Friday, July 20, 2012

PRU-13 – BENARKAH PENGUNDI KELANTAN BERALIH ARAH?


Pengalaman olakan turun naik sokongan rakyat kepada PAS di Kelantan boleh dibaca pada setiap kali pilihan raya. Ia berlaku berasaskan sejarah peneraju kerajaan Negeri sejak 1955. Sejarah itu membukti rakyat Kelantan boleh menerima Umno (1955-1959), kemudian PAS (1959-1978), diikuti pula Umno (1978-1990) dan kemudiannya lagi PAS (1990 – kini).
Sokongan yang berolak seawalnya bermula daripada pilihan raya pra-merdeka 1955 yang memberi kuasa buat kali pertama untuk Umno menerajui kerajaan Negeri. Diikuti pilihan raya pertama selepas merdeka 1959, berolak pula kali kedua sekaligus menyaksikan beralihnya kuasa buat kali pertama kepada PAS. Namun selepas 18 tahun PAS berkuasa, sokongan rakyat berolak kali ketiga, dan kali ini telah beralih kuasa untuk kali kedua kepada Umno. Ia mencatatkan sejarah kuasa bagi 
Umno berkuasa selama 12 tahun, iaitu sehingga pilihan raya 1990.
Pada pilihan raya 1990, berlaku olakan kali keempat telah menyaksikan beralihnya kuasa untuk kali kedua kepada PAS yang ketika itu bersama Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Apa pun nilai sokongan rakyat Kelantan kepada PAS bersama Angkatan hanya berlangsung untuk dua penggal pilihan raya sahaja (1990 dan 1995). Selepas itu muncul permuafakatan PAS dalam Barisan Alternatif (BA) dan PAS di Kelantan telah berjaya kekal berkuasa sejak tiga kali pilihan raya (1999, 2004 dan 2008) sehingga kini.
Dari BA kepada PR
Apa pun selepas pilihan raya 1999 sehingga pilihan raya 2004, Barisan Alternatif asalnya terdiri daripada tiga parti – KeADILan, DAP dan PAS – kemudiannya berolak menyebabkan DAP keluar dan bersendirian menentang Barisan Nasional. Ketika itu berlaku prestasi malap PAS bersama-sama KeADILan yang membawa kemerosotan sokongan rakyat di Kelantan. Akibatnya, PAS hampir terlepas kuasa kerajaan di Kelantan dengan hanya kelebihan dua kerusi Dun (kemudian tinggal majoriti satu Dun selepas gagal dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir).
Namun olakan sokongan rakyat kembali segar kepada PAS apabila Barisan Alternatif berjaya meraih semula dokongan DAP menjelang pilihan raya 2008. Ia diikuti dengan dokongan mantap beberapa gerakan rakyat (mass movement) seperti Bersih dan Hindraf. PAS telah meraih kelebihan daripada konsensus tersebut apabila PAS kembali segar dan mantap menerima sokongan dua pertiga rakyat di Kelantan. Justeru sentimen gerakan rakyat itu telah diterjemah secara tuntas oleh pimpinan PAS, KeADILAan dan DAP, maka lahirnya permufakatan politik baru selepas pilihan raya 2008, iaitu Pakatan Rakyat (PR).
Faktor beralih
Natijah politik Kelantan adalah unik, sebagaimana uniknya seni budaya rakyatnya. Ketika menjelang merdeka sepakat menyokong Umno atas alasan mahukan kemerdekaan. Namun selepas merdeka, menurut kajian Clive Kessler (1978) didapati Umno pada waktu itu gagal menunaikan janjinya, malah dimomokkan pula sebagai mengkebelakangkan kepentingan orang Melayu dan Islam. Sebaliknya PAS dikatakan berjaya membangkitkan isu Islam dan Melayu secara jelas dan ia boleh diterima rakyat Kelantan. Antara isu yang mendapat sokongan rakyat ialah isu berkaitan kerjasama Umno dengan parti bukan Melayu dan cabaran kepada masa depan orang Islam dalam konteks Nusantara. Atas isu ini, PAS menimbulkan seruan bangkangan kepada dasar Umno sehingga membangkitkan semangat Melayu Raya. Justeru isu yang dibawa oleh PAS didapati sejiwa dengan rakyat Kelantan, kerana rata-rata rakyat Kelantan adalah rapat dengan golongan agama, seringkali menerima hujah agama daripada pemimpin PAS.
Namun selepas pilihan raya 1969, kestabilan politik nasional tercalar akibat perbalahan kaum  sehingga berlaku rusuhan 13 Mei. PAS sebagai parti memperjuang Islam telah mengambil jalan terbuka dan sedia menjadi pendokong kepada usaha-usaha perpaduan. Kesannya berlaku kerjasama politik dalam kerajaan menerusi pembentukan Kerajaan Campuran antara PAS dengan Umno. Ia berlaku secara praktikal di Kelantan kerana PAS membentuk kerajaan di negeri ini.
Kesan daripada  Kerajaan Campuran itu telah membawa kepada pensabitan PAS menubuhkan Barisan Nasional menjelang pilihan raya 1974. Pensabitan itu membawa kepada PAS menyertai Barisan Nasional atas semata-mata inginkan perpaduan umat Islam. Ia sekaligus memantapkan semula parti Umno yang hampir ranap ketika rusuhan kaum 13 Mei 1969. Sementara dalaman PAS pula berlaku sedikit perpecahan yang melahirkan puak Bebas Bersatu menentang penyertaan PAS dalam Barisan Nasional. Di sini bermula detik pertembungan politik sesama pemimpin PAS. Ia kemudian diparahkan lagi oleh adu-domba pemimpin Umno di Kelantan dalam beberapa isu. Kemuncaknya ialah isu undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir sehingga menimbulkan kemelut berlarutan sehingga tercetusnya politik darurat 1977. Darurat kemudiannya berakhir dengan rakyat Kelantan beralih sokongan kepada Umno pada pilihan raya khas Mac 1978. 
Kembali berkuasa
Pada pilihan raya 1990, PAS kembali berkuasa di Kelantan. Ia berlaku selepas perpecahan kalangan Umno di Kelantan ekoran pertembungan kuasa dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dalam isu pertukaran pegawai tadbir negeri. Ia turut memalitkan pihak istana kerana Umno menuduh istana berpolitik menyebabkan kalah di Kelantan.
Kesemuanya berlaku selepas berlaku pemilihan Presiden Umno tahun 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah kalah tipis kepada Dr. Mahathir Mohamed. Tengku Razaleigh kemudiannya menubuhkan Parti Semangat 46 yang kemudian bergabung dengan parti Berjasa dan Hamim menerusi Angkatan. Kemudian berkerjasama dengan PAS sehingga membangkit tekanan kepada Umno di Kelantan. Kesan daripada perpecahan Umno telah merungkai olakan sokongan rakyat kepada Umno beralih kepada PAS. Meskipun selepas itu (tahun 1996) Semangat 46 telah dibubar dan kembali bertaut semula dengan Umno, kesannya amat signifiken kepada PAS apabila PAS terus disokong oleh rakyat Kelantan.
Begitu pula, pengalaman pilihan raya 1990 dan 1995 didapati cukup menguji kemantapan PAS menerajui kerajaan di Kelantan. Ia juga membuktikan PAS sudah mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat. Walaupun sokongan itu agak berolak pada pilihan raya 2004 (selepas hubungan longgar dalam BA) menyebabkan sokongan kepada PAS agak merosot. Sebaliknya Umno mendapat kekeuatan baru apabila Dr. Mahathir berundur dari kerusi Presiden diganti dengan Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah telah dipromosikan sebagai pemimpin bersih dan menjadi pengharapan baru buat rakyat. Ia turut mempengaruhi sikap dan kepercayaan rakyat Kelantan. Justeru peralihan kepimpinan Umno menjadi asas untuk Umno mendapat kepercayaan baru dan PAS terkesan sehingga hampir kalah di Kelantan.
Pengajaran paling berharga
Apa yang penting di sebalik berlaku olakan sokongan dan beralih kuasa kerajaan antara ‘Umno-PAS-Umno-PAS’ ialah pengajaran paling berharga apabila dibuat penilaian mengenai punca-puncanya. Paling signifiken apabila penilaian itu dibuat ke atas keputusan tiga pilihan raya terakhir (secara bandingan antara pilihan raya 1999, 2004 dan 2008). Analisis berikut ke atas 13 Dun terpilih di Kelantan amat relevan diperhatikan tentang aspek ‘pengajaran paling berharga’ yang dimaksudkan.
Jadual 1: Sokongan beralih dari PAS ke BN



Jadual 1, menunjukkan bagi pilihan raya 1999 ke 2004 telah beralih sokongan rakyat Kelantan dari PAS ke BN bagi semua 13 Dun terpilih. Dun Bunut Payung mengalami olakan sokongan kepada BN paling tinggi, iaitu 14.43 peratus. Sementara Dun Meranti adalah terendah iaitu 6.42 peratus. Purata beralih sokongan dari PAS ke BN ialah 10.68 peratus. Sekiranya rentak olakan pilihan raya ke-13 nanti dan jika terjadi seumpama pilihan raya 1999 ke 2004, maka natijahnya beberapa Dun daripada 13 Dun ini akan menyaksikan beralihnya sokongan rakyat dari PAS ke BN yang menyebabkan akan ada Dun yang berkemungkinan kalah.
Jadual 2: Sokongan beralih dari BN ke PAS 
Jadual 2 pula menunjukkan bagi pilihan raya 2004 ke 2008 telah beralih sokongan rakyat Kelantan dari BN ke PAS bagi semua 13 Dun terpilih. Dun Gual Ipoh mengalami olakan sokongan kepada PAS paling tinggi, iaitu 14.01 peratus. Sementara Dun Pengkalan Kubor adalah terendah iaitu 2.51 peratus. Purata beralih sokongan dari BN ke PAS ialah 5.75 peratus sahaja. Sekiranya olakan pilihan raya ke-13 nanti akan terjadi seumpama pilihan raya 2004 ke 2008, maka natijahnya beberapa Dun daripada 13 Dun ini akan menyaksikan beralihnya sokongan rakyat dari BN ke PAS  yang menyebabkan akan ada Dun berkemungkinan menang besar. 
Namun apa yang dibimbangi, sekiranya berulangnya mood jentera PAS sepertimana mood ketika pilihan raya 2004, maka akan berlaku olakan sikap rakyat yang berkemungkinan akan beralih kepada BN. Tidak mustahil senario pilihan raya yang tergambar daripada analisis Jadual 1, akan berulang. Senario yang bersikap ‘alert’ dan proaktif amat wajar agar tidak berulang lagi pengalaman pilihan raya kecil Manek Urai (14 Julai 2009) yang menyaksikan kemerosotan rakyat sebanyak 6.36 peratus (PAS menang tipis, 65 undi) dan pilihan raya kecil Galas (4 November 2010) juga merosot sebanyak 10.25 peratus (PAS kalah agak besar, -1,190).
Justeru ada berkemungkinan beberapa Dun yang berlaku olakan beralih sokongan rakyat dari 1999 ke 2004 yang lebih daripada 5 peratus ke atas (rujuk Jadual 1), perlulah mengambil langkah yang berstrategik bagi menangani isu-isu pilihan raya yang sedang berlegar ligat sekarang ini. Mudah-mudahan mood jentera PAS dan mood pengundi tidak akan berlaku seumpama pilihan raya 2004.  Justeru PAS akan terus utuh menguasai kemenangan bergaya pada PRU-13 dengan izin-Nya.

Wednesday, July 11, 2012

‘Mood perubahan’ jamin peluang menang PRU 13, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. – Gambar fail oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 11 Julai — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam peluang untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, sambil mengatakan “momentum” semakin kuat untuk menuju ke Putrajaya. “Mood perubahan itu ada,” kata Anwar dalam temuramah bersama akhbar British The Guardian hari ini.
Dan sama seperti yang telah dinyatakan pada Financial Times, Anwar mengulangi kenyataan bahawa ini adalah peluang terakhir beliau untuk menang dalam PRU.

Akhbar itu menggelar Anwar sebagai “lelaki yang paling digemari untuk dibenci di Malaysia”, dengan menekankan dua isu liwat yang dikatakan sebagai politik kotor oleh ketua pembangkang itu, di samping dituduh sebagai agen Zionis serta anti Islam dan juga seorang gay.
Kali ini Anwar muncul dalam apa yang dikatakan sebagai perjuangan politiknya yang terakhir, selepas beliau menyatakan hasratnya untuk bersara dalam Financial Times baru-baru ini sekiranya tewas dalam PRU akan datang.
“Saya yakin kita akan menang dan membawa perubahan,” kata Anwar kepada The Guardian.
Laporan The Guardian juga menyatakan terdapat ramai yang tidak menyukai Anwar tetapi bersamanya untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dikatakan autoktratik dan tidak lagi memahami aspirasi rakyat.
Datuk Seri Najib Tun Razak cuba membawa imej yang lebih baik untuk Barisan Nasional — menghapuskan imej negatif, iaitu dengan menghapuskan undang-undang keselamatan dalam negeri yang penuh kontroversi dan menggubal undang-undang kebebasan berhimpun.
Walaupun sudah menggubal undang-undang baru, pertempuran ganas antara polis dan penunjuk perasaan pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu - mencalarkan imej pentadbiran Najib yang seterusnya mengakibatkan beliau menangguhkan pilihan raya walaupun sebelum ini dijangka akan diadakan pada bulan Jun.
Puak berhaluan kanan dalam UMNO menjadi halangan bagi program transformasi Najib dalam kerajaan.
Kolumnis dan peguam terkemuka, Art Harun berkata, Bersih telah menyebabkan jarak antara kerajaan dan rakyat melebar — berlaku lebih banyak lagi pembongkaran hal ehwal rasuah dan salah guna kuasa.
Pilihan raya yang adil dan bersih juga ditekankan dalam hal ini.
“Daftar pemilih yang tidak bersih mungkin menjadi punca kekalahan kami dan cara mereka untuk memenangi undi, itu yang merisaukan kami,” kata Nurul Izzah, anak kepada Anwar yang berusia 31 tahun itu.
“Dahulu, kami ada sedikit maklumat, tetapi kini kami berjaya memperoleh banyak pembohongan dan penipuan mereka.”
Beliau mendakwa bahawa ada 10,000 nama muncul tiba-tiba dalam daftar pemilih di kawasannya.
Anwar yang dilihat menjadi tonggak kekuatan antara parti-parti pembangkang yang berlainan ideologi untuk menumpaskan Barisan Nasional, memberitahu The Guardian Pakatan terpaksa melupakan perbezaan mereka dan bekerjasama demi rakyat dalam masyarakat yang berbilang agama dan kaum.
“Kita telah berbincang dalam membentuk polisi ekonomi, polisi sosial serta kedudukan agama, kemudian kita cari titik persetujuan,” kata beliau yang mewakili PR.
“Jurang antara mereka yang fanatik dengan ekstremisme semakin melebar, kita perlu ada pendekatan liberal.
“Kami gelar diri kami sebagai golongan liberal, kita harus memastikan nilai intelektual berkembang, dan tidak menggunakan kuasa ganas untuk tujuan politik,” kata Anwar.

PAS kepada Ikhwan: Kemenangan beri inspirasi kepada semua

(Rombongan Presiden PAS bertemu Dr Mehdi Akif, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di rumahnya)

KAHERAH: Kemenangan pergerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir memberi inspirasi bukan sahaja kepada PAS, malah seluruh parti Islam di seluruh dunia.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan ini juga penting kepada politik Islam memandangkan Mesir merupakan sebuah negara yang terlibat dalam percaturan kuasa-kuasa besar politik dunia.

"Kedatangan ini satu penghargaan kepada gerakan Islam di Mesir khususnya Ikhwan atas kemenangan yang dicapai.

“Kemenangan ini tidak sama dengan kemenangan gerakan Islam di tempat lain kerana faktor georafinya, politiknya, jumlah kependudukannya yang ramai dan kebergantungan kuasa barat terhadapnya,” katanya.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan dengan mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif di kediamannya di sini semalam.

(Dr Mehdi Akif bercakap intim dengan Ustaz Abdul Hadi dan Dr Syed Azman)

Selain menyampaikan penghargaan dari PAS, pertemuan itu juga bagi mendapat gambaran sebenar perkembangan di Mesir khususnya terhadap laporan media yang menggambarkan sedang berlaku pertembungan antara Mohamed Mursi dengan tentera.

Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat serta wakil rombongan Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Speaker Dun Kelantan Datuk Nassruddin Daud.

Dalam pada itu, Mehdi Akif berpendapat, kemenangan gerakan Islam di Mesir termasuk Presiden Dr Mohamed Mursi merupakan perancangan dan kekuasaan Allah SWT.

Katanya, jika dilihat dari segi logik, memang sangat sukar untuk gerakan Islam Mesir termasuk Mohamed Mursi untuk menang dalam keadaan tekanan dan perancangan jahat dari pihak musuh.

“Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah yang melangkau semua perancangan pihak-pihak yang tidak mahu gerakan Islam menang di Mesir.

“Tiga bulan sebelum pilihan raya presiden, media masa serang Ikhwan sama ada dalam mesir dan luar. Maknanya kalau melihat kepada keadaan, dari segi logiknya memang sukar untuk Ikhwan dan parti Islam menang pilihan raya,” katanya.

Mengulas laporan media tentang perkembangan semasa Mesir, Mehdi Akif berkata keadaan sebenar yang berlaku tidak seteruk  apa yang dilaporkan.

Sebaliknya, pentadbiran Mohamed Mursi sangat menghormati institusi di bawah kerajaan termasuk tentera, kehakiman dan perlembagaan negara.

Sementara itu, pertemuan hari ini adalah bersempena lawatan rasmi Presiden PAS ke sini selepas Ikhwan berjaya mencapai kemenangan dalam pilihan raya lalu.

Bertemu pelajar



Selain bertemu pimpinan Hamas dan Ihkwan, Tuan Guru Abdul Hadi malam tadi turut dijemput ke program dialog bersama mahasiswa Malaysia di sini.

(Antara pelajar Malaysia di Mesir yang mendengar ucapan pemimpin PAS)

Hampir 3,000 mahasiswa dari seluruh Mesir hadir dalam pertemuan itu yang disifatkan jarang-jarang berlaku.

Malah himpunan mereka semalam juga berjaya mengutip sumbangan lebih RM8,000 yang diserahkan kepada Presiden PAS untuk membantu dana pilihan raya.

BONGKAR: Umi Hafilda rembat RM2,500.00 ...ceramah tak datang ...



RUPANYA ada cerita lucu di sebalik ceramah Ummi Hafilda. Sebelum ini dalam ceramah, beliau mendakwa berjuang mendedahkan salah laku Anwar Ibrahim demi bangsa dan negara ternyata karut semata-mata.

Meskipun tidak ramai orang menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Ummi Hafilda ini, beliau dikatakan menerima bayaran yang lumayan iaitu sekitar RM2,500 setiap kali berceramah.

Hal itu terbongkar apabila Ummi Hafilda telah dibayar sebanyak RM2,500 untuk menyampaikan ceramah menghentam Anwar Ibrahim, namun beliau tidak hadir memberikan ceramah.

Difahamkan Ummi Hafilda tidak mahu memberikan ceramah kerana pihak penganjur tidak menyediakan banner promosi dengan gambar beliau. Maka beliau risau tidak ada orang akan menghadiri ceramahnya.

Justeru itu pihak yang terlibat menganjurkan ceramah itu telah menghubungi Ummi Hafilda untuk meminta balik duit yang telah diberikan. Menariknya kejadian itu dirakamkan oleh mereka, maka tersebarlah tembelang Ummi Hafilda.

Lucu melihat gelagat perempuan ini, kadang kala sampai menangis-nangis dalam ceramahnya untuk meraih simpati, kononnya demi membuktikan kebenaran. Namun rupanya air mata palsu itu mendapat bayaran yang lumayan.

ReJaM© "Perjuangan menghentam Anwar Ibrahim demi duit rupanya... "

Siapa Razak Baginda kepada Najib dan Umno? Kenapa Altantuya mesti dibunuh? Siapa ditangkap basah?... Mai pelan-pelan baca !!!


Scorpene-Altantuya: Siapakah Razak Baginda kepada Najib dan Umno
Ia tidak masuk akal jikadikatakan bahawa Razak Baginda adalah dalang di sebalik pembelianRM7.3 bilion dua kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Malaysia?Ia memang pembelian yang tidak sesuai kerana pantai cetek Negara bersifat cetek, dan lebih buruk lagi, adalah berikutan skandal komisen haram yang berakhir dengan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibu, membayangi Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun musuh ketat Baginda tidak boleh membayangkan dia mempunyai keberanian atau keupayaan untuk meyakinkan Najib, yang pada ketika itu adalah Menteri Pertahanan yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dengan mengambil bahagian dalam apa yang pada dasarnya merupakan penipuan secara besar-besaran.
Kecualilah Najib sendiri mahu dipujuk atau mungkin juga mencadangkan satu skim bagi Baginda untuk selidiki dan laksanakan!
Bagaimana pula dengan Altantuya?Baginda boleh dipujuk Najib untukmeminjam dua pengawal peribadi untuk membunuh si cantik pemeras ugut itu, dan kemudian mengebom tubuhnya dengan bahan letupan C4 agar pengenalan tidak boleh dilakukan?Siapa yang tahu cerita sebenar,mungkin hanya pembunuh Altantuya sahaja yang tahu.Masalahnya ialah mereka tidak mahu bercakap.Atau mungkin mereka tidak bersedia untuk meniup wisel itu lagi.
Lelaki lembut
Satu perkara yang pasti.Kedua-dua Najib dan Baginda adalah lelaki 'lembut' - hidup untuk hidup mengejar keseronokan mereka sendiri dengan agenda mementingkan diri sendiri. Bolehkah lelaki 'lembut'menjadi kejam apabila hidup mereka terancam? Sekali lagi, sukar untuk dikatakan.
Walaupun demikian, pada tahun 1970-an, apabila Najib mengambil alih sebagai Ahli Parlimen Pekan selepas kematian bapanya, tiadaseorang pun rakyat Malaysia pernah berfikir yang lelaki muda tinggi lampai dan malu ini mampu mengarahkan polis untuk menganiaya penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam Bersih baru-baru ini. Atau adakah sesiapa pernah terfikir dia akan mampu membuat ucapan, berikrar untuk memandikan 'keris' dengan darah Cina sebelum Ops Lalang dijalankan oleh Mahathir Mohamad ke atas pembangkang dan pemimpin pembangkang?
Namun,siapakah Razak Baginda kepada Najib, kuatkah pengaruhnya? Sebenarnya, Baginda tidak berpengaruh langsungdan tidak mempunyai sebarang pertaliandengan Najib atau pemimpin tertinggi UMNO. Diabukan juga seorang ahli perniagaan besar mahupun boss penjenayah.Kedua-dua lelaki ini tidak kaitan mahupun pernah menjadi rakansekolej atau teman sekolah.
Malah, Baginda dan Najib tidak pernah berjumpa sehingga Najib menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 1991 dan Baginda menyertai Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia sebagai pensyarah, di mana dia akhirnya menjadi ketua bahagian pengajian strategik. Apabila Najib meninggalkan Kementerian Pertahanan pada tahun 1995 untuk Kementerian Pelajaran, hubungan mereka menjadi rapat.Baginda menjadi orang kepercayaan Najib, manakala isterinya Mazalinda dan isteri Najib, Rosmah juga menjadi rapat.
Tetapi jangantersilap.Baginda boleh hidup tanpa Najib, walaupun dia menikmati hidup sebagai teman rapat dengan tokoh politik yang terkenal itu.Najib yangsebenarnya diperlukan persahabatan ini.Yang pasti, Najib mahu memanfaatkan kepandaian Baginda. Baginda bukan hanya pakar strategi pertahanan, dia kemudian juga mengetuai cerdik pandai - Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang secara amnya diketahui dibiayai oleh Najib dan direka untuk menaikkan kerjaya politiknya.
Pemimpin UMNO wajib memiliki banyak wang untuk kekal berkuasa
Selepas kehilangan jawatan timbalan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim, suasana politik tiba-tiba berubah pada lewat tahun 90an apabila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memutuskan untuk memecat Anwar daripada UMNO dan ini membuka ruang kepada Najib.
Untuk membalas jasa kepada Najib kerana sokongannya dalam tempoh huru-hara pemecatan Anwar, yang kini telah menjadi Ketua Pembangkang, yang juga pernah dipenjarakan, Mahathir mula menyediakan Najib untuk jawatan Perdana Menteri. Tetapi iatanpa syarat, Najib juga terpaksa memainkan peranan dalam persediaan untuk ke kerusi Perdana Menteri. Untuk mendapatkan jawatan tertinggi itu dan memastikan dia dapat melawan pencabar, Najib tahu dia perlukan banyak wang.
Itu permainan politik dalam UMNO. Banyak wang untuk membeli sokongan dari atas ke bawah untuk cawangan dan semua cara untuk bahagian, negeri, sayap pemuda dan wanita. Sekarang, di mana dan bagaimana untuk mendapatkannya?
Orang yang mengikuti skandal Scorpenes berkata Najib telah memikirkan satu cara apabila diamenjadi Menteri Pertahanan dan membincangkannya dengan Baginda, yang mempunyai pengetahuan tentang ketenteraan dimana pemerolehan senjata di arena antarabangsa boleh menjana banyak wang dari rasuah dan komisyen.
Sebagai contoh, telah diketahui bahawa di Taiwan; Thales, sebuah syarikat Perancis, dahulunya Thompson-CSF, telah menjual6 kapal frigat kelas 'stealth' La Fayette-binaan DCN untuk harga yang mahal iaitu AS $ 2.8 bilion pada tahun 1992, menjadikan seluruh dunia terkedu, manakalatentera Pakistan telah membeli 3 kapal selam Agosta 90 B pada tahun 1994 dengan cara yang tidak sunyi dari kontroversi.
Kenapa Baginda?
Pembelian Scorpenes oleh Malaysia dari DCNS telah dikendali oleh Razak Baginda.Kenapadia dan tidak bukanahli korporat terkemuka yang lain?
Sesetengah penganalisis politik berkata Najib sedar bahawa sebelum iniperdana menteri UMNO telah menggunakan kroni dan proksi untuk skim menjana wang. Tetapi 'bintang' dan peneraju korporat kadang-kadang boleh membawarisiko dan orang yang boleh dipercayai seperti Baginda untuk menguruskan aliran wang mungkin cara yang lebih sesuai bagi Najib. Sekiranya dakwaan terhadap Najib adalah benar, tentu dia mahu mengawal dana dan memastikan ini boleh dicapai.
Perjanjian Scorpenes dipercayai telah dibawa ke meja sejak zaman bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin tetapi telah dibekukan selepas Daim bergaduh dengan Mahathir.Apabila Najib kembali kepada kementerian Pertahanan, telah dipercayai bahawa Mahathir bersetuju untuk melakukan semula transaksi.Dan seperti dua pelajar sekolah, Najib dan Baginda didakwa merancang bagaimana untuk mendapat manfaat daripada perolehan yang besar seperti itu. Walaupun si Rosmah yang licik tidak tahu akan perkara itu pada awalnya begitulah spekulasinya.
BAgi Altantuya, dia pada dasarnya tidak mempunyai kemahiran khusus dan bukanlah seorang penterjemah yang baik. Dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada skim ini - hanya wajah yang sangat cantik dan objek seksual bagi kedua-dua lelaki. Kerana bersama dengan Baginda, dia menjadi tahu akan transaksi Scorpenes kemudian cuba memeras ugut Baginda untukmendapatkan sedikit wang haram yang dibayar oleh DCNS. Untuk rekod, Baginda telah mengaku sebagai kekasih manakala Najib bersumpah tidak pernah kenal padanyasama sekali.
Sementara itu, mungkin untuk memastikan perkara ini kekal rahsia, Baginda membuat ahli keluarga terlibatsama. Beberapa entiti perniagaan telah diwujudkan seperti Perimekar yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat lain, KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang seterusnya juga dipunyai oleh Baginda dan isterinya. Dan untuk membuat mengalihkan sedikit wang lagi, Baginda telah mencipta satu lagisyarikat, iaitu TerasasiSdn Bhd (di Hong Kong) dengan Malim bapanya sebagai pengarah.
Mungkin, pada pemikiran mereka, dengan Menteri Pertahanan yang bakal menjadi Perdana Menteri terlibatsama, bagaimana sesuatu yang teruk boleh berlaku? Walaupun mereka telah ditangkap, mereka pastiterlepas! Ia adalah skim'sempurna' mereka sendiri tetapi sedihnya, tidak diketahui oleh kedua- dua isteri Najib dan Baginda bahawa mereka mempunyai hubungan dengan Altantuya dan tidak diketahui pula oleh semua mereka, Altantuya tidak memberi dirinya pada lelaki secara percuma.
Ditangkap basah
Apabila si cantik berusia 28 tahun mendapati bahawa perjanjian Scorpene telah berjaya dan Perimekar telah menerima komisen yang dipersetujui, Altantuya dapat mencium wang itu walaupun dari Mongolia.
Dia membuat keputusan untuk mendapatkan sesuatu untuk dirinya dan datang ke Malaysia.Sama ada dia telah benar-benar dijanjikan bahagian itu adalah sukar untuk dikatakan.Mengapa mereka tidak membayarnya sahaja? Adakah ia kerana Rosmah cemburu? Tetapi bagaimana orang yang begitu licik dan kedekut boleh menjadi begitu emosi? Apakah pencetusnya?
Sekali lagi, rakyat Malaysia dan dunia akan terpaksa menunggu sebelum titik boleh dihubungkan dan gambar akan lengkap. Apa pun yang benar, Altantuya telah mengugut Baginda, mengancam untuk mendedahkan hubungan seksbersama Baginda dan Najib. Shaariibuu Setev, ayahnya telah berkata, dia mempunyai gambar mereka bertiga bersama-sama sebagai 'bukti'.
Sekarang, Altantuya membawa masalah kepada Baginda dan Najib. Masalah besar yang terpaksa diuruskan kerana harapan Najib untuk menjadi Perdana Menteri akan berakhir dengan kegagalan jika diketahui perihal ini. Tetapi apa yang perlu dilakukan? Bagaimana untuk bertindak balas?Kemungkinan ini tidak pernah difikirkan oleh dua lelaki ini dan mereka umpama ditangkapbasah, oleh itu mereka panik dan bertindak dengan terburu-buru.
Apabila Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan sepupunya Burmaa Oyuchimeg, dia melantik seorang penyiasat persendirian untuk membantunya menjejaki Baginda.Altantuya mempunyai saksi dan lain-lain rekod untuk mengesahkan kehadirannya di Malaysia walaupun maklumat dalam komputer Imigresen menunjukkan dia tidak pernah memasuki negara ini.Ini benar-benar telah merumitkan kehidupan Baginda.Penculikan dirinya telah dilakukan oleh ejen dari Cawangan Khas Malaysia pada siang hari di hadapan rumah Baginda - walaupun ada saksi-saksinya.Demikiansungguh terdesak Baginda.Media Malaysia tidak menyiarkan butir-butir lengkap, tetapi media asing ada.
Pemandu teksi gagalkan rancangan sempurna
Seperti biasa, dalam operasi rahsia, butiran kecil paling penting.Keseluruhan operasi gagal kerana tidak membayar tambang teksi Altantuya. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak puas hati bagaimana penumpangnya telah diculik di depan matanya tanpa membayar tambang. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Ini mengesahkan bahawa kereta penculik adalah kereta kerajaan, dan turut membabitkan pemiliknya.
Najib dikatakan terlalu terkejut untuk berfikir dengan jelas.Baginda memutuskan untuk mengupah pihak ketiga bagi membantu iaitu penyiasat persendirian-P Balasubramaniam telah dibawa masuk untuk mencari beberapa fakta kerana mereka tidak mempunyai masa yang cukup.Perjanjian Scorpene keseluruhan boleh tersebar.Ia adalah terlalu besar untuk dikendalikan dan terlalu berisiko pada ketika itu bagi politik di Malaysia terutamanya UMNO dan Najib. Jika wang dijejak , ia membawa kita kepada kedua-dua Najib dan Baginda.
Najib dipercayai mengamanahkan perkara itu kepada setiausaha sulitnya Musa Safri untuk melakukan apa sahaja yang perlu. Ia telah dilaporkan bahawa Rosmah, kerana ingin tahu, merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan tekaannya bahawa suaminya berada dalam masalah besar ternyata benar. Mungkin dia berleter tanpa henti, walau apa pun bakal PM ini dikatakan terpaksamenceritakan segalanya kepada isterinya.
Sekarang - ia telah disahkan oleh orang-orang kampungnya sendiri - Rosmah bukanlah seseorang yang boleh dipermainkan. Diaamat kejam –tiada siapa boleh mempertikaikannya.Tetapi adakah dia kerana memburu Altantuyasendiri? Adakah dia dan 2 pengawal peribadi arahan Najib, Sirul Azhar dan Azilah Hadri, dan juga pembantunya sendiri yang juga merupakan orang tentera Norhayati dan Aziz Buyong menolongnyamenyelesaikan masalah dengan Altantuya?
Hanya mereka tahu dan tidak akanmemberitahu. Belum lagi nampaknya.Jika Altantuya masih hidup, dia boleh menjadi saksi dalam mana-manakes mahkamah berhubung skandal itu. Penglibatannya telah membuat perkara ini lebih kompleks dan teruk bagi kerajaan Malaysia kerana perkara itu akandibawa kearena antarabangsa. Publisiti ini jelas akanmemburukkanlagi pemimpin-pemimpin Malaysia.
Ternyata, Altantuya dibunuh dan mayatnya telah dimusnahkan dengan C4 pada 18 Oktober 2006 di kawasan hutan terpencil di Shah Alam di pinggir Kuala Lumpur.
Kenapa Altantuya mesti dibunuh?
Skandal itu sebenarnya bom masa yang berdetik untuk Najib dan ia telah merebakke dalam UMNO. Apa-apa implikasi yang berlaku kepada Najib yang memegang jawatan sebagai perdana menteri pada April 2009 akan menjadi buruk. Najib telah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO sejak tahun 2004 dan sedang dilatih untuk mengambil alih dari Abdullah Badawi yang merupakan perdana menteri pada masa itu.
Badawi pada masa itu bergelut untuk terus berkuasa. Dia tidak boleh memutuskan apa yang perlu dilakukan. Musa Hassan yang merupakan Ketua Polis Negara apabila skandal itu berlaku mengisytiharkan baru-baru ini bahawa dia telah memberitahu Badawi bahawa Najib tidak terlibat dalam pembunuhan itu.
Mahathir yang bersikap tenang berikutan skandal Scorpenes-Altantuya tidak pernah memberi ulasan mengenai perkara itu. Tetapi mengikut orang dalaman UMNO, dia sebenarnyaarif tentang perkara itu. Dia tahu apa yang berlaku kerana dia masih mempunyai pengintip di dalam Cawangan Khas. Mengetahui Badawi tidak akan membantu dalam keadaan kritikal ini dan Najib tidak cerdik, Mahathir memutuskan untuk campur tangan. Diameyakinkan KPN bahawa tidak kira apa yang berlaku, UMNO mesti diselamatkan.
Najib kemudian akan diberitahu untuk membiarkan polis mengendalikan siasatan pembunuhan dan dia seterusnya memberitahu Rosmah mengikut sahaja kehendak polis. UMNO - dimana dokumen-dokumen terkini telah disita oleh polis Perancis juga mempunyai kepentingan dalam komisen Scorpenes - juga mahukan skandal terhapus. Jadi, tiada cara lain selain memutar belit kenyataan. Gunakan badan kehakiman dan adakah‘perbicaraan’! Macam dah biasa bukan?
Tetapi, tidak kira berapa banyak Al Quran atau buku-buku suci untukNajibbersumpah, adalah mustahil bagi sesiapa sahaja untuk tidak berfikir bahawa Najib telah terlibat secara langsung dalam beberapa perkara. Begitu juga bagi UMNO, Baginda dan Rosmah.Sama ada salah seorang daripada mereka ini yang mengarahkan pembunuhan Altantuya adalah terlalu awal bagi mereka untuk meneka buat masa ini.Mungkinkah kita akan mengetahui kebenarannya kerana dua pengawal peribadi yang menembak dan mengebomAltantuya masih hidup dan dikenakan hukuman mati, sedang merayu bagi hukuman gantung mereka.
Dan satu hari nanti kedua-dua pembunuh mungkin memutuskan untuk menceritakan segalanya. Walaupun mereka mungkin akan 'menghilangkan diri' seperti yangditakutkan rakyat Malaysia, kebenaran masih boleh terbongkar kerana terdapat begitu banyak hubungan antra dokumen dan saksi. Yang diperlukan hanya siasatan yangtelus dan polisyang amanah dan perbicaraan mahkamah yang adil atau siasatan awam.
Walaupun wang Scorpenes ini mengambil masa yang lama untuk didapatkan semula, sekurang-kurangnya roh Altantuya akhirnya akan mendapat ketenangan.