Datuk Seri Zahid Hamidi terus dikritik kanan dan kiri ekoran tulisannya di akhbar Umno Utusan Malaysia yang menggesa pihak yang enggan menerima sistem pilihan raya berpindah ke negara lain, kali ini oleh Pemuda PAS.Sayap kanan parti Islam itu menyifatkan Zahid membuat kenyataan angkuh dan bongkak walaupun baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, bertukar portfolio dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pertahanan.
"Baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan taring jantan dan kuasa besarnya sebagai pemimpin kerajaan," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan (kanan).
Zahid sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.
Setelah diasak hebat, beliau semalam memberikan amaran kepada Malaysiakini yang memberitakan tulisannya di Utusan supaya berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi.
'Belajarlah dari Khairy'
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Nasruddin yang juga anggota Parlimen Temerloh berkata, kenyataan Zahid bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik.
"Beliau menghukum dengan pandangan yang kabur tanpa melihat keseluruhan pandangan rakyat," katanya.
"Beliau tidak tahu sekiranya rakyat sedar perjalanan pilihanraya berlangsung dengan adil dan bersih, mustahil rakyat akan berani dan sanggup turun ke Perhimpunan ‘Black 505' dengan berhujan, tanpa upah dan dalam notis yang singkat."
Nasrudddin juga berkata, Zahid sepatutnya belajar dari Menteri Belia dan Sukan Umno Khairy Jamaluddin yang "mentah dari sudut pengalaman, tetapi akalnya panjang" yang tidak berdendam terhadap musuh politik, sekali gus menggambarkan politik baru yang diinginkan rakyat.
Khairy dalam sidang media pertamanya sebagai menteri di Putrajaya sebelum ini mendapat pujian selepas berazam melibatkan semua pihak, termasuk pembangkang dalam agenda membentuk kerukunan sosial selepas pilihan raya umum
Beliau malah berazam menjadikan kementeriannya milik semua orang dan bukan hanya "kementerian beliau dan sukan BN".

TUMPAT:
Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (627 Masihi) umat Islam yang
diketuai Nabi Muhammad saw hampir berjaya memasuki Kota Makkah, namun
di saat akhir dihalang Quraisy Makkah.
Pengerusi
Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, bukti itu perlu
bagi mengemukakan petisyen untuk kerusi Parlimen dan Dun yang dikesan
wujudnya penipuan.







Naib pesiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) juga menyatakan kemarahan beliau di Twitter.
Tokoh
PKR itu tidak seperti pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain,
ketewasan dalam pilihan raya umum tidak disusuli dengan fasa menjeruk
rasa dan bersantai selama beberapa bulan.
Selain Mahathir sendiri, Najib malah turut dibantu oleh sekutu-sekutu mantan perdana menteri itu, Daim Zainuddin (kiri) dan Sanusi Junid.
Utusan Malaysia di muka depannya semalam bertanya "Apa lagi yang Cina mahu?", sementara tabloid sekutunya Kosmo! menuduh pengundi kaum itu sebagai "talam dua muka"!
Seperti
slogan 1Malaysia Najib yang menguatkan pertubuhan PERKASA, malan
tokohnya diberi peluang mewakili BN, "national reconciliation" diikuti
cercaan akhbar-akhbar Umno terhadap Cina.
Selayaknya
begitulah nasib kedua-dua tokoh ini yang sudah terkena sumpahan "menang
jadi arang, alah jadi abu". Kedua-duanya dibakar hangit oleh pengundi.
Tetapi
sewaktu Cina berbondong-bondong menyokong MCA atau Gerakan, tidak pula
kaum Tionghua dituduh mengamalkan "polarisasi" trend pengundian!


KOTA BHARU:
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak harus memberikan laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin
Yassin untuk menerajui negara kerana keputusan PRU13 yang mengecewakan.
