Tuesday, November 30, 2010

Nasib 39,000 Penduduk Kampung Baru Menjadi Tandatanya


Lo'Lo': Habislah orang Kampung Baru kena pindah

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

"Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Dr Lo' Lo' berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

Zon komersial sepenuhnya

Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya.

Perancangan itu, kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dan menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan 'memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek”.

Masjid diperbesarkan

Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.

Seorang pegawai DBKL yang mengendalikan 'booth' di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik.

“Malah, masjid akan diperbesarkan,” katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.

Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.

Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Penjara Pudu

Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Menurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.

PR Perlu Jelas Kepada Umum Berkenaan 'Ketuanan Rakyat' 
























SHAH ALAM 30 NOV : Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat perlu menerangkan dan memberi penjelasan kepada rakyat negeri masing-masing mengenai konsep 'Ketuanan Rakyat' yang diangkat bersama Pakatan Rakyat.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, polemik Umno memutar belitkan kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mengenai isu meninggalkan ketuanan Melayu.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, segala data dan fakta mengenai kegagalan konsep yang dibawa Umno dapat dilihat.

"Begitu juga dalam isu ini, tanggungjawab utama kerajaan negeri ialah untuk menegaskan pendirian kita mengenai 'ketuanan rakyat ini,' kerana nampaknya polemik atau wacana ketuanan melayu itu juga diputar belitkan oleh kelompok Melayu yang kaya dan rasuah," katanya.

Persidangan sehari itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco Kerajaan negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri.

Resolusi Shah Alam yang dikeluarkan hasil persidangan ini juga membawa kepada hubungan lebih rapat dalam melawan serangan dari kerajaan pusat.

Malah satu badan media antara negeri Pakatan Rakyat bakal ditubuhkan untuk menghakis serangan media Barisan Nasional(BN).

"Negeri-negeri ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat, secara rasmi mereka kemukakan ketetapan yang diluluskan kepimpinan Pakatan Rakyat yang menjadi dasar Pakatan Rakyat supaya tak ada usaha khianat dari Umno, pimpinan atau media mereka untuk cuba merosakkan institusi ini sepertimana dilakukan sebelumnya untuk menimbulkan kecurigaan," ujarnya lagi.

Anwar mahukan agar hubungan akrab antara parti dan ahli biasa terjalin di peringkat bawah bagi memastikan tiada ruang kelemahan dapat dieksploitasi BN.

"Saya tidak sangat runsing dengan serangan tapi saya setuju dengan Kit Siang bahawa tiba masa dan ketikanya untuk memastkan muafakat dan keakraban kita dalam parti cukup mantap. Kita tak mungkin dipatahkan dari serangan luar, kita mungkin sedikit lemah dan tergugat kalau kita menimbulkan sedikit syak dan wasangka dari dalaman maka kami kepimpinan mengesyorkan kerjasama dari peringkat negeri," Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Minyak naik lagi : Ron 97 kini Rm 2.30 seliter!

azlanKUALA LUMPUR, 30 Nov- Kerajaan Barisan Nasional(BN) akan menaikkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai 1 Disember ini, lapor Malaysiakini.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga minyak petrol berkenaan akan dibuat esok. Bagaimanapun harga minyak petrol RON95 kekal pada tahap RM1.85 seliter.

Kerajaan BN awal tahun ini memulakan langkah memotong subsidi berdasarkan aras tanda harga minyak RON95.

Langkah tersebut adalah antara beberapa ‘pembaharuan’ yang disyorkan oleh penasihat kerajaan kononnya dalam usaha mereka mengurangkan beban subsidi kepada lima barangan keperluan asas yang ditanggung dan merencatkan rancangan pembaharuan ekonomi negara ini.

Bagaimanapun tidak semua syor yang diunjurkan dilaksanakan oleh kerajaan kerana bimbang langkah itu bakal menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan BN khususnya Umno

Minyak petrol RON97 yang mempunyai tahap octane yang lebih tinggi berbanding RON95 tidak disubsidi oleh kerajaan. Dan ini merupakan kenaikkan kedua dalam tempoh tiga bulan.

Monday, November 29, 2010

Pengundi Terima RM100 Pakai Baju 1Malaysia Semasa PRK Galas

 

Berbaju 1Malaysia ketika PRK Galas: Akhirnya RM100 sampai ke tangan

Hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai, penduduk yang memakai baju 1Malaysia akhirnya mendapat "pulangan" RM100 pada 26 November, daripada pertubuhan "1Malaysia" yang disokong MCA di sebalik tabir.

Pada malam sebelum hari pengundian PRK Galas, pengacara jamuan malam anjuran "badan bukan kerajaan" (NGO) 1Malaysia memperingatkan penduduk agar memakai baju merah "1Malaysia" ketika mengundi. "Akan diberkati tuah...," katanya.

Hampir sebulan berlalu sejak 4 November, MerdekaReview diberitahu bahawa pertubuhan yang disertai ramai ahli MCA ini telah "memberkati tuah" di satu pondok yang berdekatan dengan padang kampung baru.

Sumber maklumat memberitahu MerdekaReview, mereka yang berbaju merah 1Malaysia pada hari pengundian boleh menerima RM100, dengan menunjukkan kad pengenalan mereka. Seandainya nama mereka ditandai "bintang" dalam senarai, maka RM100 akan diberikan.

Menurutnya, tanda "bintang" tersebut bermakna mereka pernah mendaftarkan diri di kaunter perkhidmatan "1Malaysia". Senarai tersebut tertera jelas nama, nombor kad pengenalan dan tempat orang itu mengundi.

Tersebarnya khabar "tuah diberkati..."

Sumber maklumat berkata, "khabar baik" ini sememangnya di luar dugaan beliau, memandangkan PRK Galas telah tamat untuk satu tempoh yang agak panjang. Beliau lantas bergegas ke pondok di padang itu selepas menerima khabar tersebut, dan menerima dua keping wang yang bernilai RM50, membawa jumlah kepada RM100. Beliau menambah, MCA sering mengadakan aktiviti di pondok tersebut, dan kini menjadi seolah-olah kaunter perkhidmatan MCA.

Bagaimanapun, beliau tidak faham mengapa wang diberikan setelah sekian lama. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pihak yang membahagi wang takut pengundi memberontak pada pilihan raya umum akan datang, seandainya tidak menunaikan janji untuk memberi wang RM100 ini.

Menurutnya, wang hanya diberikan kepada mereka yang mendaftarkan nama diri di kaunter "1Malaysia". Berdasarkan nama yang tertera pada senarai itu, beliau meramalkan lebih 100 orang yang akan menerima RM100 di pondok tersebut, tidak termasuk wang yang diberikan di kawasan Bandar Lama dan sebagainya.

Ketika PRK Galas berlangsung, MerdekaReview pernah melaporkan bahawa mereka yang menyertai perarakan 1Malaysia memperolehi RM100 seorang. Sumber maklumat mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa seandainya seseorang itu menyertai perarakan 1Malaysia, dan juga memakai baju merah 1Malaysia pada hari pengundian, maka mereka akan memperolehi RM200 keseluruhannya. -MR

Ingatan MB Kedah: PR Tidak Mudah Untuk Menang Dalam PRU13


71

Usah sangka kemenangan PRU 2008 berulang mudah, MB Kedah nasihat Pakatan

SHAH ALAM – Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) mengadakan pertemuan di sini hari ini dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran pemimpin-pemimpin perikatan tiga parti itu agar tidak mengharapkan kemenangan 2008 akan berulang dengan mudah.

“Pakatan tidak boleh terlalu yakin bahawa mereka akan kekal berkuasa,” kata Menteri Besar Kedah (gambar) itu.

“Jadikan pilihan raya umum 2004 sebagai contoh, di mana PAS kehilangan Terengganu dan menang tipis di Kelantan,” kata beliau seolah-olah senada dengan pandangan Penasihat DAP Lim Ki Siang ketika merasmikan Konvensyen DAP Selangor semalam.

Pada 8 Mac 2008, BN kehilangan empat lagi negeri selepas Kelantan dikuasai PAS sejak 1990 manakala di Parlimen pula ia hilang penguasaan majoriti dua pertiga.

Bagaimana Azizan menekankan bahawa pengundi-pengundi Kedah sudah mula menyesuaikan diri dengan pentadbirannya, yang menyaksikan peningkatan dalam hasil pulangan pembalakan.

“Pengundi-pengundi Kedah sudah selesa dengan kerajaan negeri Pakatan Kedah yang mengamalkan ketelusan dan dengan jayanya menambah hasil negeri daripada pembalakan,” kata Azizan.

Semalam, Lim memberi DAP Selangor amaran bahawa PR kemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak bersatu padu sambil mengingatkan konvensyen kepimpinan negeri agar belajar daripada pengalaman Terengganu pada 2004.

Penasihat DAP itu juga meminta perwakilan barisan menyokong kepimpinan negeri yang menganggotai kerajaan negeri Selangor sebagai tanda perpaduan.

“Bolehkah Umno dan Barisan Nasional (BN) menang balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak boleh ditembusi dan tidak dapat dikalahkan?” kata Lim ketika berucap membuka Konvensyen DAP Selangor.

“Saya tahu ada orang yang percaya bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh hilangan kawalan dan kuasa di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

Beliau mengingatkan para perwakilan konvensyen bahawa PAS tidak menjangkakan ia akan kehilangan Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 selepas memperoleh kemenangan tidak disangkakan sama sekali pada 1999.

“Pada pilihan raya umum 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28-4 di Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.

“Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi tewas dengan keputusan terbalik 4-28, disapu oleh Umno dan BN,” kata beliau.

Lim juga berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan BN akan menang balik Selangor memandangkan PR berada dalam keadaan tunggang-langgang.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan-kerajaan negeri PR telah berjaya mengatasi serangan bertubi-tubi dilemparkan terhadap pentadbiran mereka.

“Negeri-negeri Pakatan Rakyat telah berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang tiga tahun pentadbiran, tetapi dengan jayanya telah mengatasi kesemua percubaan mereka yang mahu mengganggu usaha memperbaharui pentadbiran negeri-negeri (yang terletak di bawah mereka),” kata Khalid.

“Saya berharap persidangan kali ini akan menjadi platform untuk berkongsi pengalaman kita dan untuk memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan kami bagi memperkukuhkan pentadbiran menghadapi pilihan raya umum ke-13,” kata beliau lagi.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menasihatkan negeri-negeri PR agar bersatu menghadapi media arus perdana yang cuba mencetuskan sentimen rakyat terhadap perikatan itu.

“Negeri-negeri Pakatan Rakyat mesti berlawan menghadapi serangan media arus perdana yang terus-menerus memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan orang ramai,” kata beliau yang juga Mursyidul Am PAS.

Persidangan hari ini dihadiri oleh DS Khalid, TG Nik Aziz, DS Azizan dan Lim Guan Eng serta Exco Kerajaan Negeri dan wakil daripada subsidiari negeri. -TMI

Warisan Merdeka: Najib sangkal andaian Mahathir

Najib Razak
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetepikan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Warisan Merdeka - menara 100 tingkat yang akan dibina di ibu negara, sambil menegaskan projek itu harus dinilai dari sudut jangka panjang. “Apa yang penting yang perlu diingat, ini adalah projek jangka panjang,” kata Najib selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean 2010 di sini hari ini. “Ia tidak harus dilihat (sebagai projek) satu atau dua tahun. Ia projek 10 tahun dan (menjangkaui tempoh) selepas itu,” kata beliau.
Sambil sekali lagi menekankan bahawa projek itu sebagai inisiatif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Najib mengesahkan Warisan Merdeka akan menerima lampu hijau  kerajaan selagi ia berdaya maju secara komersial dan membawa peluang-peluang bisnes.
Semalam, Dr Mahathir memberi amaran Malaysia akan berhadapan dengan situasi bekalan hartanah berlebihan ekoran pembinaan Warisan Merdeka di ibu negara, yang akan mengatasi Menara Berkembar Petronas yang dibina ketika era kepimpinan bekas perdana menteri itu.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata negara mesti belajar daripada krisis kredit dialami Dubai ekoran bekalan hartanah berlebihan.
“Mereka boleh membina tetapi kemudian, bukannya sekarang,” kata Dr Mahathir.
Idea membina menara itu juga mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak.
Sebelum ini, Dr Mahathir ada memberitahu bahawa kerajaan seharusnya mendapatkan pandangan ramai sebelum meneruskan langkah membina menara paling tinggi itu, yang diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2011.
Sayap pelaburan kerajaan PNB mempertahankan projek itu dengan berkata langkah itu tidak akan membabtikan dana pendeposit ataupun awam.
Najib berkata projek itu juga mesti menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih besar dalam bidang tertentu dan menyediakan peluang perniagaan.
“Projek itu mesti memenuhi keperluan itu dan jika syarat ini dipenuhi, ia boleh diteruskan.
“Ia mesti menyediakan dorongan dan pemangkin untuk Kuala Lumpur yang lebih luas,” katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, terpulang kepada PNB untuk membuat perkiraan kewangan.
Mengenai persepsi bahawa Warisan Merdeka akan menenggelamkan Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: “Ia merupakan kenyataan yang semberono.”
“Kita bercakap mengenai kesinambungan.
“Apa yang sudah dilakukan oleh Tun Mahathir disanjung tinggi, namun kita perlu meneruskan kejayaan beliau dan bergerak dan memajukan Malaysia,” kata Najib lagi.
“Jik anda lihat latar langit Kuala Lumpur pada 2020, ia tidak boleh sama seperti hari ini. Pudong di Shanghai mempunyai banyak bangunan pencakar langit. Pastinya lebih banyak lagi.
“Baik kita bayangkan Kuala Lumpur pada tahun 2020. Cuba lihat perspektif jangka panjang. Lebih-lebih lagi jika wawasan 2020 direalisasikan, ia merupakan wawasan yang diilhamkan sendiri oleh Tun Mahathir,” kata Najib.

Tak salah bukan Islam petik ayat al-Quran, kata Nik Aziz

SHAH ALAM, 29 Nov – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang berakhir semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.
Pada Kongres Nasional PKR Ketujuh selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.
Mengulas isu itu, laporan Bernama menyebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR semalam.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada al-Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat al-Quran itu, PKR memohon maaf.
“Dia hanya untuk menceritakan bagaimana al-Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya... saya tak tahu itu kesilapan,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai isu itu semasa. sidang akhbar Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang di sini hari ini.
Sementara itu Abdul Khalid berkata pada persidangan sehari itu, para menteri besar dan ketua menteri tidak membincangkan perkara mengenai pilihan raya dan mengambil pendirian akan terus mentadbir sehingga mereka membuat keputusan untuk bertanding.
Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pentadbiran dan politik, komunikasi dan media masa, pertanian serta ekonomi, infrastruktur dan pelaburan, katanya.
Mengenai Selangor, Abdul Khalid berkata beliau yang berpengalaman menerajui industri petrokimia akan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha industri plastik bagi mendengar pandangan mereka mengenai langkah kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik bagi memelihara alam sekitar.
Selangor adalah antara negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang selain Pulau Pinang yang melancarkan kempen kurangkan penggunaan beg plastik di mana pada setiap Sabtu pusat membelibelah tidak menyediakan beg plastik dan pengguna yang memerlukannya dikehendaki membayar 20 sen bagi satu beg.
Beg plastik yang mudah dilupuskan adalah satu pendekatan yang diguna pakai masa kini bagi menjaga alam sekitar.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau masih menunggu laporan daripada Persatuan Pengeluar Beg Plastik supaya memberikan laporan mengenai kesan kempen pengurangan penggunaan beg plastik.

Promo ‘Ketuanan Rakyat’ bukannya ‘Ketuanan Melayu’, Anwar nasihati Pakatan

Anwar (kiri) bersama isteri dan presiden PKR Dr Wan Azizah
SHAH ALAM, 30 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat memperluaskan mesej konsep “Ketuanan Rakyat” di kalangan pengundi di negeri-negeri dikuasai perikatan tiga parti itu ekoran serangan Umno mengenai isu itu sejak Sabtu lalu.

Mengambil pendirian isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu Presiden PKR, yang dilontarkan Sabtu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini mendakwa konsep “Ketuanan Melayu” telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin elit dari Umno-BN.
“Tanggungjawab negeri-negeri (pimpinan Pakatan Rakyat) ialah untuk menegaskan pendirian dalam soal konep Ketuanan Rakyat,” kata Anwar dalam ucapan penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri Pakatan Rakyat di sini malam tadi.
“Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu,” katanya.
Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu harus “ditinggalkan” kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.
Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.
“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri. 
“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai,” katanya.
Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.
Bagaimanapun seruan itu didakwa Umno sebagai usaha untuk meraih sokongan bukan Melayu selain cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman parti itu.
Antaranya, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru rakyat harus berwaspada dengan strategi terbaru parti pembangkang tersebut yang cuba “menggula-gulakan” anggota bukan Melayunya,
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pula menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “kacang lupakan kulit” kerana meminta agar konsep “Ketuanan Melayu” ditolak.
Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah turut menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” apabila sanggup menolak konsep tersebut semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan daripada orang bukan Melayu.
Dalam ucapannya malam tadi, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat tidak cukup efektif dalam menyampaikan mesej mereka kepada rakyat jelata.
“Kita tidak efektif dalam menjelaskan pendirian dan tindakan kita kepada rakyat,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
“Penetrasi Internet terletak di kawasan bandar dan pinggir bandar, bukannya di kawasan-kawasan luar bandar,” kata beliau sambil menambah, pemimpin-pemimpin PKR telah menyuarakan keprihatinan mereka mengenai halangan dihadapi dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat khususnya selepas Suara Keadilan digantung permit penerbitan.
Malah Anwar juga menekankan gesaan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat merapatkan semula hubungan di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum awal tahun depan.
“Saya bersetuju dengan Kit Siang bahawa sudah sampai masanya kita ada konsensus dan perpaduan,” kata beliau.
Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan risiko sekiranya wujud unsur kesangsian dalam parti dan perikatan.
“Jadi kita minta diwujudkan semangat konsensus dalam kerajaan negeri Pakatan,” kata beliau.
Ketika merasmikan Konvensyen DAP Selangor Ahad lalu, Lim memberi amaran Selangor akan berhadapan dengan nasib PAS di Terengganu pada 2004 jika tidak kekal bersatu.
Anwar juga mendakwa pentadbir kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak dibenarkan memasuki sekolah.
“Beliau mungkin menteri besar, tetapi tidak dibenarkan memasuki mana-mana institusi pendidikan atau sebarang sekolah,” kata beliau.
Penasihat PKR ini juga membidas kerajaan pusat kerana enggan menyalurkan dana terus kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Jangan anggap isu Ketuanan Melayu akan jana aliran undi, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Isu Ketuanan Melayu yang tercetus semula membabitkan PKR dan pesaingnya Umno, di sebalik cakap-cakap akan adanya pilihan raya umum ke-13 awal tahun depan, dilihat tidak akan mengganggu gugat sokongan akar umbi, sekali gus menyebabkan perubahan arah aliran pengundi, kata penganalisis dan pemerhati politik.
Para pengundi termasuk kaum Melayu lebih memfokus untuk melihat hasil dasar-dasar membabitkan rakyat di kedua-dua peringkat kerajaan negeri persekutuan dan negeri, dan akan terpikat dengan kenyataan-kenyataan retorik seperti isu Ketuanan Melayu.
Pemimpin-pemimpin Umno dan penyokong mereka telah melancarkan sokongan terhadap PKR dengan dakwaan kononnya telah mengkhianati kaum sendiri ekoran kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar orang Melayu meninggalkan penggunaan perkataan Ketuanan Melayu atas alasan ia memperdayakan orang Melayu sendiri.
Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata konsep Ketuanan Melayu harus “ditinggalkan” kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.
Beliau berkata konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.
“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri. 
“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai,” katanya.
Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, kenyataan Presiden PKR itu boleh dilihat sebagai satu langkah strategi bagi Umno untuk mengambil pendirian tegas, yang kemungkinan akan menyebabkan sikap menyampah di kalangan pengundi bukan Melayu.
“Saya tidak melihat ia akan menjadi satu isu. Mungkin di kalangan pengundi Melayu kawasan luar bandar tetapi tidak di kalangan pengundi-pengundi bandar yang berpelajaran dan khususnya tidak di kalangan pengundi-pengundi muda,” kata beliau.
Sivamurugan berkata, pilihan raya umum 2008 telah mengubah pemikiran pengundi di mana sokongan bulat-bulat bukan lagi satu norma.
“Pengundi-pengundi lebih rasional dan mahu melihat pelaksanaan GTP, ETP, konsep 1 Malaysia.
“Mereka mahu melihat dasar-dasar ini diterjemahkan dalam bentuk aktiviti dan program di peringkat bawah,” kata beliau.
“Saya melihat mengapa Wan Azizah berbuat demikian adalah kerana mahu mendapatkan semula sokongan bukan Melayu dan mengalih pandangan daripada apa yang berlaku ketika pemilihan parti,” katanya lagi.
Katanya, PKR telah kehilangan sokongan daripada kalangan bukan Melayu selepas beberapa calon termasuk bekas pesaing jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim muncul dengan dakwaan bahawa pemimpin utama parti bercampur tangan dalam soal pemilihan.
Sehubungan itu menurut Sivamurugan, setakat ini kedua-dua parti berkenaan dilihat hanya bergantung pada kelemahan masing-masing dengan harapan ia akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.
Malah Sivamurugan juga berkata kemungkinan isu “Ketuanan Melayu” akan menjejaskan PKR sendiri kerana pengundi-pengundi muda mahu melihat lebih banyak pencapaian dalam pelaksanaan agenda reformasi termasuk di negeri-negeri yang dikawal oleh Pakatan Rakyat. “Bagaimana dengan hasilan pilihan raya umum ke-13, ia masih satu teka-teki,” kata beliau.
Pemerhati politik James Chin juga melahirkan pendapat yang senada bahawa isu Ketuanan Melayu tidak akan mengalih sokongan kepada kedua-dua parti dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun menurut beliau, pandangan Dr Wan Azizah itu akan membawa peralihan yang akan signifikan semasa pilihan raya umum ke-14 khususnya di kalangan pengundi-pengundi muda.
Kata beliau, mesej itu akan mendapat penerimaan baik di kalangan pengundi generasi muda dan pengundi-pengundi berpotensi yang kebanyakannya banyak membaca dan mengembara.
Kata beliau, mereka tidak akan menerima hujah bahawa orang Melayu sahaja akan menerajui.
“Keseluruhan konsep Ketuanan Melayu ialah mereka mesti nombor satu dalam semua bidang (tidak kira), dalam politik, dalam ekonomi, sosial,” kata beliau.
Justeru ahli akademik dari Monash University ini memuji kerana Dr Wan Azizah merupakan pemimpin pertama dari parti dominan Melayu itu, sejak 1970-an, menyeru akan dihentikan hujah mengenai konsep Ketuanan Melayu, satu konsep yang dipercayai berasaskan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Kenyataan Wan Azizah adalah sesuatu yang bersejarah dari segi standard rakyat Malaysia. Ia kali pertama sejak 1970-an. Tiada pemimpin Melayu lain berbuat demikian. Mesej yang beliau mahu sampaikan ialah Umno-BN adalah parti politik rasis,” kata beliau lagi.
“Apa yang beliau cuba hendak sampaikan konsisten dengan pendirian PKR sejak 10 tahun lalu.
“PKR menggambarkannya sebagai parti pelbagai kaum. Ia satu penegasan semula perkara itu, tetapi tiada pihak yang datang dan bercakap mengenainya,” kata beliau.
Dalam pada itu, penganalisis Prof A. Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, kenyataan Dr Wan Azizah bukan sesuatu yang baru.
“Sebenarnya banyak pihak sudah mengatakan perkara itu. PAS sebagai contoh, telah menolak Ketuanan Melayu sejak (era) (bekas presiden) Fadzil Noor lebih satu dekad lalu.
“Dan, kita tahu bahawa ungkapan ini tiada kaitan dengan kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan. Ia satu terma yang dibawa oleh Tan Sri Abdullah Ahmad pada 1986,” kata beliau.
Abdullah merupakan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kok Lanas serta pernah mengetuai New Straits Times Press.
Aziz juga berkata, kenyataan Dr Wan Azizah itu satu langkah strategi untuk meletakkan Umno dalam kedudukan defensif dan untuk mendapatkan semula sokongan di kalangan orang Melayu dan kawasan bandar dengan menarik Umno agar mengikut “rentak” mereka.
“Bagi saya, ia satu usaha untuk mengekalkan pengundi-pengundi bukan Melayu dan memberitahu orang Melayu bahawa Umno boleh dicampakkan,” kata beliau dengan menambah, Umno sebagai parti lama sudah hilang tapak sebagai penjaga dan pelindung orang Melayu.
Sebagaimana dikatakan oleh Sivamurugan, Aziz juga mengatakan bahawa orang Melayu pada keseluruhannya lebih berminat untuk melihat bagaimana Putrajaya dan kerajaan-kerajaan negeri akan melaksanakan dasar-dasar awam dan tidak terbawa-bawa dengan isu Ketuanan Melayu.

Resolusi Shah Alam utamakan kerjasama negeri Pakatan

Pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan satu resolusi bagi mewujudkan penyelarasan daripada segi pelaksanaan, perkongsian pengalaman serta jawatankuasa bersama.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Resolusi Persidangan Shah Alam itu dicapai setelah mengambil persetujuan semua ketua negeri yang dikuasai Pakatan -- Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dalam satu persidangan di Shah Alam hari ini.
khalid ibrahimSetiap ketua menteri dan menteri besar dari negeri berkenaan masing-masing membuat pembentangan kertas kerja meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran dalam persidangan berkenaan.
"Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman,” kata Khalid yang membacakan resolusi berkenaan.
Resolusi berkenaan menggariskan lima janji penting – antaranya untuk membentuk satu "pakatan ekonomi" di antara kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan dan mengurangkan amalan birokrasi dalam pentadbirannya.
Kerjasama exco negeri Pakatan
Dokumen itu antara lainnya turut menyentuh usaha memperkukuhkan permuafakatan antara pemimpin Pakatan serta mengkaji usahasama yang boleh dijalankan antara anggota exco kerajaannya.
Resolusi berkenaan juga menetapkan janji untuk memastikan persefahaman dan kelunakan hubungan antara pemimpin politiknya dengan pentadbiran negeri, kata Khalid lagi dalam persidangan di kompleks perumahan kerajaan, Seksyen 7, Shah Alam, lewat malam semalam.
NONE"Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat," katanya lagi dalam ucapan perasmiannya itu.
Persidangan berkenaan merupakan yang kedua seumpamanya yang diadakan melibatkan ketua-ketua kerajaan Pakatan. Persidangan pertama telah diadakan di Mentalun Kedah pada 18 Januari tahun lalu. -M'kini

Resolusi Persidangan Menteri Besar / Ketua Menteri di Shah Alam 29 November 2010

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini, 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini kami menegaskan:

* Untuk terus memimpin kerajaan negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
* Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
* Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;
* Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
* Untuk memastikan sumber kekayaan negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

* Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
* Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);
* Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
* Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
* Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan negeri.

Komited

Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

* Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;
* Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
* Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
* Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;
* Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
* Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah;
* Menjamin ‘security’ makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.
* Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
* Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya kerajaan tempatan menjadi kenyataan;
* Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri; dan kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.


YAB Tan Sri Abdul Khaled Ibrahim,

Menteri Besar Selangor

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Menteri Besar Kelantan

YAB Tuan Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang

YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak

Menteri Besar Kedah

Sunday, November 28, 2010

PKR hadiah pantun 'talkin' untuk Umno

Perwakilan Kelantan hari ini mencuit hati perwakilan PKR dengan membaca beberapa rangkap pantun yang didakwanya sebagai 'talkin' kepada Umno sewaktu membahaskan usul memartabatkan maruah bangsa.

Wan Ibrahim Wan Abdullah berkata rakyat perlu membentuk bangsa yang bermaruah dalam negara yang terdiri daripada perlbagai kaum dan etnik bagi menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.

"Selagi tidak menguburkan Umno, cita-cita bangsa kita, (maka) negara kita terus dijajah lebih teruk daripada penjajahan British," katanya dalam Kongres PKR di Petaling Jaya.

Sehubungan itu, Wan Ibrahim membacakan pantun yang kemudiaannya mendapat tepukan gemuruh sambil berdiri daripada sebilangan perwakilan yang hadir dalam kongres ini.

Pantun empat kerat tersebut berbunyi:

Celaka Umno menabur fitnah
Jahat pekerti menunjuk kuasa
Biar mati bergalang tanah
Menentang kezaliman rela binasa

Pemimpin Umno mungkir khianat
Amarah bangsa dicabul noda
Kekejaman mereka dikutuk laknat
Tumbangkan petualang dibumi persada

Lima puluh tiga Umno belut
Bermaharaja lela menggalakkan rasuah
Kekayaan negara diratah dibolot
Dibiar menderita rakyat dibawah

Pemimpin dan kroni bergaya sakan
Hidup mewah melimpah ruah
Daging lemak digonggong dimakan
Rakyat marhaen menghidu kuah

Dasar Umno songsang bercanggah
Salah laku silih berulang
Isi lazat dilahap diranggah
Miskin papa menjilat tulang

Mutakhir Umno semakin penat
Tapi masih bongkak takbur
Uzur dan sakit bertambah tenat
Menunggu saat untuk berkubur

Zalim ganas janji mungkir
Perjuangan Umno tidak berkat
Sebelum menghembus nafas terakhir
Panggillah waris jauh dan dekat

Parti keadilan jangan menanti
Tamatkan riwayat pantas segera
Usah menunggu Umno mati
Muat rakit hanyutkan ke muara

Takziah dan belasungkawa
Bersemadilah Umno di lubang neraka.

Saturday, November 27, 2010

Kenangan Sepanjang Zaman

Apakah peristiwa disebalik gambar-gambar berikut?

Gambar 1-
Hanya mereka yang jujur dan ikhlas akan mengingatinya sebagai suatu pendustaan, pengkhianatan, penghinaan terhadap kesucian agama Islam dan pencabulan kepada kedaulatan undang-undang. Sebaliknya mereka yang rakus, pengkhianat, zalim dan bangsat budaya akan terus menjadikannya sebagai landasan untuk terus berkuasa.

Gambar 2-

Gambar 3-

Gambar 4-

Gambar 5-

Gambar 6-

Gambar 7-

Gambar 8 dan 9-

Gambar 10-

Gambar 11 & 12-

Gambar 13 & 14-


Gambar 15-

Gambar 16-

Expo Cheng Ho berjaya- MB Kelantan


KOTA BHARU, 27 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran Ekspo Cheng Ho 2010, Kelantan-China International Trade Fair, berjaya mencapai matlamatnya.

Ianya berdasarkan sambutan di luar jangkaan sepanjang tempoh tujuh hari penganjuran yang berakhir semalam.

Kejayaan itu juga diukur bukan sahaja dari kunjungan rakyat negeri ini, namun juga pelancong dari luar negara.
 Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Perdana Ekspo Cheng Ho 2010, di Kota Darulnaim di sini malam tadi.

Gambar: Tuan Guru menyampaikan cenderamata kpd Imam Besar Daerah Guongzao sewaktu Jamuan Perdana kerajaan negeri kepada delegasi expo Cheng Ho.
Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan delegasi dari China serta tetamu luar negara tanda berakhirnya program berkenaan.

Sambutan luar biasa itu juga katanya menyebabkan banyak kedai ditutup ditutup awal kerana kehabisan barang jualan.

Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh penganjuran, tiada sebarang unsur hiburan melampau diketengahkan penganjur.

“Saya juga bersyukur kerana program yang dianjur tidak membabitkan hiburan,” ujarnya.

Sempena majlis ini juga persembahan seni silang budaya dipersembahkan yang membabitkan kebudayaan Kelantan dan China.

Kelantan mempersembahkan permainan gasing dan dikir barat, manakala China persembahan shaolin dan Khairat Aziz yang telah mencipta nama diperingkat dunia dengan kehabatan akrobatiknya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan lain-lain lagi.

Rosmah lagi!.... Jahil sangat ke?

  Oleh Ustaz Saiful Bahri
Rosmah bini Najib buat perangai lagi. Tak sudah-sudah dengan kontreversi. Ini dah jadi macam Imelda Marcos. Najib seolah-olah tak boleh buat apa-apa!. Nanti rakyat Malaysia akan tambah meluat dan berbulu dengan BN (Bini Najib).

Kalau Pak Lah jatuh dek kerana menantu. Najib akan tumbang dek menyibuknya bininya sendiri.


Baru aje reda dengan isu Festival Busana Muslim yang setaraf dengan busana jahiliyyah. Dengan Nama Muhammad Rasulullah terpampang di dada model yang mendedahkan aurat.



Kini timbul pula isu menyamakan taraf Hariraya Haji dengan pengorbanan nabi Ibrahim a.s dengan agama syirik rekaan manusia. Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini.

Kalaulah Iklan Sinari Lebaran di TV3 yang disiarkan pada 2 September lalu. ditarik balik, antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal. Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.
Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, serta bantahan banyak pihak lalu TV3 bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Habis apabila kena dengan Bini Najib ini takde yang berani tegur ke? Takut hilang pangkat & jawatan ke? atau Umno sedang berdakwah secara hikmah.

Takkan takde penasihat agama? Mana dia Ulama muda Umno tu? Takkan dok diam aje. Takkan fatwa mufti Perak macam Tun Harrussani masih taknak dengar. Kalau Pas yang cakap memang tolak siang-siang dah, Ini bukan fatwa ulama Pas. Ni Tok Mufti lantikan kerajaan negeri Pasir Berdengung, Perak Darul Ridwan. Sekali lagi penulis tampalkan disini buat yang mata buta dan pekak badak pendokong Umno-BN.

Haram merayakan perayaan orang-orang kafir

Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun. Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Deepavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.

Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui Radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini. Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita – JMNPk

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm


Nak nasihat cara hikmah macamana lagi? Harap-harap Tok-tok mufti nasihat le atau sesiapa agamawan dalam Umno tolong bagitau kat bigmama ni. Kot-kot dia taktahu atau orang arab cakap jahil.Jangan sampai ia termasuk dalam perkara tanda-tanda kiamat pulak sebagaimana sabda Rasulullah Saw.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu-daya. Ketika itu golongan benar dikatakankan pembohong dan golongan pembohong dikatakan benar. Orang yang khianat dipercayai dan orang-orang yang benar dikhianati dan para ruwaibidhah akan menjadi jurucakapnya”. Sahabat bertanya: Siapa itu ruwaibidhah? Sabda Baginda: “Orang yang bodoh dalam urusan orang-ramai”

Ada jugak jenis manusia bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh diambil manfaat. Mereka rasa dia yang betul dan golongan ini apa peduli ke ayat al-Quran ke? Hadis ke? Ulama ke? Kuasa ada ditangan mereka . ISA le (Ikut Suka Aku). Dalam Islam ini sepsis jahil murakkab. Dia tak tahu pun bahawa dia jahil dan disangka apa yang dibuat itu adalah kebaikan semata meskipun tertegah syara’. Yang dipakai hanya akal semata. Yelahh. Islam moderate le katakann…
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Daripada Abdullah bin Amru al-‘As berkata: Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah Swt tidak mengambil ilmu dengan mencabutnya dari kalangan hambanya akan tetapi dicabutnya ilmu dengan mematikan ulama sehingga tiada lagi orang alim lalu orang memilih pemimpin dari kalangan orang jahil lalu ketika ditanya mereka member fatwa tanpa ilmu nescaya mereka sesat dan menyesatkan.

Nampaknya golongan Plural maupun Liberal atau gagasan 1 Malaysia Islam Moderate nampaknya terus menggasak umat Islam. Apalah malangnya umat Islam di Malaysia. Nak harapkan pemimpin, pemimpin pulak yang menjadi perosak agama....

Teruskan perjuangan semoga musibah daripada perjuanggan assobiyyah dan sekular moden ini dapat dihapuskan, insyaAllah.
.....
Ustaz Saiful Bahri Mamat adalah bekas Penasihat Laman TranungKite semasa mula TKO beroperasi. Aktif menulis semenjak belajar di luar negara lagi.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Nenek: Saya doakan Obama peluk Islam


"RIYADH: Nenek Presiden AS Barack Obama dari Kenya yang masih berada di Mekah selepas menunaikan Haji berkata beliau telah berdoa supaya pemimpin Amerika itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar, kelmarin.  "Saya berdoa agar cucu saya Barack memeluk Islam," kata Haja Sarah Omar (gambar), 88, dalam satu temubual bersama akhbar  Al-Watan di Jeddah selepas beliau selesai menyempurnakan ibadah Haji.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa Haja Omar was berada di Arab Saudi bersama anak lelakinya Saeed Hussein Obama, dan empat orang cucunya sebagai tetamu kepada Raja Abdullah. Haja Omar memberitahu yang beliau hanya boleh membincangkan tentang perkara berkaitan Haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan tentang politik Obama. 
"Saya berasa amat gembira apabila mengenang kembali tentang guru saya yang sering bercerita tentang Makkah dan Madinah semasa kecil," kata Haja Omar, yang dibesarkan di kampung Koglilu, barat Kenya.
Bagaimanapun,  apabila ditanya tentang jangkaanya samada Obama boleh memenangi penggal kedua di White House, Haja tertawa kecil sambil memandang anaknya  Saeed Obama dan cucu-cucunya, "Hanya Allah yang mengetahui, kerana ianya tentang masa depan yang tidak diketahui."
Haja juga berdoa agar Raja Abdullah cepat sembuh, dan berkata bahawa raja adalah seorang yang sangat baik hati. Putera Mamdouh mengadakan majlis makan malam sebagai menyambut kedatangan Haja, anak-anak dan cucu-cucunya ke istana beliau di Jeddah, Rabu lalu.
Faisal Ambuya, salah seorang sepupu Obama, yang memeluk Islam melalui Haja berkata, "Nenek saya suka mengajak orang bukan-Islam kepada Islam dan saya banyak belajar tentang Islam daripadanya."
"Bila pulang ke kampung saya nanti, saya akan memberitahu penduduk kampung tentang kekuatan Islam," katanya. Bapa saudara Obama,
Saeed pula berkata beliau tidak pernah terfikir untuk dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini. "Saya berasa amat gembira kerana boleh dapat melakukan ibadah ini. Saya bersyukur kepada Allah dan amat berterimakasih kepada Raja Abdullah kerana menjadikan kami sebagai tetamu Haji ." 
Sementara itu, Musa Ismail, salah seorang sepupu Obama, yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi pihak keluarga Haja, sekarang ini menuntut di Universiti  Islam Madinah.

Kajian Ilmiah: Kenapa Najib Asyik Kena Kelentong dek Rosmah


Women better at cheating


WOMEN who cheat are less likely to get caught by their partners than men. According to a new survey, nearly one in five unfaithful men get busted, while only 15 per cent of women are found out, British newspaper Daily Star reported on Thursday.


The paper further reported that women are most likely to cheat if they are unhappy in their relationship. But men start flings simply because they like another woman.

According to the survey, nearly one in 10 men who had previously cheated had been involved in several affairs, while less than half that number of women are repeatedly unfaithful. -- KOREA HERALD/ANN


1~ Pompuan yang menipu jarang tertangkap jika dibandingkan dengan lelaki.
2~ 1 per 5 dari lelaki yang tak jujur ... kantoi, tapi bagi pompuan hanya 15%.
3~ Pompuan berkemungkinan menipu bila dia tak puashati dalam perhubungannya.
4~ Lelaki mula menggatal bila dia suka kat pompuan tu.

Patutlah Bik mama meliar....... tak puas ropanya!
"

Strategi terbaru BN: ‘Halang dan Sekat’ Media Alternatif

“Ditelan mati emak diluah mati bapa”. Dilema yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sangat kritikal lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini bahawa kerajaan sudah mula bercadang untuk melaksanakan undang-undang baru berkaitan cyber sedition.

Ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana kita sering kali diberitahu bahawa Malaysia tidak akan mengenakan sebarang sekatan dan larangan dalam memastikan perkembangan IT di negara ini.


Mengapa saya mengatakan bahawa rakyat Malaysia menghadapi dilema yang sangat kritikal? Jawapannya mudah: Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan maka rakyat Malaysia yang cuba “menegur” kerajaan mempunyai potensi untuk didakwa atas kesalahan “hasutan siber”.

Justeru akan semakin kurang suara-suara vocal untuk memberitahu kesilapan dan kesan dasar kerajaan akhirnya lebih ramai yang akan mengunci mulut dan memprotes secara senyap.

Hairan mengapakah mahu dikuatkuasakan undang-undang sebegini. Tidak cukupkah Akta Printing and Publishing yang jika diteliti semula tidak menepati dan melanggar Perlembagaan Persekutuan yakni undang-undang tertinggi di negara ini. Apakah tidak cukup dengan Akta Hasutan 1948 yang telah memperlihatkan betapa luasnya definisi hasutan itu sendiri.

Sering terjadi apabila kerajaan gagal mengawal sesuatu maka undang-undang akan dikuatkuasakan untuk menjadi tembok dan “penyelamat” kepada kegagalan mereka dalam sesuatu hal.

Sebagai contoh AUKU dikuatkuasakan berikutan kebangkitan mahasiswa yang dilihat sebagai ancaman dan untuk mengawal suara dan kekuatan mereka yang berpotensi menjejaskan imej kerajaan maka AUKU dikuatkuasakan.

Apakah undang-undang baru ini juga adalah satu yang boleh dianggap sebagai “mala fide” kerana ia boleh dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk menyekat perkembangan media siber yang lebih dikuasai oleh pembangkang dan suara-suara yang “dissenting”.

Apakah kerana gagal bersaing dalam perkembangan ini maka kerajaan melaksanakan undang-undang baru untuk mengawal suara-suara ini daripada mempengaruhi rakyat Malaysia? Apakah suara-suara dissenting ini menjadi ancaman dan mempunyai unsur-unsur hasutan?

Akta Hasutan 1948 telah menggariskan bagaimana sesuatu perkataan mempunyai potensi hasutan yakni:

Section 3(1)

(a) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against any Ruler or against any Government;

(b) to excite the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure in the territory of the Ruler or governed by the Government, the alteration, otherwise than by lawful means, of any matter as by law established;

(c) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against the administration of justice in Malaysia or in any State;

(d) to raise discontent or disaffection amongst the subjects of the Yang di-Pertuan Agong or of the Ruler of any State or amongst the inhabitants of Malaysia or of any State;

(e) to promote feelings of ill will and hostility between different races or classes of the population of Malaysia; or

(f) to question any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of Part III of the Federal Constitution or Article 152, 153 or 181 of the Federal Constitution.

Saya tidak mahu membicarakan kesemua perkara di atas tetapi adalah penting untuk kita melihat potensi-potensi hasutan yang biasa dan sering terjadi.

Pertama, 3(1)(a) bererti sebarang ucapan atau perkataan yang boleh menimbulkan kebencian, penghinaan dan ketidakpuashatian kepada kerajaan. Ini bererti sesiapa yang memberi komen dan mengkritik kerajaan berpotensi untuk terrmasuk dalam golongan pertama ini dan sudah tentu ahli-ahli politik pembangkang atau pemerhati bebas politik sangat berpotensi untuk dikenakan tindakan menghasut.

Kedua, 3(1)(c) yakni sebarang ucapan atau perkataan yang boleh menimbulkan penghinaan dan tidak puas hati kepada badang kehakiman negara. Apabila disebut “contempt” ini bererti sesiapa yang memberi komen atau ulasan mengenai sesebuah kes yang masih lagi dalam perbicaraan boleh termasuk dalam peruntukan ini ( rujuk kes Her Majesty’s Attorney General (Appellant) v. Punch Limited and another (Respondents) 2002 UKHL 50).

Dalam konteks ini pengguna siber baik yang menyokong kerajaan mahupun pembangkang banyak yang boleh termasuk dalam kategori ini lebih-lebih lagi mereka yang memberi komen dan kritikan terhadap kes-kes yang “popular” dan mendapat perhatian ramai. Dalam hal ini pengguna siber pro-kerajaan tidak ada bezanya dengan pembangkang.

Persoalannya: Apakah undang-undang baru ini akan merangkumi pengguna siber pro-kerajaan. Sering kali terjadi yang sentiasa didakwa dan didapati bersalah adalah mereka yang bukan termasuk dalam golongan ini.

Ketiga, 3(1)(e) iaitu menimbulkan perasaan kurang sihat dan kebencian sesama kaum di Malaysia. Biasanya yang menajdi sasaran adalah media-media yang dipelopori pembangkang kerana tulisan-tulisan mereka mempunyai potensi menghasut dan menimbulkan huru-hara antara kaum di negara ini.

Tetapi terdapat juga akhbar-akhbar arus perdana yang berpotensi menimbulkan perasaan marah kaum lain apabila artikel dan pandangan yang dilontarkan sangat bersifat perkauman dan berat sebelah. Nah apakah mereka ini juga akan tertakluk kepada undang-undang siber baru ini?

Yang sering terjadi mereka yang termasuk dalam pasukan pro-kerajaan selalu mendapat imuniti dan biasanya akan disoal siasat dan kemudian… dibebaskan. Soalan saya: Mengapa yang termasuk dalam pasukan ini selalu “imun” dan dilihat tidak berpotensi untuk menghasut dan mencetuskan kemarahan?

Tetapi Akta Hasutan juga memperuntukkan pengecualian dalam skop hasutan ini iaitu:

(2) Notwithstanding anything in subsection (1) an act, speech, words, publication or other thing shall not be deemed to be seditious by reason only that it has a tendency

(a) to show that any Ruler has been misled or mistaken in any of his measures;

(b) to point out errors or defects in any Government or constitution as by law established (except in respect of any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative referred to in paragraph (1)(f) otherwise than in relation to the implementation of any provision relating thereto) or in legislation or in the administration of justice with a view to the remedying of the errors or defects;

(c) except in respect of any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative referred to in paragraph (1)(f)

(i) to persuade the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure by lawful means the alteration of any matter in the territory of such Government as by law established; or

(ii) to point out, with a view to their removal, any matters producing nor having a tendency to produce feelings of ill will and enmity between different races or classes of the population of the Federation

Apakah undang-undang baru ini akan konsisten dengan pengecualian yang diperuntukkan dalam akta hasutan atau apakah ia tidak mempunyai pengecualian langsung? Apakah akan berlaku “inconsistency” dalam undang-undang di negara tercinta kita ini?

Walau apa pun, undang-undang sebegini tidak mampu menghalang, menutup suara rakyat untuk menegur dan menyatakan kebenaran kerana undang-undang yang dilihat sebagai menindas ini akan digunakan bahan untuk berkempen dan akhirnya kemarahan rakyat terhadap kerajaan akan semakin merebak dan alhasil, rakyat akan memprotes dan menegur melalui kertas undi dalam pilihanraya umum akan datang kerana dalam pilihanraya tiada seorang pun rakyat Malaysia yang berkelayakan mengundi boleh dihalang hak dan kebebasannya untuk mengundi dan memilih kerajaan masa depan.

Strategi “halang dan sekat” ini sudah tidak relevan lagi dan rakyat masih ternanti-nanti apakah motif dan tujuan undang-undang baru ini hendak dikuatkuasakan di negara ini. Walau apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat apakah undang-undang ini akan dikuatkuasakan ataupun tidak.