Saturday, November 10, 2012

AHLI PARLIMEN KUALA KRAI (P.031)

Mohd Hatta Ramli

 Dr. Mohd Hatta Ramli ialah seorang ahli politik Malaysia daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau kini merupakan Ahli Parlimen Kuala Kerai, Kelantan mewakili PAS. Beliau dilahirkan pada 11 September 1956.

Pendidikan

Menerima pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian belajar jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Kesihatan di Universiti Nasional Singapura.

Keluarga

Beliau dilahirkan pada 11 September 1956 di Sitiawan, negeri Perak. Beliau adalah anak ke-7 dari 8 orang adik-beradik. Ibunya Arga’ayah Mat Rawi. Beliau berkahwin dengan Dr Kalsom Maskon dan dikurniakan dengan 7 orang anak.

Kerjaya dan politik

Pada peringkat awal beliau menjadi Pegawai Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kemudian bertugas sebagai Pegawai kesihatan di Hospital Muar, Johor. Seterusnya sebagai Pegawai Kesihatan,Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan UKM.
  • Presiden Persatuan Perubatan Islam 1996-98
  • Setiausaha Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam 1996-98
  • Naib Pengerusi PIBG MCKK 1994-96
  • Pengerusi PIBG Sek Tun Fatimah 2000-02
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 1991
  • Bantuan kemanusiaan ke Afghanistan 2001
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 2003
  • Bantuan kemanusiaan ke Aceh 2005
  • Bantuan kemanusiaan ke Pakistan 2005
  • Pemantau Pilihan Raya Timor Timur
  • Pemantau Pilihan Raya Indonesia 1998, 2004
  • Misi pemantau ke Selatan Filipina
  • Pasukan Perubatan Haji 1989, 1990, 1992
  • Pakar Rujuk UNICEF ke Korea Utara, 1993
  • Persidangan Hepatitis B, Cameroon, Afrika Barat, 1991
  • Persidangan Hepatitis B, Geneva Switzerland, 1989
  • Setiausaha Politik mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Doktor Peribadi mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Exco Pemuda PAS Pusat
  • Ketua Pemuda PAS Selangor
  • Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor
  • YDP PAS Gombak
  • AJK PAS Pusat
  • Bendahari PAS Pusat, YDP PAS Gombak

 Pilihan raya

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon Barisan Nasional - UMNO, Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar dengan majoriti sebanyak 4,984 undi. Beliau memperolehi 23,562 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,578 undi


 

No comments: