunan dan keredaan untuk Para Sahabat Baginda, pemimpin yang adil, ulamak- ulamak, guru-guru , ayah dan bonda, diri ku yang hina ini dan juga keturunan ku, kaum keluarga ku, sahabat-sahabat ku , pejuang-pejuang Islam dan juga seluruh Umat Islam, sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal.

Ya Allah, berikanlah hidayah dan Islam kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga musuh-musuh kami.

Saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf kepada pembaca sekiranya banyak kesalahan dari segi ejaan, nahu, susunan ayat dan lain-lain.

Pendahuluan

Artikel ini di tulis pada 11.5.2009, jam 8.14 minit pagi waktu pada desktop saya, sebelum hakim-hakim bersidang menentukan status Y.A.B. Dato' Seri Ir. Nizar. Artikel ini ditulis setelah melihat gelagat Adun-adun BN yang berkelakuan seperti beruk. Tak reti menghormati undang-undang yang dicipta oleh tok nenek mayang mereka sendiri. Artikel ini juga ditulis setelah kecewa melihat sikap dan tingkahlaku pihak SUK Negeri Perak dan Polis yang tidak bertindak menghormati Dewan.

Melalui artikel ini juga saya ingin mengingatkan kepimpinan PAS dan PR supaya memahami bahawa pihak pemerintah akan menggunakan undang-undang rimba untuk terus berkuasa dan terus berkuasa. Pihak pemerintah umpama singa yang lapar di tengah gurun atau seperti harimau yang lapar di dalam hutan. Mereka telah cedera dan cukup bahaya. Mereka pada saat ini akan menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menghadapi tuan-tuan semua.

Ingat, mereka ini juga seperti ular sawa walaupun tiada bisa, tetapi masih kuat dan amat bahaya. Ular sawa bila kenyang akan tidur, tetapi mereka tidak.

Hari Pertama Di Madinah : Pemerintahan Rasullullah S.A.W., sebuah artikel yang saya tulis dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa rujukan dan pakar rujuk. Saya menulis dengan keupayaan, kekuatan dan ingatan yang Allah sedang kurniakan kepada saya pada waktu ini. Maafkan saya.

KOSONG.

Y.A.B/ Y.B. , Dato Seri/ Dato'/ Tn. Haji/ Tuan/Puan yang dihormati.

Mari kita kenang kembali, jika perlu pejamkan mata kita sejenak, bagaimana keadaan Baginda Rasul S.A.W. mula-mula menjejakkan kaki di Madinah. Ya, setelah baginda disambut dengan dendangan nasyid yang merdu dan juga setelah unta Baginda yang bijak memilih tempat untuk Baginda berehat dan menetap. Masa itu bersama baginda hanya ada Saidina Abu Bakar dan beberapa sahabat yang lebih awal hijrah. Umar dan Ali masih lagi di Mekah. Saya tidak pasti di mana Osman, Zaid, Bilal, Abdul Rahman Auf dan lain-lain sahabat.

Baginda waktu itu hanya dikelilingi oleh Masyarakat Yatrib yang telah bersumpah setia untuk taat dan patuh pada Baginda. Mereka ini adalah golongan amat lemah dan tertindas. Bilangan mereka tidak ramai, harta mereka tidak banyak, tanah mereka tidak luas, bukannya orang-orang bangsawan dan tidak berkuasa. Ramai juga yang sedang dibebani masalah hutang dari along-along yang beroperasi di Madinah.

Bermakna Kerajaan Islam Madinah yang didirikan oleh Baginda Rasul, kosong jawatan menterinya, kosong jawatan ADUN dan Ahli Parlimen, kosong jabatan-jabatan, kosong kewangannya,kosong mata wangnya, kosong sistem kewangannya, kosong polisnya, kosong askarnya, kosong matawangnya, kosong mahkamahnya, kosong hakimnya, kosong peguamnya, kosong tempat bersidang DUN dan Parlimennya, kosong pasarnya, kosong masjid . Semuanya kosong. Kosong di sini bermaksud tiada.

Baginda Rasul mendirikan Kota Madinah dari KOSONG. Masjid pun tiada di Madinah yang ada ialah Masjid Quba ( jauh jugak kalau berjalan kaki nak pi sana dari Madinah). Dari kosong, bermulalah pembangunan modal insan , sistem-sistem pemerintahan dan pembanguan insfrastruktur.

SEJARAH TIDAK MENYATAKAN 100% PENDUDUK MADINAH BERSUMPAH SETIA DENGAN RASULLULLAH S.A.W

Y.A.B. Tok Guru Nik Aziz, Y.B. Tuan Guru Hj. Hadi , Dewan Ulamak PAS dan Majlis Mufti pasti setuju dengan kenyataan ini. Saya juga percaya Y.B. Ngeh bersaudara juga tersenyum bila membaca kenyataan ini. Pada hari pertama Baginda Rasul di Madinah, Baginda tidak diberi kunci perbendaharaan, Baginda tidak diberi kunci bilik Perdana Menteri, Baginda tidak diberi kunci bilik Menteri Besar, baginda tidak diberi unta rasmi pemerintah Yatrib, baginda tidak diberi polis sebagai juru iring dan lain-lain kemudahan dan elaun yang istimewa sebagai seorang pemimpin tertinggi.

Percayalah saudara, pada waktu itu di bumi Yatrib telah ada sistem kepimpinan, sistem kewangan, unit polis, unit tentera, jabatan-jabatan yang mengeluarkan geran tanah dan lesen-lesen seperti lesen balak dan tanah di sini. Sistem-sistem itu telah ada dan berfungsi. Sisitem-sistem tersebut dikendali dan diterajui oleh pihak-pihak dan orang-orang tertentu. Mungkin pada waktu itu telah ada sistem demokrasi ( demokrasi ala Yatrib ler). Waktu itu juga telah wujud sistem kroni kroni , rasuah politik dan lain-lain lagi istilah politik masa kini yang telah diamalkan pada waktu itu.

Respon Golongan Pemerintah Dan Pemodal Yatrib

Pemimpin-pemimpin Yatrib pada mulanya tidak nampak Baginda Rasul sebagai ancaman terhadap sistem kepimpinan, pemimpin, sistem kewangan, sistem keselamatan dan lain-lain sistem. malah ada mungkin ada diantara mereka yang menganggap Baginda Rasul berhijrah sama seperti hijrahnya sahabat baginda sebelum ini untuk mencari keselamatan, mencari kerja kosong ( macam pendatang asing sekarang), mencari peluang-peluang perniagaan. Mereka ini tidak ambil pusing langsung ketibaan Baginda Rasul apatah lagi untuk menyambut dan meraikan baginda. Yang tak tahu pun ramai.

Media-media utama yang berpengaruh pada waktu itu tidak memberi liputan lansung kehadiran dan kebaikan yang akan diperolehi oleh masyarakat Yatrib dengan kehadiran Insan Yang Mulia ini.

Mungkin ada di antara pemimpin Yatrib telah ada yang berangan-angan hendak menjadikan Baginda Rasul dan umat Islam yang berhijrah sebagai kuli-kuli diladang-ladang, toko-toko dan perusahaan mereka.

Mungkin juga ada dikalangan pemodal- pemodal yang telah mengira berapa banyak riba yang akan dikenakan pada umat Islam yang baru tiba ini dan berapa banyak keuntungan yang akan diperolehi untuk tempoh jangka pendek dan juga jangka panjang.

Saya pasti ada juga pemimpin-,pemimpin yang rasa tergugat dengan kehadiran Baginda Rasul. Melalui media , pengintip-pengintip dan unit khas telah di tempatkan di celah-celah penyokong dan pendokong Baginda Rasul. Telah ada penyokong-penyokong diugut dan dihalang dari menyambut kehadiran Rasullah S.A.W. Malah mungkin ada yang kena tangkap sebelum menghadiri perhimpunan menyambut kehadiran Rasullullah S.A.W.

Pemimpin-pemimpin Agama diracuni fikran mereka supaya mereka ini terus menentang dan memusuhi Islam. Mereka juga dihalang dari mengenali apa itu Islam? dan juga siapakah Muhammad S.A.W.

Hari Pertama dan Pembinaan Sistem : Pemerintahan Rasullullah S.A.W.

Kita sering diceritakan oleh guru-guru agama bahawa bangunan yang mula-mula dibina di Madinah adalah Masjid Quba, tetapi Quba adalah Quba, bukannya Madinah. Mereka berhujah bahawa tujuan pembinaan masjid tersebut adalah untuk sebagai simbol membina dan menguatkan modal insan, terutamanya ulamak-ulamak yang pentingkan pembangunan. Tak pe lah, kita terima idea tersebut.

Suka saya ingatkan, kalau saya salah minta diperbetulkan, Masjid Quba didirikan dalam perjalanan Rasullullah ke Madinah. Bukannya setelah baginda tiba di Madinah. Apa yang Rasullullah mula-mula bina di Yatrib sebenarnya??? Bukan masjid dan juga bukan pasar. Bukan kediaman MB dan Pejabat MB.

Tak kan lah program pada pagi tersebut digunakan oleh masyarakat Yatrib untuk buat kenduri kesyukuran sahaja macam meraikan kemenagan Y.B. NIzar di Bukit Gantang. Dengar cerita, pada 16/05/2009 ni pun masih ada lagi kenduri. Tak kan macam ni kut. Apa yang Rasullullah buat??? Saya percaya Baginda memanggil sahabat-sahabat yang ada untuk bermesyuarat atau bersidang. Mungkin juga di bawah pokok. Saya juga yakin dan percaya yang mula-mula dibangunkan oleh Baginda adalah Sistem Pemerintahan.

Melalui sistem ini Baginda merancang satu sistem yang baru. Sistem yang menolak sistem yang sedia ada dan yang pastinya sistem itu akan menyaingi sistem yang telah lama wujud di Yatrib dan tempat-tempat lain di dunia sehingga kini iaitu Sistem Pemerintahan Islam. Sistem ini melindungi semua manusia yang ingin bernaung di bawahnya. Sistem ini berbeza dan lansung tidak sama dengan sistem yang telah sedia wujud pada waktu itu dan juga dengan mana-mana sistem yang akan wujud pada masa hadapan. Yakinlah Sistem ini adalah yang paling baik yang pernah wujud di muka bumi ini sejak Nabi Adam diturunkan ke dunia ini.



Hari Pertama dan Perlaksanaan Sistem : Pemerintahan Rasullullah S.A.W.


Saya yakin perlaksanaan Sistem yang telah dirangka itu terus dilaksanakan sebelum tibanya waktu Zohur, di manakah Zohur yang mula-mula Baginda lakukan sercara berjemaah dengan sahabat baginda setelah tiba di Madinah??? Dan apakah Sistem yang mula-mula Baginda laksanakan???? Sudah pastilah sistem yang mampu dibuat oleh Baginda dan sahabat pada waktu itu. Saya pasti sistem yang mula-mula dilaksanakan oleh Baginda adalah sistem yang berkaitan dengan kebajikan rakyat Baginda pada waktu itu.

Saya pasti tugas pertama Baginda bukannya meluluskan lot-lot tanah, meluluskan lot-lot saham, meluluskan kawasan balak dan lombong. Jika Y.B. Hasan Ali dan Y.A.B. Nizar kata bahawa dalam pejabat mereka tiada pen dan kertas semasa mereka masuk. Rasullullah lagi teruk keadaanya, Baginda lansung tiada pejabat, kertas, duit, kerusi, air cond, karpet, sofa dan lain-lain lagi. Itu bukan matlamat Baginda, matlamat Baginda adalah menegakkan Sistem yang telah Allah amanahkan pada Baginda.

Bukannya pada waktu itu tiada pejabat pentadbiran yang berfungsi macam pejabat PM atau MB untuk masyarakat Yatrib. Ada, tapi Baginda tidak kebuloq. Baginda telah dilantik oleh masyarakat yang hendakkan Baginda sebagai ketua. Baginda ambil tanggungjawab tersebut walaupun tiada dijanjikan sebarang ganjaran, harta, tanah,keselamatan, perempuan, kenderaaan dan lain-lain kemudahan. Matlamat Baginda jelas. Perintahkan manusia taat pada Allah. Ikut sistem yang telah Allah kurniakan pada mereka.

Wednesday, May 6, 2009

Suasan Dewan Dah Jadi Macam Pasar

Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang






Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.


Berikut perkembangan terkini di Perak:


11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.


Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.


Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.


Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.


Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.


Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak tidak sehangat tadi.


perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 0210.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.


Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.


10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.


Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.


Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.


Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala.


Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.


Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap.


Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.

Walaupun Sidang Haram umum tangguh sidang namun ADUN BN masih tidak keluar dewan

Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.

Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

Sidang Haram Sedang berlangsung

Hee dkerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker

Didalam



Diluar

Kecoh Dalam Dewan

Suasana Solat Hajat Suboh Pagi Tadi

Diluar Bangunan Perak Darul Ridzwan


Diseberang jalan

Ahli Parlimen Ipoh Barat bertikam lidah dengan OCPD Azizman Alias

Penahanan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida

Penahanan ADUN Teratai Negeri Sembilan Janice Lee

Suasana Terkini

ADUN Teratai Selangor ditahan Polis


Suasana sekitar jam 8.00 pg - maklumat dri aninetto


Polis sedang menahan seorang yang berbaju hitam.

Tindakan BN di Perak kelihatan gopoh - Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.

"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagana yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pasti mengenai perlembagaan yang diguna pakai di negeri Perak dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

"Isu ini dah dibawa ke mahkamah, jadi biarlah mahkamah buat membuat keputusan mengenainya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, Barisan Nasional (BN) mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak.

"Kita tak patut terlalu gopoh...semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan. Mstar dengan sedikit edit.

Tuesday, May 5, 2009

Keputusan Jemaah Menteri Meminggir Perlembagaan Persekutuan dan Hukum Syarak


Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
Setiausaha Agong, Peguam Pembela Islam


Masyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun salah seorang pasangan itu menukar agama. Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan Jemaah Menteri ini sangatlah dikesali. Manifestasi kekesalan ini dizahirkan apabila lebih seratus NGO Islam berkumpul menyatakan bantahan mereka semalam (Jumaat). Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga melalui Timbalan Presidennya Musa Awang telah mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut. PGSM adalah NGO pertama yang menyuarakan kekesalan mereka.

Bagi memahami implikasi keputusan jemaah menteri ini beberapa perkara perlu diperincikan terlebih dahulu terutamanya kedudukan perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak. Sebenarnya terdapat tiga perkara utama yang terkesan daripada keputusan ini iaitu berkaitan dengan pembubaran perkahwinan, agama anak dan pemeliharaan anak.

*Pembubaran Perkahwinan*

Di dalam perkahwinan sivil yang didaftarkan melalui Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pembubaran perkahwinan hanya boleh berlaku jika perkahwinan itu telah pecah belah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Perkara ini termaktub di dalam seksyen 52 Akta tersebut. Seksyen 51 Akta yang sama pula menjelaskan jika salah seorang pasangan itu memeluk Islam pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan menurut seksyen berkenaan selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam. Ini bermakna petisyen perceraian atas alasan pemelukan agama Islam hanya boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk agama Islam sahaja. Selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut.

Jelaslah di sini ketidakadilan yang amat sangat berlaku kepada pasangan yang memeluk Islam itu memandangkan beliau langsung tidak mempunyai *locus standi* untuk memfailkan petisyen perceraian berdasarkan seksyen tersebut.

Namun mahkamah syariah menurut Jadual Kesembilan Senarai 2 Butiran IPerlembagaan Persekutuan, boleh membuat penentuan sesuatu perkara mengenai hukum dan doktrin syarak. Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menepati semangat Perlembagaan Persekutuan ini dengan memberi kuasa kepada mahkamah syariah membuat penentuan mengikut hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut.

Seksyen 46(2) tersebut memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan oleh Mahkamah. (Mahkamah di sini bermaksud mahkamah syariah).

Seolah-olah terdapat polemik di sini di mana kedua-dua mahkamah mempunyai bidang kuasa. Oleh yang demikian terdapatlah cadangan seksyen di atas ditiadakan bagi menyeleasikan kemelut ini. Tetapi sebenarnya bukan hanya seksyen tersebut sahaja perlu dipinda malah seksyen yang sama dinegeri-negeri lain juga perlu dipinda dan mendapat pekenan Raja-Raja Melayu. Ia mungkin jalan yang tidak mudah digapai.

Sebenarnya tatkala seseorang itu telah memeluk Islam sudah pasti Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada mualaf itu mengamalkan agamanya termasuklah undang-undang diri seperti munakahat. Mengheret mualaf ini ke mahkamah sivil merupakan pelanggaran hak kebebasan beragama bagi mualaf ini. Seorang yang sudah mendapat hidayah daripada Allah sudah tentu tidak mahu balik ke zaman jahiliyahnya kembali. Inilah hak yang perlu dipertahan oleh kerajaan dan bukan merobek hak ini atas alasan yang picisan yang tidak selaras dengan Perlembagaan.

Membawa orang bukan Islam ke mahkamah syariah pula bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kebiasaannya orang bukan Islam enggan hadir ke mahkamah syariah atas alasan tidak mahu tertakluk kepada undang-undang Islam. Namun sebenarnya apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah hanyalah membuat perisytiharan di sisi hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut sahaja. Amatlah tidak wajar mualaf ini dinafikan hak ini. Hakikatnya ialah sebahagian orang bukan Islam tidak mengiktiraf langsung kewujudan mahkamah syariah ini. Mereka tidak mahu membantu mahkamah syariah memberi keputusan yang adil. Mereka sanggup memberi keterangan di medan media tetapi tidak dimahkamah syariah. Mahkamah Syariah adalah sebahagian dari sistem perundangan negara yang sah. Tidak ada seorang pun boleh memperlekehkan mahkamah syariah.


*Agama Anak*

Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri. Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes *Subahsini mlwn Saravanan* dimana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Peruntukan Perkara 12(4) dan juga tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan tersebut sebenarnya selaras dengan Hukum Syarak. Sebenarnya telah disepakati di kalangan ulama’ bahawa apabila salah seorang ibu bapa bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur mereka itu disifatkan sebagai Islam. Ini adalah kerana anak yang dilahirkan itu adalah fitrah, dan fitrah di sini bermaksud Islam.

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan kepada *al maqasid al syariah*. Terdapat lima al maqasid al syariah (objektif syariah) iaitu menjaga agama (*hifz al din*), nyawa (*hifz al nafs),* keturunan (*hifz an nasab*),akal (*hifzal aql*) dan harta (*hifz al mal*).

Bagi mencapai maqasid ini umat Islam dipertanggungjawabkan memelihara kelima-lima perkara ini termasuklah menjaga agama dan keturunan. Oleh yang demikian agama anak itu hendaklah mengikut mana-mana ibu bapa yang Islam. Umat Islam tidak dapat menerima sekiranya *al maqasid al syariah* ini tidak dapat dicapai.

Alasan Nazri agar mengikut ‘*common sense’* adalah telalu dangkal. Dalam undang-undang kita tidak boleh menggunakan *‘common sense’*. Ada asas dan falsafah yang perlu ditafsirkan dan dihayati. Sebagai perbandingannya jika kita menggunakan common sense tersebut, adalah kita boleh dianggap tidak melakukan kesalahan trafik apabila melanggar lampu isyarat merah tatkala tiada kenderaan yang melintasi di hadapan kita? Secara common sense nya sudah tentu kita tak bersalah tetapi undang-undang mempunyai falsafahnya tersendiri bagi mengawal kemaslahatan sejagat. Apatah lagi ‘*common sense’*beliau itu melanggar hukum syarak pula.

Keputusan jemaah menteri tidak boleh mengatasi peruntukan Perkara 12(4) dan tafsiran yang dibuat dalam kes *Subahsini.* Jemaah menteri juga sebagai badan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman (samada sivil ataupun syariah) apatah lagi menganggu keputusan mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan mahkamah. Seharusnya segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang diambil bagi menangani permasalahan ini dan bukan melalui campur tangan eksekutif yang secara langsung merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan tersebut.


*Pemeliharaan Anak*

Mengenai pemeliharaan anak pula. Sudah menjadi amalan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Didalam memutuskan hak jagaan anak sudah tentulah faktor mengenai kebajikan anak ini di titik beratkan. Kebajikan anak ini termasuklah permasalahan aqidah, tumbesaran dan pembelajaran anak tersebut. Perkara sebegini boleh diputuskan oleh Mahkamah. Hak memelihara anak ini biasanya diputuskan setelah mengambil kira keperluan dan kebajikan anak.

Namun apa yang berlaku ialah masyarakat bukan Islam atas sebab-sebab tertentu terlalu takutkan mahkamah syariah dan menganggap mahkamah syariah hanya mempertahankan hak orang Islam sahaja. Sudah dibuktikan di dalam beberapa kes di mahkamah syariah, keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie tidak memihak kepada orang Islam tetapi memihak kepada keadilan.

Berbalik kepada keputusan jemaah menteri di atas, amat jelas keputusan tersebut gagal mempertahankan kelebihan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Keputusan tersebut menyama tarafkan Islam dengan agama-agama lain dan perkara ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.

NGO-NGO Islam juga mempersoalkan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat itu langsung tidak mengambil kira pandangan NGO-NGO Islam. Dalam masa yang sama pula pihak kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan NGO bukan Islam mengenai kes yang tersebut di atas. Tiada usaha untuk mendapatkan pandangan NGO Islam dilakukan bagi mendapat pandangan mereka sebelum keputusan dibuat.

Malah ada beberapa NGO Islam cuba untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan tetapi tidak dapat direalisasikan. Seharusnya pihak kerajaan lebih peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya masyarakat saudara baru. Suara mereka harus didengar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan yang membabitkan mereka dibuat. Hak mereka untuk didengar (*audi alteram partem)*oleh pimpinan kerajaan sudah tiada lagi. Di manakah*audi alteram partem* itu?

Pihak Kerajaan perlu lebih berhati-hati di masa akan datang dalam membuat keputusan berkaitan Islam. Jangan mendahului para ilmuan Islam dan ulama. Pandangan NGO Islam juga mestilah diambi lkira. NGO-NGO Islam telah menzahirkan kegusaran mereka berhubung dengan keputusan jemaah menteri tersebut, sudah sewajarnyalah keputusan tersebut ditarik balik.

Pendedahan Raja Petra. Rosmah terlibat dalam kes Altantuya.

Mengapa Raja Petra ditahan dibawah ISA? Apa kaitan Rosmah bini Najib dengan Altantuya? Ikuti sebahagian daripada pendedahan Raja Petra yang dibuat di Malaysia Today. Berikut adalah terjemahan bebas dari artikel “The Mystery of the Missing Confession”.

_______________________________________________________

Dari 12 hingga 22 September 2008, saya ditahan di Pusat Tahanan Polis dimana kebanyakan tahanan ISA menghabiskan masa tahanan selama 60 hari. Tiba-tiba, pada pagi 22 September, saya diberitahu bahawa siasatan terhadap saya, yang dilakukan pada 17 hingga 21hb, akan berakhir dan mereka akan menyiapkan laporan mereka pada hari yang sama.

Itu merupakan kejutan pertama.

Saya sepatutnya menandatangani kenyataan saya hari berikutnya…pada 23hb. Sebaliknya, saya di hantar ke Kamunting pada pagi 23hb tanpa dibenarkan menandatangani kenyataan dan pengakuan saya.

Itu kejutan kedua.

Apa yang ditakutkan oleh pihak atasan sehingga kenyataan dan pengakuan saya mahu disorok daripada pihak yang akan meneliti dan memutuskan sama ada saya boleh dibebaskan atau dihantar ke Kamunting untuk tahanan selanjutnya? Saya tidak tahu kerana mereka tidak pernah memberitahu saya.

Apapun…berikut adalah sebahagian daripada soalsiasat yang dilakukan oleh Cawangan Khas terhadap saya – apa yang ditanya…dan apa jawaban saya.

Kali terakhir awak ditahan selama 54 hari, benar?

Ya. Dari 11 April hingga 6 Jun 2001. Saya rasa lebih kurang 54 hari.

Awak tidak dihantar ke Kamunting, benar?

Benar.

Itu kerana awak bekerjasama. Kalau awak bekerjasama kali ini, ada harapan awak tidak akan dihantar ke Kamunting. Awak mungkin akan dibenarkan pulang kerumah seperti dahulu.

(Saya hanya mengangguk)

Kami mendapati, Akuan Bersumpah awak sukar untuk dipercayaai.

Mengapa awak cakap macam tu?

Kami tak fikir…apa yang awak cakap tentang Rosmah berada ditempat pembunuhan itu betul.

Macam mana awak tahu?

Tak mungkin. Rosah sudah kaya. Dia ada banyak duit. Mengapa dia perlu mengambil risiko untuk berada disana? Dia boleh bayar sesiapa saja untuk melakukan kerja tersebut. Tak perlu dia pergi kesana.

Saya diberitahu bahawa dia sendiri pergi kesana.

Kami tak fikir begitu. Tak masuk akal untuk dia pergi kesana.

Okay…kalau awak cakap macam tu, tapi saya tahu apa yang diberitahu.

Sapa yang memberitahu awak?

Lt. Kol. Azmi Zainal Abidin. Dia merupakan orang nombor dua dalam Cawangan Khas dalam Risik Angkatan Tentera.

Ya..kami tahu siapa dia.

Jadi..oleh kerana awak kenal dia…awak boleh tanya dia.

Tapi..macam mana awak tahu dia bercakap benar? Mungkin dia mahu memerangkap awak.

Saya akui saya tidak begitu mengenali Lt. Kol Azmi. Tapi dia selalu berada di pejabat Tengku Razaleigh. Dia rapat dengan Ku Li dan Anwar Ibrahim juga mengenali dia.

Jadi…awak tidak begitu rapat dengan Lt. Kol. Azmi. Ini bermakna, awak tidak tahu sama ada dia boleh dipercaya atau tidak. Kami rasa, dia memerangkap awak kerana dia sudah terpinggir.

Mungkin kalau saya hanya percaya kepadanya, saya tidak akan berani mengambil risiko. Maksud saya; saya tidak boleh mempercayaai sepenuhnya kerana saya tidak begitu mengenalinya. Tapi, orang yang memperkenalkan dia kepada saya adalah rakan lama saya. Saya mengenalinya kira-kira 45 tahun, lebih lama dari saya mengenali isteri saya. Dan saya percaya kepada rakan saya. Dia memberikan jaminan bahawa cerita itu sah.

Siapa kawan awak itu?

Nik Azmi Nik Daud. Kami memanggilnya Bull. Dia bekerja untuk Tengku Razaleigh. Saya juga bertanya kepada Din Merican untuk bertanya Anwar sama ada saya boleh mempercayaai Lt. Kol Azmi sepenuhnya. Itulah perkataan yang saya gunakan.

Apa Anwar kata?

Anwar berkata..jangan percaya sepenuhnya kepada sesiapa. Walaubagaimanapun,maklumat Lt. Kol. Azmi sangat tepat. Saya juga bertanya John Pang, yang juga bekerja dengan Ku Li, supaya bertanya kepada Ku Li sama ada maklumat ini boleh dipercayaai. Saya memberitahu John apa yang diberitahu oleh Lt. Kol Azmi dan memintanya memberitahu Ku Li. John mengesahkan bahawa Lt. Kol Azmi memberitahu Ku Li perkara yang sama dan maklumat tersebut memang boleh dipercayaai.

Habis..mengapa awak menandatangani Akuan Bersumpah itu?

Tidak..sebenarnya..diawalnya, saya hanya mahu menulis satu artikel, seperti biasa. Tetapi Bull meminta saya menemuinya dahulu sebelum saya menulis apa-apa. Jadi, kami berjumpa diawal April di La Bordega, Bangsar. Bull mencadangkan supaya saya menandatangani Akuan Bersumpah..kerana ia lebih berkesan. Mereka boleh mengabaikan artikel saya, tapi mereka tidak boleh mengabaikan Akuan Bersumpah.

Kemudian…awak tandatangan?

Tidak..saya masih tidak menandatanganinya lagi. Saya risau tentang kesannya. Kami mungkin akan memaksa kerajaan bertindak dan mereka mungkin akan bertindak lebih keras terhadap saya. Seperti yang dikatakan oleh Bull, mereka boleh mengabaikan artikel saya, tapi mereka tidak boleh mengabaikan Akuan Bersumpah saya. Bull meminta perjumpaan kali kedua pada hari Ahad sebelum saya menandatangani Akuan Bersumpah. Kami berjumpa di dataran Merdeka, Selangor Club untuk makan tengahari.

Lepas tu?

Saya beritahu Bull, saya sedikit risau tentang menandatangani Akuan Bersumpah sebab kerajaan sudah pasti menangkap dan mendakwa saya kalau saya buat. Saya rasa, lebih selamat kalau menulis artikel. Tetapi Bull tidak bersetuju. Dia merasakan artikel tidak cukup berkesan. Bull mengatakan, kalau apa-apa terjadi kepada saya, mereka tidak akan membiarkan saya mati dipenjara. Jadi, pada 18 Jun, saya menandatangani Akuan Bersumpah tersebut.

Awak pasti mereka akan datang kemahkamah untuk memberi pengakuan?

Itu yang diberitahu oleh Bull kepada saya dan saya mempercayaainya. Seperti yang saya katakan, saya mengenalinya selama 45 tahun.

OK…kita tengok sama ada mereka akan datang atau tidak. Tapi kami rasa mereka tidak akan dating. Mereka tidak akan datang untuk membuat pengakuan masa perbicaraan nanti.

Boleh jadi. Mungkin apa yang awak katakana itu benar. Saya tidak tahu. Kita tengok nanti. Lagipun saya sudah didakwa dan perbicaraan akan bermula tak lama lagi. Kita tengok sama ada mereka akan mengotakan janji mereka dan membuat pengakuan semasa perbicaraan. Tapi saya yakin, mereka akan datang kerana mereka telaha berjanji dengan saya.

Kami percaya..awak telah diperangkap. Mungkin mereka mahu menyingkir awak.

Saya tak fikir begitu. Apa pun, kita akan tahu apabila perbicaraan saya bermula. Ia akan menjadi perbicaraan yang menarik kerana apabila kebenaran terserlah. Awak tak fikir begitu?

Pernahkah orang-orang Najib datang membuat tawaran?

Maksud awak…untuk mendiamkan saya? Ya..ada.

Siapa?

Datuk Jamaludin Jarjis.

JJ?

Ya.

Bila?

Tak lama selepas saya didakwa kerana menghasut, sebelum saya menandatangani Akuan Bersumpah. JJ menelefon saya dan memberitahu dia mahu berjumpa saya. Saya tahu dia bekerja untuk Najib…jadi saya bersetuju. Kami berjumpa ditempat letak kereta di Kelab Taman Perdana. Isteri saya menghantar saya kesana dan menunggu tidak jauh dari situ. Dia risau ianya mungkin satu perangkap dan dia mahu berwaspada…sekiranya mereka mahu memerangkap saya.

JJ sampai sekitar 6 petang dan meminta saya masuk kekeretanya. Dia bersaorangan. Saya melambai kepada isteri saya dan memberi isyarat untuk pulang kerumah dan dia mencatit nombor plet kereta JJ..seandainya saya hilang atau diapa-apakan.

Dia memandu kesebuah gerai di Jalan Ipoh dan kami duduk disana dan bersembang. JJ memberitahu saya bahawa Najib memintanya menemui saya dan membuat satu tawaran. Saya bertanya sama ada Najib tahu tentang pertemuan kami dan sama ada dia merestui perjumpaan itu…dan JJ menjawab bahawa pertemuan itu adalah arahan Najib.

Kami berbual selama satu jam. Pada asasnya..dia mahu saya berhenti menulis tentang Najib dan Altantuya. Dia juga bertanya sama ada saya boleh menangguhkan perbicaraan saya sehingga Najib menjadi Perdana Menteri. Apabila Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri, mereka akan menarik balik dakwaan yang dikenakan terhadap saya. Saya juga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM30,000.00 kerana bekerjasama.Walaubagaimanapun, Dia tidak memberitahu untuk berapa lama.

Saya bertanya..bagaimana untuk melengahkan perbicaraan tersebut dan dia menjawab bahawa saya boleh mendapatkan surat doctor untuk mengesahkan saya tidak sihat untuk dating kemahkamah. Saya memberitahunya, sekiranya perbicaraan itu dilewatkan, kos guaman akan meningkat dan dia menawarkan untuk membayar semua kos guaman. Dia meminta peguam-peguam saya menghantar invois dan dia akan membayar semua kos..tidak kira berapa banyak.

Saya memberitahu peguam-peguam saya…sekurang-kurangnya ada orang lain mengetahui perkara ini.

Jadi, apa yang berlaku kepada tawaran tersebut?

Tak lama selepas itu, saya menandatangani Akuan Bersumpah saya. Itu tandanya saya menolak tawaran tersebut. Selepas itu, mereka menahan saya dan mendakwa saya kerana memfitnah. Saya rasa, itu adalah cara mereka menjawab jawapan saya.

Bukankah lebih baik kalau awak menerima tawaran tersebut. Lagi pun, Najib akan menjadi Perdana Menteri tak lama lagi.

Mungkin. Tapi bukankah sekarang sudah terlambat? Saya sudah pun membuat keputusan.
Semua yang diatas adalah sebahagian daripada sessi soaljawab saya dengan Cawangan Khas selama lima hari saya disoalsiasat. Semuanya telah disusun menjadi satu laporan dimana saya sepatutnya menandatanganinya pada 23 September 2008..tetapi tidak berlaku diatas sebab-sebab yang menghairankan. Saya mungkin tahanan ISA yang pertama didalam 50 tahun yang membuat pengakuan tetapi tidak diminta menandatanganinya.

Sivakumar Utus Surat Kepada Sultan Azlan Shah Mohon Tangguh Sidang 7 Mei

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah hari ini memohon agar sidang DUN yang dijadualkan bermula hari Khamis, 7 Mei ditangguh kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Sultan kemudian.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Yang Dipertua Dewan, Sivakumar berkata permohonan itu dibuat berdasarkan pertikaian kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah dan belum diputuskan lagi.

Beliau berkata surat tersebut telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

"Kes Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Dato' Seri Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan YAB Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah," kata Sivakumar.

Selaku Speaker, Sivakumar juga berkata beliau bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang mungkin sukar dikawal pada hari sidang tersebut.

Beliau menjangkakan keadaan akan menjadi tegang dan kedua-dua belah pihak akan bertikam lidah dan mempertahankan pendirian masing-masing.

"Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," tambah beliau lagi.

HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.

Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.

Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.

Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa

"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"

Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .

Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.

Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..

Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.

Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .

Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )

Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )

Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut

Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.

Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.

Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?

Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?

Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .

Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.

Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-

a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.

c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.

d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.

e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.


Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .

Jangan buat kacau minta PAS tanding di Penanti - Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam akatan PAS-DAP-PKR dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pengagihan kerusi pilihan raya yang dibuat sebelum ini.




"Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna."Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.




Beliau mengulas desakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin supaya pimpinan parti itu menimbangkan untuk meletak calon PAS bertanding di DUN Penanti, setelah kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin lepas menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei dan sekiranya ada pertandingan, hari pengundian pada 31 Mei.Semalam, Presiden PAS,




Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengulangi pendirian parti itu untuk menyokong calon PKR, Mansor Othman dan keputusan itu adalah muktamad.Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya PKR telah bertanding di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) tahun lepas dan memenanginya.Setakat ini, Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil DUN Penanti ini.

Sunday, May 3, 2009



Ustaz Latif YDP PAS paling muda di Kelantan

KUALA KRAI, 3 Mei : - Mungkin satu tranformasi baru berlaku di Kelantan apabila golongan muda diberi peluang menerajui pentadbiran PAS kawasan.

Sedangkan kebiasaannya Yang Dipertua (YDP) PAS terdiri daripada mereka yang agak berusia.

Namun di Kuala Krai perwakilan memilih Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, 38 sebagai YDP baru PAS apabila menewas penyandangnya pada mesyuarat agung yang diadakan semalam.

Pada pemilihan itu Abdul Latif mengatasi bekas anggota parlimen Kuala Krai, Ustaz Ibrahim Mahmood. Manakala Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaacob mengekalkan jawatan sebagai Timbalan YDP apabila menewaskan pencabarnya, Ustaz Zulkefli Yaacob.

Ismail Jalil pula menang sebagai Naib YDP apabila berjaya mengatasi Mohd Razali Abdullah.

Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Ismail Sulaiman, Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Mahadi Mat Zain dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Norizan Mohd Zain.

Manakala di PASIR PUTEH, tiada perubahan dalam kepimpinan PAS kawasan itu biar pun berlaku pertandingan agak sengit bagi kesemua jawatan utama.

Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad kekal sebagai YDP apabila mengatasi dua pencabarnya iaitu anggota parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussin dan Adun Selising, Drs Saiful Baharin Mohamad.

Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat juga mengekalkan jawatan sebagai Timbalan YDP apabila menewaskan tiga pencabarnya iaitu Yuganu Yunus, Zarir Yaakub, Sidi Ahmad Taib.

Manakala Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim menang di kerusi Naib YDP apabila berjaya mengenepikan Ibrahim Ismail dan Adnan Othman.

Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Wan Leh Wan Dollah. Ketua Dewan Pemuda, Mohd Nazlan Abdullah dan Ketua Dewan Muslimat, Hajah Kalthom Othman.

Sementara itu, di PENGKALAN CHEPA, Dato' Mohd Amar Abdullah mengekalkan jawatan YDP kawasan tersebut, timbalannya Haji Yusof Ludin, manakala naib YDP, Haji Osman Awang yang berjaya mengatasi Dr Izani Hussin.

Wan Ubaidah Omar kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat dan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz - ketua Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa.

Seramai 230 perwakilan dari tiga Dun iaitu Cempaka, Kijang dan Panchor hadir pada mesyuarat tersebut yang diadakan di Kompleks Purnama, semalam.

Sementara itu Mohd Amar berkata, PAS Pengkalan Chepa mencatat sejarah apabila pertama kali berlaku pertandingan merebut jawatan utama iaitu Naib Yang Dipertua. Harakahdaily.