Saturday, November 10, 2012

Sejarah Kuala Krai


Kuala Krai merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.

Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909.

Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.

Jajahan Kuala Krai dikenali secara rasminya pada 01 September 1977. Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. 

Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai (bagi kawasan utara jajahan) dan Majlis Daerah Dabong (bagi kawasan selatan jajahan).

Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.

Kedudukan Geografi


Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan. Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli.
Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding dengan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :-

Keluasan
Kelantan =1,492,200Hek/14,922km2
Kuala Krai =    222,500Hek/2,329km2



Bentuk mukabumi jajahan ini berbukit bukau di sebelah Timur, Barat dan Selatan serta pamah di sebelah Utara. Kedudukan tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153m - 305m. Manakala aras yang tertinggi ialah melebihi 915m iaitu sebelah bersempadan Jajahan Jeli. Ketinggian mengikut keluasan adalah seperti jadual di bawah:
Ketinggian       Keluasan(Hek)
Kurang 150      = 192,189 ha
151 - 130      =    14,250 ha
306 - 915      =    23,250 ha
Lebih 916      =      6,000 ha

Daerah Penggawa


Jajahan Kuala Krai mengandungi 3 buah daerah iaitu Daerah Olak Jeram, Daerah Batu Mengkebang dan Daerah Dabong. Terdapat 35 buah Mukim Penghulu dan 216 buah kampung. Ringkasan maklumat seperti jadual di bawah:
Bilangan Daerah Luas(KM2)  (%) Keluasan   Bil. Mukim     Bil. Kampung
1     Dabong 844.5 36.3      5     27
2     Olak Jeraam 757.6 32.5     10     67
3     Batu Mengkebang 726.9 31.2     20     122

    JUMLAH 2329.0 100.0     35     216

Terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara mentadbir kawasan seluas 12,494 hektar manakala Majlis Daerah Kuala Krai Selatan merangkumi 162,128 hektar. Manakala bakinya ialah 60,611 hektar adalah di luar Pihak Berkuasa Tempatan.

Pentadbiran Jajahan ditadbirkan melalui pecahan 3 Daerah dan Mukim Penghulu. Mukim Penghulu mengikut daerah adalah seperti berikut :-

DAERAH BATU MENGKEBANG OLAK JERAM DABONG
  1. Mukim Batu Balai
  2. Mukim Batu Jong
  3. Mukim Batu Lada
  4. Mukim Bedal
  5. Mukim Chenulang
  6. Mukim Enggong
  7. Mukim Guchil
  8. Mukim Kenor
  9. Mukim Sungai Durian
  10. Mukim Keroh
  11. Mukim Mengkebang
  12. Mukim Kuala Nal
  13. Mukim Kuala Pertang
  14. Mukim Mambong
  15. Mukim Pahi Barat
  16. Mukim Pasir Kelang
  17. Mukim Sri Kenangan
  18. Mukim Telekong
  19. Mukim Temalir
  20. Mukim Tualang
  1. Mukim Chuchoh Puteri
  2. Mukim Gajah Barat
  3. Mukim Gajah Timur
  4. Mukim Lata Rek
  5. Mukim Manek Urai Selatan
  6. Mukim Manek Urai Utara
  7. Mukim Manjor Selatan
  8. Mukim Manjor Utara
  9. Mukim Peria
  10. Mukim Sungai Sam
  1. Mukim Kandek
  2. Mukim Kuala Gris
  3. Mukim Pergau
  4. Mukim Kuala Stong
  5. Mukim Serasa

Pendidikan


Terdapat beberapa institusi pendidikan di Kuala Krai:
  • S.M.K Sultan Yahya Petra 2
  • S.M.K Kuala Krai
  • S.M.K Keroh
  • S.M.K Batu Mengkebang
  • S.M.K Manek Urai
  • S.M.K Sultan Yahya Petra 1
  • S.M.K Pahi
  • S.M.K Laloh
  • SK Lata Rek
  • S.M Teknik Kuala Krai
  • M.R.S.M Kuala Krai
  • Kolej RISDA
  • SK Banggol Guchil





























































































































































































































































No comments: