Sunday, February 22, 2009

 Hakikat Harakah Islamiah dan Sistem Sekular

Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan.Jika Islam hendak diukar dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu.Perlu kita fahami bahawa, negara umat Islam suatu ketika dahulu, semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad saw memerintah Madinah. Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.

Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam.Maka tertubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabiin yang digelar Khulafa Raasyidin, Daulah Umaiyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam.

Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia diterima pakai.

Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat.

Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka.Sejak daripada itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal.Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mengembalikan perundangan Islam asal.

Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dimenangi oleh Parti Penyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat.Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.

Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikehendaki Allah Taala.Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi Al Quran dan Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua sumber ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.

Dalam satu hadith, Rasulullah saw menyebut:
"Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan Al Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada Al Quran."

Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada el Quran dan as Sunnah, hukum Al Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah.

Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada Al Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya.

Memang benar kata anda,bahawa keadaan politik di Malaysia amat-amat kalut dan berserabut.Jika rakyat yang mengikutinya akan pening kepala, sudah tentu mereka yang terbabit dalam politik lebih merasai keserabutannya.Terlalu banyak isu yang menyentuh negara, melibatkan kredibiliti pemerintah,sekaligus meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan kebingungan dan huru hara penghidupan.Perihal ketidak puas hati rakyat terhadap kerajaan semakin jelas apabila kenaikan harga barang-barang keperluan seharian amat menekan, diikuti dengan indeks rasuah yang semakin melonjak, kes-kes rasuah berprofil tinggi terbongkar satu demi satu dan diikuti dengan fitnah yang tidak habis-habis.

Peranan Ilmu Menjadi Pendinding Diri


Ilmu merupakan asas yang cukup penting dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang taat akan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana dengan ilmu seseorang dapat mengenali Sang Pencipta dengan lebih dekat dan yakin serta seterusnya dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala.Dengan ilmu seseorang itu dianggap kuat dan gagah untuk mentadbir sesebuah negara mahupun mana-mana organisasi baik berbentuk individu atau berkumpulan cuma pembawakannya sahaja yang berbeza berdasarkan kreativiti dan tahap penguasaan ilmu tersebut.Tapi yang jelas tanpa ilmu hidup seseorang itu mungkin terumbang-ambing tanpa arah tuju yang mantap dan jelas apatah lagi dengan cabaran dunia globalisasi yang amat dahsyat sekarang dan ilmulah merupakan benteng yang terakhir untuk menilai baik buruk tindakan kita berdasarkan pengetahuan dan akal yang sihat.

Allah Taala berfirman;
“Katakanlah "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Az Zumar(39:9)

Allah Taala berfirman;
"Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"
el Mujadalah(58:11)

Kita perlu sedar bahawa penting seseorang itu berilmu apatah lagi bergelar sebagai ad da'ie untuk membisakan kita menyampaikan mesej-mesej dakwah secara berkesan dengan untaian dan ungkapan yang menarik lagi berhikmah supaya dapat mengumpan manusia untuk mengenali Islam dan mentauhidkan diri kepada Allah Taala.Di sana tidak perlu timbul rasa deskriminasi seseorang untuk menyampaikan ilmu mereka yang dianugerahkan oleh Allah Taala walaupun terdapat di sana perbezaan acuan dan tahap pengetahuan seseorang kerana tugas mereka adalah sama iaitu menyampai dengan menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Ilahi seterusnya akan timbul rasa takut kepada Ilahi.

Allah Taala berfirman;
"Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dikalangan hamba-hamba-Nya adalah Ulama'..."
Fathir(35:28)

Baik,cuba kita imbau kembali sirah dan sejarah kejadian datuk moyang kita Nabi Adam as.Selepas Allah Taala mencipta Nabi Adam as perkara utama yang diperintah adalah supaya mengenali kebesaran Allah Taala dengan melihat kejadian ciptaan-Nya dan ianya berkaitan dengan ilmu walaupun pada pemulaannya terdapat keraguan daripada para Malaikat tentang keupayaan manusia(Adam as) menjadi khalifah tetapi setelah Nabi Adam as menonjolkan ilmu-ilmu yang diajar oleh Allah Taala barulah mereka sedar ilmu dan pengetahuan Nabi Adam as itu telah mematahkan keraguan mereka tadi.

Allah Taala berfirman;
"Dan Dialah yang mengajar kepada Adam nama-nama (bintang-bintang) seluruhnya,kemudian mengemukakan kepada para Malaikat lalu berfirman:"Sebutlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang beriman"
"Mereka menjawab:"Maha suci Engkau tidak kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami;sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
(Allah berfirman)"Wahai Adam beritahulah kepada mereka nama benda-benda ini";Maka setelah diberitahu kepada mereka nama benda-benda itu,Allah berfirman:"Bukankah sudah Ku katakan kepadamu bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."
el Baqarah(1:31-33)

Begitu juga yang terjadi kepada baginda saw sebelum Nabi menerima watikah perlantikan sebagai seorang rasul untuk membawa risalah-risalah para rasul yang terdahulu untuk menyeru golongan kafir Quraisy jahiliah pada masa itu supaya mentauhidkan diri kepada Allah Taala serta mengeluarkan mereka dari kegelapan jahiliah kepada cahaya nur Islam.Nabi telah diajar oleh Malaikat Jibril as dengan ilmu supaya membaca beberapan potongan ayat-ayat el Quran dari surah el 'Alaq.

Allah Taala berfirman;
"Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan.Mencipta manusia dari segumpal darah.Bacalah, dan tuhanmulah Yang Maha Pemurah.Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.Dia yang mengajar kepada manusia apa yang tidak di ketahuinya."
el 'Alaq(96:1-5)

Maka jelaslah ilmu memainkan peranan penting dalam menyampaikan seruan dakwah secara berkesan dan kolektif kepada manusia.Belajar merupakan salah satu konsep dalam proses untuk mendapatkan ilmu pengetahuan selain dari mendengar dan ilham daripada Allah Taala baik melalui mimpi mahupun terjaga.Belajar merupakan wadah paling rasional untuk menyampaikan dakwah apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan yang menuntut individu bergerak seiring dengan kemajuan dan ketemadunan manusia sejagat.

Namun terpulang kepada kita untuk mencorak strategi yang lebih ampuh bagi menghadapi onak cabaran dan dugaan sebagai seorang pelajar dan pecinta ilmu Allah Taala untuk membawa Islam supaya dikenali dan dihormati oleh dunia luar kerana orang yang menuntut ilmu merupakan salah satu jihad yang paling besar dan mendapat ganjaran pahala berdasarkan niat seseorang.Jelaslah di sini seseorang individu wajib melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum betul-betul untuk berjinak untuk menyampaikan dakwah(ilmu tersebut) dan ianya perlu selari dan seiring antara ilmu dan dakwah seperti mana yang telah berlaku kepada baginda saw yang mana terus-menerus menerima wahyu(ilmu) semasa baginda berhempas pulas menyampaikan mesej dakwah.Kita harus sedar kerana ilmu yang kita perolehi adalah pemberian daripada-Nya sama seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Adam as dan baginda Nabi Muhammad saw maka wajiblah kepada kita menyampaikannya dan sentiasa mensyukurinya kerana jikalau Allah Taala mahu sebentar sahaja Dia boleh menarik ilmu pemberian-Nya.

Nabi bersabda;
"Azab yang paling pedih yang ditimpakan kepada ummatku adalah mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak memanfaatkannya"
Hadith daripada Muaz bin Jabbar dan dikeluarkan oleh el Bazar melalui sanadnya.

Pembentukan Usrah Ideal Asas Kesatuan Ummah

Penulis lebih suka menulis tajuk sebegini daripada menyibukkan diri dengan isu kemelut politk negara dalam kerangka untuk membina diri namun ianya bukan satu tiket untuk kita lepas tangan begitu sahaja hingga ditadbir oleh mereka yang meletakkan kepentingan diri dan parti semata-mata tanpa menjenguk keperluan rakyat yang merupakan tanggunjawab mereka yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.Bukan menolak politik, bahkan ianya sudah sedarah dan sedaging dengan penulis sejak dari bangku sekolah lagi sehingga diberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.Ini kerana penulis yakin para pembaca mampu mencari capaian terbaik dalam memahami sepak terajang politik yang semakin memualkan dan tiada penghujung ceritanya.Cukuplah dengan ramai yang mengulas dan mencelarukan keadaan.


Sengaja penulis bukakan tajuk sebegini lantaran ianya menjadi pokok perbincangan yang sentiasa mencetuskan kontroversi di kalangan pertubuhan Islam.Punulisan ini juga mungkin menjadi kontroversi andai disalah faham isinya.Penulis harap para pembaca budiman terbuka dalam menilai setiap bait kata-kata penulis yang dhaif lagi hina ini dalam konteks untuk menilainya dari persepsi yang matang.

Allah Taala berfirman;
"Dan tiadalah yang diucapkannya(el Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya.Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw)"
el Najmu (53:3-4)

Soal tarbiah merupakan satu pencarian yang kritikal bagi remaja khususnya mahasiswa pada era arus perdana sekarang.Lebih-lebih lagi bila ianya diisukan dengan persoalan jemaah mana yang perlu diberi intima' (pengabunggan diri).

Tarbiah kami lebih mantap, sufi lagi haraki dan mendekati sunnah nabi saw adalah antara dakwaan yang acap kali diulang siar.Lebih mencuit hati ada yang dengan kenyataan bahawa dakwah mereka lebih ikhwan atau seakan-akan lebih ikhwan dari ikhwanul muslimin.Mengapa sandaran sebegini dijadikan hujah dalam menggalas bebanan khalifah di bumi Allah Taala?Sedang strategi, wasilah dan pendekatan untuk mencuit hati madue' itu sesuatu yang fleksibel juga bergantung kepada waqie' lokaliti setempat.

Apabila menyentuh persoalan tarbiah ramai yang akan merujuk pandang kepada model Ikhwan Muslimin.Alasannya, mereka terlebih dahulu mengenal asam garam dalam dunia dakwah Islamiah.Hinggakan ramai yang melupakan jalan yang pernah dirintis ulama', para murabbi, dan kaum muslimin sebelum wujudnya Ikhwan Muslimin di Mesir.Bagi penulis Ikhwan adalah satu model bukan satu-satunya model yang ada.

Cuba kita teliti pentarbiahan di kalangan ahli tarikat dalam memahmudahkan akhlak, sejarah turut menukilakan bahawa kelompok ini banyak berjasa dalam penyebaran Islam di Eropah satu ketika dahulu.Ianya satu juzuk daripada tarbiah dan tazkiah.Jangan dilupakan didikan para ulama' pondok satu ketika dahulu dalam membentuk murid yang faham, beramal, dan berjasa kepada agama.

Para ulama di zaman kegemilangan ilmu Islam melalui tarbiah dan akhirnya mentarbiah.Mereka punyai method tersendiri dalam mendidik masyarakat menghayati agama.Bagaimana cekalnya mereka melakarkan kecemerlangan dalam sejarah kebangkitan Islam dengan penyuburan ilmu dan amal perlu dicungkil kembali.Sejarah dulu sebelum kejatuhan khilafah banyak bergantung kepada kesedaran masyarakat daripada majlis-majlis ilmu bersama ulama'.Dengan tersebarnya kefahaman ilmu, kita dapat membaca sendiri sejarah kekuatan ummah yang berjaya dibangkitkan dalam jihad fisabilillah sama ada menentang musuh atau peluasan empayar Islam.

Dr. Yusuf el Qardawi pernah membukukan ceramah beliau berkenaan dengan tarbiah di sisi Imam Syatibi (at tarbiah 'inda Imam as Syatibi).Mungkin buku kecil ini boleh ditekuni sebagai contoh method tarbiah dalam bentuk disiplin pengajaran ilmu kepada masyarakat.

Tarbiah adalah satu seni.Teknikalnya fleksibel, isiya tetap dan tidak berubah.Dalam buku 'Wasail Tarbiah 'inda el Ikhwanul Muslimin’ (Wasilah Tarbiah di sisi Ikhwan Muslimin) tulisan Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, ulama' ikhwan mengklasifikasikan tarbiah kepada tujuh elemen utama.Usrah, khatibah, rehlah, mukhayyam, daurah, nadwah dan muktamar.

Inilah yang bersarang dibenak jiwa segelintir daripada kita bila soal tarbiah ditimbulkan.Tanpa usrah, khatibah dan yang sewaktu denganya maka tiadalah tarbiah.Justeru itu penulis tanyakan kepada para pembaca mengapa disempitkan sebegitu makna pentarbiahan?Sedangkan dalam membawa mesej dakwah ianya perlu dilihat kepada sasaran madue' yang dituju.

Dakwah tidak hanya bertumpu kepada sekelompok manusia yang sudah dicampak oleh Allah Taala ke dalam hatinya minat kepada Islam.Anda hanya akan syok sendiri berprogram dengan mereka sebegini.Dalam konteks Malaysia sahaja kita dihadapkan dengan latar madue' yang pelbagai.Daripada pendokong agama sehinggalah musuhnya, daripada mukmin yang sudah indah iman dan amalnya sehinggalah muslim yang fajir lagi lemas dalam lautan maksiat, daripada yang memegang kad pengenalan Islam hinggalah yang ingin menukarnya kepada status yang lain, bahkan dakwah kita didepani dengan tanggungjawab memperkenalkan agama kepada hampir separuh penduduk yang belum mengenal syahadah.

Dakwah dan tarbiah sewajibnya dibawa kepada segenap lapis masyarakat yang kenal huruf untuk dibaca sehinggalah yang tidak mampu mengeja.Anda menzalimi para petani dan nelayan sekiranya dakwah hanya ditumpukan kepada golongan profesional, dan anda menzalimi mereka yang jahil sekiranya hanya berlegar seruan Islam di kalangan mereka yang bijak pandai.Bahkan anda menzalami mereka yang fajir sekiranya hanya seronok bersama mereka yang sudah baik akhlak di ruang legar masjid dan halaqah usrah.

Memilih madue' bukanlah sunnah Rasulullah saw.Untuk lebih jelas penulis cadangkan kita cuba menekuni asbab nuzul suruh Abasa (sila kaji).Tiada dalam sunnah menghimpunkan golongan elit di satu sudut dakwah dan melonggokkan mereka dalam bentuk hiraki baik di kelas menegah dan bawahan diceruk yang lain.Sekiranya berlaku, sedar atau tidak kita telah membina benteng yang pernah dirobohkan semasa perjuangan baginda saw.

Justeru keterikatan kepada method usrah, khatibah, mukhayyam dan sebagainya dalam mentarbiah perlu disesuaikan dengan keadaan latarbelakang madue'.Sekiranya ada yang masih melihat tanpa usrah tiadalah tarbiah, pada penulis kita telah gagal memahami ijtihad Ikhwan dalam menyusun tarbiah gerakan sebuah harakah Islamiah.Tujuh method pendidikan di sisi mereka sebenarnya lebih kepada pembinaan kader-kader yang akan menguatkan jemaah, lebih tepat lagi ianya dalam usaha pembinaan secara khusus individu di dalam jemaah (tarbiah khususiah).Bagaimana pula dengan dakwah kepada mereka yang berada di luar pagar jemaah?Inilah juga perlu dititik beratkan.

Mana mungkin secara praktikalnya kita menyeret seluruh masyarakat ke medah usrah.Penulis yakin anda mampu menarik mereka yang berpendidikan dan ada minat kepada Islam untuk duduk sejam dalam halaqah sebegini.Bagaimana pula dengan masyarakat kampung dan bandar yang belum pernah mengenal program dalam bentuk bulatan sebegini diajak bersama?Sekiranya mampu diajak bersama sekalipun adalah kita mampu mengumpulkan semua masyarakat di satu kawasan untuk berusrah.Penulis yakin sekiranya anda kata mampu, anda hanya berteori dalam medan ini.Sedangkan masyarakat kecil di sekolah dan kampus gagal diusrahkan seluruhnya.

Apa yang lebih mereka kenal lagi serasi ialah kuliah mingguan di masjid-masjid.Kedekut sangat andainya kita mengatakan ustaz dan para alim ulama' yang mengajar tidak mendidik masayarakat.Bahkan tarbiah bil hal tidak perlu kepada program rasmi.

Jadi adakah di wasilah lain yang mampu mentarbiah masyarakat?Jawab penulis, bukan sekadar tujuh bahkan ianya lebih lagi.

Penulis harap pandangan yang lahir dari lubuk hati penulis yang dalam ini tidak disalahtafsirkan oleh para pembaca budiman, dan ianya sebagai pedoman bersama untuk kita sama-sama menilai mengikut kaca mata Islam yang lebih terbuka dengan menggunakan pandangan akal yang sihat bagi meletakkan setiap tindakan kita bergerak seiring dengan kehendak el Quran dan as Sunnah.Keadah Tarbiah yang dilalui tidak menjadi persoalan tetapi apakah manfaat yang kita bisa cernakan dari setiap keadah tersebut dilaksanakan kerana perkara pokok yang hendak dilahirkan dari pentarbiahan ini adalah untuk melahirkan kader-kader yang membawa panji-panji Islam.

No comments: