Kaum keluarga yang telah dipindahkan dari Bakun sudah tentunya ingin mengetahui bagaimana Taib Mahmud sekeluarga merancang untuk meraih keuntungan berbilion-bilion ringgit untuk mereka sendiri dari hidro elektrik Bakun dengan bermodalkan hanya RM2.00 sahaja!
Kami dapat mendedahkan bagaimana syarikat SALCO (iaitu Sarawak Aluminium Company Sdn Bhd), iaitu sebuah syarikat yang telah diberi lesen untuk mendirikan kilang peleburan aluminium di Samalaju, Sarawak, yang akan dijana menggunakan tenaga elektrik yang murah dari empangan hidro-elektrik Bakun, adalah milik syarikat CMS.
Syarikat SALCO telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat gergasi multi-nasional, Rio Tinto Alcan dan CMS, setelah dua buah syarikat itu memeterai perjanjian awal dalam tahun 2007 untuk meneroka peluang melabur dalam projek peleburan aluminium. Dalam tahun 2008 pula, usahasama itu telah mendapat lesen untuk mendirikan kilang dari kerajaan pusat, dan kemudiannya mereka memeterai perjanjian dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk mendapatkan kebenaran menggunakan tenaga elektrik. Kini kilang peleburan aluminium itu menjadi projek utama dalam SCORE yang dibesar-besarkan oleh Taib Mahmud selama ini.
Pelaburan dalam SALCO menyaksikan penglibatan Rio Tinto Alcan (60% saham) dan CMS (40%).
Berdasarkan kajian yang kami jalankan ke atas perkara persyarikatan, SALCO hanya memegang dua saham, yang diagihkan satu ringgit setiap satu, dan kedua-duanya dipegang oleh syarikat Samalaju Aluminium Industries Sdn Bhd.
Kami seterusnya mendapati bahawa syarikat Samalaju Aluminium Industries Sdn Bhd sebenarnya dimiliki oleh Samalaju Industries yang 100% dimiliki oleh CMS! Namun, pada awal minggu ini jurucakap syarikat Rio Tinto Alcan mengatakan bahawa mereka tiada sebarang hubungan perniagaan di negeri Sarawak.
Memandangkan syarikat CMS milik keluarga Taib bukannya syarikat yang arif dalam kerja-kerja peleburan aluminium, maka adalah janggal jika kerajaan Negeri Sarawak dan kerajaan Persekutuan di KL menyokong SALCO dengan memberi lesen untuk meneruskan kerja-kerja mereka itu!
Jurucakap Rio Tinto Alcan telah mengesahkan pada Sarawak Report bahawa syarikat multi-nasional itu mempunyai pegangan saham sebanyak 60% seperti yang dijanjikan dalam SALCO, jika mereka dapat menggunakan bekalan tenaga elektrik yang murah sebagai mana yang mereka minta.
Ini bermakna Rio Tinto Alcan akan membeli 60% saham dalam SALCO milik Taib Mahmud sekeluarga. Inilah perjanjian yang diidam-idamkan oleh Taib dan menantunya, Robert Geneid, pada sebuah mesyuarat bersama Rio Tinto Alcan di Kuching pada bulan yang lalu (laporan boleh dilihat dalam Borneo Post).
Cuba fikirkan berapa besarkah keuntungan yang diraih oleh CMS, jika Rio Tinto Alcan berjaya membeli 60% saham dalam projek gergasi peleburan aluminium itu nanti!
Antara individu yang akan memegang saham nanti adalah aruah isteri Taib iaitu Laila, dan diikuti oleh empat orang anaknya.
Kita harus ingat bahawa Taib telah melabur seminima RM2.00 sahaja. Dan kenapakah CMS sanggup membahagikan 60% saham kepada Rio Tinto Alcan pada kadar yang rendah?
Sebenarnya, jika perjanjian untuk menggunakan tenaga elektrik yang murah keluaran Sarawak Energy Bhd (yang dikawalselia oleh sepupu Taib sendiri, Hamed Sepawi), CMS tentu akan meraih keuntungan berbilion-bilion ringgit hanya bermodalkan RM2.00 dalam usahama dengan SALCO!
Kini Taib diketahui telah membelakangkan sistem tender terbuka, maka kerajaan negeri Sarawak tidak akan mendapat keuntungan yang ketara walaupun setelah ianya mengeluarkan lesen berkaitan projek ityu nanti. Justeru itu, seperti kebiasaannya, semua syarikat tempatan yang lainnya tidak berpeluang menjadi kontraktor induk, tetapi sekadar menjadi sub-kontraktor di CMS sahaja.
Kita juga harus ingat bahawa tabungan Wang Pencen, sebagai mana yang diminta secara paksa oleh menteri-menteri Taib, akan digunakan dalam pelaburan pembinaan Bakun, agar projek itu sentiasa terapung, kerana syarikat-syarikat tempatan telah meragui akan kejayaan projek itu dahulu. Rio Tinto Alcan telah mengesahkan bahawa mereka akan mewujudkan sebanyak 4,700 pekerjaan dalam SCORE, namun sehingga kini, tiada seorang pun dari Sarawak berjaya bekerja di Pressmetal Sarawak itu.
Akhirnya, apakah yang bakal menimpa nasib pekerja-pekerja industri peleburan aluminium Rio Tinto Alcan di Tasmania?
Rio Tinto Alcan telah bercadang untuk menjualkan projek mereka di Tasmania, kerana mereka dijangka telah menemui negara lain yang kos operasinya jauh lebih murah!
Kini Taib Mahmud sendiri sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di peringkat kerajaan pusat.
Kini kita tahu bahawa orang yang merancang projek berkenaan adalah Taib Mahmud dan menantunya Robert Geneid supaya mereka dapat menjadi lebih kaya.
Oleh yang demikian, adakah betul bagi syarikat-syarikat gergasi multi-nasional seperti Rio Tinto Alcan menarik diri dari projek mereka di Tasmania kerana ingin berniaga dengan hanya seorang individu seperti Abdul Taib Mahmud dari negeri Sarawak?
No comments:
Post a Comment