Wednesday, February 4, 2009

Kepimpinan semua parti dalam Pakatan Rakyat telah menjanjikan pentadbiran yang berhemah, bertanggungjawab, berwibawa dan mesra rakyat. Pakatan Rakyat amat komited terhadap perjuangan mengangkat martabat dan maruah rakyat.

Ekonomi yang selesa dan stabil, keselamatan rakyat yang terjamin dan pembangunan mampan sentiasa menjadi keutamaan. Justeru, seluruh jentera kepimpinan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sejak Mac 2008 telah diarahkan untuk menumpukan perhatian secara total kearah pentadbiran kerajaan negeri masing-masing.

Demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa berusaha menghindari permainan politik murahan yang tidak menguntungkan rakyat. Sebaliknya menumpukan perhatian terhadap pembangunan negeri untuk rakyat.

Malangnya, kerakusan dan sifat haloba UMNO/BN secara berterusan telah mengganggu urusan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Politik murahan yang ditaja oleh UMNO/BN ini amat merugikan rakyat. Rakyat semakin benci dan penyampah dengan kaedah jijik yang semakin mengukuh dalam UMNO.

Perkembangan semasa lantaran pendustaan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO/BN, memungkinkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri di adakan.

No comments: