Tuesday, May 21, 2013

GST: Rakyat Tidak Setuju Kerana Menambah Kos Sara Hidup

gst grafik 01
SHAH ALAM 21 MEI :Rata-rata rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan Pusat untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini.
Mohd Nazri Rahmat,51Bagi Mohd Nazri Rahmat, 51, cukai GST hanya akan menambahkan beban yang sedia ditanggung oleh rakyat dan seharusnya Kerajaan Persekutuan menyemak semula sistem ini supaya tidak menekan golongan berpendapatan rendah.
“Sebagai negara membangun, kita tak dapat elak daripada cukai, cukai pendapatan, GST dan lain-lain yang digunakan untuk pembangunan rakyat.
“Saya tak setuju kerana barangan seharusnya bebas daripada sebarang cukai.
“Saya ingat cukuplah dengan pelbagai cukai, tak payah bebankan orang lagi,” katanya ketika ditemubual TVSelangor di sekitar Shah Alam hari ini.
Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini bercadang untuk memperkenalkan cukai GST sebanyak 7 peratus dengan menjadikan Singapura sebagai model perlaksanaan cukai berkenaan.

No comments: