Wednesday, February 8, 2012

'Saya tak pernah terlibat dengan NFC'


Shahrizat Abdul Jalil
PUTRAJAYA - Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan, beliau tidak terlibat dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa oleh pihak berkenaan.
Beliau hadir memberi keterangan hari ini selepas dihubungi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Menurutnya, kehadirannya ke pejabat SPRM Putrajaya sebagai isteri kepada Pengerusi NFCorporation, Datuk Mohd Salleh Ismail.
"Saya langsung tidak pernah terlibat dengan isu NFC dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila ditanya oleh pegawai SPRM berhubung isu itu," kata beliau pada sidang media sejurus selesai memberi keterangan, di sini,  tadi.

Beliau yang hadir bersendirian ke pejabat SPRM kira-kira jam 4 petang dilihat keluar selepas hampir tiga jam memberi keterangan.

"Sebenarnya saya mengambil cuti dengan harapan pihak SPRM akan memanggil saya hari ini untuk membuat penyiasatan rapi sama ada saya terlibat atau tidak dengan NFC.

“Ini giliran saya untuk membantu siasatan dan tidak pasti sama ada akan dipanggil untuk kali kedua. Mengenai isu lain saya tak tahu," katanya.
Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno bercuti selama tiga minggu dari menjalankan tugas-tugas sebagai anggota Kabinet.
Isu mengenai NFC mulai mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan bahawa NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Ia semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Kalau setakat tanya khabar .. guna talipon pun boleh .... Huh
"I ada belikan kurma untuk u ... tasbih sekali ... huhuhu"
Sentuhan kecundang ... wakakak !!!
I cuit u .. u cuit I ...

No comments: