Wednesday, February 4, 2009

Salam kepada seluruh Rakyat Malaysia, 
Semoga kalian berada dalam dakapan kasih dan peliharaan ALLAH swt.

Hari ini bukan penamat kepada sebuah perjuangan.

Hari ini kita diperkenalkan kepada Sang Pertualang.

Kita melihat wajah-wajah manis yang punya hati pendusta.

Kita melihat iblis yang bertopengkan manusia.

Kita melihat syaitan yang berpura-pura manja.

Ramai rakyat yang telah lama sedar.

Tetapi ada pemimpin kita yang masih leka dan alpa.

Kepada RAKYAT, sayugia diingatkan,

Kita jangan sekali-kali berputus-asa.

Kita jangan sekali-kali tersilap bicara.

Luahkan isi hati kalian diposting ini.

Semoga peristiwa ini menjadi iktibar

Semoga kealpaan ini menjadi pengajaran.

Kita mesti bangkit dan menentang;

Kesialan, Penipuan dan Pendustaan.

Untuk kesekian kalinya RAKYAT meminta

Pulangkan hak RAKYAT untuk berpilihan raya

Semoga Raja tetap di Singgahsana.

Kepada pimpinan negara seluruhnya, ini SUARA RAKYAT.

“SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT”

Nota Untuk RAKYAT

PERHIMPUNAN “100RIBU RAKYAT MENYOKONG PR”

TARIKH: KHAMIS, 5 FEB. 2009

TEMPAT: KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR PERAK.

MASA : 3.00 PETANG PERHIMPUNAN. 7.00 MALAM SOLAT HAJAT

SELURUH RAKYAT DIJEMPUT HADIR.

No comments: