Sunday, June 13, 2010

Heboh Perbualan Telefon Menteri Israel vs Turki


"Rakyat umum Turki dihebohkan perbualan melalui telefon antara Menteri Luar Negeri Turki, Ahmet Davutoglu dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkaitan kes penyerangan Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.
Akhbar Turki, Habertürk edisi Sabtu (5 Jun) mendedahkan transkrip perbualan tersebut. Berikut petikannya:

Barak: Telah terjadi penyerangan kepada tentera kami dari pihak aktivis Mavi Marmara. Tentera kami cedera oleh pisau. Para aktivis merebut senjata daripada tentera kami.

Davutoglu: Kami menunggu permintaan maaf dari pihak anda. Kamu telah melakukan kejahatan antarabangsa. Kamu harus segera menghantar mangsa dibunuh dan cedera kepada Turki.

Barak: Apakah kamu menghendaki mangsa cedera?

Davutoglu: Kami yang akan membawa dan mengambil mereka. Pihak yang membunuh dan mencederakan orang awam tidak mungkin mampu mengubatinya. Jika orang awam dipandang sebagai musuh, maka bagaimana dengan korban yang mati?

Barak: Kami bergerak atas dasar kepungan yang harus dikuatkuasakan kepada Gaza sebagai pihak musuh.

Davutoglu: Apakah mangsa yang mati itu adalah musuh?

Barak: Terdapat banyak roket. Rakyat kami telah menerima ancaman roket itu sebelumnya. Kami berbeza dengan Hamas. Kami sendiri tak memiliki masalah dengan Gaza.

Davutoglu: Apakah korban yang meninggal (di Mavi Marmara) itu menembak roket kepada kamu? Bagaimana boleh kamu membunuh rakyat awam itu? Turki bukan seperti mana-mana negara. Turki mempunyai kuasa besar yang boleh menjaga warganya.

Barak: Kami sangat menghormati Turki sampai peringkat tertinggi, juga menghormati peranan yang telah dimainkan Turki selama ini.

Davutoglu: Penghormatan macam apa yang anda maksud? Kamu telah membunuh rakyat kami di zon perairan antarabangsa. Tidak boleh ada satu pihak mana pun yang memperlekeh kehormatan bangsa kami. Kamu telah sesat selama lima tahun demi seorang tentera Israel (Shalit, red). Penduduk negeri kami juga, bagi kami selaku kerajaan sangat penting. Kamu harus memperlakukan mereka juga dengan penuh rasa hormat. (Ags/ht)

Gaza di http://eraaddeen.blogspot.com/

Kapal Israel Bebas Berlabuh di Malaysia!!

"Assalamualaikum,

TV 3 suku menyiarkan secara ringkas demostrasi aman pekerja pelabuhan Kelang menuntuk kerajaan menghalang kapal dagang Israel belabuh di pelabuhan Kelang.Dalam siaran berita itu juga diselit kenyatan menteri pengangkutan yang menyatkan kapal dagang Israel dibenarkan belabuh di pelabuhan kelang atas tujuan perdagangan.Pelik benar bunyi kenyataan ini kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Dan lebih menarik lagi apabila wakil pekerja yang bercakap di TV 3 suku meyebut bahawa kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke GAZA disekat tetapi kita pula membenarkan kapal Israel berlabuh di negara kita.Juga disebut bahawa sebuah kapal dagang Israel berlabuh di pelabuhan kelang pada 1hb Jun lalu dan sebuah lagi akan berlabuh tidak lama lagi(lupa tarikh yang disebut dalam berita itu).Apakah selama ini kerajaan Malaysia menipu rakyat yang bangkit menentang pencerobohan Israel dan apakah kerajaan yang membentangkan usul mengutuk Israel di parlimen hanya berpura pura?TPM yang menyifatkan Israel sebagai lanun pula bagaimana?Pembohongkan dia?

Demo ini melondehkan kepura puraan kerajaan ketika menyambut para aktivis, ketika membentangkan usul dan ketika mengajak rakyat menentang Israel.Kerajaan Malaysia memang ada hubungan dengan Israel dan dakwaan bahawa minyak sawit negara serta satu bahan kimia yang dikeluarkan di negara kita dijual kepada Israel didedahkan oleh pekerja pelabuhan Kelang hari ini.

Apa lagi yang mahu dibuktikan kerana semuanya sudah terbukti.Hubungan baik Kerajaan Malaysia dengan Israel memang wujud.Ketika Israel terus membunuh rakyat palestin, kerajaan Malaysia terus membantu Israel dengan minyak sawitnya yang dihasilkan oleh peneroka felda, penyokong tegar kerajaan.

Ketika Israel menyerang dan merampas kapal kemanusiaan GAZA, kerajaan Malaysia masih menjalinkan kerjasama dengan Israel dan membenarkan pula kapal dagang mereka berlabuh dan terus memberi kebenaran untuk sebuah lagi kapal dagang Israel berlabuh.Apa erti ketetapan 15 perkara kerajaan?Apa erti perarakan dan memo bantahan rakyat kepada kedutaan Amerika?Ertinya kerajaan Malaysia menipu rakyat.Kerajaan Malaysia masih enggan memutuskan kontrak dengan APCO dan kerajaan Malaysia masih berhubung dengan Israel.

PAS sudah 2 langkah ke-depan untuk memenuhi impian "PAS For All"



"Kalau kita semua ingat, baru saja tahun lepas semasa dalam satu majlis anjuran PAS, ada sekumpulan kecil 'hardcore' PAS yang menganggap diri mereka sebagai kumpulan penentang dalam PAS yang akan membetulkan apa yang tidak betul dalam PAS telah mengecam pemerhati-pemerhati dan pemberita-pemberita wanita yang bukan islam kerana kehadiran mereka pada majlis itu telah tidak menutup kepala dan pakaian mereka dikatakan tidak memenuhi kehendak kumpulan ini.

Insiden itu berlaku pada tahun lepas di muktamar PAS di-Shah Alam, dimana pada muktamar itu juga sesetengah perwakilan telah banyak melepaskan geram mereka dengan mengkeritik secara terbuka Pakatan Rakyat, terutamanya rakan gabungan PR iaitu DAP, juga yang tidak terlepas diserang ialah Anwar Ibrahim sendiri.

Tetapi pada muktamar kali ini di-PUTIK di-Kota Bahru, pemimpin-pemimpin PAS termasuk mereka yang dalam kumpulan ulama konservatif atau Dewan Ulama telah menghamparkan permaidani hijau untuk menyambut penyokong-penyokong dan rakan-rakan bukan islam lelaki dan wanita dengan hati yang terbuka dan penuh keiklasan.

Ulama konservatif ini juga pada muktamar tahun ini bercakap tentang perlunya menyediakan kelas-kelas pembelajaran bahasa mandarin untuk ahli-ahli PAS mendekati rakyat bangsa cina.

Pada muktamar kali ini juga sayap baru dalam PAS iaitu Dewan Perhimpunan Penyokong PAS telah ditubuhkan dengan resminya dan sehubungan dengan itu PAS juga telah mencadangkan agar calon bukan islam diletakan untuk membawa lambang PAS pada pilihanraya umum ke-13 tahun depan.

Dengan perkembangan ini, kita tidak dapat menyalahkan sesiapa jika dua langkah PAS yang ke depan ini terlalu cantik bak kata orang putih "Too Good To Be True". Langkah ini lah yang telah menakutkan UMNO/BN kerana tercari-cari apa formula yang Nik Aziz pakai sehingga pemikiran ulama konservatif tadi telah bertukar hanya dalam masa satu tahun.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula telah berpendapat yang Nik Aziz lah yang merupakan master mind untuk menyedarkan golongan ulama konservatif ini tentang realiti politik berbilang kaum dan berbilang bangsa dan juga merupakan orang yang telah banyak melakukan perubahan dalam perjuangan PAS terutama dasar-dasar mereka yang dah lapuk seiring dengan kemajuan dan kebijaksanaan rakyat berpolitik.


BRAVO !!! TG Nik Aziz ...

Apa khabar Vincent Tan?



"Bahgianya TanSudah 2 hari Piala Dunia berlalu, maka secara rasmilah judi bola sepak versi halal telah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang sekatan oleh pihak kerajaan. Kalau dahulu kerajaan melarang keras sebarang bentuk perjudian dalam bola sepak.

Langkah kerajaan pada suatu ketika dahulu memang amat-amat wajar kerana dalam sesebuah negara Islam memang tidak seharusnya berlaku kerana dalam Islam judi adalah haram. Tidak kira apa bentuk pertaruhan sekalipun hatta pertaruhan sabung ayam pun dikira haram, inikan pula pertaruhan bola? Implikasi daripada kesan pertaruhan bola banyak dia punya kesan buruknya. Saya yakin ia akan menjadi barah dan suatu hari nanti barah tersebut akan menjadi lebih parah. Tidak mustahil selepas ini kerajaan meluluskan judi di peringkat liga perdana, EPL, La Liga Sepanyol, Liga Jerman, dan Serie A Itali. Maka tersenyum banggalah Mr. Vincent Tan kerana sudah pasti dia akan menjadi lebih kaya dan rakyat mesti akan menjadi lebih miskin.

Mengapa kerajaan kita tidak mengambil sebarang tindakan kepada tokei-tokei judi ini? Tetapi kalau rakyat biasa didapai bersalah berjudi akan dikenakan tindakan. Seharusnya tokei-tokei judi inilah yang kena tangkap dahulu. Tapi apakan daya kita, negara kita mengamalkan undang-undang rimba. Satu cara sahaja untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menukar kerajaan. Sudah semestinya Mr. Vicent Tan ini akan kepanasan buntut kalau kerajaan bertukar tangan. Mana tidaknya, business mereka akan bungkus. Pakatan Rakyat telah mengeluarkan pendirian mereka untuk menentang judi sekeras-kerasnya. Oleh yang demikian, kuasa rakyatlah yang akan menentukan segalanya. Tetapi sekiranya rakyat masih lagi memilih UMENO untuk menjadi kerajaan pada masa akan datang, maka judi ini akan terus berkembang. Cuba kita lihat apa kelebihan judi yang akan rakyat perolehi:

1) Kepada orang yang beragama Islam yang terlibat sama dalam pertaruhan judi mereka akan dapat merasi nikmat makan duit haram. Duit haram ini akan menjadi darah daging dan Allah telah menjanjikan akan membakar daging-daging yang haram di neraka kelak.

2) Kes pergaduhan dan pembunuhan pasti akan meningkat. Ia berlaku apabila ada orang meminjam dengan along dan pertaruhan mereka kalah maka hutang tidak akan dapat dibayar. Kalau pihak along, tak dapat bayar hutang nyawa jadi taruhan.

3) Kerajaan akan mendapat imbuhan yang tinggi hasil daripada duit haram judi tersebut. Duit haram itu bolehlah digunakan untuk pembangan negara. Maka banyaklah bangunan akan runtuh kerana Allah tidak akan memberkati duit haram tersebut. Kesannya semua kepada rakyat.

Dengan ini ucapan segulung tahniah kepada Mr. Vicent Tan atas kejayaan beliau memonopoli perniagaan judi yang banyak merosakkan rakyat Malaysia. Kepada kita semua, pastikan pilihanraya akan datang kita tukarkan kerajaan yang ada sekarang dan kita ramai-ramai singkirkan Vicent Tan dari muka bumi Malaysia

Dadah: Saiful Apek Ditahan Polis

Saiful Apek

PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.

Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

Aku dah kata PM 1Malaysia penipu besar

10:17 AM

Salam 1Malaysia yang PMnya kuat MENIPU.

Aku pagi nih berkesempatan membuka dan membaca beberapa blog. Last-last aku bukak Malaysiakini. Kira nih berita semalam la nih. Aku yang tak bukak semalam. Sila baca kat sini...

http://www0.malaysiakini.com/news/134388

So aku screenshot satu mende yang menarik perhatian aku.


PM 1Malaysia kata indeks kompetitif global Malaysia telah meningkat ke tangga 10 daripada 18. Siap berkata Anwar dan Pakatan Rakyat jangan perlekehkan kemampuan BN mentadbir Malaysia. Nah dengan kenaikan indek kompetitif global Najib berkata Malaysia lebih baik daripada Japan. Mak aih berlagak benor.

So aku ambik inisiatif untuk menge"check" apa yang dikatakan PM 1Malaysia nih. Bukan nak kata dia bohong tapi aku rasa macam ada yang tak kene dengan mende yang dicakap.

Aku tak sure kat Agensi maner yang buat indek tu tapi bila aku google keyword "global competitiveness", website ini yang keluar memula...

http://www.weforum.org/en/initiatives/gcp/Global%20Competitiveness%20Report/index.htm


jadi aku download pdf file dan aku aku cari Malaysia nih duk kat maner... Sah menipu... Malaysia duduk ditangga ke 24. Tahun lepas tangga 21. So kalau korang ambik math dalam PPSMI sekali pun aku rasa itu menurun bukan menaik. Aku tak puas hati. Aku google pulak guna keyword "global competitiveness malaysia". Nah sekali report yang dibuat oleh MITI sendiri. tak caya bukak link ini.

http://www.miti.gov.my/cms/genArticlePdf?id=com.tms.cms.article.Article_a6b32071-c0a81573-3a2f3a2f-91738c87 [seterusnya]

PAS : Selangor dan Kedah akan jatuh jika ...

2:31 PM

Oleh G. Manimaran

13 June 2010 : KOTA BARU : Selangor dan Kedah diberi ingatan “tegas” oleh pucuk kepimpinan PAS, kedua-dua kerajaan negeri itu berada di “ambang keruntuhan” jika tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.

Peringatan itu diberikan oleh Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Hamid Abdul Abdul Rahman ketika menggulung perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini hari ini.

Dengan mengambil kira prestasi Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Selangor, Abdul Hamid berkata, PAS perlu mempergiatkan usaha mendaftar pengundi-pengundi baru.

“Berdasarkan (prestasi ketika) pilihan raya kecil Hulu Selangor, saya hendak ingatkan pesuruhjaya PAS dan Yang Dipertua PAS kawasan di Selangor, kita kena tingkatkan pendaftaran pemilih... di Hulu Selangor kita kehilangan enam peratus pengundi Melayu dan 10 peratus pengundi India.

“Kalau kita tidak daftar pengundi muda yang baru, Selangor di ambang keruntuhan. PAS ‘out’, cuma (boleh dapat kerusi),” katanya.

Pakatan Rakyat menurunkan calon dari Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

“Kedah pun kena tambah pengundi-pengundi baru, kalau tidak Kedah pun di ambang kejatuhan,” kata beliau hari ini.

Semalam PAS meluluskan pelan tindakan 15 strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Salah satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru.

Strategi itu diluluskan bersama usul persediaan menghadapi pilihan raya yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam.

Muktamar yang berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13. Dengan pendaftaran pengundi yang menyeluruh, kata PAS, tumpuan serius dan sistematik perlu diberikan termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih, terutama pemilih baru, secara besar-besaran.

“Sasaran minimum ialah satu juta pendaftaran baru di seluruh negara,” kata PAS dalam laporan itu yang diperoleh The Malaysian Insider.

Ketua Dewan Pemdua PAS menyasarkan untuk memberi tumpuan ke atas 2.2 juta pengundi muda.

Masih ada lebih empat juta pengundi yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.

Abdul Hamid juga menyentuh prestasi PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan dengan majoriti tipis.

Menurut beliau, di Manek Urai PAS kemerosotan undi sebanyak 6.3 peratus ketika pilihan raya kecil tahun lalu.

“Dengan mengambil kira tiada tsunami politik (2008 berulang) dan kita menurunkan anggaran undi diperoleh lima peratus, kita merosot 6.3 peratus undi di Manek Urai, di Kelantan kita boleh mengekalkan dengan memperoleh 24 kerusi,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat perlu membantu parti-parti politik ikatan tersebut.

Katanya, PAS meneruskan prestasi di Kelantan disebabkan sokongan kepimpinan kerajaan negeri kepada jentera parti-parti politik.

“Kekuatan menghadapi pilihan raya di Selangor dan Kedah, tidak sama dengan kekuatan menghadapi pilihan raya di Kelantan,” katanya.

“Ini satu ingatan... diharap PAS pusat akan membuat panduan untuk membantuk menghadapi pilihan raya umum ke-13,” kata beliau - TMI

UMNO Johor Tak Nak Judi Bola..Tapi Kerana Takut Rakyat Tolak UMNO, Bukannya Kerana Islam

UMNO Johor tolak judi sukan???? Biar betul..apapun baguslah..tapi kenapa tak buat pengumuman sebelum world cup..kenapa baru sekarang nak umumkan selepas PAS luluskan usul mansuhkan lesen judi dalam muktamarnya. Pastu tunggu mesyuarat UMNO baru nak bersuara. Tu pun pasti agenda mesyuarat dalam hal-hal berbangkit..bukannya agenda utama mesyuarat

..dan paling kita sebagai umat islam terkejut, tolak judi sukan kerana berdasarkan reaksi rakyat Johor, kerana takut kalah pilihanraya akan datang, bukannya kerana islam melarang perbuatan judi..memang parti tu bertunjangkan nasionalisme macam bangsa yahudi..bukannya semangat islam sejati. Lepas ni jika BN luluskan lesen urut batin bukan muhrim dan rakyat suka akannya, maka sudah pasti UMNO takkan tolak keputusan kerajaan luluskan lesen urut batin itu...kerana rakyat suka..kerana politik dan bukannya semata-mata kerana islam.

Dan satu lagi, yang paling kita terkejut ialah kenapa kerajaan negeri Johor tak buat pengumuman kata lesen judi bola di Johor tak dibenarkan, macam kerajaan negeri PR buat..Sekadar UMNO kata tak nak judi buat apa..macam kata nak bantu Palestin, tapi pada masa bersekongkol dengan Israel..sepatutnya Ghani Othman buatlah pengumuman rasmi negeri, bukannya parti.

Ok..ok mungkin akan ada orang kata esok lusa buatlah pengumuman tu. Baik, kita cabar UMNO Johor dan Ghani Othman tarik balik kelulusan judi piala dunia dalam masa 48 jam lagi..barulah kita tabik spring dalam bab ini. Jika tidak, UMNO Johor ni bolehlah kita kata manusia spesis ayam berkokok berdegar-degar, tetapi ekor penuh bergelumang dengan tahi..

ini beritanya :

Umno Johor tolak judi sukan

13/06/2010 3:16pm

JOHOR BAHRU 13 Jun — Umno Johor hari ini menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Abdul Ghani Othman.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat anggota jawatankuasa badan perhubungan hari ini, Abdul Ghani berkata, pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini.

"Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan.

"Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya.

Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata, beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini. - Bernama

Nik Aziz tegur wakil guna ‘suami Najib’ guris hati PM

KOTA BARU, 13 Jun — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur perwakilan yang menggunakan perkataan-perkataan yang boleh menyakitkan dan mengguris hati pihak tertentu ketika membahaskan ucapan dasar dan usul.

“Saya ada dengar dalam perbahasan dua hari, saya ada dengar perkataan-perkataan yang tidak senang... yang boleh menyakitkan hati orang,” kata beliau ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 hari ini.

Kata beliau, tindakan sedemikian boleh menyebabkan rasa dendam dalam jangka panjang.

Nik Aziz yang tidak pernah ketinggalan dalam melahirkan pendirian keras mengenai tindak-tanduk pemimpin Umno termasuk presiden-presidennya, hari ini berkata, beliau terdengar ada perwakilan menyindir “suami Najib”.

“Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) ini lelaki, tak baik guna perkataan macam itu, kita tidak boleh gunakan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati (dalam perbahasan),” katanya.

Ada perwakilan yang menyifatkan “Najib suami kepada isterinya” Datin Seri Rosmah Mansor.

Difahamkan istilah itu digunakan untuk merujuk dakwaan dan persepsi sesetengah pihak tentang “pengaruh” Rosmah ke atas Najib.

Kata beliau, perwakilan boleh menggunakan perkataan-perkataan tertentu untuk bergurau tetapi jangan sampai menyakitkan perasaan orang lain.

Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan sejak 1990 menambah, sebagaimana Nabi Muhammad SAW menggunakan istilah yang halus untuk membuat teguran dan nasihat perwakilan seharusnya sewajarnya menjaga hati orang lain ketika berucap.

“Kita kena mengikut cara Nabi Muhammad yang menggunakan perkataan, ayat (yang halus) untuk mencuri hati orang lain, tidak menyakitkan hati orang lain,” kata beliau.

Muktamar Tahunan PAS Ke-56 yang bermula kelmarin berakhir hari ini.

Dalam ucapan ringkasnya Nik Aziz juga mempertahankan langkah diambil oleh PAS untuk menjalin kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat termasuk menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Sambil menegaskan ini bukan kali pertama PAS menjalin kerjasama dengan pihak-pihak yang boleh diyakini kalangan bukan Islam, Nik Aziz berkata, parti itu sanggup untuk menjalin kerjasama dengan bukan Islam yang tidak menyusahkan berbanding dengan “Umno yang menyusahkan” parti itu.

“Tolong memberitahu kepada Umno... daripada berkawan dengan yang menyusahkan lebih baik (kami bekerjasama) dengan kaum yang bukan Islam,” katanya.

Terdahulu ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin juga membidas perwakailan yang tidak menghormati demokrasi dan tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad apabila cepat melenting setiap kali terdapat pandangan negatif atau bertentangan dengan pendapat mereka yang diutarakan oleh anggota parti.

Hanipa memberitahu, sebagai sebuah parti yang melaungkan hak kebebasan bersuara dan mengikut sunnah Rasulullah, pemimpin parti sepatutnya mendengar setiap pandangan dengan fikiran terbuka.

“Seharusnya menjadikan muktamar untuk mendengar pandangan semua pihak dan bukannya mudah naik marah dan tidak boleh terima pandangan yang negatif atau bertentangan dengan pendapat umum ahli parti,” kata beliau dipetik Bernama.

Penasihat undang-undang itu merujuk kepada tindakan meminta perwakilan dari Jerantut, Pahang Amirruslan Manaf menarik balik kenyataannya pada perbahasan semalam yang mendakwa Perlembagaan PAS diciplak daripada Perlembagaan Umno yang dilakukan penambahbaikan mengikut kesesuaian parti.

Timbalan Pengerusi Tetap Hussin Ismail meminta Amirruslan berbuat demikian kerana pemimpin dan perwakilan tidak berpuas hati dan mempersoalkan kesahihan dakwaan itu.

Hanipa yang turut kesal dengan tindakan beberapa mengejek perwakilan Pahang itu, mendesak kepimpinan memohon maaf kepada Amirruslan.

Hanipa turut mempersoalkan kenapa anggota dan pemimpin PAS perlu melenting dan marah sedangkan perkara itu boleh dibincangkan dan memberikan jawapan pada sesi lain dalam muktamar itu.

Tok Guru Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.

"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.

Kopleksi Gambar-gambar Muktamar PAS

Jangan main-main dengan Syeikh Arab sorang ni.. Anak muridnya cukup ramai di Malaysia.Di Kelantan lagi lah ramai anak-anak muridnya.Syeikh arab ini sangat tegas orangnya.Dalam satu kuliah Akidahnya di University beliau pernah berpesan kepada anak-anak muridnya yang majoritinya dari Malaysia,beliau tidak akan redha dan halal dengan ilmu yang diajarnya jikalau anak-anak muridnya bila pulang ke Malaysia nanti menyokong perjuangan Toghut,menyokong dan bersama berjuang dengan parti kebangsaan seperti UMNO… dia siap sebut dengan Nama UMNO sekali dalam kuliah itu… Antara anak muridnya di kelantan ini ialah Ustaz Affandi Yussof,bekas calon Umno yang tewas di Parlimen Rantau Panjang dalam Pilihanraya yang lepas…harap-harap dia dapat jupa dengan ustaz Affandi semasa beliau berada di bumi Malaysia ini.


Siapa kata tiada gambar Nasa di Putik… Ini gambar siapa kalau bukan Nasa.. Nasib baik perisik rakyat dapat “PAS MEDIA” kalau tidak semua orang kata Nasa tak hadir ..

Gambar: Wartawan Antarabangsa Perisik Rakyat