TUMPAT:
Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (627 Masihi) umat Islam yang
diketuai Nabi Muhammad saw hampir berjaya memasuki Kota Makkah, namun
di saat akhir dihalang Quraisy Makkah.
Halangan Quraisy akhirnya berjaya diredakan dengan perjanjian damai yang dinamakan Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani umat Islam dan Suhail bin Amru mewakili musyrikin Quraisy.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam jangka panjang, perjanjian itu memberi impak positif terhadap perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab.
Katanya, situasi yang berlaku pada perjanjian Hudaibiyah hampir serupa dengan keadaan pada pilihan raya umum lalu, apabila Pakatan Rakyat hampir menjejaki Putrajaya.
“Allah belum bagi lagi memberi peluang untuk membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut memasuki Kota Makkah biar pun baginda sudah bermimpi menjejaki Kota Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah.
“Begitu juga dengan apa yang berlaku pada PRU 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat sudah hampir bertapak Putrajaya namun ditangguhkan seketika sehingga menjelang PRU ke-14 nanti,” katanya pada ceramah anjuran PAS Tumpat di tapak Pasar Raya Bilal di sini malam kelmarin.
Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota Exco, Datuk Nasuruddin Daud, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar dan pimpinan PAS kawasan.
Ceramah tersebut menggunakan sebuah anak lori sebagai pentas. Biar pun hujan turun agak lebat, namun ia tidak menghalang orang ramai terus mengikuti ceramah tersebut.
Ceramah serupa juga akan diadakan pada malam 24 Mei ini, akan menampilkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Menteri Besar dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli di Taman SPP, Kampung Berangan, Tumpat.
Tuan Ibrahim berkata, serupa juga dengan Perjanjian Hudaibiyah di mana umat Islam balik semula di Madinah sebelum datang semula ke Makkah sehingga Islam akhirnya tersebar luas di Tanah Arab.
Nasuruddin pula berkata, hanya pengundi Melayu di saluran 1 sahaja yang masih memberi undi kepada Umno pada PRU umum lalu.
“Namun empat atau lima tahun lagi bilangan mereka semakin menurun dan ketika itu Umno tidak mampu lagi mempertahankan kemenangan kerana undi orang Melayu warga emas di kampung-kampung sudah berkurangan,” katanya.

No comments:
Post a Comment