Tuesday, February 21, 2012

Menteri Lulus Dagang dengan Israel I (Menteri tipu dalam parlimen)


Pembongkaran isu hangat Kapal Israel masuk dan berdagang dinegara ini menggetarkan umnoapco, mereka yang selama ini menggunakan isu Isreal untuk cuba melagakan Anwar dengan Tuan Guru Nik Aziz namun nampaknya mereka hanya membuka pekung sendiri.

Akhirnya terserlah Malaysia menjalin hubungan dagang dengan Israel, entah barangan apa yang dibawa masuk dan entah barangan apa yang dibawa keluar, kita tidak tahu, tapi dasar orang meniaga, jika keuntungan jadi matlamat utama, mereka tidak fikirkan orang lain, apa yang mereka fikir hanya wang untuk mereka terus hidup mewah.

Malangnya ada punca wang tersebut juga menjadi penyebab air mata anak-anak palestin. ada yang jadi yatim piatu kerana ibubape mereka dirobek peluru Israel.

Isu perdagangan Malaysia dengan Israel sebenarnya telah dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen pakatan ('tukanglawan" akan dedahkan siapa dia kemudian),  ia dibangkitkan dalam sesi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas yang berlangsung tahun lalu.

Kenyataan dari blog beliau adalah seperti dibawah,

Dalam sesi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas yang sedang berlangsung sekarang, saya telah membangkitkan isu perdagangan di antara Malaysia dengan Israel.

Bermula dari perbahasan Belanjawan 2012 peringkat dasar bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, saya telah mengemukakan pertanyaan kepada Menteri untuk memberikan penjelasan berhubung satu dakwaan bahawa Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Negara Rejim Zionis Israel.

Pada 7 November 2011, Menteri telah memberikan jawapan bertulis kepada pertanyaan saya di mana Menteri telah menyatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk hubungan perdagangan dengan Israel lantaran dari Dasar Luar Negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan juga larangan perdagangan di bawah Akta Kastam 1967 (AKta Larangan Import dan Eksport) Pindaan 2008.



Jadi apakah menteri berbohong bila mengatakan Malaysia dan Israel tidak mempunyai sebarang hubungan dagangan, walaupun dasar tidak membenarkan, tetapi sebelum kenyataan menteri itu dikeluarkan, telah beberapa kali maklumat kapal Israel singgah di negara ini untuk berdagang di hebahkan.

Apakah menteri itu menipu atau tidak tahu ada kapal israel telah masuk ke Malaysia?

Jika mahu bukti kapal Israel masuk berdagang dinegara ini, Video dibawah cukup menceritakannya.


Apa pendapat anda, apakah kerajaan malaysia memang menjalin hubungan dagang dengan Israel?, jika ya mengapa kita tidak tahu, apakah ia sengaja disembunyikan?, untuk tujuaan dan kepentingan siapa?

No comments: