Thursday, October 7, 2010

Galas: Utamakan "Mat Jen Pe Cal"

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menggesa ahli Umno, khususnya di DUN Galas, supaya mementingkan empat perkara yang beliau sifatkan sebagai "Mat Jen Pe Cal"

Ahmad berkata, istilah 'Mat' adalah singkatan bagi 'matlamat yang perlu diutamakan oleh ahli Umno untuk merampas semula kerusi tersebut daripada PAS.

Istilah 'Jen' bagi singkatan 'jentera. Sehubungan itu, beliau menggesa Umno di peringkat pusat, bahagian dan cawangan memperkuatkan 'jentera' bagi untuk bersaing dengan jentera parti lawan.

Sementara 'Pe' pula bagi 'perpaduan' untuk menguatkan ahli parti dan 'Cal' bagi 'calon' di mana ia merupa perkara keempat dalam gerak kerja penerangan.

"Ini bermakna aspek matlamat, jentera dan pepaduan dalam parti adalah perkara yang lebih penting daripada memikirkan soal calon," katanya dalam sidang akhbar di ibunegara petang ini.

Katanya, penentuan calon BN di Galas pada 4 November ini merupakan soal perkara yang terakhir yang akan diputuskan.

"Membuat spekulasi tentang calon BN adalah perkara yang tidak produktif dan lebih baik turun berjumpa dengan pengundi," tambahnya.

Ini kerana, tegasnya, pemilihan calon akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh juga dilantik menjadi pengarah pilihan raya kecil DUN tersebut oleh pucuk pimpinan parti.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat kanser pada 27 September lalu.

Penamaan calon ialah pada 26 Oktober ini manakala pengundian ialah pada 4 November yang membabitkan 11,553 pemilih berdafatar di Galas.

No comments: