Salam ceria di ambang 2012 bagi sebilangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris-UPSI tidak menjadi kenyataan. Mereka berduka dengan kezaliman dan bantaian polis.
Mereka berhimpun aman, di KLCC lebih 50 000 mereka berhimpun aman, di Dataran Merdeka lebih 50 000 juga berhimpun aman, di i-City entah berapa puluh ribu lagi juga berhimpun aman. Juga di bandar-bandar lain mereka berhimpun aman. Di UPSI hanya kira-kira 60 orang berhimpun tetapi ia menjadi berdarah disebabkan polis.Bezanya mereka berhimpun aman menuntut kebebasan akademik. Lain-lain tempat, mereka berhimpun kerana mencari keseronokan. Seronok, kononnya bersemangat menyambut tahun baru. Hanya payah sedikit bersesak-sesak lelaki perempuan tetapi seronok dan sedapnya tetap ada.
Perhimpunan di UPSI menjadi payah dengan kehadiran polis dan FRU. Polis dan FRU lebih ramai dari yang berhimpun. Payah lagi dengan beberapa sekatan jalan pihak polis di Tanjung Malim menuju UPSI. Payah juga bagi polis dan FRU kalau tak menjadi khadam tuannya.
Lagi payah kerana ia menjadi berdarah akibat kezaliman polis. Seorang terlantar di hospital, yang berjahit di hidung pun ada dan 20 orang ditahan polis. Ada yang berkata, mereka provok polis. Kalau provokasi pun polis tetap salah. Polis tiada hak balun dan bantai mereka seperti yang berhimpun di tempat-tempat lain tadi.
2 polis : 1 pelajar
Khabarnya AUKU nak dipermudahkan, nak dimansuhkan. Kalau begini caranya, yang bercakap hanya sekadar cakap, halwa telinga bagi yang mendengar. Bertindak lebih membuta tuli. Dah buta dan tuli nak mendengar cakap pihak lain.
No comments:
Post a Comment