Thursday, February 4, 2010

FAKTA & ULASAN ringkas doktor Minda Intelek Melayu ini tentang kes liwat Anwar - Saiful.
Antaranya dia berhujah:

1. Pemeriksaan dubur dibuat berdasarkan kepada complaint awal pesakit.

Complaint yang dilaporkan oleh doktor di Hospital Pusrawi ialah 'tenesmus' atau pun 'sakit di dalam dubur'.

Dan pemerhatian ke atas dubur pesakit telah diterangkan oleh doktor di dalam laporan kesihatan seperti di atas.

Akan tetapi doktor tersebut tidak pula melaporkan 'tiada penetrasi' seperti yang didakwa oleh Karpal Singh, peguambela Anwar Ibrahim.

Doktor hanya melakukan prosedur asas yang diperlukan tanpa prosedur forensik yang wajib dilakukan untuk sebarang kes kriminal :-

a. Doktor tersebut tidak menggunakan swab untuk mengumpul sebarang bukti di luar dan dalam dubur pesakit.

b. Bahan kimia seperti toulidine blue tidak digunakan untuk mengesahkan tiada sebarang luka kerana doktor tidak mungkin akan dapat melihat luka-luka atau pun tanda geseran yang terlalu kecil dan mikro.


Hakikatnya, kemampuan mata kita untuk melihat dan meneliti sesuatu yang mikro adalah amat terhad dan memerlukan masa yang agak lama, situasi yang mengizinkan serta konsentrasi yang sepenuhnya terhadap perkara yang mahu diperiksa itu.

Dan perkara yang mahu diperiksa ialah dubur pesakit! Bolehkah?

Kerana itulah kita menggunakan bahan-bahan kimia supaya kita dapat membezakan sehinggakan tahap mikro di antara kulit normal dan kulit yang cedera dek geseran atau luka.

2. Doktor di Hospital Pusrawi diberitahu bahawa pesakit telah diliwat oleh seorang VIP.

Tatkala Shaiful Bukhari menerangkan perkara yang sebenarnya kepada doktor tersebut dan kes tersebut adalah kes kriminal, doktor itu telah melakukan prosedur yang wajar kerana tidak lagi memeriksa pesakit dan merujuk beliau ke Hospital kerajaan.

Dan seperti yang penulis terangkan di dalam artikel-artikel sebelum ini, penetrasi di dalam dubur tidak semestinya akan menyebabkan pendarahan, nanah dan koyak.

Malah, jika kita baca dengan teliti laporan kesihatan di atasl, Doktor Osman di Hospital Pusrawi itu sendiri telah membuktikan bahawa prosedur yang dilakukan oleh doktor itu iaitu memasukkan alat proktoskop di dalam dubur Shaiful Bukhari tidak menyebabkan sebarang luka dan koyak.

Cekap betul Karpal Singh bermain dengan kata-kata. Apa yang perlu dilakukan oleh pesakit ialah supaya relaks dan menarik nafas panjang. Makala, ky-Jelly digunakan sebagai lubrikasi untuk memudahkan proktoskop dimasukkan di dalam dubur. Tiada luka dan tiada koyak.

Penulis juga menerangkan bahawa jika benarlah liwat akan menyebabkan nanah, koyak dan luka, penulis pasti tidak akan ada lagi gay di dunia ini kerana mereka tidak mahu menangung kesengsaraan dek nanah dan koyak di dubur mereka!

Selesai membaca kiriman doktor ini, saya terfikir: kes ini kes hubungan homoseksual secara rela atau kes liwat secara paksa? Kemudian saya terfikir, jika perlakuan liwat itu dikatakan sebagai rogol sudah tentulah tusukan yang berlaku dibuat secara paksa. Oleh itu, mustahillah perlakuan secara paksa itu tidak menyebabkan kecederaan. Sedangkan mangsa rogol pun mengalami kecederaan seperti koyakan dan pendarahan di kemaluan akibat perlakuan perogol. Mustahil mangsa yang mengaku diliwat beberapa kali (8 kali, kalau tidak silap) tidak mengalami situasi yang sama. Adakah kejadian liwat secara paksa ini menggunakan KY-Jell?

Dia kemudiannya mempersoal bahawa penetrasi itu mungkin menyebabkan luka mikro, maknanya tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Bayangkan, kes rogol hanya menyebabkan kecederaan mikro? Di akhir petikan di atas, beliau menulis "jika benarlah liwat akan menyebabkan nanah...penulis pasti tidak akan ada lagi gay". Apa maksud dia? Adakah dia menyatakan bahawa kedua-duanya mengamalkan cara hidup gay kerana tiada luka di dubur mangsa? Jika itu yang dimaksudkan, maka si pengadu juga harus didakwa kerana mengamalkan cara hidup songsang.

Persoalan lain: logikkah seorang pemuda berusia awal 20-an membiarkan dirinya diliwat beberapa kali oleh seorang lelaki tua yang berumur 60 tahun? Tidak adakah kudrat pemuda tinggi lampai itu melawan kudrat lelaki tua yang berusia 60 tahun? Mengapa selepas beberapa kali diliwat baru dia membuat laporan polis?

Kemudian sila bandingkan ulasan doktor tersebut dengan laporan perubatan yang telah dikeluarkan bersama-sama dengan keterangan sampingan yang telah dibuat. Keterangan sampingan itu memudahkan anda memahami "tulisan doktor" dalam laporan tersebut. Fikir-fikirkan!



(klik untuk besarkan imej)

No comments: